Friday, July 2, 2010

Confused Dan Bengang

Ahad lalu ada mentor. Aku bukanla suka sangat, aku pun tak tahu siapa yang menang mentor 1 sampai 3. Jap ke tiga aku tau black menang, protégé Mas Idayu. Itupun sebab aku tengok mentor 4. 

Ibu memang suka gila dengan Shaq, protégé Mas Idayu la. Kalau aku cakap suara dia macam tak keluar, dia akan betah-betah cakap suara shaq tu sedap, tau tak suara dia macam Salim. 

Aku tak kesah, aku tak minat. Aku terusan membetah, haha.

Pastu Shaq tersingkir masa nak masuk separuh akhir.

Seronok aku ! bersorak sakan aku.Ibu muka ketat, tak senyum sedih la tu tak pun marah dengan aku.

Aku pun ada yang aku sokong, mana tak nye dah setiap minggu dok terconggok depan tv tengok mentor semata-mata nak tengok show dieorang. Aku ketagih la senang cerita.

Separuh akhir bermula. Perggh sengit.

Aku tetap sokong aku punya protégé. ILA DAMIA ! mentornyer Joe Flizzow.

Sepanjang show Ila aku puji melambung, lagi-lagi bila dia nyayi asmaradana ( suka part menari je) Aku suka Ila sebab suara dia, unik sikit.

“alah kau tu sokong Ila sebab kau suka Joe kan”. ibu tak puas hati.
 “mana ada, suara Ila sedap, dia boleh pergi final punya”. Muka berlagak gila. Yakin Ila masuk final.

Tup tup.

“maaf Ila, anda tersingkir”. Nangis-nangis kat tv, Ila peluk abang dia semua.

Ibu..ketawa lekek lekek..” tu la, hari tu berlagak ngan ibu Shaq keluar, sekarang kau punya suka tu dah keluar..” ibu ketawa jahat, lama pulak tu.

Bengang.

 “ala, tak pe, Ila mesti buat lagu punya..”sedapkan hati. Padahal hati sedih kenapa kenapa kenapa.

Tuhan bayar cash. Padan muka aku.




Tadi aku bukak facebook. Profile Ila Damia. Huyeeeh..Ila dah ada lagu solo pertama confused -Ila ft Maleck Xpemedo 


Nak dengar?

Like la kalau tak boleh dengar lagunyer..

Thumbs up ! Kan dah kata, mesti ada lagu dari Ila punya... Katellhello ! Hello..:)
post signature



12 comments:

  1. ape nye tg konfius ni. eh not bad la lagu tu dah dengar dah :P

    ReplyDelete
  2. sekali tengok pasti addicted nanti..:)

    ReplyDelete
  3. tapi dia dah tersinggkit...:)

    ReplyDelete
  4. ala.....ila terkejut tau ila tersingkir...ehhehe...xsgka lgsg..huuh

    ReplyDelete
  5. aku konfius bila ila terkeluar..bagi aku dia adalah calon juara

    ReplyDelete
  6. prnh tgk skali je mentor tu.. hahh.. sebab layan jgn lupa lirik.. tp suka ila.. hahh..

    ReplyDelete
  7. tgk beberape kali..tapi tak ikut sgt~~

    ReplyDelete
  8. dgr jgak org kate besh..tpi x de plak aty nk tengok...

    ReplyDelete
  9. tak suke tgk mas idayu...

    baguslah dh keluar

    ReplyDelete