Tuesday, November 29, 2011

Terimakasih Ikan Bawal

Westlife
Pernah menjadi santapan halwa telinga suatu masa dulu. Zaman 90's.
Zaman boyband tersangat la famous.
N'sync, Backstreetboy, Blue, f4? hehe kan.
Siap kawan aku jual sticker dan aku pun beli tampal dekat beg duit, konon betul-betul minat ni.

Oh ye, budak kaca mata pun muncul masa tu, hehehe dengan lagu sejarah mungkin berulang newboyz =p
Itu semua zaman late 90's la.

Bulan 10 hari tu mereka ada datang Malaysia, terlupa la bila entah tarikh dia, hee.
Im the one who really excited, nak pergi unfortunately tak dapat pergi.
Kerana baru start kerja, tak kan nak cuti pulak, aish melepas.

Terdiam untuk 2 3 hari.
Sigh. 
Wordless.

1hari sebelum concert bermula.
Dapat satu parcel.
Dalam parcel ada dvd kosong tak ada tulis apa-apa.


Bila dah pasang,
Guess what ??

(^__________________________^)
Senyum sampai telinga.

Terima kasih ikan bawal. 

ps: jangan marah lalala.

Thursday, November 3, 2011

Precious MomentS 25-10-11

Agak lama tak post sesuatu, last post 18 Oct, sekarang 2 Nov, almost 3 weeks tak apalah belum sebulan kan, =p lalala

Aaaa nak cerita pasal
Konvokesyen - 25/10/2011 
(gambar je :) )

lets roll ...drumdrumdrum hehe


Istiadat berlangsung di DATC (sekali tengok macam stadium :)) , Shah Alam, sidang 8 pagi.
google.

4 pas = 8 orang, Ibu, Maktok, Tok Ndak, Tok Cu, Kak Yaya, Tok Teh dan Afiq kurang sorang :)

Naik tangga ala-ala batu caves, haha sebab guard tu suruh drop by dekat bawah then suruh naik lif, padahal nak menunggu lif mak oi ! sadin, end up jalan je la menongkah tangga exercise pagi-pagi =p Tapi kesian ibu , tok teh pun kena naik tangga ='(

Spot me!  Ada hadiah menanti, kahkah tak adalah gurau je. Mula-mula masuk ingat duduk belakang la sekali, boleh ambil gambar, sekali ! Depannnnnnnnn sekali, gulp behave behave.

After convo ceremony dengan ibu :) Rindu ibu 

On the way untuk ambil gambar potret. (wishlist)

Classmate tersayang :) Dah grad kite wei sedih.

Muka tupai (curi tag tia) =p

budak famous time majlis..asyik muka dia je kat screen (curi tag syaza) =p

2 wish yang tercapai. 

1. Nak bunga. 
Why bunga? sebab 5 years back, masa aku masih bermatrik, one of my aunty grad dan dapat banyaaak bunga, terus timbul rasa bestnya dapat bunga banyak time convo. wait ! ada ambil gambar..(tapi tak jumpa mana, later laa baru tunjuk)

Tercapai, sampai tak muat tangan nak pegang, bunga besar-besar semua :) Yang paling special bunga dari ibu, ros merah ! Terima kasih bu...terimakasihhhh tokcuk, kakyaya, tok ndak, tok teh, afiq ! :)


2. Gambar potret.

Why 2 gambar ni? sebab bila aku pergi rumah tok tok sedara, dieorang akan letak gambar anak mereka (makcik) dan setiap kali tu la aku tengok dan berangan nak juga macam tu, hehe inspirasi konon nya. Tapi betul ah.

Cop !

Ada lagi...
 +  
From Tia/Oya, comel kan? thanks yah ! dia buat sendiri doll tu tau, creative :) kau tau, aku letak dalam bag..hari-hari nampak :) voucher belum guna lagi, dah guna nanti update bagitau kau ea :D hee

Tu saja.

Bye.
Precious moments 25-10-11.

Tuesday, October 18, 2011

Bila Boleh Own This Car Yee..

Beberapa hari ni, aku menghabiskan sikit masa untuk pergi survey kereta. Kereta terpakai, dan juga kereta baru.

Ada juga aku tanya-tanya samada aku patut beli kereta terpakai atau baru, rata-rata kata better beli kereta baru memandangkan aku ni perempuan tak payah fikir pasal rosak ke apa ke, hahaha. Ilmu kereta cetek.

Untuk beli kereta terpakai kena buat kerja lebih sikit
1. Pergi cek dengan puspakom
2. Cek jpj (kot-kot ada hutang)
3. Tengok semua dokumen kereta dah banyak kali tukar milik.
4. Cek meter
5. Survey harga
dan lain-lain banyak lagi.

Nak yang bagus, kene buat kerja sikit ye tak.
Naaa aku rasa cancel beli kereta terpakai, (rumit dan tak nak amek risiko, hehe )

/
/
Kereta mampu milik yang aku dah aim sekarang adalah hyundai i10, viva dan proton saga. Aku dalam delima samada nak gunakan sistem grahitz atau tak.

Kadar interest
Gradhitz = 3.8% (takambil insurans dari bankislam) 3.2% (ambil insurans)
Normal (10% duit muka) = 3.2%

Kelebihan gradhitz adalah dapat 100% loan, max meminjam 10 tahun. Ok pening.

Ibu kata bulanan kau tu yang penting berapa ratus kau sanggup bayar, pening lagi.

Bye.

Bila boleh own this car yee..

Monday, October 17, 2011

Kerja Pertama

 
8 September 2011

Kenangan agak baru lagi. Kerja pertama setelah 2 bulan menganggur sebagai kerani akaun. It was a good start. Kakak kakak yang baik, giler-giler eh jap ada seorang budak bawah umur (bawah umur aku hehe). 
Kerja sebagai kerani akaun ni pada mulanya agak rumit sikit. Pening-pening jugakla, mana tak nya mengira tu ni. Tapi dah hampir sebulan, aaa alhamdulillah tak adalah serumit 2 minggu pertama. (nada berlagak, haha)
Kerja setiap hari.
Ambil DO (delivery order) dari bilik EDP, key in dalam sistem. 
Kalau ada invoive, settlekan invoice. Haaa part ni agak mencabar (kira manual invoice dengan total dalam sistem) 
-jika ada grn (kira grn) 
kepil-kepil semua document ikut sususan, tunggu bos semak, boleh la buat cek.
Oh ye, kira total brand, print sales figure setiap bulan... 
Buat cek tak sempat nak belajar dah quit pulak :) 

Tak apalah, dapat belajar banyak juga, terima kasih 
Kak Pija, Kak Farah, Kak Fizi, Kak Linda, Yana
Sebab mereka give fully support, even kerap kali mensalahkan cek ouch :(

:)

Sunday, October 16, 2011

Putus Di Twitter



Baiklah, aku akur yang lirik lagu yang telah di ubah oleh encikmimpi betul-betul menceriakan hari aku hari tu err hari khamis (13/10/11)

Dengar berapa banyak kali pun mampun buat aku tersenyum, lagi lagi lirik lagu yang terakhir.
Ku terdiam terkedu dan terus tumbuk mukamu
lebam
baru kau tahu apa itu
cinta di buku lima

Tersengeh.

/
/
/

Makcik sebelah katil mengigil secara tiba-tiba :( Terasa helpless tak tau nak buat apa.
Cepat sembuh makcik.




Tuesday, September 13, 2011

Lolo ke Klinik Vaterina



Cepat sembuh lolo !

Aku pergi Klinik Vaterina Johor Bahru .Si lolo ni sakit mata. Dah hampir 3 minggu. Naik risau dibuatnya takut buta.
Aku cuba juga ubat yang beli kat petshop (macam colgate) untuk sapu kat mata, tak jalan, makin teruk je rasanya, macam nak terkeluar biji mata plus bengkak tepi mata. (rupanya aku salah taruk, memang la tak baik, haha)

Tak tau nak ubat cara apa lagi, endup buat keputusan pegi vaterina.
Macam ubat budak budak kan ?
Kat sana, tak ramai orang. Dan terasa bagai bawak anak pergi klinik. Hahaha mana tak nya, aku orang pertama masuk klinik, lepas keluar je ada pakcik duduk situ, tegor


"sakit apa ni"
"demam dengan sakit mata pakcik"
"ooo cepat sembuh la nanti, tak ada apa sangat"
"mata dia ni tak baik-baik, dah dekat 3 minggu"
"ni kene lap ni selalu mata dia ..blablablabla

Aku rasa lagi lama aku duduk situ, macam-macam cerita pasal kucing boleh dikongsi bersama pakcik, heee.

Dapat ubat, macam ubat manusia pula,
antibiotik (10 hari je kene makan, lebih kene buang)
b complex
selesema
ubat sakit mata
=
rm25.00

gulp.
Cepat sembuh lolo.

Oh ye, ni alamat klinik vaterina aku pergi tu

Pejabat Pekhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) Johor Bahru
Jalan Kebun Teh
80250 Johor Bahru
nak tau klinik berdekatan rumah sila ke sini.

ps: 
1. dia terima juga boarding (simpan kucing) in case balik bercuti kampung ke, murah ! bawah 3 bulan rm10, atas 3 bulan rm20 ! Makanan kite kena bagi la.
2. Untuk mandulkan kucing buat pembedahan pun murah ! rm100, kalau swasta rm150..

Bye.


Monday, September 12, 2011

Silap

Baru-baru ni aku ada buat silap dalam tulis surat berhenti kerja. Silly mistake la orang putih cakap:(

Contoh 1 (english version) Contoh 2Contoh 3
Aku kopi n pes terus hantar kat bos dan hantar kat HR dengan yakin. Padahal aku tak tau..
aku buat silap, kesaalahan aku adalah bila..

1. Aku tulis tarikh bila aku berhenti kerja. Maka aku kena berhenti mengikut tarikh yang aku dah tulis, kalau tak, aku di kira cabut lari dan tak dapat gaji. Sebenarnya boleh je tulis, masalah aku adalah notis berhenti aku cuma 7 hari (sebab belum confirm) aku hantar surat hari jumaat dan aku tulis tarikh last berkerja adalah hari sabtu minggu depan. Bila aku kira-kira balik, dah lebih 7 hari dan aku sepatutnya dah tak payah kerja lagi tapi aku terpaksa kerja balik demi tak nak di cop si pencabut dan demi mengelakkan aku tak dapat gaji, sia-sia.
2. Aku tak buat black and white. Hai, ini lagi satu hal, aku buat 2 copy surat berhenti kerja satu untuk bos dan satu untuk hr tapi untuk aku tak ada? Careless betul. Sudahnya aku tak ada bukti yang aku berhenti secara sah, bukan secara illigal. Kalaula (ni kalau) hr tak masukkan gaji dan aku nak tuntut gaji, aku tak ada bukti yang aku berhenti secara sah, berkemungkinan gaji lesap.

Tula, tak nak tanya orang lagi, kan dah sesat penulisan tiada guna.
Point yang aku akan ingat kelak untuk tulis surat berhenti,
1. Tak payah letak tarikh, tarikh surat je dah cukup.
2. Buat kopi suruh hr cop (copy untuk kita in case apa-apa berlaku)
3. Cek baki cuti, kot-kot kita ada cuti boleh tolak siap-siap.
4. Kalau tak pasti, tolong tanya orang. 


Bye.

Sunday, September 11, 2011

Merdeka Raya 2011 Edisi Meh-lo-didi Segmen Sergah Raya

Apabila 2 orang artis, pelakon dan penyanyi diterjah oleh wartawan terhangat meletop Meh-Loh-Di. (Sempat lagi nak main cak-cak)
Seorang penyanyi pening lalat ! keracunan makanan ?
Seorang pelakon err cuak? Ada rahsia la tu..
membongkar !
Aktiviti harian mereka
Baju raya
Erti sebuah merdeka raya
Kuih raya, juadah raya yang paling disukai
Paling special, ucapan :)

 Meh tengok full version di bawah :)
Hehehe 

TERIMA KASIH ! 

Emosi : Rindu.

Monday, August 22, 2011

Kad Raya

Kad raya..
Kad raya dah siap disampul dan siap ditulis, hehe. Hari ni plan nak pergi pos office sebab hari ni juga ada checkup dengan Dr Bala. Macam tak kerja pulak, haha mana tau kot kot dapat mc =) teehe !

Saja je nak bagi kad raya, nak kembalikan feel bagi kad raya macam dulu-dulu, klasik ! 
Aku dengar berita hari tu, dia kata kad raya yang dihantar/pos selewat-lewatnya 24 ogos pun, bakal sampai sebelum hari raya.
Sekarang, 22 ! yay sempat sempat.  
Terima kasih kat mereka-mereka yang nak terima kad raya yang tak seberapa dari aku ni. Aku ada post status kat fb, sda sesiapa nak kad raya? bolehla pm alamat :) 
Aaaa mereka-mereka, tunggu di inbox rumah masing-masing kad raya ni ea.

Bye.
Klasik ! 


ps: ada sesiapa mahu kad raya? tinggalkan alamat n nama di comment box..


Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #4 - Takoyaki



Gulp ~

Monday, August 15, 2011

Flashback Merdeka

Tema 2011 : 1Malaysia, Transformasi Berja, Rakyat Sejahtera
Aku hampir terlupa yang sebenarnya kita ni tengah berada dalam bulan kemerdekaan.

Bila flashback, masa paling meriah sambut merdeka adalah masa sekolah. Start je 1 Ogos, setiap pagi perhimpunan kena nyanyi lagu 3 lagu wajib. 
Keranamu Malaysia
Jalur Gemilang dan
yang paling wajib Tanggal 31. 


Play jika ingin menaikkan semangat.


Masa tu rasa macam malas gila nak nyayi, kalau nyayi pun macam aaaaa (suara orang malas), part-part last baru je semangat macam keranamu Malaysia, part TERIMA KASIH MALAYSIA memang bergema satu sekolah.

Lepas tu adalah pertandingan kelas tercantik, sekolah penuh bendera, ada pula pertandingan sajak la cerpen la macam-macam ada kalau masuknya bulan Ogos. Meriah. Tapi masa tu aku tak amek port selain kalau ada sambutan merdeka dan perlukan khidmat orkestra baru aku join. (itupun sebab memang aku wajib masuk)

Lepas habis tingkatan 5, aku tak ingat pun akan ada situasi macam sekolah dulu maksud aku dari segi meriahnya sambutan kemerdekaan. Tak ada. Sedih dan..

Rindu pulak.

Disebabkan rindu, kalau masa sekolah nak nyanyi malas, tapi sekarang bila best104 putar lagu tu (3 lagu kat atas) akula orang pertama rasa semangat nak nyanyi.

Ahh dulik, orang nak cakap apa ! 

Saturday, August 13, 2011

3 Gelas Untuk Sahur

2 minuman di atas, aku minum setiap hari untuk sahur. Satu gelas horlick satu gelas air glukose dan satu gelas air masak bersama pil-pil wajib dan pil supplement (vitamin c, vitamin b dan juga iron) Cukup tenaga untuk satu hari :) Alhamdulillah. 

Sebenarnya aku berazam puasa tahun ni nak makan berat masa sahur (macam nasi ke mee ke roti ke), tapi sampai sekarang masih belum boleh, adeh =_=". Bukan sebab tekak kembang tak lalu nak makan ke apa, tapi bila bangun sahur perut ni masih kenyang? Eh macam mana ni... 

Bila tak sahur, aku ada sedikit ragu-ragu dengan badan sendiri takut tak bermaya satu hari. Sebab tu aku minum air glukose tu. Aku percaya pada tag line dia..
Rapid Energy Everyday
Kira bila aku minum, aku ada tenaga ! even tak makan benda berat as mentioned. Result, ya badan tak lesu pun. Cubalah. (nasib betul berkesan, tak la aku claim tipu punya tagline)

Air masak wajib di minum lepas bangun tidur, sebab ikut petua awet muda, hahaha. 

Ahh tak kirala korang masa sahur makan apa pun, yang pasti sahur sunat dan ada hikmah di sebalik sahur. Tak rugi bersahur :) 

Ada nak join sahur macam aku?? hehe
Selamat Berpuasa ! 

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #3

 
 Melihat keindahan Tuhan bukan aku je yang kagum, kucin pun :)

Monday, August 1, 2011

Baru Habis Baca, Tau Dah Lambat

Aku baru habis baca buku For One More Day, Mitch Albom. Tahu tahu aku terlambat, buku ni dah jadi bestselling worldwide dan pernah di filemkan pun, baru tergerak nak baca. Sadis. 
Tak apalah bak kata pepatah biar lambat, asal selamat membaca :P 
Buku ni berkenaan dengan keakraban seorang anak dan emak, betapa dia sayang dengan emak dia. Dia itu namanya Chick. Lepas satu kemalangan, Chick ni boleh jumpa dengan emak dia yang dah 8 tahun meninggal tapi sehari je.
"When someone is in your heart, they're never truly gone. They can come back to you, even at unlikely times."  - favorite quote 

Aaaa tekan play untuk sinopsis. Aku punya sinospsis terlampau ringkas :P
Buku dia tak tebal pun, lebih kurang 200pages aja, kalah lagi buku lagenda budak setan 500pages ? 

Aku google nak cari gambar buku ni  kemudian aku terjumpa pulak ebooknye.  Sesape nak baca  ebook for one more day kat SINI. Sama je kandungan dalam ebook dengan buku traditional. 
Salah satu ayat aku suka dari buku ni..
"But there's a story behind everything. How a picture got on a wall. How a scar got on your face. Sometimes the stories are simple, and sometimes they are hard and heartbreaking. But behind all your stories is always your mother's story, because hers is where yours begin." 


Bacalah, tak rugi :)
Selamat Berpuasa ! 

Sunday, July 31, 2011

Jumpa Lagi Ramadhan Tahun Ni :)


Alhamdulillah, jumpa lagi kita ramadhan tahun ni :) Semoga ramadhan kali ni membawa seribu makna untuk korang dan aku. 

Esok puasa ! Malam ni dah kene sahur, tapi yang liat nak bangun pagi tu, minum air niat sahur pun jadila (tunjuk diri sendiri :P) 

Jangan lupa niat puasa (ingat untuk diri sendiri jugak)

niat-puasa

Aku aim tahun nak buat at least 15 hari terawih, hehe jangan terkubur jadi aim sudah lah :P 

Selamat Berpuasa !

/
/
/

info :
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Tuesday, July 26, 2011

Nak Giveup, Ingat Budak Ni Aaah

Alu selalu hampir putus asa dalam lakukan sesuatu samada kecik atau besar, ada satu perasaan yang macam "aaah malas la nak buat lagi" "aaah esok je la buat" "aaaa, kalau ada, ada..kalau tak ada sudah"

Korang pernah tak?? 
Tapi yang amazingnya sekali aku kononya berusaha keras dan dapat lepas tahap putus asa tu akan rasa puas dan nak cuba lagi lagi lagi lagi lagi lagila. Contohnya macam malasnya nak baca buku (novel), tapi sekali aku dah baca mukasurat 1 terus tak berhenti sampai habis ? :p

Dan selalunya akan terjadila motivasi secara indirect.

/
/

Aaaa sebenarnya nak tunjukkan video budak comel ni.



Don't get it right?,
Don't stop, 
Don't giveup,
Keep trying,
Don't giveup

Comel...lepas ni agak-agak rasa nak giveup, ingat budak ni aaah ! 

Saturday, July 23, 2011

penah kena rotan masa skolah dulu? mcm mane rase? kalau ye, ingt lg x cikgu yg rotan korang tu dan kesalahan ape? :P

Pernah dan selalu. Rasa malu banyak sampai tak rasa sakit (balik rumah baru rasa sakit lol) ingat ! cikgu sains masa darjah 5 sebab tak dapat jawab soalan dia bagi.

apa saja akan di jawab :D

Saturday, July 9, 2011

Makan Anak Seumpama Makan Ayam Mentah

Aku masih ngeri sikit dengan kiki (baru jadi mak). Lepas kejadian dia makan anak seumpama dia makan ayam mentah terkunyel-kunyel.

Aku dapat bayangan seorang pembunuh kat mata kiki. Cuba kau bayangkan, aku cuba rampas kepala dengan sikit tangan dan badan anak dia, si kiki ni tenung sambil buat mulut bulat (macam anjing kepanasan keluar lidah), seram mak nak, terus aku baling kat dia.

Lepas dia makan dan tinggalkan 2 biji mata, boleh pulak nak bermanja-manja dengan aku macam aku tak nampak apa-apa, i know what you did today oit. Dan aku pulak terbayang ibarat macam pembunuh / kiki tu ugut buat-buat baik suruh aku jangan beritau orang lain apa yang dia buat. Euww psiko punya kucing.

Aku tak faham kenapa dia tak nak makan 2 biji mata anak dia? Dan boleh pulak aku bagi dia makan anak dia yang tinggal suku tu? patutnya aku tanam la kan? Aih ni semua gara-gara (paragraph 2) bukan salah aku. Totally not my fault aaa no.

2 gambar 18sg yang sempat aku ambil



Kemudian aku google (curiosity punyala tinggi) pasal apa mak kucing makan anak kucing. Dan aku jumpa banyak gila sebab, ni antaranya ;-

1. Mak kucing dapat hidu kecacatan pada anak dia yang pada kita macam normal, padahal sebenarnya anak dia abnormal, jadi dia makan.

2. Mak kucing tu bercelaru otak dia, tak dapat nak kawal nafsu memburu sampaikan dia nampak anak dia macam mangsa buru tu yang dia makan.

3.  Mak kucing kalau boleh sedaya upaya nak protect anak dia tapi bila dia rasa tempat dia dan anak-anak dia tak selamat dan tak jumpa tempat selamat, cara terbaik untuk selamatkan anak dengan makan anak sendiri.

4. Ada kucing yang boleh beranak sampai 6 ekor tapi nanti mesti ada satu yang mati. Selalunya yang mati tu paling kecik dan di makannya sebab mak dia rasa tak mampu nak jaga anak dia dah.

5. Mak kucing kalau nak kenal anak dia melalui bau (yang dia jilat2 tu) tapi bila kita manusia ataupun ada binatang lain dah pegang-pegang bau hilang, mak kucing jadi tak kenal anak dan makan.

Aaaa cukup la 5. Agaknya si Kiki ni no? (humm)
Bye.




ps: risau lebam tangan sebab kene amek darah tak hilang-hilang, seminggu dah ni..

Monday, July 4, 2011

Almost A Year - Mini Shopaholic

Mini Shopaholic
Yeah, aku baru berpeluang baca buku ni, almost a year aku tunggu versi paperbag (sebab dia lagi murah? instead hardcover 69.90). Terima kasih untuk orangitu. (sebab dia hadiahkan buku ni as birthday present, auww suka tak hingat !)

Mini Shopaholic adalah sambungan Shopoholic and Baby. Buku ke lima dari shopoholic series.
Aku mula baca siri ni tahun 2009 (masa tu banyak gila buku baru kat library, sem 2). Lambat ! Series ni dah mula dari tahun 2000 lagi.

Buku pertama aku baca adalah Shopoholic Takes Manhattan (siri 2). Lepas tu aku terus addicted, maca ada drug dalam buku ni. Tanpa melenggah-lenggah terus jadi ulat library untuk cari sambungan dia. (Dan baru aku tau rupanya dia bersiri). Unfortunately, not all title ada di library, terpaksa beli sendiri hehehe. (dan bermulala fasa addicted aku dengan penulis ni)


Siri dia :-
1. The Secret Dreamworld of a Shopaholic
2. Shopaholic Ties the Knot
3. Shopaholic & Sister
4. Shopaholic & Baby
5. Mini Shopaholic (excited !)

Apa yang aku suka pasal series ni adalah KELAKAR. Setiap bab kekalar, lagi-lagi watak Becky. Watak dia kelam kabut, pantang nampak sales, suka cakap sendiri dan cute. Sebenarnya plot cerita dia macam biasa, obviously tentang Becky yang kaki shopping dan akhirnya terlibat dengan debt. Kemudian dia berjumpa dengan Mr Right, Luke dan berkahwin. Dalam siri ke tiga, Becky dapat tau yang dia ada half sister which opposite to her. (Dia suka shopping, tapi kakak dia suka berjimat) Becky ngandung dan ada anak yang juga bakal kaki shopping !

Ketagih.

Actually cerita ada di filemkan, tapi aku kurang gemar dengan filem dia. Why, sebab watak Becky tak seperti yang dibayangkan even worst, sedih. Dan cerita dia aku rasa sangatla laju.Taksuka. :P

"Never give up on something you really want. However impossible things seem, there's always a way" - Becky Brandon (Mini Shopaholic) - favorited quote

Oh yeah, para penulis sekalian Sophie Kinsella gives some tips. (Sebenarnya ada fan tanya dia) Check this out ! (mungkin berguna?)



post signature

Thursday, June 30, 2011

Homeplus

(kebendanya tu? heeeh)

Well sebenarnya ni tentang satu rangkaian kedai runcit kat Korea Selatan (Homeplus) yang susun strategy bijak. Dieorang ni cuba nak beat Tesco yang sekarang leading dalam online grocery shopping. Jadi dieorang buat strategy dengan cuba letakkan poster-poster (alah yang macam kita selalu dalam flyers kat rumah tu) di subway (tempat pertama cubaan dieorang).

Poster yang di tampal
Jadi sambil tunggu train datang boleh la shopping sekali, masa tak terbuang banyak. Cara dia sangat mudah, (dalam video tu cakap la). Amek gambar kod, bayar dan done ! (using mobile phone)

Capture the kod
Bila barang sampai?
Bila kita sampai rumah, barang pun dah ada depan pintu. Tak payah terkocoh-kocoh pergi kedai.

Senang la kalau gini kan?
ibu jari tangan kanan terangkat la ! Ada duit, ada segalanya.

Nah, tengok sendiri full video kat bawah ni untuk lebih kefahaman. 
Amacam? cool?
post signature

Wednesday, June 29, 2011

Pandang Laut Kan Tenang

The place that we (Izan and me) went last weekend. 
Saja nak tunjuk kat Izan dan sekarang nak tunjuk kat kamu yang tengah baca blog, ini salah satu tempat yang aku suka pergi. Hahaha berlagak la pulak. 

Baiklah. Tak ada ruginya pergi sini sebab tempat ni sungguh tenang. Pandang laut kan tenang, setenang air di laut jangan di sangka tiada buaya. Eh, tiba-tiba saja hah ! 
 Boleh berbasikal, bayar je..untuk penjimatan optimum, bawakla basikat sendiri..
 Main layang-layang pun boleh, angin agak kuat kat sini
Bot bot bot *macam bunyi kentut pulak, cuba cakap lelaju :P
Dan boleh lihat matahari terbenam, subahanallah cantik nya.

Kalau korang ada di Jb, jangan lupa singah di Teluk Danga, bahagian belakang ea..tak rugi :)

ps: Samsung Galaxy SII ni smart la..

post signature