Tuesday, July 27, 2010

Kecik

Baru siap buat assignment 3.09 pagi. Gila, aku dengan Syaza je belum tido lagi. Ni semua last minute punya kerja, padahal prof dah bagi last week. Ish ish, bad bad attitude, jangan contohi. 

Kalau siap kerja awal rasa macam pelik pula, apehal lak aku rajin sangat ni. Haha, sometimes, idea akan datang pada waktu genting. Hee alasan.

Lately, kalau aku bukak fb, aku suka tengok baju. Baju kecik, eh tak baju budak kecik la. Comelnya. Baju perempuan lagila comel-comel. Yang laki pun sama comel. Ahh memang comel. Suka !

Bukan lately la sebenarnya, kalau berjalan dekat shopping complex pun aku pasti akan terseleweng ke bahagian kids ! Haha, serius..aku suka tengok baju dia. Ada cardigan untuk baby..aww sweetnye. Lelaki siap ada jaket kecik. Semua size kecik. Geram pun ada.

Dan aku juga suka tengok toys. Wewewe sebab aku suka toys. Love toys, dulu ada banyak toys kat rumah err masa kecik la. Sampaikan, jiran ajak main pun aku refuse sebab dah ada toy lagi best, main kat rumah je la.

Hish, tak sosial betul.

Tengok ni tengok ni...comelnyer, kalau aku beli pastu simpan macam ok je. Tak pun, beli bagi orang..tapi macam sayang pulak.

Ahh tengok je la.
 


post signature

Monday, July 26, 2010

Laksa Plaza Larkin

Tak pernah terlintas nak makan ini. Tapi hari ni termakan ini. Haha banyak sangat ini, statement ter memang nak kena tendang ke laut.

Johor.
Aku balik kampung minggu ni.
Suka suka suka.

Berbalik pada makan, sebelum balik singgah ke plaza larkin. Nak cari tudung. Hari sabtu terlupa nak cari tudung yang sesuai. ps: excited jumpa baju

Plaza larkin macam nak sama dengan MC, cuma kecik sikit. Baru 2 kali aku pergi sana. Sebab macam tak de kepentingan je aku nak berjalan ke situ. Kesian.

Pergi food court, ibu tanya nak makan apa. Aku tercari-cari apa benda aku nak makan, nasi lemak kukus? macam menarik.

At last end up dengan makan laksa johor. Serius, laksa dia sedap gila gila.Kuah dia, cukup semua rencah.
Nampak macam sikit, bila dah habis sepinggan, perut menggunung.

Walau sekarang dah hampir 6 jam aku makan. Tapi masih, aku boleh bayangkan kesedapan laksa tu. Jap, bau dia paling buat perut kreuk kreuk sekarang.

Arghh tak taula pulak kat food court plaza larkin ada laksa sedap !


Maka, boleh jadi alasan baru untuk balik rumah minggu depan.Haha

Wait, kalau nak makan sama macam aku pergi cari bangunan ni kat area bus stand larkin. Pada aku laksa dia memang sedap, kalau ada tempat lain yang sedap, roger roger tau. 

post signature

Friday, July 23, 2010

Betul Betul

Kami betul-betul berkumpul untuk buat paper bags. Buat dari pukul 8.30 malam sampai 11.30 malam.

Hasilnya dalam masa 3 jam adalah 80 paper bags ! Cukup la tu rasanya untuk 4 hari karnival tu nanti, tak cukup buat on the spot je la.



 Gigih dengan penuh semangat..


Separuh hasil paper bags yang dibuat


Aku rasa aku tak makan malam lagi la untuk hari ni, aku makan tengahari je. Waaah, kalau macam ni hari-hari  boleh kurus la ni sebelum raya. *wink
post signature

Thursday, July 22, 2010

Paper Bags

Malam Kamis kami akan berkumpul. Kami tu aku, Tia, Ijan, Lin dengan Nadeya. Akan duduk bersama-sama buat paper bags untuk customer yang akan beli barang kita pada hari karnival keusahawan 2 minggu lagi. 



eh jap seminggu lagi ! Giler risau. 


Untuk menjimatkan kos + tema environment jadi kami buatla paper bags sendiri melalui surat kabar.Belum buat lagi, kamis malam ni nak buat.  Nampak lagi macam kami ni pencinta alam kan. Barang-barang yang di jual semua nya recycle plus environmentally friendly. Sorang beli barang kita, tak de plastic bag provided, paper bag yang ada. 


Tadi aku google, nak tau macam mana nak buat paper bags. Takla nanti esok nak buat terkocoh-kocoh, blur tak tau nak buat apa kan.


Sini, aku share bersama kamu cara nak buat paper bag, senang je ikut step :)


step 1

Step 1.

step 2

Step 2.

step 3

Step 3.

step 4

Step 4.

step 5
tunggu gam tu kering dan siap ! kalau nak hias-hias atas beg kertas ni pun boleh.
post signature

Monday, July 19, 2010

Despicable Me

Aku tengok cerita ni semalam. 3D HAHA, macam pelik sebab aku bercermin mata, pastu kena pakai lagi cermin mata. Kira aku pakai 2 spect dalam satu masa.


Nasib comel HAHA, tak la nasib boleh pakai sebab spect 3D agak besar la kan. Muka dah aneh sebab spect 3D terpaksa di pakai diluar tudung. Wayang kan gelap, tak de sape nampak. Selamat di situ.

Overall cerita ni tentang..

Plan nak curi bulan ! Gru (watak utama) cuba buat banyak benda pelik pelik la, macam freeze rays, shrink rays dan macam-macam. Tiba-tiba 3 orang anak yatim budak kecik Margo, Edith and Agnes datang rumah Gru..nak jual biskot. Macam mana ia adopt budak ni? Ending cerita ni?  Korang tengok sendiri la..

Yang menarik kat cerita ni err yang aku ingatla..

  1.   Kecomelan watak-watak yang ada, lagi-lagi agnes(adik bongsu dari 3) bila dia tepuk-tepuk pipi. Masa tu mereka ni baru sampai rumah Gru yang ambil mereka sebagai anak angkat.
  2.   Minius ! yang warna kuning tu. Comel gila. Lagi-lagi part Gru cakap suruh buat toy. Minus ni pelik, dan diorang cakap “to toy to toy?” HAHA kelakar.
  3. 3D banyak dipamirkan la. bila time roller coaster tu, kalau kau focus, kau boleh rasa sedikit kecut di perut. Serius.
  4.  Jalan cerita yang simple yang memang untuk family. Memang tak di nafikan masa aku tengok belakang aku family yang tengok. Tapi yang couple pun boleh menepek tengok sekali, tak de masalah la.
  5.   Kelakar. Hampir setiap scene dalam cerita ni kelakar. Tak nak beritau, nanti tak surprise.

2.      Cukupla 5. Tak rugi tengok cerita ni. Walau bayar mahal, worth it.

Ps: bila cerita ni dah habis. Duduk lagi tau, jangan bangun…diaorang ada tunjuk kehebatan 3D dieorang. Cunnn. Percayalah.

Despicable-Me-BO.jpg Dispicable Me image by ladyangie94
 scene roller coaster 

noannoyingnoises.gif Despicable Me image by dallass94
haa ni la part tu..tepuk tepuk pipi. Rasa nak tonyoh je pipi budak ni, comel giler !

despicableme.jpg Despicable Me image bigcity6
dalam kereta Gru. Canggih ni, siap ada bom segala.

Sumber gambar dari google. 

Official Trailer


Aku bagi 3.5/5 bintang.  SELAMAT MENONTON !




ps: jadi tak review aku?

post signature

Friday, July 16, 2010

Lagu Kegemaran Baru

Aku dah ada lagu kegemaran baru. Hoyeeh, setelah sekian lama selepas lagu Aizat, Pergi. Aku jarang suka lagu lain dah. Walaupun Do it, Duit - Joe Flizzow pernah 2 minggu bertahta di hati tapi tak sama dengan penangan dengan lagu ni.

Suka lagu tuh tak bermaksud aku suka lirik. Tak juga bermakna aku suka lenggok lagu tuh. Taktak. Aku jarang menilai lagu dengan tu. Aku suka lagu tu bila sekali aku dengar dia akan termasuk dalam jiwa. Lagu tu macam tersentuh jiwa aku. Ceh HAHA lebih kurangla dan bulu naik. 

Bila aku dah suka maksudnya aku akan dengar hari-hari. Tak mengira waktu, pagi siang malam..bersediala Ijan (sebilik). Kau bakal dengar lagu ni berulang kali sampai kau muak.

Lagu ni dah lama sebenarnya, tahun lepas? Agak la. Disebabkan aku suka cerita ILUSI tv3 6.30ptg tu, aku jadi suka sukaaa dengan lagu ni. 

Dah la malas cakap banyak. Dengar je la.

Lagu..

Cinta Terakhir - Aiman



Ps: Aku semakin sibuk. Ada projek 40% yang perlu dibuat, datang ea nanti orang Melaka, sokong kami ..:)
post signature

Tuesday, July 13, 2010

Homestay Melaka

Ini entri promote mempromote. Serius tapi bukan serius black la ps: tak sabar tunggu harry potter keluar HAHA. 

Abah ada rumah dekat Melaka. Memandangkan mereka sekeluarga dah berhijrah ke utara rumah mereka di Melaka ni dah jadi homestay.

Maka, for those yang bercita-cita nak berjalan-jalan di Melaka tapi tak tahu kat mana nak tinggal dan nak murah ? Boleh tinggal kat homestay ni.

Contohla, korang pergi by group nak melihat keindahan then nak sewa murah untuk tido semalam, boleh sewa di homestay ini. Harga masih boleh nego.

Homestay ni lengkap dengan :
1. TV + Astro
2. Kemudahan Parking (rumah tepi)
3. Dapur include peti sejuk
4. Mesin Basuh
5. 2 bilik tidur (satu bilik katil queen, bilik kedua 2 katil single)
6. 2 bilik air

Untuk tempahan atau pertanyaan boleh terus hubungi :
 013- 6216596 (En Mohd Fadzil)


Alamat : Jln SD2/22, Taman Desa Duyung, 75460, Ayer Molek, Melaka. 



 


Ruang tamu, ada tv ni kat sini

bilik ke 2

bilik pertama

dapur

Sesiapa yang interested boleh hubungi terus 013- 6216596 (En Mohd Fadzil) ok :) 



ps: U aku ada buat dedication epal kat sesiapa je. Memandangkan aku rasa aku tak de admire dan peratusan nak dapat epal free 0%, aku nak dedicate kat diri sendiri la. HAHA. Konon macam orang lain bagi, padahal bagi diri sendiri. Kesian. 
post signature

Sunday, July 11, 2010

Kadang

.... kadang aku rasa aku selalu seksa badan aku sendiri. badan pun perlu rehatkan.

3 minggu lalu termasuk hari ni aku asyik makan makan makan makan dan makan. 2 minggu kat rumah, for sure la memang kerja makan je. Sebab makanan macam sentiasa ada je kat dapur. Tengok dapur, ada mee la, 1 jam turun lagi, ada ayam goreng la. mana aku tak kecor. Ish.

Konon dah balik Melaka, berazam dalam diri tak nak makan banyak dah. Makan untuk hidup qila, bukan hidup untuk makan. Ceh, poyo je lebih. Hari isnin 5 julai memang makan baik punyak, pagi tengahari ngan malam. Tapi sehari je, selasa dan seterusnya aku makan sepanjang masa. HAHA

Kesian badan aku.

Semakin berat aku rasa, lemak lemak pun dah mula berkumpul kat tempat yang tak sepatutnya, lengan kaki muka leher. HAHA (exaggerate) perut je la paling obvious rasanya.

Okla okla.

Aku buat sesuatu untuk badan aku sehari.

Esok tak nak makan. ps: dalam kepala ada durian, kuning, besar, pahit..pergh nikmat.

Full stop
 post signature

Tuesday, July 6, 2010

Jangan Angkuh, Kan Dah ..

Hari pertama memang tak de kerja. Duduk rumah pun boring. Tak de keje lain di buatnya online, tengok tv, kacau ibu, main message. Rutin tuh dah basi la.

Jeles tengok syaza keluar tadi. she is new here. New housemate for this sem..Welcome syaza !

Disebabkan kononnya dah boring. Padahal dalam kepala aku ada banyak aku nak buat…
1.       Kopek bawang merah ngan bawang putih kemudian letak dalam peti supaya tahan lebih lama.
2.       Basuh kipas bilik sebab aku tengok macam dah hitam semacam, aingin pun tak kuat.
3.       Basuh baju patut! Baju aku bertimbun giler.
4.       Sapu bilik macam tak perlu sebab baru sapu tapi tak de keje why not?

Tapi yang aku tunaikan apa yang terhajat di kepala Cuma basuh baju je. Yang lagi 3 masih terkubur dalam kepala ni. Hahaha.

Tangan pula menggatal pergi cabut jadual bertugas rumah. Dan dengan volunteer nya cakap “aku buat jadual rumah ea”…aku cakap dengan penuh angkuh.

Kononnya aku nak buat perubahan. Kalau sem lepas, setiap sebulan jadual akan ditukar. Errr not specifically every month la macam 5 ke 6 minggu gitu.
Aku malas.

Aku nak semua orang akan kerja dengan mudah. Tak perlu susah kan kepala. Sebab tahun ni sem last untuk kami. Ada kaitan ker?

Penghuni rumah ada 6 orang. Tugas ada 4 sapu laintai, kemas dapur, basuh toilet dengan buang sampah. Sebulan ada 4 minggu.

Aku letak buang sampah dengan sapu lantai 2 orang sekali. Sebab aku rasa tu macam perlu di beri perhatian lebih. Sampah kalau tak buang 2 hari dah bau..tu tak suka tu. Sapu lantai pun aku letak 2 orang sekali. Sebab takkan nak sapu rumah seminggu sekali je. Gila la.

Kau tau je la. rumah perempuan paling utama adalah rambut. Rambut gugur ada dimana-mana. Serius kalau tak sapu seminggu aku rasa boleh jadi satu RAMBUT PALSU. 6 kepala 6 jenis rambut berlainan. Haha ni tak de motif.

Bukan senang nak buat.
Ibarat main Sudoku.
Nasib aku suka Sudoku.

Kalau terbagi tugas lebih kat seseorang dalam 4 minggu tu nanti ada tak puas hati. Aku tidak suka. Aku nak jadual yang aku buat memuaskan hati semua budak rumah.

Aku start buat 9.30 siap pukul 1 pagi. Hahha gila lama. Hasilnya aku buat 2 jadual atas nasihat kak wawa sebab rasa tak adil kerana pasti ada orang yang tak kan basuh toilet dan bersihkan dapur.

Itula kata orang, jangan nak angkuh. PADAN MUKA KAU QILA. Aish..

Kesimpulan jadual siap. Hati riang !
Dah..nak pergi kelas. Hari ni kelas pack. 

post signature

Saturday, July 3, 2010

Hello?

Sedang aku syok menikmati makan malam, handphone bunyi. Malas betul la nak amek. Biar je la.

Bila kat rumah, handphone bukan satu priority lagi. Hp aku akan berada di mana-mana. Bateri pun tak dicas berhari hari. Hp macam tak de guna la. Memang bernasib baik kalau aku angkat telifon. Hahaha

2 kali lagu lady gaga, eh eh (electric piano punya version) bunyi bunyi.

Kali ke 2 bunyi, ibu bagi hp kat aku. Hee malu i.

“hello, ni farah..farah aqilah yer?”
“ha yer saya” siapa agaknya ni ea, nama tak keluar kat screen.

“saya ni, nak masukkan top up. Saya ni nizam..”
“topup..” senyum lebar padahal tangan kanan suap nasi.

“saya nak masukkan kejap lagi k”
“ha ok ok. Terima kasih yer”

“sama-sama”

Letak telifon.

Sambung makan sambil senyum senyum. Yay ! tak payah la aku topup lagi lepas ni. Rezeki...





Ps: Bulan lalu aku ada masuk 3 contest. 2 dari blog, 1 dari facebook. Dua-dua dari blog tiada luck. Kalah la. Tapi Alhamdulillah contest kat facebook ni aku menang. Contest tulis slogan best pasal Kami Sayang Kucing ! Meowww  Menang tempat pertama topup lima puluh hinggit :) Terima kasih Tengku Nizam (creator kelab ni).

Hahaha, biasa je kan slogan aku buat. Tak de ayat menyengat rasanya.


 post signature

Friday, July 2, 2010

Confused Dan Bengang

Ahad lalu ada mentor. Aku bukanla suka sangat, aku pun tak tahu siapa yang menang mentor 1 sampai 3. Jap ke tiga aku tau black menang, protégé Mas Idayu. Itupun sebab aku tengok mentor 4. 

Ibu memang suka gila dengan Shaq, protégé Mas Idayu la. Kalau aku cakap suara dia macam tak keluar, dia akan betah-betah cakap suara shaq tu sedap, tau tak suara dia macam Salim. 

Aku tak kesah, aku tak minat. Aku terusan membetah, haha.

Pastu Shaq tersingkir masa nak masuk separuh akhir.

Seronok aku ! bersorak sakan aku.Ibu muka ketat, tak senyum sedih la tu tak pun marah dengan aku.

Aku pun ada yang aku sokong, mana tak nye dah setiap minggu dok terconggok depan tv tengok mentor semata-mata nak tengok show dieorang. Aku ketagih la senang cerita.

Separuh akhir bermula. Perggh sengit.

Aku tetap sokong aku punya protégé. ILA DAMIA ! mentornyer Joe Flizzow.

Sepanjang show Ila aku puji melambung, lagi-lagi bila dia nyayi asmaradana ( suka part menari je) Aku suka Ila sebab suara dia, unik sikit.

“alah kau tu sokong Ila sebab kau suka Joe kan”. ibu tak puas hati.
 “mana ada, suara Ila sedap, dia boleh pergi final punya”. Muka berlagak gila. Yakin Ila masuk final.

Tup tup.

“maaf Ila, anda tersingkir”. Nangis-nangis kat tv, Ila peluk abang dia semua.

Ibu..ketawa lekek lekek..” tu la, hari tu berlagak ngan ibu Shaq keluar, sekarang kau punya suka tu dah keluar..” ibu ketawa jahat, lama pulak tu.

Bengang.

 “ala, tak pe, Ila mesti buat lagu punya..”sedapkan hati. Padahal hati sedih kenapa kenapa kenapa.

Tuhan bayar cash. Padan muka aku.




Tadi aku bukak facebook. Profile Ila Damia. Huyeeeh..Ila dah ada lagu solo pertama confused -Ila ft Maleck Xpemedo 


Nak dengar?

Like la kalau tak boleh dengar lagunyer..

Thumbs up ! Kan dah kata, mesti ada lagu dari Ila punya... Katellhello ! Hello..:)
post signature



Thursday, July 1, 2010

Telinga Bersih Sikit

Aku duduk kat rumah ni telinga aku macam bersih sikit dari kotoran. Bukan tahi telinga la..dari pagi sampai petang, rumah ni riuh dengan suara budak budak bawah umur. Eh, mak budak pun kadang-kdang join sekali. Hehe

Walaupun cuti, bangun pagi tu pasti. Sebab nak tengok ibu pergi kerja. Kalau aku bangun-bangun tiba-tiba tengok kereta dah tak de, meroyan kejap. Ibu mana ibu mana. Rasa tak lengkap la. haha, aneh la aku ni bila aku fikir balik jadi setiap 2 jam mesti telifon ofis ibu. Kadang-kadang kene marah sampai.

Pukul sepuluh gitu dah ada orang beri salam.

“mak tok mak tokk”
Budak-budak, beri salam sekali menjerit panggil nama berpuluh kali. Aish, jiran sebelah pun boleh dengar sampai.

Pukul 4 petang ada lagi budak-budak datang. Kali ni riuh teramat. Maklumla kali ni dah bawak geng. Van sekolah berhenti depan rumah turunkan diorang.

Sekali lagi. Riuh, berebut-rebut nak ngaji dulu.Eleh, macam aku tak tau korang tu nak ngaji dulu sebab nak main. haha. Budak-budak.


Walaupun mak tok ajar budak ngaji, aku tak pernah men ngaji dengan dia. dulu masa kecik-kecik aku sanggup jalan kaki 10 minit pergi rumah ustazah (kawan mak tok) ngaji kat sana. Haha. Tergamak aku buat macam ni, tak nak ngaji dengan mak tok punya pasal.

Dia garangla ajar ngaji. Seram aku dibuatnya! Tadi pun aku dah dengar budak-budak ni kene marah. Cayalah dierang boleh tahan.

Tapi bukan aku. Aku pasang telinga je, basuh telinga dengar ayat Quran.

Hee
 post signature