Sunday, January 2, 2011

Jelajah Makan : Nasi Beriyani

Malam sebelum tarikh cantik, 1.1.11 tu aku dan ibu bergembira berpeliseran di sekitar johor bahru. Selepas berpeliseran, perut pun dah berkreuk kreuk minta di isi sesuatu yang berat ! haha

Jelajah makanan yok :D

Dan terus nasi beriyani bermain di kepala. Serta merta suruh ibu pecut pergi nasi beriyani dekat Uda "Abah Beriani House"


Restaurant ni dah lama, tapi baru bukak  dan hari-hari lalu sini mesti akan cakap dalam hati aku nak makan kat sini aa nak rasa sedapke kahkah itula orang suka bermonolog dalaman. Ramai orang kat sini bila malam. Siang-siang tak ramai sangat.

Pertama kali kaki menapak masuk dalam ni, ooh cantik jugak deco dia ala-ala arabic gitu..


Kemudian kami masuk dan terus pilih tempat duduk. Dan sejurus baru duduk, tak sempat nak betulkan baju ke apa-apa, waitress datang, beri kami menu, haa kau tak menyempat, laju betul service dia.


Menu dia dalam kertas, alah spoil betul, tak comel dah. Tapi bila tengok harga kat menu tu, terus comel balik. Hahaha harga yang berpatutan untuk sepinggan nasi beriyani. 

Aku order nasi beriyani gam lembu, ingat nak amek daging kambing tapi macam tak ada mood nak makan daging kambing, mood pada hari tu ialah lembu. Haha jadi order nasi beriyani lembu bersama air asam boi. 

Ibu lak order, nasi beriyani gam ayam dengan siram bandung. Menu air dia biasaje. Sirap bandung dia memang sedap de ah licious !



asam boi die tu errm kureng urm la, tak payah la order.

Dan selapas licin pinggan-pinggan, kami pun pulang. 

Keseluruhan, tempat ni adalah di recommended. 

Oh yee, kat sini juga boleh buat tempahan, macam kalau ada majlis-majlis kahwen ke dia ada amek catering untuk itu, tak rugi la, boleh telefon di 012-7337007

klik pic untuk ke google map

Aaaa dah laa, lepas ni nak jelajah makan tempat lain pulak.

Bye.
post signature

7 comments: