Monday, January 17, 2011

V4 : 1

Sebelah katil v4 seorang makcik kene gastric. Dia pengsan masa tengah buat kerja tak ale-ale bangun tengok dah kat katil v5. Berpuasa 2 hari, masuk air entah dah berapa botol.

Sebelah katil v5 seorang nenek yang dah sebulan tak makan yang proper. Setiap malam mengadu sakit pinggang sampai ke perut. Itu juga gastric.

Depan katil v5, v1 sangat... Seorang makcik yang kronik buah pinggang. Setiap masa oksigen di sisi, tak boleh kencing secara normal. Tapi dia sangat lembut bila bercakap. Kiri kanan tangan ada tiub. Tapi tak boleh guna untuk buat dailesis, doc terpaksa buat tiub baru dekat kaki pulak. Tabah, aku tengok tangan dia yang berbenjol-benjol plus ada nanah dia masih boleh ketawa, senyum.

Sebelah katil v1, v2 seorang kakak dalam usia 32 tahun. Anak seorang, comel ! kakak tu pun cantik. Aku ingat dia sebaya aku, tapi meleset lagi tua rupanya. Dia ada kencing manis yang sangaaaaaat tinggi. 18 tak silap aku.  Usia 32, mata dah kabur. Bukan kabur sebab rabun tapi belah kanan kakak kata urat mata dia dah putus dan belah kiri sekrang kabur dan doc cakap dengan kakak ada nanah di belakang mata, sort off la. Sedih..

Di katil v3 pulak, seorang makcik yang ada darah tinggi. Sangat tinggi, 200 lebih atas 100 lebih bawah. Dia sangat baik. Selalu tolong makcik kat v1. Dia kata kepala dia sangat pening, tangan lenguh. Dia tak kan boleh discharge selagi darah tak turun. Dia kata, dia lagi tension duduk sini, hehe aku pun.

Katil v4



....sambung
 post signature

5 comments:

  1. kire nk ckp budak kat katil v4 ni paling mude la ea....(uh pasan!) hahaha

    ReplyDelete
  2. yay! kau update! love it..get well soon! risau!

    ReplyDelete