Resepi Daging Ungkep
Tiba-tibe je nak bagi resepi pulak si qila ni, dah kenapa? Haha konon perasan menjadi chef. Tak tak ni gurau je.
Sempene Hari Raya Aidladha, daging korban kan, tapi bukan daging korban pun boleh cube resepi ni.
Secara entah kenapa, secara tiba-tiba nak share satu masakkan ni. Sebenarnya, suka daging ungkep ni. Serius ! Selain daging masak rendang, kicap, kari, goring, masak kunyet dan macam-macam, ini juga salah satu ke sukaan :D
Selama ni dok makan je, tak pernah mulut ni nak bertanye macam mane nak masak die, tapi sekarang umur macam dah meningkat dewasa..tu la..Hahaha terima kasih Mak Tok.
Masak dia sangat simple ngupe-ngupenye..
Bahan diperlukan :
Daging, bawang putih (lagi banyak lagi bagus, tapi jangan banyak sangat agak-agak ), bawang merah, halia dalam 1 inche, lada kering di belender dalam 2 sudu aaa tak lupa juge minyak dan kicap manis.
Cara memasak :
Aaa cara masak paling relax. Kita boleh tengok movie masa masak. Hehehe tak, ni cume gurauan je. Macam ni, follow 9 step je J
- Daging. Basuh dulu ye, tapi jangan basuh sangat nanti hilang bau daging.
- Bawang putih, bawang merah, halia dalam 1 inche, lada kering. Ni semua di blender, air separuh dari muatan.
- Dah siap step no2, kemudian tuangkan step no2 ke dalam daging yang dah dibasuh tadi. Kacau-kacau sikit. Pastu perap die selama sesuka hati. Hahaha tak la, paling minimum pun 30 minit.
- Siap step no3, kite ikot step no4 ye.. amek kuali, masukkan minyak sesedap tangan nak menuang, err jangan banyak sangat agak-agak. Pastu, masukkan step no3 dalam kuali. TUTUP, api sederhana.
- Lupa, sebelum tutup, letak sedikit kicap manis. TUTUP balik.
- Tunggu daging empuk, bila air tu dah kering daging tak empuk-empuk, letak lagi air sampai daging empuk.
- Tunggu daging empuk. Boleh sambung tengok movie.
- Bila dah empuk, keringkan air nyer, kalau nak kuah jangan kering sangat, tak nak kuah keringkan
- Boleh di makan selepas di hidangkan !
Estimate duration untuk masak daging ungkep dalam 2jam. Tapi tak rase pun macam 2jam, sebab kene lama menunggu. Boleh sambung tengok movie kegemaran :D Kalau tak faham cara memasak, boleh baca ulang-ulang sampai faham.
Cadangan pemakanan :
Haha ni cadangan je, nasi putih, ketupat, nasi empet, nasi goring, roti dan apa-apa je yang rasa macam sedap di makan dengan daging ungkep ni.
Itu sahaja. Terima Kasih.
Hahaha, kalau ada kemasaan kelebihan cube la J
Ps: Ungkep = Masak secara tutup (resepi Mak Tok dan diadaptasi oleh Aqila)
besh gle!
ReplyDeletefuh nampak sedap! apa kata ko pos ke bp lak??
ReplyDeletewow... i like it!
ReplyDeletewoahh sedapnya...dah lulus syarat jadi menantu tersayang ni heehe
ReplyDeletenampak sedap tu..
ReplyDeletemula2 xphn juga ungkep tu apa.. rupanya2 masak dgn tertutup yerk.. hehhe..
Ungkep :-D
ReplyDeletesounds funny
Lelaki Ini :D
ReplyDeletepudding pie ...hahaha tak mauu, kau masak la..
ReplyDeletemeo kuning..i like it more !
ReplyDeleteFitrihadi ...hahah yeke?
ReplyDeletemR.sYaH...hehe bahase jawe :)
ReplyDeletefingerscrossed, haip comel ..
ReplyDelete