Saturday, January 29, 2011

Makan Nakam

Jumaat hari yang menggembirakan. Sebab dapat makan free. Siapa tak suka free tu aneh..haa jadi aku suka free ! aku tak aneh, hee.

Makan makan makan makan makan besar.

Masa dapat free makan sandwich ngan air teh dari gloria jeans tu ada berangan sendirian kan best kalau dapat makan free dari pizza ke kfc ke..

Hehehe demand lebih. Tapi masa tu cuma berangan angan mat jenin je, sekejap je lepastu dah lupa. Tapi jumaat itu, menjadi kenyataan :D

Lepas beli limau dengan kak izan, kak puteri dan bella, masuk ofis hidung terbau pizza. Tengok kat bilik meeting, fuuyooh pizza laa..

limau sebelum diagih-agihkan 5biji sorang !

Duit makan tengahari jimat jumaat tu. Gegege.



Anyway, terima kasih contractor (belanje pizza) & miss wong ( bagi limau) :D

Oh ye, Selamat tahun baru cina Miss Wong !



ps: tapi tak boleh layan ijan la hari-hari dapat makan free :D
post signature

Tuesday, January 18, 2011

Dia

Masa aku bangun dari tidur pagi tadi, aku terus teringat dia.

I can vividly remembered what she always said.

Masa tu umur baru 14 tahun. Seorang kawan aku ni selalu cakap yang macam ayat berangan lebih ,

"awak nak tau, nantikan aakan ada hp yang ada kamera tau, nipis jeee " 
"awak nak tau, nantikan akan ada hanphone tak guna no"
"awak nak tau nantikan ada hp kamera boleh amek gambar depan-depan"

Sound weird masa tu, zaman telifon sabun tiba-tiba dia cakap nonsence, rasa dia berlagak dan kaya gilaa boleh beli handphone macam tu.

Aku ingat lagi, sampai cikgu pun tak percaya dengan dia, dan tak ramai nak kawan dengan dia, sebab dia macam tu dan orang anggap dia tu penipu. Dia kata rumah dia ada lab ? Errr

Kadang-kadang aku tak percaya, tapi pernah sekali dia tunjukkan alat makmal kat aku, silinder la rasanya. Aku jadi konfius, orang kata die mencuri kat makmal sekolah tapi errr

Apa yang aku rasa bila berkawan dengan dia, dia suka berangan itu ini. Dia suka lukis benda yang pelik.

 

But yet, itu cerita masa umur 14 tahun.

Sekarang, apa yang dia cakap tu dah ada, memang wujud.

Handphone dengan kamera dan nipis, dah banyak model dah keluar.
Touch screen pun dah ada.
Kamera amek gambar depan-depan 3g la kan, pun dah ada. 


Cuma rumah dia ada lab tu aku tak pasti sampai sekarang. We lost contact masa form 3.


Baru aku sedar yang apa dia cakap memang wujud pun.

Ahhh tula sape kata berangan selalu tak leh jadi kenyataan.
post signature

V4 : 3

Pertama kali masuk bilik bedah kecik. Nampak semuanya macam pelik sebab ini pertama kali.

Ada katil cadar putih, tempat oksigen, tu yang macam elektrik letak kat dada boleh terangkat, meje sorong yang penuh dengan alatan, lampu bulat, alat yang pakai kat tangan untuk kesan nadi, pam darah dan apa-apa yang ada kat situ. Bilik sangat sejuk.

Aku disuruh duduk. Ceh aku ingat baring. Fikiran masa tu dah melayang habis teringat movie-movie drama-drama yang aku tengok, sama laaa. Gila.

Sampai "adik boleh bukak baju, pakai baju hijau" ..ok seksi baju hijau tu sangat besar untuk aku. Pakai je laa..

Tibe-tibe je doc-doc pelatih pun masuk, laaah aku ni jadi macam bahan pulak, ces. Habis badan aku dah jadi tontonan doc-doc tu. Alasan, untuk dieorang belajar, aaa baiklah. Tak kesah, malu dah tak de.

Aku duduk, tapi ada meja depan aku plus 2 biji bantal untuk menyenangkan kerja doc dan menyesakkan aku. Masih rasa feeling-less.

Doc kata,  "saya nak buat tanda sikit". Geli tersangat sampai nak ketawa tapi tak jadi senyum sumbing je. Entah die conteng badan aku tu pakai pen ke ape aku pun tak sure, tak nampak dah.

Lepas tu, doc letak kain yang jadi hanya macam bulatan untuk kene tebuk. Macam dalam tv tu...

Ada 2 orang doc kali ni.



....sambung
post signature

Monday, January 17, 2011

V4 : 2

Sehari sebelum nak kene tebuk untuk keluarkan air dalam paru-paru, doc ada cakap "tak sakit ni, kita bagi bius cuma yang sakit bila nak kami nak amek tisu paru-paru je, tu memang sakit, macam mana? awak setuju?"



i have a choice, samada tak nak buat atau buat, samada tanggung sakit lama-lama atau dengan ini insyaallah akan baik.


Aku pilih untuk operation. Takut tu memang ada, semalaman tak tenang tidur takut punya pasal. Beberapa jam before tebuk, dapat kol dari tok teh, dia memang beri semangat yang habis habisan. Sampai lagi satu jam nak kene tebuk, tak rasa apa-apa feeling-less.


2.30 petang


2 orang doc together dengan seorang nurse sampai  kat katil v4 dengan kertas dan pen. Untuk ibu dan aku sign.  


Tanpa ragu-ragu sign je terus sempat bace sikit-sikit je. Hehehe


Kemudian, di bawa ke bilik bedah kecik. Dan terasa semuanya macam dalam tv.


....sambung
post signature

V4 : 1

Sebelah katil v4 seorang makcik kene gastric. Dia pengsan masa tengah buat kerja tak ale-ale bangun tengok dah kat katil v5. Berpuasa 2 hari, masuk air entah dah berapa botol.

Sebelah katil v5 seorang nenek yang dah sebulan tak makan yang proper. Setiap malam mengadu sakit pinggang sampai ke perut. Itu juga gastric.

Depan katil v5, v1 sangat... Seorang makcik yang kronik buah pinggang. Setiap masa oksigen di sisi, tak boleh kencing secara normal. Tapi dia sangat lembut bila bercakap. Kiri kanan tangan ada tiub. Tapi tak boleh guna untuk buat dailesis, doc terpaksa buat tiub baru dekat kaki pulak. Tabah, aku tengok tangan dia yang berbenjol-benjol plus ada nanah dia masih boleh ketawa, senyum.

Sebelah katil v1, v2 seorang kakak dalam usia 32 tahun. Anak seorang, comel ! kakak tu pun cantik. Aku ingat dia sebaya aku, tapi meleset lagi tua rupanya. Dia ada kencing manis yang sangaaaaaat tinggi. 18 tak silap aku.  Usia 32, mata dah kabur. Bukan kabur sebab rabun tapi belah kanan kakak kata urat mata dia dah putus dan belah kiri sekrang kabur dan doc cakap dengan kakak ada nanah di belakang mata, sort off la. Sedih..

Di katil v3 pulak, seorang makcik yang ada darah tinggi. Sangat tinggi, 200 lebih atas 100 lebih bawah. Dia sangat baik. Selalu tolong makcik kat v1. Dia kata kepala dia sangat pening, tangan lenguh. Dia tak kan boleh discharge selagi darah tak turun. Dia kata, dia lagi tension duduk sini, hehe aku pun.

Katil v4



....sambung
 post signature

Sunday, January 9, 2011

Jelajah Makan : Kacang Pool

Kacang pool pool pool pool fool bukanlah ! pool pool. Hahaha merepek.

Jelajah Makan kembali lagi minggu ni. Haha kau merepek lagi ye Qila.

Pada hari itu, petang-petang lepas balik kerja, hati ni berkeinginan nak makan kacang pool. Kalau kacang pool je mesti teringat kat Kacang Pool Haji. Tak de kedai lain dah di ingat dalam kepala, Kacang Pool Haji kat Larkin tu la yang ada di kepala, tak lain dan tak bukan situla.

Memandangkan masa tu baru balik kerja, tak nak makan nasi malam ! gemuks haha ini tak tipu, sejak intern ni berat dah naik 2 kilo dan pipi memang tak reti nak simpan rahsia betul, kerana pipi makin membulatlah rahsia terpecah, hish.

Maka, ajak ibu makan kacang pool dengan Kacang Pool Haji ni. Dekat Medan Selera Larkin. Boleh google maps kalau nak tau jalan ke situ, kedai dia dekat dengan balai bomba :D


Harga se set kacang pool RM4.00. Nampak macam satu je rotinye?, tapi bila dah makan..haha kenyang perut :D

Service memang tip top, lajuuuu.

Ibu dan aku makan set kacang pool, aku order air teh o limau ais dan ibu abc.

set kacang pool



abc ice cream

Makan sekali pasti terpikat dan terlekat. Esok esok mesti teringat. Hehehe.

4.8/5 star laa ! :D

*maps


Bye..
post signature

Saturday, January 8, 2011

Hutang Pun Ada Gaya


Nak mintak hutang ni malu betol la. Tebal muka, walau dalam telifon sekali pun muka aku dia tak nampak, muka dia lagila samar-samar pun tak nampak. Malu tu tetap ada.

Rasa macam aku ni kak along mintak hutang tanpa belas kasihan pun ada kadang-kadang. Tak nak dengar mereka punya masalah. Kadang-kadang dioerang ni akan cerita masalah mereka sabagai sebab utama tak nak bayar tunggakan. Eceh.

Simpati ade, tapi apa boleh buat, tak kan nak cakap "tak pe, en boleh bayar selepas en tak de masalah" giler, cari nahas namanya..

Hutang-hutang tetap hutang, tak ada reason yang boleh aku rasa nak diskriminasi. Biasanya akan lebih tegas pada tenant yang yang dah tak bayar 3 bulan ke atas. Degil deiorang ni, pernigaan punyala maju, sewa tak nak bayar. Haiiip ngade.

Nak minta hutang dengan tenant pun kene ada gaya dan cara.

Aaaa dan semalam Miss Wong ada bagi sikit tips macam mana nak mintak hutang dengan berkesan dekat tenant, melalui pengalaman dia.

Miss Wong cakap :

Jangan kol waktu pagi..dalam pukul 8 ke 9 pagi, JANGAN ! sebab masih pagi, kalau kol tenant cina mereka akan rasa hari ni sway betul la, pagi-pagi orang mintak hutang.

Jangan kol waktu niaga nak bukak. JANGAN ! sebab masa tu macam die sibuk-sibuk nak bukak kedai dengan penuh keazaman nak lakukan barang, nanti mood dieorang akan berubah jadi marah pulak. Duit pun terlepas.

Miss Wong ni ketua bahagian promosi dan pemasaran tau, kira bos besar ni :D Dia cakap lagi, sebaikknya kol 

Dalam tengahari 11-12 tengahari sangat sesuai, sebab ? masa tu tenant dah bukak kedai, dan mungkin dah ada customer, jadi macam hati dia tenang sikit, cerita pasal hutang pun dah lega.

Tula tips nye, aku rasa ini bermain dengan psychology.

Macam ibarat,  pukul 2 pagi kejotkan bibik cakap "bik, nak makan nasi ayam ?" - haha tak ke aneh lagi pelik, possibility untuk nak dapat tu tahap minimun. Cube mintak nasi ayam masa tengahari, pasti dapat. Sama macam hutang ni aaa, tapi kalau dieorang tak ada duit pun tak dapat jugak. ahaha

Bye.
post signature

Sunday, January 2, 2011

Jelajah Makan : Nasi Beriyani

Malam sebelum tarikh cantik, 1.1.11 tu aku dan ibu bergembira berpeliseran di sekitar johor bahru. Selepas berpeliseran, perut pun dah berkreuk kreuk minta di isi sesuatu yang berat ! haha

Jelajah makanan yok :D

Dan terus nasi beriyani bermain di kepala. Serta merta suruh ibu pecut pergi nasi beriyani dekat Uda "Abah Beriani House"


Restaurant ni dah lama, tapi baru bukak  dan hari-hari lalu sini mesti akan cakap dalam hati aku nak makan kat sini aa nak rasa sedapke kahkah itula orang suka bermonolog dalaman. Ramai orang kat sini bila malam. Siang-siang tak ramai sangat.

Pertama kali kaki menapak masuk dalam ni, ooh cantik jugak deco dia ala-ala arabic gitu..


Kemudian kami masuk dan terus pilih tempat duduk. Dan sejurus baru duduk, tak sempat nak betulkan baju ke apa-apa, waitress datang, beri kami menu, haa kau tak menyempat, laju betul service dia.


Menu dia dalam kertas, alah spoil betul, tak comel dah. Tapi bila tengok harga kat menu tu, terus comel balik. Hahaha harga yang berpatutan untuk sepinggan nasi beriyani. 

Aku order nasi beriyani gam lembu, ingat nak amek daging kambing tapi macam tak ada mood nak makan daging kambing, mood pada hari tu ialah lembu. Haha jadi order nasi beriyani lembu bersama air asam boi. 

Ibu lak order, nasi beriyani gam ayam dengan siram bandung. Menu air dia biasaje. Sirap bandung dia memang sedap de ah licious !



asam boi die tu errm kureng urm la, tak payah la order.

Dan selapas licin pinggan-pinggan, kami pun pulang. 

Keseluruhan, tempat ni adalah di recommended. 

Oh yee, kat sini juga boleh buat tempahan, macam kalau ada majlis-majlis kahwen ke dia ada amek catering untuk itu, tak rugi la, boleh telefon di 012-7337007

klik pic untuk ke google map

Aaaa dah laa, lepas ni nak jelajah makan tempat lain pulak.

Bye.
post signature