Friday, December 31, 2010

Pac Man, Mario Kegilaan Hai 2011 :)

Masa dulu dulu masa sekolah, pac man ni macam satu kegilaan sekejap bagi aku. Hahaha sebab macam teruja nak main, nak ke next stage. Kalau dulu sehari tak main pacman macam tak sah.


Yang seronoknya main pac man ni bila kena keja dengan 4 monster comel yang kaler kaler tu. Perasaan macam kene keja betul-betul.Dup dup dup jantung.Itu dulu la. Lepas tu ada version lain nama dia bukan pac man dah tapi macam pac man.

Pac man di mana-mana :D

Selapas kegemilangan pac man, muncul pulak zaman kegemilangan mario, haha ni lagi satu hal. Masa sekolah rendah dulu dalam darjah 4 ke 5 gitu berebut bila time rehat je nak ke bilik komputer sebab nak main mario. Hahaha sebabnya kat rumah tak ada.

Padahal boleh je copy masuk disket.

Mario menjadi kegilaan selepas pac man sebab die berkaler-kaler comel, yang lagi comel dari monster kat pac man tu. Dan macam kene sedikit berfikir untuk lepas dari satu stage ke satu stage. Menacabar, haha kadang-kadang mintak tolong kawan ajarkan macam mane dia boleh lepas stage tu padahal aku tak, ni semua tentang strategy, haha konon.


Papepun, kedua-kedua game ni menjadi sejarah dalam kehidupan aku. Kerana menggilai tahap aneh. Haha.

SELAMAT TAHUN BARU ! 
HAI 2011 



ps: tahniah pasukan bola malaysia !
ps2: isnin ni ke malaka ...aaa rindu pulak rasanya dekat melaka :D
ps3: tak tenteram hati ni sebab kerja sangaaaaaaat banyak tak buat lagi.

Bye.
post signature

8 comments: