Saturday, January 8, 2011

Hutang Pun Ada Gaya


Nak mintak hutang ni malu betol la. Tebal muka, walau dalam telifon sekali pun muka aku dia tak nampak, muka dia lagila samar-samar pun tak nampak. Malu tu tetap ada.

Rasa macam aku ni kak along mintak hutang tanpa belas kasihan pun ada kadang-kadang. Tak nak dengar mereka punya masalah. Kadang-kadang dioerang ni akan cerita masalah mereka sabagai sebab utama tak nak bayar tunggakan. Eceh.

Simpati ade, tapi apa boleh buat, tak kan nak cakap "tak pe, en boleh bayar selepas en tak de masalah" giler, cari nahas namanya..

Hutang-hutang tetap hutang, tak ada reason yang boleh aku rasa nak diskriminasi. Biasanya akan lebih tegas pada tenant yang yang dah tak bayar 3 bulan ke atas. Degil deiorang ni, pernigaan punyala maju, sewa tak nak bayar. Haiiip ngade.

Nak minta hutang dengan tenant pun kene ada gaya dan cara.

Aaaa dan semalam Miss Wong ada bagi sikit tips macam mana nak mintak hutang dengan berkesan dekat tenant, melalui pengalaman dia.

Miss Wong cakap :

Jangan kol waktu pagi..dalam pukul 8 ke 9 pagi, JANGAN ! sebab masih pagi, kalau kol tenant cina mereka akan rasa hari ni sway betul la, pagi-pagi orang mintak hutang.

Jangan kol waktu niaga nak bukak. JANGAN ! sebab masa tu macam die sibuk-sibuk nak bukak kedai dengan penuh keazaman nak lakukan barang, nanti mood dieorang akan berubah jadi marah pulak. Duit pun terlepas.

Miss Wong ni ketua bahagian promosi dan pemasaran tau, kira bos besar ni :D Dia cakap lagi, sebaikknya kol 

Dalam tengahari 11-12 tengahari sangat sesuai, sebab ? masa tu tenant dah bukak kedai, dan mungkin dah ada customer, jadi macam hati dia tenang sikit, cerita pasal hutang pun dah lega.

Tula tips nye, aku rasa ini bermain dengan psychology.

Macam ibarat,  pukul 2 pagi kejotkan bibik cakap "bik, nak makan nasi ayam ?" - haha tak ke aneh lagi pelik, possibility untuk nak dapat tu tahap minimun. Cube mintak nasi ayam masa tengahari, pasti dapat. Sama macam hutang ni aaa, tapi kalau dieorang tak ada duit pun tak dapat jugak. ahaha

Bye.
post signature

7 comments:

  1. tapi banyak kedai kat mall2 bukak pukul 10-11 lebih...so maybe diorang xde customer lagi..

    ReplyDelete
  2. huhuh
    macam2 ..
    cara cmnieyh pun ade ek??
    hukhuk!

    ReplyDelete
  3. perghhhh terbaik la tips bos ko qilah!

    ReplyDelete
  4. wa..gud info..than for sharing..lps ni da tau da bile time sesuai nk kacau dorg..hehe..

    ReplyDelete
  5. malu lor nk mentak utang.. nape ssh org nk baya utang

    ReplyDelete