Friday, December 31, 2010

Pac Man, Mario Kegilaan Hai 2011 :)

Masa dulu dulu masa sekolah, pac man ni macam satu kegilaan sekejap bagi aku. Hahaha sebab macam teruja nak main, nak ke next stage. Kalau dulu sehari tak main pacman macam tak sah.


Yang seronoknya main pac man ni bila kena keja dengan 4 monster comel yang kaler kaler tu. Perasaan macam kene keja betul-betul.Dup dup dup jantung.Itu dulu la. Lepas tu ada version lain nama dia bukan pac man dah tapi macam pac man.

Pac man di mana-mana :D

Selapas kegemilangan pac man, muncul pulak zaman kegemilangan mario, haha ni lagi satu hal. Masa sekolah rendah dulu dalam darjah 4 ke 5 gitu berebut bila time rehat je nak ke bilik komputer sebab nak main mario. Hahaha sebabnya kat rumah tak ada.

Padahal boleh je copy masuk disket.

Mario menjadi kegilaan selepas pac man sebab die berkaler-kaler comel, yang lagi comel dari monster kat pac man tu. Dan macam kene sedikit berfikir untuk lepas dari satu stage ke satu stage. Menacabar, haha kadang-kadang mintak tolong kawan ajarkan macam mane dia boleh lepas stage tu padahal aku tak, ni semua tentang strategy, haha konon.


Papepun, kedua-kedua game ni menjadi sejarah dalam kehidupan aku. Kerana menggilai tahap aneh. Haha.

SELAMAT TAHUN BARU ! 
HAI 2011 



ps: tahniah pasukan bola malaysia !
ps2: isnin ni ke malaka ...aaa rindu pulak rasanya dekat melaka :D
ps3: tak tenteram hati ni sebab kerja sangaaaaaaat banyak tak buat lagi.

Bye.
post signature

Saturday, December 18, 2010

Siapa Pernah ke Angsana? aaa Pasang Surut

Kerja ni pun ada pasang surut. Macam air laut, pagi pasang, petang surut. Kat tempat praktikal ni pun sama, lagi-lagi bagi anak praktikal macam ini.


Kat sana ada bos bahagian marketing, selalu tak ada. Dan kalau dia ADA, hati mesti berdegup degup, terus tak senang duduk, nak dengar lagu pun macam dah tak boleh dengar dah. Antara 3 orang staff tetap, sorang spp(setahun kerja sebelum dapat tetap) dan sorang praktikal (aku la tu) siap sediala akan dipanggil sorang-sorang di beri tugasan. Fiuh hahaha.


Qila ! Ala-ala cikgu yang tegah marah panggil murid dia. Dulu seminggu lalu dia panggil aku Fila, haha tak pela janji macam ada "la" kat belakang.


Dia seorang berbangsa cina dan fasih gila bahasa melayu. Sekali dia bagi kerja, kalau kau tak tulis mesti macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Blur.


Setiap kali keluar dari bilik dia, mesti blur dalam 10 minit ? haha pening. Sekali dia bagi kerja 2 hari pun belum tentu dapat disiapkan. Nampak tak banyak kerja plus aku buat kerja lambat aaa, hahaha.

Bila masa air surut aku tak de kerja, aktiviti aku selalu buat tapi kene buat curi-curi nanti ada kaki report pulak. Aku selalu main ni...

wordsearch ! i LOVE to play it, lagi-lagi bila tengah tiada kerja di ofis :D

Haha hilang jugakla bosan bila tak de kerja.


Sejak 2 hari lalu baru aku ter perasan yang facebook ada benda ni, aaa mengila sekejap, teruje semacam padahal memang ada je website benda ni hahaha dan aku ketagih main ni di facebook. Malam je mesti wajib main. Hish hish.


Lagi satu, yang agak seronok nak main ini adalah kat sini..Tapi jarang main kat sini sebab kat facebook nampak lebih menarik :D hee



ps : terima kasih kak izan belanje pizza :D
pss : akan ke KL hujung minggu ni, eh hari ni la sabtu :)

Bye.
Aaaa survey pasal Angsana..siapa pernah pergi angsana sini ? i need your favor ? :)
post signature

Tuesday, December 14, 2010

Sepetang Bersama

Pada hari itu, perasaan nak nak sangat pergi nusajaya amat memberontak. Dengar kata, kene bayar tol kalau ikut highway ape ntah tapi menuju ke tuas, singapore.

nak sangat pergi sini sini

Dengar kate juga tol tak mahal, dalam 2 atau 3 ringgit sekali masuk highway, nak balik 2 atau 3 ringgit lagi.


Kalau bab-bab berjalan-jalan sekitar johor yang macam pernah dengar, tapi tak tau kat mana ibu la orangnya  yang sanggup layan kepale aneh aku ni. Haha.


Maka pada satu petang yang cerah, kami pun ke Nusajaya berpandukan tanda jalan yang kadang-kadang hilang. Masa hilang tanda jalan, kami pun hilang arah. Tibe-tibe ada nusajaya-nusajaya tup hilang. Hahaha tak ke kau pun sekali hilang arah ?


Ye. Tiket rm2.30. Masa balik tak jumpa tol dah, sebab dah tersalah masuk simpang lalu gelang patah. Hahaha itulah ibu tak patut tanye aku patut ke tak patut masuk sini, sebab pasti salah, kan dah lalu jalan tak suka sebab memang macam patah la.


Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik. Setelah 2 jam berpusing-pusing tengok bangunan apa sebenarnya yang ada kat sana.


Tak banyak bangunan, ada dalam 4 buah? Kan masih lagi dalam pembuatan lagi, aih qila ni.Tapi design nye, menarik !


Buat masa ni, kawasan ni memang jauh dari kesibukkan kota. 5 tahun lagi, pasti kesibukkan terasa seperti di jb. Hehehe

 Ni.. dewan negeri johor

 ni? 

 ermm ni ?


Tak sangke pulak gamba ni ala-ala fotographer gitu, hahaha yang tau atap die tu kan nampak macam tak de atap, cantuk :)

Ok. Sekarang dah puas hati. Bila orang tanye nusajaya yang tempat kerja orang-orang kerajaan tu kat mane ea? Aaaa sekarang boleh la bukak cerite ini. Hehehe. Malu betul kadang-kadang aku ni, orang johor tapi tak tau tempat yang macam-macam ada kat sini :)




ps: aaaa nak kene pergi keje pulak.
post signature

Wednesday, December 8, 2010

Eh Pedas

Orang kata, orang johor suka makan pedas.

Cet. Disebabkan majority suka makan pedas, semua lauk pauk yang di jual kat food court semua pedas pedas pedas ! berapi punya. Argggh.

Tipu ni semua, aku tau la semua ke ape, tapi kat kedai yang makcik hari hari aku beli ni semua pedas. Sebab dah rasa semua jenis lauk pauk die. Hahaha. Ada sebab kenapa hanya makan kat kedai makcik ni, tapi tak nak bitau, shhh :P

Nampak macam dull je kuah, macam tak pedas. Sekali masuk mulut ! Fuuh berapi tak hingat.

Aku tak berape gemar la pedas pedas ni, kalau memang ada pilihan asam pedas dengan ayam kicap, lebih rela amek ayam kicap. Eh, kadang-kadang kana ayam kicap die pun pedas..haha aneh.

Pedas sikit boleh la, buat syarat ada lada merah. Hahaha itu boleh terima, ada rasa pedas tu, ermm fikir 2 kali.

Bila makan pedas, perut aku rasa macam tengah menahan sesuatu. Lepas tu mulala, hingus lutsinar meleleh tak henti-henti, paling dasyat ternangis sekali sambil kaki menghentak, sebab seriously dah tak tahan. 

Plus..

Tak de feel la makan pedas.

Tak nak pedas !

Orang kata, orang johor suka makan pedas. Aku terkecuali hahaha.

Makcik, tak maula asyik masak pedas jeeee, seksa saya makcik. Telur goreng makcik pun pedas. Fuuh.


Kalau bakal suami aku nanti suka pedas? masak sendiri ea bang hahaha


+ makan mamee slurp kari berapi dalam masa 2 jam, itu pun di selang seli minum minuman manis. Aaaah. Tolongla, tak nak pedas. 
  post signature

Sunday, December 5, 2010

Dino Iki Ape Sukak Sukaan

Dino ngahad, dino minggu. Dino iki ape sukak sukaan. Terimo kasih la Farhana kuwe kongsi video iki nang facebook, aku arep jugak kongsi nang blog. Hehehe (Hari ahad, hari minggu. Hari untuk bersuka ria. Terima kasih Farhana kau kongsi video ni kat fb, aku nak juge kongsi dekat blog, hehehe)

Video iki asalle dari Ismail Sairi dan nang kongsi oleh Farhana kemudian aku kongsi untuk kuwe. Sebernere, aku wes lali bohso jowo, aku dungu lagu iki terus aku dak lali bohso jowo. (Video ni asalnye daru Ismail Sairi dan di kongsi oleh Farhana kemudian aku kongsi untuk korang. Sebenarnya aku dah lupe bahasa jawe, tapi bila aku dengar lagi ni terus tak lupa dah)

Sukak sukaan ! Odo lirik e, kuwe bole nyanyi podo-podo. Ayuh ! (Suka suka ! ada lirik ni, korang boleh nyanyi sama-sama. Jom !)

video
klik play untuk berkarok

LAGU JAWA KUMPULAN NURUS SAADAH KG. SIJANGKANG



Ondangan 3x   (jemputan 3)
Nek sinoman ngirisin bawang (bila rewang hiris bawang)
Rajang e kacang ngocek e kentang (potong kacang kopek kentang)
Ngirisin daging ngirisin ayam yo di masak nan jero wajan (hiris daging hiris ayam dan dimasak dalam kuali)

Dino setu kito sinoman dino minggu kito ondangan (hari sabtu kita rewang hari ahad kita jemputan)
Lepas mangan kito pangitan nek salaman orak kosongan (lepas makan kita pulang bila salam jangan tangan kosong)
Ondangan 3x (jemputan 3)

Godong pisang yo di su we e (daun pisang di koyak-koyakkan)
Bungkus leper yo bungkus koci dikukus yo di gene e (bungkus leper dan bungkus kuaci di kukus atas api)
Wes mateng yo di ichi e (dah masak sila rasa)

Dino setu kito sinoman dino minggu kito ondangan 
Lepas mangan kito pangitan nek salaman orak kosongan
Ondangan 3

Penganten di tekung isuk tengahari (pengantin di andam pagi hingga tengahari)
Di arak yo di kompanga nge (di arak dengan kompang)
Nek melaku yo hati-hati (bila jalan hati-hati)
Jurugambare asyik gambarin (jurugambar asyik amek gambar)

Dino setu kito sinoman dino minggu kito ondangan
Lepas mangan kito pangitan nek salaman orak kosongan
Ondangan 3

Bengi senin kira kiraan (malam isnin kira duit)
Dino soloso bayar sang tupat ( hari selasa bayar hutang)
Dino rebu mari bank islam ojo disimpan nang ngisor tilam (hari rabu pergi bank islam jangan di simpan di bawah tilam)

Dino setu kito sinoman dino minggu kito ondangan
Lepas mangan kito pangitan nek salaman orak kosongan
Ondangan 3

Telinga ne ngundang nasitan 
Nurul Saadah se kopi jantan 
Iki dino di pesir mantu (hari ini sambut menantu)
Tahun ngarep momong cucu (tahun depan timang cucu)

\
\
\

Sudah ! blog ni dah jadi bahasa jawe, hahaha ok gak ea karoke sekali sekala lagu macam ni :D Lirik die comel, suka pulak. Ada yang aku tak tau. Gasakla, abaikan..hahaha

Tolong jangan percaya ayat kat atas tu aku buat, tipuje.


ps: nak tau maksud nyer, cube cntrl a :D


TQ Ismail Sairi.
post signature

Saturday, December 4, 2010

Surprise Saya

2 kali En Jun ni mengejutkan aku. En Jun ni aku tak tau jawatan die ape tapi antara yang tertinggi la sebab die duduk dalam satu bilik sorang. Rasanya die bos bahagian operasi kot? Sebab macam terasa macam tu, haha. Bilik die belakang meje aku.

Kali pertama aku terkejut bila tengah syok-syok buat surat sambil selak-selak file, nak tengok ayat la alamat kadang-kadang sambil nyanyi sikit-sikit, maklumla lagu siti memang dah menjadi satu benda wajib dalam ofis ni. Hahaha kalau tak nak rasa muak dengar lagu siti berulang kali dari pagi sampai petang, kita nyayi la sekali, buat-buat enjoy. Hahaha. Kau Qila memang muka plastic tau.

nah korang boleh karoke kejap :D


Pap ! Meje aku kene ketuk.

Aku toleh kiri, ada tangan kat belah kiri sambil die cakap “qila, kau lapa? Nah biskot, makan ea..” pastu En Jun terus blah jalan ke luar. Hahaha tak ke aneh rasenye, tibe-tibe bagi biskot? Tak sempat aku nak jawab, aku nak atau tak nak. Tapi bagus jugak, aku memang lapar pun masa tu, haha

Kali ke 2 terkejut ni semalam. Aku sibuk ber bye-bye yelah seronok jumaat nak balik rumah, sabtu ahad cuti ! tibe-tibe dia panggil “qila !” tibe-tibe ada orang sedikit jerit .. “aku ada diari, kau nak?”..kakak yang aku berbye-bye tadi muke dah senyum senyum kambing..”boleh juga” die terus bagi pastu blah jalan ke luar. Hahaha



En Jun ni penuh kejutan surprise saya di buatnya.

Apa-apa pun terima kasih :) Rejeki jangan ditolak kan kan. Lain hari bagi la lagi hahaha *gelak jahat.


ps: nak tengok movie ape yer? sabtu ni...
post signature

Thursday, November 25, 2010

Sorang Gloria Jean's

Sorang


Masa makan tengahari, keluar makan dengan Kak Puteri, Kak Izan dan Abang Yat. Kami  berbual la macam biasa (macam dah lama je padahal baru 3 hari, haha) dan Kak Izan tanya, "dik, kau ade berape adik beradik?"

"sorang"

Abang Yat ngan Kak Izan serentak pandang aku, tenung ada la dalam setengah minit, pastu sambung makan.

Tibe-tibe Abang Yat geleng kepala, "tak dapat bayangkan la macam mana duduk rumah sorang, takde orang nak gaduh"

Hehehe
Sebenarnya aku pun tak dapat bayangkan kalau ada adik beradik kat rumah. Fair and square la kan.


Gloria Jean's


Masa aku tengah sibuk-sibuk pening kepala menyerap input baru yang baru di ajar oleh Miss Wong, aku dengar Kak Fila kira-kira kuat. "1, 2, 3 ,4, 5...19 !" nak kata dalam baris tak jugak.

Bila no19 dia cakap makin kuat.

Blur.

Tak lama lepas tu, terperasan ada 2 orang masuk ofis dengan beg besar keluarkan bungkusan dan air. Siap susun cantik-cantik lagi kat meje depan.

10 minit lepas tu, kecoh satu ofis dengan suara Kak Fila "oii korang tak nak amek makanan free ke dari Gloria Jean's ? " 

"free", otak aku cepat sikit tangkap perkataan free ni, hehe. Rupe-rupenya petang ni, dapat sponsor dari dia. Aaaa rezeki !

Tapi motif tiba-tiba sponsor ? jangan ada udang di sebalik batu nak mintak turun kadar sewa sudah. Hahaha Gloria Jean's ni salah satu customer di Angsana. Dia sewa lot kat main entrance.

Maka, kalau ada sesiapa yang pergi ke Angsana, masuk kat main entrance.. lilaukan mata korang tengok kiri kanan, pasti ternampak Gloria Jean's ni dan dia sebenarnya franchise dari US. Eh tertolong promote pulak, hahaha free punya pasal la ni.


Lepas ni agak-agak ada dapat free lagi tak, dari nandos ke, pizza ke? :P
post signature

Tuesday, November 23, 2010

Hari Pertama Tetap Hari Pertama


Untuk menjadi hari kedua, kita kena lalui hari pertama dahulu. Macam sebelum nak ke hari selasa, mesti lalui hari isnin dahulu. Sebelum dapat due puluh sen mesti ada sepuluh sen dahulu. Hahaha ni ibarat je.


Hari ni 1st day practical. Dan memang akan selamenya menjadi 1st day pada 23/11/10. Kalau dah 24/11/10 bukan lagi 1st day untuk practical.


Seronok tapi penat. Hari ni pergi lawat site, dipekenalkan dengan meje sendiri,  barang jualan dan mendapat satu case yang perlu disiapkan ASAP, Miss Wong cakap. Baikla, hari pertama dah pun disogok dengan benda-benda alien dalam otak.


Suasana kerja macam dalam tv. Sibuk, setiap orang hidup dengan fail yang lebih dari 10 sorang, termasuk aku? haha


Kak Puteri cakap, "kau mesti blur kan, tak pe nanti akak ajar satu satu"...haha kakak memang memahami.


Masa aku diberi case yang alien tu aku kene study 2 fail yang sederhana tebal. Hahaha gila, alien sungguh, nasib baik ada kakak yang membantu, aaa lege.


Okla.


1st day yang seronok, banyak benda yang di belajarkan. Product yang kami jual adalah barrow, open space, window space, vacant lot, kiosk dan stor :D


Esok belajar benda baru. 


Bye. 
post signature

Saturday, November 20, 2010

JUMAAT, 19/11/2010

Resepi Daging Ungkep

Tiba-tibe je nak bagi resepi pulak si qila ni, dah kenapa? Haha konon perasan menjadi chef. Tak tak ni gurau je.

Sempene Hari Raya Aidladha, daging korban kan, tapi bukan daging korban pun boleh cube resepi ni.

Secara entah kenapa, secara tiba-tiba nak share satu masakkan ni. Sebenarnya, suka daging ungkep ni. Serius ! Selain daging masak rendang, kicap, kari, goring, masak kunyet dan macam-macam, ini juga salah satu ke sukaan :D

Selama ni dok makan je, tak pernah mulut ni nak bertanye macam mane nak masak die, tapi sekarang umur macam dah meningkat dewasa..tu la..Hahaha terima kasih Mak Tok.

Masak dia sangat simple ngupe-ngupenye..

Bahan diperlukan :

Daging, bawang putih (lagi banyak lagi bagus, tapi jangan banyak sangat agak-agak ), bawang merah, halia dalam 1 inche, lada kering di belender dalam 2 sudu aaa tak lupa juge minyak dan kicap manis.

Cara memasak :

Aaa cara masak paling relax. Kita boleh tengok movie masa masak. Hehehe tak, ni cume gurauan je. Macam ni, follow 9 step je J


  1. Daging. Basuh dulu ye, tapi jangan basuh sangat nanti hilang bau daging.
  2. Bawang putih, bawang merah, halia dalam 1 inche, lada kering. Ni semua di blender, air separuh dari muatan.
  3. Dah siap step no2, kemudian tuangkan step no2 ke dalam daging yang dah dibasuh tadi. Kacau-kacau sikit. Pastu perap die selama sesuka hati. Hahaha tak la, paling minimum pun 30 minit. 
  4. Siap step no3, kite ikot step no4 ye.. amek kuali, masukkan minyak sesedap tangan nak menuang, err jangan banyak sangat agak-agak. Pastu, masukkan step no3 dalam kuali. TUTUP, api sederhana.
  5.  Lupa, sebelum tutup, letak sedikit kicap manis. TUTUP balik.
  6. Tunggu daging empuk, bila air tu dah kering daging tak empuk-empuk, letak lagi air sampai daging empuk. 
  7. Tunggu daging empuk. Boleh sambung tengok movie.
  8. Bila dah empuk, keringkan air nyer, kalau nak kuah jangan kering sangat, tak nak kuah keringkan
  9. Boleh di makan selepas di hidangkan !

    tadaa... siap !
Estimate duration untuk masak daging ungkep dalam 2jam. Tapi tak rase pun macam 2jam, sebab kene lama menunggu. Boleh sambung tengok movie kegemaran :D Kalau tak faham cara memasak, boleh baca ulang-ulang sampai faham.

Cadangan pemakanan :

Haha ni cadangan je, nasi putih, ketupat, nasi empet, nasi goring, roti dan apa-apa je yang rasa macam sedap di makan dengan daging ungkep ni.

Itu sahaja. Terima Kasih.

Hahaha, kalau ada kemasaan kelebihan cube la J





Ps: Ungkep = Masak secara tutup (resepi Mak Tok dan diadaptasi oleh Aqila)
post signature

RABU, 17/11/2010

Sudah selamat sampai ke Johor, Alhamdulillah.

Masa dalam perjalanan dari Melaka ke Jb ada accident, bas tergolek. Tak taula penumpang macam mane. 

Semoga mereka selamat.

Papepun, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA !


Ps: terasa heaven bila tau lepas ni makan rumah je, heee.
Pss: Terima kasih Afiq, Syaza tolong angkat barang yang sangaaaaaaaat banyak tu J

post signature

SELASA, 16/11/2010

Sedih. Bermula dari hari sabtu hari tu, sorang-sorang balik tinggalkan Melaka. Kali ni bukan tinggalkan Melaka sebab cuti sem tapi dah habis sem. Aaaaah.

Setiap pertemuan ada perpisahan, hehe ayat klise ni.

Ibu pun dah sampai semalam, tidur sini sehari sebab ibu tak larat nak drive sehari suntuk. Faham faham, jadi ibu tidur dengan kami.

Seronok ibu datang, sedih tinggalkan memori yang sukar di ganti kat sini.

Norizan, Syaza, Meksu, Kak Jiji dan Kak Wawa dan tak lupa pada Fathiyah kamu semua kawan serumah yang baik hati, TERIMA KASIH untuk setahun/setengah tahun bersama :) 

 Meksu, Norizan, Kak Jiji, Kak Wawa dan ehem ehem..ahaha aku

Yang sedang mencangkung, Syaza, yang sedang berdiri tutup mulut tu Fathiyah dan yang entah pandang mane tu Norizan. 

Insyaallah kite jumpa lagi ya :)
post signature

Friday, November 12, 2010

Bunyi Jam

Tik tok tik tok..

Lagi 4 hari nak tinggalkan Melaka. Eh tapi sem depan kene berulang alik sebulan 2 kali ke sini untuk tunjukkan thesis. Aaa kirenya memang lepas ni Melaka akan jadi tempat persinggahan macam dulu-dulu.

Tapi tak tahu la, macam-macam yang tak di fikirkan boleh jadi.

Dari rumah sewa ni, yang tak mungkin sekali aku lupa bila setiap satu jam, ada jam bunyi. Kuat ! Datang dari jam nowhere Hehehe. Tipu je, jam tu ada dekat dengan Eye On Melacca, ada satu jam besar. Err rumah sewa ni nak ke Eye On Melacca tu cume 10 minit jalan kaki.

Tu jam tu..

Setiap satu jam akan bunyi lagu kat bawah ni, 

Dari minit 0.00 sampai 0.14

Pastu, tong tong tong tong tong ikotla masa tu pukul berape, paling tak menahan kalau pukul 12 malam la. 12 kali tong. 

Sunyi dan jam tu boleh dengar dengan saaaaaaaaangat kuat. Hahaha.
Masa awal-awal tahun, rasa annoying nak tercabut telinga  dengan jam ni. Hee melebih kau ni qila.

Jam ni buat darah bergerak laju. Mana tak, baru je rasa tadi dengar dia bunyi, sekarang bunyi lagi. Hahaha 

Nampak sangat membuang masa.

Bila dah 2 3 bulan, dah dapat biasakan telinga dengan bunyi ni, kadang-kadang malas nak tengok jam, tunggu jam ni bunyi. Kira die bunyi tong tong tong, taula pukul berapa. Hahaha

Walaupun di JB ada jam besar yang kat dataran sebelah hospital tu, jam tu tak de lagu macam kat sini.

Aaaah sudah, aku nak cakap aku akan rindu bunyi jam kat Melaka ni setiap satu jam.

Satu keunikkan Melaka yang tak mungkin la di lupakan.
Bunyi Jam. 

post signature

Thursday, November 11, 2010

Hitam Putih

Jujur aku kata, aku tak suka tontot cerita hitam putih. Cerita zaman mak tok. Walaupun ada P Ramlee sekali pun, naaa tak berminat.


Konon ea.

Aku cuma tau tajuk cerita, kandungan cerita aku tak tau, kalau aku tau pun tu sebab aku dengar dari mulut  mak tok takpun kawan-kawan yang minat cerita hitam putih Heeeh

Masa tingkatan 1, aku mula terjebak dengan orchestra.

Bila macam cikgu rasa aku dah ade potensi untuk join main lagu-lagu, piece pertama lagu yang di fotostate adalah “kencana wati”? Hahaha kau, entah lagu apa ni aku tak tau.

Lepas tu dapat piece lagu yang lain macam hujan di tengah hari, bengawan solo, sekapur sirih, bujang lapok, itula sayang, malam pagar di atas bulan, getaran jiwa, ibu, do re mi, bunyi gitar, senandung semalam dan banyak lagi lagu lama-lama yang memang aku tak pernah dengar pun sebelum ni.

Hujan Di Tengah Hari

Tengok, walaupun aku tak suka tengok cerita lama, aku kene sukakan main pieces lagu lama-lama. Dia ibarat, kau berlari die mengejar. Hahaha

Tapi tu juga tak bermaksud aku minat nak tengok cerita hitam putih. Walau hakikat, aku suka lagu-lagu lama ni. Hahaha. Mana tak nyer, setiap minggu kene main lagu ni dari pukul 4 sampai 6 petang. Mahu tak jatuh cinta. Yela tak kenal maka tak cinta.

Kemudian baru baru ni kat astro ada pasal biography Tan Sri P Ramlee kan, aaa tak tengok kat astro pn. 
Kat sini mana ada astro, ada tv2 dengan tv3 je. Lain channel tak clear.


Itu tak mematahkan semangat aku nak tengok, ceh haha. Sebab aku asyik terbaca entri blog pasal tu je, tergerak la jugak nak menengok.

Lepas baca entri ni dekat blog Pujangga Malam, dia ada bagi link tengok di youtube :D Terima Kasih. 

Gagahkan diri tengok ni walau kawan sebilik tengah gelak-gelak tengok cerite korea. Hahaha sedikit tergugat.

Lepas lebih kurang sejam gitu, aaa baru aku tahu. P Ramlee tak pernah putus asa. 
Tibe-tibe je terus teringin nak tengok cerita hitam putih.

Aaaa tula lain kali jangan konon sangat qila. Sekarang teringin kau sorang-sorang. Agak-agak kat tv2 ada lagi tak siarkan cerita hitam putih ni lagi ? sebab sebelum ni memang nampak tv2 je yang siarkan. 
post signature

Wednesday, November 10, 2010

Kesimpulannya Hehehe

Sebelum ni aku ada post entri "tolong". Tapi entri dah lesap. Hahaha. Aku post, dalam beberapa jam pastu aku save as draft balik.


Tiba-tiba rasa aneh pulak cerita macam tu. Ada jugak yang tertanya tanya kat facebook "eh kenapa ni, awak ok ker?", "mana entri tu..dha hilang?"..dan sorang sempat memberi komen :) Terima kasih. Ingatkan tak de orang baca.


Persoalan dalam entri "tolong" tu adakah aku patut bagi coklat kat lelaki tu? haha entah pape qila ni.


Walaupun aku tak la suka dia. Tapi yeah die sangat memberi effect kat aku. Sedih. Sedih yang tak boleh nak cakap. Sedih tu macam dalam hati. Gile !


Lagi pedih bila tengok kat facebook masing-masing bersayang, bermiss-miss you. Fuuuh. Macam facebook ni mereka yang punya..aiii gelimat.


Aku admit, aku di pergunakan, pergh ingat aku ni barang ke apa? Eh, ni bukan yang aku nak cerita. Hahaha


Kesimpulannya, aku dah makan dah pun cendermata kononnya nak bagi kat dia. Dan sangat sedap ! Real strawberry inside, fiuhh.

Nak lagi !

Naaa bace balik entri "tolong" ni untuk lebih kefahaman :D

Lagu hari ni, senyum :)


post signature

Thursday, November 4, 2010

Tolong ?

Setengah tahun kami berhubung. Tak la selalu tapi bila nampak sorang online, mesti akan ber chat punya walau sekejap.

Tak banyak yang aku tahu pasal dia, tapi tahula juga sikit-sikit. Haha sengal. Nak kata aku suka tak juga, tapi mungkin ke arah tu tapi tak taula. Susah untuk di tafsir.

Abaikan perasaan.

2 minggu sebelum aku ker Cameron dia ada ajak keluar, okla before ni die pernah ajak keluar tapi aku refuse sebab tak selesa nak keluar.

Bila sampai satu hari ni aku rasa, aku patut keluar walau sekali. Hell yeah memang sekali. Eh ni bukan marah tau. 

Selepas kami dah keluar hang out seharian, rasa suka sikit sebab sebab tertentu. Dan kami start bermessage walau tak kerap. Suka bila dia message. Hati bunga-bunga.

Message dia macam memberi harapan, damn ~~

Jadi aku terdorong la nak belikan dia sesuatu untuk dia konon macam cenderhati dari Cameron. Tak mahal, tapi sedap ! 

Lepas aku balik dari Cameron, aku message dengan dia yang aku ada belikan sesuatu untuk dia. Dia pun macam excited tapi tak eh entahla. Susah untuk aku faham lelaki ni.

Seminggu berlalu dengan last message " jumaat petang nanti saya datang rumah ea amek barang tu".

"ok !"- tunggu-tunggu punye tunggu lepas pukul 2 tak jugak ada hint nak datang. Maka aku assume die sibuk belajar. Tak pe, hari lain boleh bagi.

Aktiviti harian aku berjalan macam biasa, bukak fb macam satu kewajipan. Dan sangat terkejut bila aku nampak status "in a relationship".

Tak tau nak kata apa. Mulut terdiam. Sedih pun tak. Cuma rasa di permainkan. Aihh lelaki.

Aku like status dia tapi dia ignore. Fine.

Lepas tu, kami dah tak bermessage dan berchatting lagi. Nak mengeluh lagi, aihh.

Sekarang tak tau nak bagi barang(cenderhati) tu atau tidak.

Kalau korang, korang buat apa? bagi? tak bagi dan buat tak tau je?


ps: dia bukan kawan fb semata die budak satu u juga..
post signature

Wednesday, November 3, 2010

Sejak Err Karoke Video

Sejak study week dah mula, aktiviti sekolah rendah depan rumah dah mula. Hahaha. Mentang-mentangla UPSR dah habis, korang bersuka ria yer, tak pe tak pe.


Aktiviti dieorang ni sama je setiap hari. Karoke karoke karoke. Lagu yang sama suara je berlainan setiap hari. Pukul 7.30 pagi dah mula dah karoke sampaila pukul 1 petang. Haa kau, tak panas telinge dengar.


Kadang-kadang marah pun ada, yela..orang bangun pagi-pagi kononnye nak study tibe-tibe dah ada karoke pulak sekuat tidak, sakit telinga. Heee 


Kalau terkena suara yang sedap tu sedap jugakla belajar sambil mendengar, tapi bila dengar suara yang tak berape nak sedap tu rasa nak tolong tutup kan mines one tu, hahaha bajet suara kau sedap la ni qila.


Dan lagu dia, jugak berulang-berulang...


Ada beberapa lagu cina yang aku tak dapat dikenal pasti tajuk nya dan lagu orang putih macam kat bawah ni..


The Climb - Miley Cyrus
Flying Without Wing - Westlife
I Have A Dream - Westlife
Where Ever You Go - Brayan Adams


Aaaa lagu semua macam lentok-lentok, tak de pulak dia karoke lagu faizal tahir ker, hahaha.


Pape pun, semua ni akan jadi kenangan :) aaa pagi-pagi nak emo sedih pulak dah haish.


Hey hey..selingan, tengok benda yang aku suka, Kevjumbo laa..



Kalau korang pun dah terpikat macam aku asyik nak tunggu video baru dari budak kevin ni, aaa budak ni comel! korang boleh pergi sini, maka senang la tau ada video baru tak. Hehehe.



ps: semalam dapat tengok 2 movie 500 days of summerlagenda budak setan dengan Syaza. Wehee. Exam seterusnya hari ahad ni..so boleh la tengok movie lagi kan kan, ahahaha.
post signature

Sunday, October 31, 2010

Exam, Hari Jadi

Bermood exam. Jangan kacau, kalau kacau ..NAHAS.

Hahaha.

Pening exam belum habis lagi, baru 2 paper habis 3 paper lagi menanti. Selasa ni, ahad dan ahad minggu depan.

Gap lama, terasa nak menghabiskan masa berjalan-jalan kat Melaka ni. 3 tahun pun tak habis explore huh.

Ditambah dengan pening dengan bakal penyewa rumah ni. Dan terasa senior sebab dieorang panggil kak qila. Hahaha padahal umur sebaya tahun 89.

Dan pada 26/10 hari tu aku di jemput oleh kawan Afiq untuk join mereka men-surprise-kan Afiq. Eh terima kasih Izan, temankan aku yer, sebab hari tu hari jadi Afiq, Selamat Hari Jadi oo jang ! haha

Kek sedap, err tak keluar duit pun, semua di-support kawan-kawan Afiq, heeeyaa thanks, kami datang bawak badan je hee ..

Lepas mereka dah siap-siap main tepung, lari-lari kejar-kejaran, yang perempuan tengok je. Kami tak nak terjebak baju kotor, haha kiteorang pun pergi  makan dekat D'Nangka. 

Bukan makan besar yer. Cukupla sekadar mengisi perut.

Lepas makan, masing-masing dah ngantuk, kenyang. Sajiv kawan afiq hantar kami balik rumah :D Izan dan aku tiba di rumah dengan selamat, Alhamdulillah.

Random pictures yang aku cilok dari Amer.


Kek ni sedap giler !

\


D'Nangka, makan keropok ..



ps: gian nak mendownload walau tau tengah exam, haha.
post signature

Sunday, October 24, 2010

Habit

Habit 3 tahun lalu.

Masa aku belajar kat Matrik dulu,aku suka kumpul makanan lagi-lagi coklat. Hahaha bila bukak je locker dan laci, haa hamek kau selambak makanan macam tak pernah luak. Aku akan beli coklat setiap hari err tak tau kenapa plus ada orang bagi free hehehe. (tq ldk-ldk)

Pada aku itu kebahagiaan. Hahaha melihat locker penuh makanan aku jadi tak takut la bila tiba-tiba duit makanan habis ker, tak sempat makan kat café ker.

Aneh kan.

Tapi sejak masuk u ni, dah tinggalkan habit lama. Nak ada perubahan, yela asyik simpan makanan je, makan nyer sikit.

Tapi tadi aku perasan..







Err kenapa coklat dari raya hari tu plus coklat dari awal sem masih ada lagi tak makan-makan ?
Aih.Hahaha.



Habit ni sukar diubah,
bukan tak boleh yer.
post signature

Thursday, October 21, 2010

Pre Graduation Day :D

Heeyaa, pada selepas sahaja balik dari Cameron, tidak semene-mene esok tengah hari nyer ada lunch dengan datuk pengarah kampus for the last time. 

Hahaha asyik-asyik Cameron, ok la, aku admit yang saya dah betul-betul jatuh cinta dengan Cameron, ia bagaikan rumah ke2. Tibe-tibe terfikir nak menghabiskan sisa hidup kat sana sebab i <3 their scenery. Cantik ! Namun itu cume angan-angan yang aneh je. Haip, qila ni.

Kembali pada topik. Yeah, Pre Graduation day telah tibe. Selalunya, pre graduate di lakukan pada waktu malam kan, tapi entah kenapa batch kiteorang pre graduate di lakukan tengahari, makanya bukan dinner tapi lunch ? hhahaha kelakar tapi benar.

cube cari mana aku ? 

Tapi jangan risau, susana dalam hotel tetap macam malam. Gelap dan romantik maka tak de beza la malam ke siang.

Tak seperti dinner lain, eh err makan-makan yang lain, kali ni sangat different dan sangat mewah. Penuh kejutan ! Yaaa aku suka kejutan. Hahaha dan bersyukur makanan yang tak boleh makan cume ada 1 je, sotong, but yeah, izan kata sotong tu pun tak sedap, jangan risau tak makan.

Surprise ! tibe-tibe makanan tak terhidang atas meja, tapi pengacara dah suruh jempot makan...tibe-tibe (banyaknye tibe-tibe, hahaha) lagu bolywood terpasanag, dan chef2 ni menari-nari, hahaha kelakar..but i love it <3

Tarian..

Hahaha tapi aku tengok, macam sedap je sotong. Sangat rindu saat boleh makan seafood tanpe fikirkan side effect tapi apakan daya tak boleh dah.

Nothing more and less, kami bergambar sampai penat. Hahaha dah la memang penat, bergambar pula memerlukan mood, tapi tak pe.Untuk yang terakhir kan..


\
Find me again ? hahaha silly, tipu je..ni bersama ayahman (koordinator)



Itu sahaja. 
Gonna missed this moment. 

Oh ye terima kasih dekat yang mengetag gambar di facebook :) 
Isnin 25/10 paper pertama, good luck guys !
post signature