Sunday, March 18, 2012

Store


Jumaat lalu aku bersama staff lain termasuk bos sama sama bersihkan stor. Stor yang memang tak rupa stor langsung, kadang-kadang ada juga aku terfikir, sapa punya tanggungjawab agaknya untuk pastikan stor ni kemas, aku ka? Sebab banyak barang aku jaga ada di stor. 

Gaaah, tak kesahla sesiapa pun. *nak jalan pun terpaksa sepak sepak kotak, hahaha.

"You all, kalau ambil barang ni macam mana? you all sepak sepak kotak ni ya?, haa Farah?"

Aku sengeh je la, sambil pandang Shana, kawan sekerja aku. *Memang pun tau tau je bos ni. Tak ada maknanya aku nak angkat, letak cantik cantik berat !

/
/

Hampir 3 jam juga la nak bersihkan stor, buang apa yang tak perlu, ambil apa yang perlu, berebut apa yang perlu. "Kakak mahu ini, boleh bagi main anak kakak", cleaner Indonesia kami. "Kak! ni ada pasu kak, boleh buat hiasan di rumah".."boleh boleh, semua akak mahu!"..hahaha gema satu stor, dengan kami punya gelak.

 Sampai bos kata, "U all ni kemas stor macam jumpa emas !". 

"Barang free bos, siapa tak nak"..

=p
Orang kata dah rezeki depan mata, jangan ditolak. Lama pun lama la.


Bye.

Thursday, March 8, 2012

Wordless - Bookfair

Wordless


Popular bookfair 8th March - 18th March at Plaza Pelangi.


Jumpa di sana!


Bye.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 4, 2012

Mine is Cyber Clean

Semenjak ada benda ni terasa seperti pembersih sangat hehehe.


Pada aku produk ni sangat best dan baik kepada orang yang sangat rajin (setahun sekali) mengelap habuk habuk di celah celah keyboard laptop yang kecil mulus.


Serius best. Aku cuma perlu tepek dan press! Habuk lesap.


Sebenarnya bukan setakat keyboard sahaja mana mana permukaan berhabuk except dinding rumah. Boleh digunakan.


Lately aku try tepek dengan hp. Dengan sekali tepekan berkilauan.Lol tertanggal segala kotoran.


Aku pun tak tau selain di Popular kat mana ada lagi jual benda ni, mungkin dekat kedai aksesori kereta pun ada jual. Mungkinla tak pasti o_O


Ok bye.

Oh ye! Mine is cyber clean :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 26, 2012

Macam Macam Lol

Shana kata, "kalau kita nak tau kita kerja lama kat satu tempat mesti kita berak"..


Aku macam erk? Serius? Berak?


/

/

/

Bila aku fikir balik macam ada betulnye jugala.


Tempat kerja pertama macam tak pernah. Yang kedua pun...yang current macam...


Lol.


....bateri laptop rosak arrghh!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 20, 2012

Jatuh Cin** =p

Eh, seronok pula dengar dia main violin ni. Sebelum ni teruja dengan Eric Stanley sekarang Jun Sung Ahn !

Ahh !
Who is he?
- Korean - 19 tahun this year - Girlfriend bernama Debby

Ok cukup, basic info je dah la kan? Hehehe mahu kenal lebih boleh usha dekat facebook :D Teheee.
/
/
/
Agak banyak cover yang buat. Sedap di dengar, tak tipu ! Here, several yang aku suka suka suka suka :D

1. Price Tag.


2. It Will Rain


3. Titanic


4. Someone Like You


5. A Thousand Years


Baikla
Jatuh Cinta. 


Bye.