Percaya tak, aku masih lagi suka baca review dari blog dari blogger lain untuk setiap apa yang aku nak beli. Barula macam puas gitu baca pengalaman orang lain kan.
Jadi aku nak review 2nd stroller yang aku baru beli 2 3 hari lepas ni, sebagai rujukan sesiapa mommy yang tersinggah di blog ni.(bukan niat nak menunjuk harta, sekadar berkongsi rasa...ewaaah, haha)
Akida Stroller - Sweet Cheery
Aku pilih untuk beli ni sebab :
1. Ringan - berat dia dalam 4.9kg sahaja. (Berat lagi Madiha lol) serius boleh nagkat satu tangan. Sangat suka!
2. Seat dia boleh baring habis. Flat la, sesuai untuk baby yang masih tak tahu nak duduk secara tegap.
3. Revise handle. Maksudnya die boleh facing parent dan juga kedepan.
4. Harga murah dengan ketiga-tiga ciri aku nak. Eh apesal sikit sangat ciri aku nak...haha oklah, sebenarnya satu lg ciri tak tercapai iaitu compact stroller. SEBAB bila kita lipat stroller ni dia agak besar compare to Aldo yang super kecik tu.
Cons tentang stroller ni :
1. Stroller dia tak sturdy macam stroler besar (besar ni subjektif. sebenarnya aku compare dengan 1st stroller travel system, next post la aku review pula. Kalau rajin, xjanji, kehkeh). Sebab tayar dia tak ada getah. Faham tak ea? Jap, aku try goggle gambar.
Ni bukan Akida stroller punya wheel, dia ada getah. Which is, aku rasa dia sangat sturdy bila tolak. tak ada goyang inul..lol
Ini pulak, wheel Akida stroller. Nampak kan beza?
2. Bila kita lipat dia tak ada la secompact stroller Aldo, babyzen yoyo, babt throne, yuyu, yoya, yoyo, yiyi da sebagainya.Dia juga bukan seperti payung bila kitaa lipat. dia macam ni.
Tak kecik, tapi boleh muat letak kat seat depan Myvi. (Nampak macam sado pule perempuan tu)
4. Aku hampir terlupa nak mention ni, Stroller ni aku rasa dia memang mean untuk hadap depan. So bila kita revise handle untuk ke facing parent (facing muka kita la) agak susah sikit nak tolak. SEBAB...tayar dia 1 fix, 1 lagi boleh 360 pusing. Faham tak ya, kalau tak, boleh try di jusco, hehehe. Tapi aku okay je.
Okla itu sahaja.
Aku beli harga RM350. (Sebenarnya aku berkenan brand Combi, tapi itula orang kata ukur baju di badan sendiri, haha)
Selesa? Pic tell a thousand words :D
Bye, Assalamualaikum.