Saturday, July 9, 2011

Makan Anak Seumpama Makan Ayam Mentah

Aku masih ngeri sikit dengan kiki (baru jadi mak). Lepas kejadian dia makan anak seumpama dia makan ayam mentah terkunyel-kunyel.

Aku dapat bayangan seorang pembunuh kat mata kiki. Cuba kau bayangkan, aku cuba rampas kepala dengan sikit tangan dan badan anak dia, si kiki ni tenung sambil buat mulut bulat (macam anjing kepanasan keluar lidah), seram mak nak, terus aku baling kat dia.

Lepas dia makan dan tinggalkan 2 biji mata, boleh pulak nak bermanja-manja dengan aku macam aku tak nampak apa-apa, i know what you did today oit. Dan aku pulak terbayang ibarat macam pembunuh / kiki tu ugut buat-buat baik suruh aku jangan beritau orang lain apa yang dia buat. Euww psiko punya kucing.

Aku tak faham kenapa dia tak nak makan 2 biji mata anak dia? Dan boleh pulak aku bagi dia makan anak dia yang tinggal suku tu? patutnya aku tanam la kan? Aih ni semua gara-gara (paragraph 2) bukan salah aku. Totally not my fault aaa no.

2 gambar 18sg yang sempat aku ambil



Kemudian aku google (curiosity punyala tinggi) pasal apa mak kucing makan anak kucing. Dan aku jumpa banyak gila sebab, ni antaranya ;-

1. Mak kucing dapat hidu kecacatan pada anak dia yang pada kita macam normal, padahal sebenarnya anak dia abnormal, jadi dia makan.

2. Mak kucing tu bercelaru otak dia, tak dapat nak kawal nafsu memburu sampaikan dia nampak anak dia macam mangsa buru tu yang dia makan.

3.  Mak kucing kalau boleh sedaya upaya nak protect anak dia tapi bila dia rasa tempat dia dan anak-anak dia tak selamat dan tak jumpa tempat selamat, cara terbaik untuk selamatkan anak dengan makan anak sendiri.

4. Ada kucing yang boleh beranak sampai 6 ekor tapi nanti mesti ada satu yang mati. Selalunya yang mati tu paling kecik dan di makannya sebab mak dia rasa tak mampu nak jaga anak dia dah.

5. Mak kucing kalau nak kenal anak dia melalui bau (yang dia jilat2 tu) tapi bila kita manusia ataupun ada binatang lain dah pegang-pegang bau hilang, mak kucing jadi tak kenal anak dan makan.

Aaaa cukup la 5. Agaknya si Kiki ni no? (humm)
Bye.




ps: risau lebam tangan sebab kene amek darah tak hilang-hilang, seminggu dah ni..

13 comments:

  1. si kiki ni aku rasa no 6 la..
    dia pandang anak dia mcm ayam..miahaha..
    just joke..
    p/s:kucinng aku nama mekcomey ngah pregnant skrng.anak sulung plak tu.agak2 dia akan jd mcm kiki x..hehe =p

    ReplyDelete
  2. Kejamnya, Tapi memang macam tu. Pada kita kesian la kan, pada kucing itu dah normal. :'(

    ReplyDelete
  3. owh
    pasal tu rupanya dia makan anak dia
    aku baru tahu
    tq2

    Keputusan Jom Main Teka - Teki

    ReplyDelete
  4. bila baca sebab2 ni baru tau kenapa..

    ReplyDelete
  5. ala siannyeee... hmmm.. maybe nom yang last tu kot.. qilah asyik pegang anak kucing je..ehehe

    ReplyDelete
  6. Singgah sini dan follow..
    nice blog :)
    kalau free jemput singgah ke blog saya, boleh bg nasihat or comment.
    kalau rajin follow la fb ok :)

    http://fahmiefiras.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. apik ingatkan bapak kucing jer yang makan

    ReplyDelete
  8. hamster saye pom makan kawan die jugak =.=

    ReplyDelete