Monday, September 12, 2011

Silap

Baru-baru ni aku ada buat silap dalam tulis surat berhenti kerja. Silly mistake la orang putih cakap:(

Contoh 1 (english version) Contoh 2Contoh 3
Aku kopi n pes terus hantar kat bos dan hantar kat HR dengan yakin. Padahal aku tak tau..
aku buat silap, kesaalahan aku adalah bila..

1. Aku tulis tarikh bila aku berhenti kerja. Maka aku kena berhenti mengikut tarikh yang aku dah tulis, kalau tak, aku di kira cabut lari dan tak dapat gaji. Sebenarnya boleh je tulis, masalah aku adalah notis berhenti aku cuma 7 hari (sebab belum confirm) aku hantar surat hari jumaat dan aku tulis tarikh last berkerja adalah hari sabtu minggu depan. Bila aku kira-kira balik, dah lebih 7 hari dan aku sepatutnya dah tak payah kerja lagi tapi aku terpaksa kerja balik demi tak nak di cop si pencabut dan demi mengelakkan aku tak dapat gaji, sia-sia.
2. Aku tak buat black and white. Hai, ini lagi satu hal, aku buat 2 copy surat berhenti kerja satu untuk bos dan satu untuk hr tapi untuk aku tak ada? Careless betul. Sudahnya aku tak ada bukti yang aku berhenti secara sah, bukan secara illigal. Kalaula (ni kalau) hr tak masukkan gaji dan aku nak tuntut gaji, aku tak ada bukti yang aku berhenti secara sah, berkemungkinan gaji lesap.

Tula, tak nak tanya orang lagi, kan dah sesat penulisan tiada guna.
Point yang aku akan ingat kelak untuk tulis surat berhenti,
1. Tak payah letak tarikh, tarikh surat je dah cukup.
2. Buat kopi suruh hr cop (copy untuk kita in case apa-apa berlaku)
3. Cek baki cuti, kot-kot kita ada cuti boleh tolak siap-siap.
4. Kalau tak pasti, tolong tanya orang. 


Bye.

2 comments:

  1. bukan memg wajib ek tulis traikh???

    ReplyDelete
  2. memang wajib tulis tarikh, tapi better tulis tarikh bila nak berhenti kerja bukan tarikh last kerja..

    ngeeeh :D terpulang la..

    ReplyDelete