Thursday, November 4, 2010

Tolong ?

Setengah tahun kami berhubung. Tak la selalu tapi bila nampak sorang online, mesti akan ber chat punya walau sekejap.

Tak banyak yang aku tahu pasal dia, tapi tahula juga sikit-sikit. Haha sengal. Nak kata aku suka tak juga, tapi mungkin ke arah tu tapi tak taula. Susah untuk di tafsir.

Abaikan perasaan.

2 minggu sebelum aku ker Cameron dia ada ajak keluar, okla before ni die pernah ajak keluar tapi aku refuse sebab tak selesa nak keluar.

Bila sampai satu hari ni aku rasa, aku patut keluar walau sekali. Hell yeah memang sekali. Eh ni bukan marah tau. 

Selepas kami dah keluar hang out seharian, rasa suka sikit sebab sebab tertentu. Dan kami start bermessage walau tak kerap. Suka bila dia message. Hati bunga-bunga.

Message dia macam memberi harapan, damn ~~

Jadi aku terdorong la nak belikan dia sesuatu untuk dia konon macam cenderhati dari Cameron. Tak mahal, tapi sedap ! 

Lepas aku balik dari Cameron, aku message dengan dia yang aku ada belikan sesuatu untuk dia. Dia pun macam excited tapi tak eh entahla. Susah untuk aku faham lelaki ni.

Seminggu berlalu dengan last message " jumaat petang nanti saya datang rumah ea amek barang tu".

"ok !"- tunggu-tunggu punye tunggu lepas pukul 2 tak jugak ada hint nak datang. Maka aku assume die sibuk belajar. Tak pe, hari lain boleh bagi.

Aktiviti harian aku berjalan macam biasa, bukak fb macam satu kewajipan. Dan sangat terkejut bila aku nampak status "in a relationship".

Tak tau nak kata apa. Mulut terdiam. Sedih pun tak. Cuma rasa di permainkan. Aihh lelaki.

Aku like status dia tapi dia ignore. Fine.

Lepas tu, kami dah tak bermessage dan berchatting lagi. Nak mengeluh lagi, aihh.

Sekarang tak tau nak bagi barang(cenderhati) tu atau tidak.

Kalau korang, korang buat apa? bagi? tak bagi dan buat tak tau je?


ps: dia bukan kawan fb semata die budak satu u juga..
post signature

4 comments: