Friday, January 29, 2010

Diskriminasi

Mata ku melirik lauk kawan aku. Ayam dan sayur serta ada kuah sikit. "mesti mahal dari aku ni" . Aku nampak kawanku keluarkan RM3.


"aku punya mesti lagi murah, aku amek ayam ngan nasi jek"




"berapa?", tanya aku dengan abang kutip duit.


Tanpa menengok lauk aku "3 dik"


3! Aku kena 3 ringgit ?! ayam saje? ayam aku tak besar pun malah sma besar dengan kawan aku.


Akibat ketidak puasan hati. Aku suruh kawan aku lagi seorang yang masih mencari-cari lauk idaman hati. "eh, amikkan telur goreng tu, letak dalam pinggan aku?"


"eh, ko dah bayar kan?"


"dah..letak je", dia dengan rela tak rela letak.


Telor goreng yang aku amek, aku tak makan. Sebab aku tak bayar.Tiba-tiba sakit perut ke apa ke, habis la aku. Telor tu saja je aku amek, menunjukkan aku tidak puas hati. Lauk aku lagi mahal dari kawan aku.


Aish, teruknya perangai aku hari ni.


Taknak makan kat situ lagi. Diskriminasi !
post signature

Thursday, January 28, 2010

Terung

Hari ni ada kelas Ustazah Minah. Aku suka dengan kelas dia. Banyak bercerita hal-hal yang aku tak tau. Aku mahu kongsi satu cerita yang ustazah beri tau kat kami sekelas. Pasal TERUNG.
Ada seorang pemuda, miskin. Masih belajar. Rumahnya kecik dalam masjid. Muat-muat untuk dia. dia seorang yang taat dengan suruhan Allah.


Disebabkan miskin, dia bertahan perut berlapar. Hari ni, dah 2 hari dia tak makan apa-apa. Pemuda tu tersangatla lapar.


Ustazah melencong sikit. "dalam islam, kalau seorang pencuri itu mencuri kerana lapar, tangannya tidak akan di potong. Islam tak zalim"


Sambung balik. Dia pun cuba memanjat dinding rumah dia. (rumah arab dahulu bersebelah dengan masjid). Dia ternampak satu perempuan, lalu dia tutup mata dan lari.


Ustazah melencong sikit. "selagi iman ada di dada, kita akan takut untuk lakukan maksiat"


Bila pemuda tu lari, dia termasuk ke dalam dapur sebuah rumah ni. Dan dia terbau satu masakan terung yang sedap. Entah terung masak kari ke, gulai ke ustazah pun tak tau.


Dia bukak penutup periuk tuh. dah capai satu terung, dan mula buka mulut untuk makan.


Tiba-tiba


Dia tersedar, “Ya Allah, apa yang aku lakukan ni, aku seorang pelajar agama, seorang muslim, islam tidak mengajar mencuri “ dia pun berhenti makan, lalu letakkan terung tuh kembali. Dia balik semula ke masjid dan belajar dengan keadaan lapar.


Selepas belajar kot. (aku lupa) ada seorang ustaz datang, dia cakap. “ada seorang perempuan kaya yang kehilangan suami mahu mencari penganti, kamu mahu terima dia?” ini macam lamaran la gitu.


Pemuda tu bersetuju. Lalu berkahwin la mereka. Pemuda itu mengikut isteri kayanya balik. Isterinya hairan dengan satu kejadian yang menimpa dia. dia pun bererita dengan pemuda/ suaminya.


“saya ada masak terung. Tapi saya hairan, terung tu sudah berusik, siapa agaknya yang cuba memakannye?(lebih kurang la macam ni)


Pemuda tadi pun, cerita hal sebenar sambil menangis.




Ustazah cakap lagi. Pengajaran dari cerita ni, bila kita tinggalkan sesuatu yang tidak baik/haram kerana takutnya balasan Dia, maka Allah akan balas dengan benda yang jauh lebih baik. macam dalam cerita tu, kerana satu terung dia tingalkan (lapar) pemuda tu dapat berkahwin dengan orang kaya dan empunyai banyak harta. Allah bagi.


Dah habis. Aku menunggu kelas Ustazah Minah minggu depan. Teruja !

post signature

Tuesday, January 26, 2010

Mana Jonker Walk ?


Pada entri aku yang lepas, aku ada cakap pasal Jonker Walk. Nak tau, boleh la review balik entri tuh.



Dan kebanyakkan komen, tak tahu kat mana Jonker Walk tu berada. Mungkin Jonker Walk ni tak lagi se famous China Town la kan.



Berbalik, Jonker Walk terletak di Melaka. Dekat Jalan Hang Jebat. Apa menarik kat sana, ialah bangunan nyer. Melaka terkenal dengan bangunan lama-lama kan. So kat situ la tempatnya. Jonker Walk ni, mula diistiharkan pada 19 jun 2000 (huyoo, hari jadi aku).



Pada aku, dia ibarat pasar malam Cina. And yes, macam China Town. Sebab semua Cina yang jual, Melayu tiada.



Apa yang ada kat sana ?

tanglong dan kedai modai


Kedai.

hhaha of couse la ada banyak kedai, kebanyyakan kedai jual cendermata unik yang kalau beli kat luar agak mahal. Tapi itu tak menarik aku sangat. Yang menarik bagi aku adalah 2 kedai ...di entri sebelum ni.



Pentas.

Oh yea, ada pentas besarrr di antara jalan tu. Kat situ akan ade penyayi Cina mennyayi sambil joget-joget. Kau nak joget sekali pun boleh tau. Dan disediakan banyak kerusi kat depan pentas tuh untuk pelancong duduk. Ada sekali tu, aku dengar dia nanyi lagu ADAM DAN HAWA, MISHA OMAR. tapi versi Cina la. Aku ingat MISHA dah jadi Cina.



sebelah kiri tuh pentas


Tanglong.

Aku sangat suka tanglong tergantung-gantung ni. Entah kenapa, aku suka.



Makanan.

Kat sana pun ada jual makanan. Kan aku dah kata, macam pasar malam. Tapi aku tak makanla, aku was was. Jadi aku tahan nafsu, walau aku nampak sedapnya.



Ok, itu saja sedikit sebanyak info dari tourist guide kamu, Cik 'Aqilah. kita bertemu lagi, di lain hari. Sayangila keluarga anda !


Untuk peta, google di search engine.


Dadadada...
post signature

Monday, January 25, 2010

Avatar Yang Ketinggalan

Kalau la wujud tempat ni



Aku baru tengok Avatar. Jangan tanya kenapa aku tengok lambat. Memang tak di nafikan, aku jatuh cinta dengan CGI nyer. Sangat membuatkan aku rasa, "aku nak pergi tempat ni"


Cantik ! Memang di luar kotak otak.


Dan, ia jugak mengingatkan aku macam mana bumi Palestin di serang Israel. Satu hari Palestin akan bangkit kalahkan Israel.


Hurm.





Zhu Ni Shengri Kuaile


SELAMAT HARI LAHIR buat mak tok. Kerana kau aku menjadi seorang yang sedikit peka akan kebersihan bila di tempat orang, walau aku tau, kau memang jauh lebih pembersih dari aku.


Aku rindu bila kau cakap "hey, kemproh nyer boca iki, taruk tuala dalam bilik" dan kau pun start membebel. :) Rindu nak dengar kau ngaji setiap pagi dan marah-marah aku suruh mengaji sama.


Selamat hari lahir mak tok !
post signature

Sunday, January 24, 2010

1 Benda 2 Kedai

Aktiviti malam minggu. Kami : aku, tia, ijan dan mek su ke


Jonker Walk


Aktiviti yang tak dirancang langsung. Lepas makan malam, Mek Su terus ajak "pergi jonker jom ?"


Aku dengan tak berfikir panjang. "jom!" (5 minit jalan kaki dari rumah sewa)


Seminggu di kelas dengan pelbagai assingment, otak, jiwa aku memang perlukan sedikit ruang keseronakkan. yeah, dan Jonker tempatnya.


Bukan keseronokkan yang melampau, tapi sikit ruang untuk fun. Itu la maksudnya.


Jonker Walk ibarat pasar malam, yang bezanya yang jual semua Cina, dan kebanyakkan barang yang dijual jauh lebih murah dari kedai biasa.



1 benda, 2 kedai




cantik bukan tanglong di atas ?




Tanglong di jalan itu adalah benda. Kedai ice cream celup dan Kedai lukisan handmade adalah 2 kedai. Kau wajib cari 1 benda, 2 kedai ni. Sangat unik ! Serius.
post signature

Saturday, January 23, 2010

Rindu

Aku rindu bersama mereka.


Sawit, Kunyit, Dak Kecik, Belacan



Rindu nak nangis sama-sama. Tidur satu katil sama-sama. Rindu orang panggil kita adik beradik. Rindu nak tengok movie sama-sama. Rindu makan dalam bulatan, Rindu bila setiap malam dengar lagu rock kapak dan nyanyi bersama.


Paling rindu nak kongsi problem sama-sama.




Sultan Johor sudah mangkat.
post signature

Friday, January 22, 2010

Dato’ Najib

Aku ada perjumpaan MASSA (Marketing Student Association) 4.30 petang. Aku gembira, sebab aku ingat kelas batal petang tuh. Kelas 4.30. Rupanya aku silapla, kelas aku habis 4.30, tiada kelas batal lah. Lenyap sekejap rasa gembira. Cit.


Aku dengar coordinator MASSA buat laporan. Pot pet pot pet. Dia ada cakap lagi, Dato’ Najib akan datang ke Uitm . Dan kami diwajibkan untuk menyambut dia datang. (itu je yang aku rasa penting )


Huh. Harap dia (pm kita) seorang yang tepati masa. Jangan nanti, aku dah tunggu pukul 9 pagi pukul 12 tengah hari baru sampai.


Perlukah aku membawa sepanduk 1 Malaysia ?
post signature

Thursday, January 21, 2010

Title Yang Sedih

Serius aku sedih baca title ni

Cat who boarded same bus every day for four years killed in 'hit and run'


Aku touching bila bab binatang. Lagi-lagi binatang comel. Hati aku cepat tersentuh. Sedih. Dan ye, aku sedih sekarang. Even baru baca tajuk.


Aku ingat sem lepas, aku ada tengok pasal panda. Dia mati kena hempap batu besar sebab nak cuba selamatkan diri dari tanah runtuh kat China. Penjaga panda semua ingat dia masih hidup, hakikat dia mati penyek kena hempap batu. Sedih ! panda comel. Dan dia nak pupus dah.


Aku benci orang yang benci binatang. Even dia kacak, kalau aku nampak dia sepak kucing tepi jalan, memang hilang kekacakkan bagi aku. Cancel nak gedik-gedik . Binatang ada perasaan.


…macam emo pulak.


Sambung cerita tajuk atas. Kucing ni nama dia Casper. Dia akan naik bas setiap pagi di tempat yang sama. Satu hari, dia nak lintas, ada satu motor terlanggar Casper. Dan mati. Orang yang langgar tuh lari.


Casper


Sedih kan. Baca la cerita penuh kat sini, Casper.


Setiap yang hidup pasti akan mati. aku tetap sedih, Casper salah satu mahluk Dia.


Aku teringat, dulu jiran aku (yang bagi kucing aku ayam racun) pernah tetak ekor kucing jiran aku. Lagi sikit ekor kucing nak putus ! kejam !
post signature

Wednesday, January 20, 2010

Cg Lola

Cg Lola seorang guru yang sangat kerek. Gila berlagak, suka marah-marah. Mendenda murit dengan terlampau dan suka menggunakan bahasa KASAR. Padan muka Cg Lola, semalam di malukan diri sendiri.


Macam ni ceritanya….


Cg Lola bertanya dengan nada berlagak di hadapan kelas “ siapa bodoh sila berdiri “.


Dah tentula tak de sorang pun yang akan bangun. Siapa nak ngaku bodoh ye tak ? Cg Lola ingat anak murid dia semua bodoh la tuh. Tak baik sungguh. Akibat tak puas hati, dia bertanya lagi " semua pandai ? bagus kelas ni, kalau tak dapat 100 kelas saya awak bodoh dan kena diri sepanjang kelas saya "


Sesuka hati menggunakan bodoh itu. Setiap patah kata adalah doa, lagi-lagi guru.


Tiba-tiba, Anon bangun. Cg Lola tersenyum sinis. Dalam hati berkata : ada jugak yang berani ngaku diri bodoh. “awak rasa awak bodoh? "


Anon langsung menjawab “saya tak bodoh, saya kesian tengok cg sorang yang berdiri dari tadi. Cg la yang bodoh ”


Cg Lola terdiam. Dan terus berlari anak, keluar kelas. Malu !


# cerita rekaan semata-semata.



Pengajaran : jangan sesuka hati nak menjatuhkan/ memburukkan seseorang sebab nanti akan terkena diri sendiri. Walaupun nampak macam Cg Lola tuh nak force semangat anak murid dia belajar.


Sebab tu wujud, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.


Renung-renungkan dan selamat beramal - ustaz eazy

post signature

Tuesday, January 19, 2010

Aktiviti Bersama : Part 2

......sambungan dari semalam punya entri


4.

aku dibelakang mamat tuh, sebelah aku adalah ijan


Naik benda ni sangat best. Aku tak tutup mata ! macam tak percaya. Aku pun tak jerit,aku ketawa. Serius kelakar bila aku dengar Ijan jerit. aaaaaaaaaa (bergelombang, macam jerit pastu ada orang goyangkan badan kau)



.....sambung gambar seterusnya


5.

aku ditepi belah kiri, depan belah kiri adalah mek su


Aku suka naik benda ni. Aku suka bila dah sampai atas. Cantiknya permandangan. Aku suka berangan. Aku sungguh tak expect yang dia akan turun time aku bukak mata !

Aku rasa, jantung, bontot, badan kat atas. Tak terkata lajunya. Aku terfikir, aku mati ke? aku mati ker?

Ada seorang mamat ni sangat pelik. Dia asyik nak kenekan kami (aku dan mek) saja. Seram.




6.
Lama ok aku tunggu nak naik benda ni. Sangat panjang (kesian ijan kene tunggu, dia sakit)...... Masa aku naik ni, adalah dalam 13 benda ni, 3 orang je perempuan, yang lain semua laki ! 3 orang tuh aku, mek su ngan tia. Depan, belakang aku orang Indonesia. Cuci mata beb.


Aku hanya dapat menghabiskan 3 round je, seram la bawak laju-laju ! Macam tak stabil.



Gambar terakhir ni...


7.
aku di kanan sekali


Ni ku rasa macam kena panggang ! Aku selesema. Memang tisu setiap masa dengan aku. Naik benda ni tisu tak boleh bawak.


Aku boleh nampak hingus aku keluar dari hidung aku, aku nak kesat, tapi aku takut nak lepaskan tangan, sebab terbalik-balik benda ni.


Bila dah habis, aku nampak. Ada air kat situ. Itu hingus aku !!! nasib la sape taruk dagu kat situ, kena hingus aku.



Tamat


P/s : Sem 5 nak pergi mana pulak agaknya?

post signature

Monday, January 18, 2010

Aktiviti Bersama : Part 1

Seperti yang aku cakap, aku akan bercuti dan inilah "sikit" gambarnya. Letak banyak-banyak kang muntah, ade aje muka aku setiap gamba. Gila mencapap !


Activiti rumah setiap sem. Setiap sem memang akan ada satu activiti bersama, dan kali ni, kami decide nak ke Genting.


Mari lihat ni, ada cerita di sebalik setiap gambar ni....


1.
aku di belah kiri, di ikuti ijan, mek su dan tia


Ni di hotel Florida, belakang kl central. Tido kat sana satu malam, sebab rancang besok baru gerak. Macam biasa, bila nampak cermin, mula la, "amek gambar !" Cermin pun jadi. Ada banyak gamba kami snap, tapi aku suka yang ni. Mungkin aku nampak comel. HAHAHAHA


Ni perkara betul. Kawan aku mek su, dengar jiran bilik ku tengah buat s*x. Pintu bilik hotel ni memang tak kalis bunyi pun. Dengar uhh ahh, katil bunyi-bunyi. Ish ish.




2.
Ni la Ijan. Kawan sekatil aku. Kami makan mini donut. Giler comel donut dia. Kalau la aku dah kenyang masa ni, dah lama aku simpan, awet buat kenangan. Tapi, aku lapar, jadi bedal sampai habis, tak sampai 10 minit. HAHAHA


Ok...mari ke gambar seterusnya....



3.


Gambar ni lepas aku naik benda dekat gambar yang bawah ni. Ni diambil oleh Tia. Aku malas nak susun.


Jap, aku jumpa pasangan lelaki hensem dengan mak nyah. Aku jeles, lelaki tuh serius hensem !


ok- ok...next gambar...ada lagi 4 gambar je lagi ni...


.......bersambung
post signature

Sunday, January 17, 2010

Bundle


Antara pergi lihat wayang + jalan-jalan di Dataran Pahlawan, dengan pergi ke kedai bundle. Aku perlu membuat satu keputusan yang TEPAT. Supaya duit ku juga melayang dengan TEPAT dan SIKIT.



Aku pilih pergi ke bundle.

Terpikat dengan harga 1 baju RM 2.50. Aku beli. 2 !! RM5 aku membuat pilihan yang TEPAT dan SIKIT.


amek dari ijan



First Impression


Lecturer ada cakap . "kalau awak nampak lelaki bawak bmw awak rasa dia?"

"kayaaaaaaa" kalau aku, aku jawab, "tuaaa, botakkk"

"tak semestinya, entah-entah dia pakai seluar, baju, tai, kasut bundle."




First impression sangat penting. Pertama kali orang tengok kita, orang boleh judge macam-macam. Kadang-kadang tak betul pun. Sebab tu wujud "tak kenal maka tak cinta" Tapi its normal la. Tipu kalau, kau nampak nenek tua seksi. then kau tak berkata apa-apa. At least dalam hati terdetik walau sikit, "dah tebiat ker orang tua ni".


Hey, baju bundle pun cantik-cantik.
post signature

Saturday, January 16, 2010

Kiot dan Gimot

Kiot seorang isteri kepada Gimot. Mereka sudah 15 tahun berkawen. Nampak begitu comel badannya dan kelihatan bahagia.



Gimot pula ada habit buruk. tidur bersama bantal busuknya yang sudah 30 tahun tidak berbasuh. Yang baunya sangatlah wangi mengalahkan perfume yang dibeli ratusan ringgit. Dan warna yang cukup menarik, hitam kecoklatan. Ada pulak macam peta dunia yang baru.



Si Kiot, tidak tahan dengan bantal tu. Setiap kali mahu tidur malam, Kiot akan baling bantal tu ke bawah.



Kemudian, mulalah, si pasangan ni berperang mulut.


“Abang ni, teruk betul la. berapa kali dah orang cakap, bantal tu tak boleh ada atas katil. Orang tak boleh tidur la. BUSUK ! Buang je la, tak pernah nak dengar nasihat orang !"


" Haiiii…bersyukurla awak, kalau abang ni dengar nasihat orang, tentu abang tak kawen dengan awak dulu."



"Abang ?! #%$#^&#%@^("


Pergaduhan berterusan sehingga pagi keesokkan harinya dan berlarut sehingga ke pagi esok esok nye dan berlarut sehingga ke pagi esok esok esok nye.



Pengajaran cerita ni ialah...................... (sila isi tempat kosong, 20 markah :P)



Ps : Semasa kau membaca entri ni, mungkin aku sedang bersuka ria di Genting bersama 4 rakan gonjeng . Tehee ! nanti aku update pasal kami di sana ok ?

post signature

Friday, January 15, 2010

Service

Di kelas Services Marketing, kelas En harun, dia ada tanya. “kamu ni semua ada bf? Gf ? ”


Ada yang jawab “dahhhhh”. Termasuk aku la ni. Kawan aku cakap aku single liar, ahaha. Aku difinasikan single sebab aku belum kawen, malah belum bertunang, ura-ura nak tunang pun macam tak de bayang je. Aku SINGLE mongel ! sambung…


Ada jugak yang jawab “belummmmm” dengan harapan dapatlah ngurat anak perempuan dan lelaki En. Harun. Harapan betul.


Dia cakap lagi. “awak ni tak payah la tengok paras rupa. Tu semua tak penting. "


uuuwaaauuwaa…macam ade sorakkan tande setuju ngan tidak. “habis? Awak pilih harta? Buat apa, harta akan habis…”


manabolehzamansekarangduitpentinglahartaperluada…..bising sekali.


Tiba-tiba En Harun yang ku rasa seperti seorang bapa pemalu cakap “ kita pilih servicela ! " service dimaksudkan lelaki dan perempuan buat s*x.


Serentak. Semua ketawa. Kecuali...


Aku? terlambat. Blurrr kejap. Ramai dah ketawa baru ku faham.


Aish…macam macam. Kuning kuning. Aku suka warna kuning ! Aku ketawa juga walau terlambat. Kau faham tak ? ke blurr macam aku juga ? ahaha


kalau tak faham, bace ulang-ulang k.



ps : aku pergi bercuti.
post signature

Thursday, January 14, 2010

Sekatil


Bangun pagi untuk ke kelas. Pada aku memang satu cabaran yang hebat. Ibarat aku sedang berlari 12 kali kat padang.



Mata. Yes, mata bagai digam. Selimut menarik-narik. Hey, syaitan tuh.



Ustazah ada cerita tadi. Dia kata, para ulamak dulu ada satu habit pelik sikit. Bila setiap kali dia bangun tidur. Lepas bace doa bangun tidur, dia akan tepuk-tepuk bantal dia sambil cakap "wahai bantal kau sungguh empuk, tapi ada lagi empuk dari kau, di syurga nanti " dengan serta merta, ulamak tadi bangun.



Aku rasa aku nak amalkan hee. Jangan nanti kawan sekatil aku pandang semacam bila bangun sudah. Tuh ku rasa ibarat motivasi diri sendiri. Supaya bangun pagi. Macam pepatah cakap "susah-susah dulu, bersenang kemudian " jadikan tuh sebagai semangat bersusah masa belajar.




Katil aku dan dia


Ok. Aku selalu amalkan ni. Nak bangun on time tanpa guna alarm. Sebelum tidur,

aku niat dalam hati pukul berapa nak bangun. Pastu, aku selawat sambil gerakkan ibu jari kaki belah kanan 3 kali.



Cubala. Insyaallah menjadi. setiap pagi aku akan bangun 5 minit lebih awal dari alarm aku.



Selamat mencuba.

post signature

Wednesday, January 13, 2010

Anjing, Tomi dan Dino

Aku lihat triller ni. Sungguh sedih. Sekor anjing yang sangat loyal dengan tuan. Sanggup tunggu setiap kali tuan dia balik kerja.


Aku teringat Dino ngan Tomi. Tu nama kucing aku. Ni kisah benar. Dino, mati depan aku. Setelah dia makan ayam rumah jiran aku. aku syak dia letak racun kat ayam tadi, pastu bagi kucing aku makan. Sebab dia mengaku setelah Dino mati. Sedih ! tergamak dia buat macam tuh kat kucing aku.


Nasib dia mengaku, kalau tak. Tak de la aku sokong 1 malaysia.


Tomi pula, merajuk dan hilang selepas aku marah dia. pertama kali aku tengking dia, sebab sangat annoying. Miaw miaw miaw tak habis-habis. Kena marah sekali. Terus keluar rumah, dan tak balik-balik sampai sekarang. Aku syak, dia dah mati. Mustahil dia hidup, kalau yer pun mesti umur dah 12 tahun. Kucing tak hidup lama.


2 ekor kucing paling aku ingat sampai sekarang.


Dia macam anjing dalam cerita tuh. Binatang ada perasaan. Cuba kau selalu cakap dengan kucing, rabbit kau, lama-lama mesti dia kenal kau dan faham apa kau cakap. Betul, bukan rekaan. Jangan dera binatang! - kata aku.


Aku rindu kucing aku. Latest kucing pergi YUMMY ngan LALAT.

*teringat lagu aizat. Yay aizat menang ajl !




post signature

Tuesday, January 12, 2010

Terima atau tidak ?

Hari ni Pn Siah kol aku. Dia cakap, dia nak order 100 pencil case. Hadiah untuk anak murid dia katanya. Pn Siah seorang guru matematik sekolah rendah.


Nak terima atau tidak? Dia bagi masa selama sebulan untuk aku siapkan. Dia sanggup bayar RM6 ringgit satu pencil case ni. Agak banyak la dia nak bagi kan. aku sudah berkira-kira, kalau seratus aku boleh dapat RM600 ?! banyak tuh !


Terima ke tidak?


Aku bukan pandai sangat menjahit pun. Ini yang ku jahit pun tak kemas. Aih.


Terima atau tidak ? Terima atau tidak ? Terima atau tidak ?





# Aqilah, berhenti berangan ok! baru jahit 3 jenis pencil case dah berangan orang order.



Aku kuat berangan yer. Macam Mat Jenin pulak. Ahaha. Kalau la betul wujud Pn Siah. Tu semua rekaan aku.


Ok,


Dengan tiba-tiba aku mendapat idea, beli jeans dari bundle, buat sesuatu.


Tadaaa !!! kalau aku jual, ade ke yang nak beli ? berangan lagi ! eh tapi tak mustahil jadi kenyataan. heee


Cubaan pertama. Jahitan kat bahagian zip agak comot.


Cubaan kedua. Macam kemas la sikit, kot ?



Cubaan terakhir dan disiapkan sepenuhnya oleh ibu. Aku ngelat.



Mahu jadikan hobi baru bila time cuti, tak pun akan buat projek ni bila aku balik JB. Teheee !
post signature

Monday, January 11, 2010

Selamat Hari Lahir

2 hari di rumah memang sangat best. Sabtu, ahad. Bergelak sakan dengan ibu, bergosip dengan mak tok. Sungguh happening. Aku suka keadaan macam tuh.


Tidak kisah walau dia tiada. Aku tahu, hari aku balik adalah hari jadi dia. Walau dia tdak pernah sekali tanya kabar aku, apatah lagi nak ingat hari lahir aku. Aku tidak penting gamaknya bagi dia. Hell. Aku dah biasa.


2 insan tuh, dah cukup untuk buat aku gembira dan bahagia.


Kerana kau aku lahir di dunia. Aku tetap ucapkan, SELAMAT HARI LAHIR abah. Walau kau selalu ter confuse, sebab anak baru kau panggil kau ayah, aku panggil abah dan kau ingat aku panggil kau ayah. Aku tak kesah.


Aku gembira, bila lihat kau gembira.

post signature

Saturday, January 9, 2010

Selipar

Aku tak perlu beli buku i-trend, remaja, cleo untuk melihat fesyen-fesyen terkini. Aku tengok sekeliling je dah boleh tahu, ohh ini trend sekarang. Tapi kadang-kadang ketinggalan. Tak kisah pun.


Aku tertarik dengan gabungan trend ni.


Selipar jamban + wedges gorgeous = Selipar Wedges (aku rasa ni la idea asal si pereka)
Selipar jamban berwarna


+

wedges

=

selipar wedges gourgeous



Sungguh, ramai betul yang pakai. Kalau kat kawasan rumah sewa aku ni, setiap tingkat pasti aku akan nampak satu selipar wedges ni.


Bagus juga pakai selipar wedges ni, kalau lecak tak la kena kaki, yang pendek boleh la nampak tinggi, boleh bergaya even tak reti pakai heels, anjing lalu tepi, boleh baling sekali. Ku suka ! -kata penulis blog.


Aku beli wedges sebab dia tinggi ! - kata kawan penulis blog kepada penulis


Tehee !


.....rasa mahu beli satu pula.




Ps: aku di rumah, padahal baru seminggu kat Melaka.
post signature

Friday, January 8, 2010

Tools

Lecturer MARCOM(marketing communication) aku tanya soalan, apakah tools dalam promotion ? dia tunjuk sorang-sorang, dari depan sampai ke belakang.


Aku pun kena jawab sekali lah.


Ada yang jawab magazine, tv, radio, internet, billboard(ni aku jawab), personal selling, flyers, call, sms, word of mouth dan blab la bla. Ada banyak tools sebenarnya untuk promote.


Yang penting cara untuk kita communicate dengan customer, bagi dia tahu barang kita. Ok dah.


Nasib aku boleh jawab ! Teeheee !



Word of mouth


Lecturer aku cerita, ni pasal senior la. Lecturer tanya soalan yang sama, apakah tool dalam promotion ? sorang-sorang jawab dengan jawapan berbeza la kan. kalau sama, fikir sampai jawapan lain.


Sampai dekat seorang budak ni, dia jawab dengan penuh confident ! tool dia adalah mouth to mouth !


Lecturer : awak pasti ke mouth to mouth tu kita boleh communicate dengan customer.

Budak : pasti pn.



Lecturer gelak. Dia pun cakap. Kalau dah mouth to mouth mana ada cakap. Diam je tak cakap-cakap. Tak ada communication langsung. Mulut je mainkan peranan.


Kami sekelas gelak. Hahahaha (aku berfikiran kotor sikit)


#Bukan mouth to mouth tapi word of mouth. Macam kita convince kat orang yang kfc sebenarnya lagi sedap dari macD. Dia boleh jadi positif atau negative.




Ps: beli barang dapur. Tapi aku sungguh tak mau masak

post signature

Thursday, January 7, 2010

Broadband

Jiran ku pakai streamyx. Seratus lebih sebulan. Aku tak berapa nak sure dalam kiraan tepat.


Antara streamyx dengan broadband aku ni?

-
-
-
-
-
-
-

Aku prefer broadband aku. Maaf kak cari orang lain :), even lebih murah bayaran sebab kongsi, tapi broadband tetap ada kelebihan.


Aku boleh online kat rumah ! lagipun, aku tak berapa kesah speed dia. (aku tipu, aku kesah) tapi aku yang pilih. Jadi tak payah bising. Boleh je kalau nak tambah speed, bayar la lebih.


Ada orang cakap broadband ni “berukband”. Aku tak sampai hati nak gelarkan broadband aku beruk. Walaupun dia hitam dan tertulis euro2008. Cuma tak berbulu.


Ku rasa buruk memang sesuai la. memang sangat buruk ar, kalau kau tengok, betolke ni baru 2 tahun guna? Ingat 10 tahun !


Aku sayang broadband aku. Walau apa kondisi sekali pun !

broadbandku sayang...
post signature

Broadband

Jiran ku pakai streamyx. Seratus lebih sebulan. Aku tak berapa nak sure dalam kiraan tepat.


Antara streamyx dengan broadband aku ni?

-
-
-
-
-
-
-

Aku prefer broadband aku. Maaf kak cari orang lain :), even lebih murah bayaran sebab kongsi, tapi broadband tetap ada kelebihan.


Aku boleh online kat rumah ! lagipun, aku tak berapa kesah speed dia. (aku tipu, aku kesah) tapi aku yang pilih. Jadi tak payah bising. Boleh je kalau nak tambah speed, bayar la lebih.


Ada orang cakap broadband ni “berukband”. Aku tak sampai hati nak gelarkan broadband aku beruk. Walaupun dia hitam dan tertulis euro2008. Cuma tak berbulu.


Ku rasa buruk memang sesuai la. memang sangat buruk ar, kalau kau tengok, betolke ni baru 2 tahun guna? Ingat 10 tahun !


Aku sayang broadband aku. Walau apa kondisi sekali pun !

broadbandku sayang...
post signature

Wednesday, January 6, 2010

Cantik

Warna memainkan pernanan penting. Ada la aku baca warna memainkan mood dan segala. Pada aku, warna cantik. Macam pelangi yang cantik. Cantik dan sukar disentuh. Lihat dari jauh je. Itu perempuan.


Tapi orang selalu kaitkan cantik umpama bulan. Bulan tak cantik. Bulan tu penuh kawah dan lobang-lobang. Kalau perempuan cantik umpama bulan, maksudnya muka perempuan itu berlobang-lobang la ? sama dengan JERAWAT tak pun bekas JERAWAT.


Kau cantik umpama jerawat. Atau mungkin, matahari yang cantik. Sebab diala bulan bercahaya. Kau cantik ibarat matahari. Ok jugak ni.



Jerawat


Aku jeles melihat kulit kawan-kawan ku yang putih, suci dan bersih walau dieorang bukan pakai safi. Motif, putih. Perempuan putih = cantik. Itu la yang selalu keluar iklan kat tv, nivea la, ponds bla bla. Dan aku pun nak putih.


Disebabkan aku nak putih aku tukar krim muka, bukan putih yang dapat, tapi JERAWAT mata putih yang ku dapat. Sudah ! keje lain nak membersihkan muka dari jerawat.


Nak kena cari T3 la jawabnya.

post signature

Tuesday, January 5, 2010

Terkejut

Sangat terkejut plus terkaku sekejap bila aku dapat tahu jadual untuk sem ni . Gila cool ! Percayala. Kelas setiap hari mula pukul 8.30 pagi sampai 12.30 tengah hari saja ! (terasa nak lompat-lompat kejap)


Ok tak, aku tipu.


Hari isnin ngan kamis kelas habis 4.30 petang. (tapi yang lain 12.30 ?!) aku suka orang buat jadual tuh, boleh saya tahu nama awak dan no phone? Aku harap dia lelaki yang kacak.


Harap teknik aku menjadi.

post signature

Monday, January 4, 2010

Perkataan (part 2)

sambungan dari entri ni (klik kalau nak baca)


Lemak

Memang popular perkataan ni. Op kos ler masa sekolah. Aku dengan kawan-kawan hentam cakap lemak memanjang. Kolestrol tak nak pulak guna. Ni semua lepas belajar sains la ni.

“kau ni, orang dah bagi free nak lebih-lebih pulak, lemak ar macam ni”

Maksudnya bagi peha nak betis. Bagi tulang nak daging.

kaki aku curi dari google. heee


Yok
Seingat aku, perkataan ni akibat terpengaruh dari rancangan Singapore la. kalau kau ingat, warga johor sekalian. Dulu ada satu satu rancangan “yok makan yok !” kat suria bersama dj sapa ntah. Aku dah lupa. (nak makan kismis banyak-banyak)

aku tak berapa suka, manis ...

Yok = jom

"Yok korang mengendap jiran sebelah? "

Kalau kau mahu tahu, kat sini dapat 6 channel dari singapore & 4 channel dari indonesia ! Alasan ibu tak nak pasang astro, cit.


Okla. Kita tetap 1 Malaysia !



ps: kelas start pukul 8.30 pagi hari ni.

post signature