Monday, July 19, 2010

Despicable Me

Aku tengok cerita ni semalam. 3D HAHA, macam pelik sebab aku bercermin mata, pastu kena pakai lagi cermin mata. Kira aku pakai 2 spect dalam satu masa.


Nasib comel HAHA, tak la nasib boleh pakai sebab spect 3D agak besar la kan. Muka dah aneh sebab spect 3D terpaksa di pakai diluar tudung. Wayang kan gelap, tak de sape nampak. Selamat di situ.

Overall cerita ni tentang..

Plan nak curi bulan ! Gru (watak utama) cuba buat banyak benda pelik pelik la, macam freeze rays, shrink rays dan macam-macam. Tiba-tiba 3 orang anak yatim budak kecik Margo, Edith and Agnes datang rumah Gru..nak jual biskot. Macam mana ia adopt budak ni? Ending cerita ni?  Korang tengok sendiri la..

Yang menarik kat cerita ni err yang aku ingatla..

  1.   Kecomelan watak-watak yang ada, lagi-lagi agnes(adik bongsu dari 3) bila dia tepuk-tepuk pipi. Masa tu mereka ni baru sampai rumah Gru yang ambil mereka sebagai anak angkat.
  2.   Minius ! yang warna kuning tu. Comel gila. Lagi-lagi part Gru cakap suruh buat toy. Minus ni pelik, dan diorang cakap “to toy to toy?” HAHA kelakar.
  3. 3D banyak dipamirkan la. bila time roller coaster tu, kalau kau focus, kau boleh rasa sedikit kecut di perut. Serius.
  4.  Jalan cerita yang simple yang memang untuk family. Memang tak di nafikan masa aku tengok belakang aku family yang tengok. Tapi yang couple pun boleh menepek tengok sekali, tak de masalah la.
  5.   Kelakar. Hampir setiap scene dalam cerita ni kelakar. Tak nak beritau, nanti tak surprise.

2.      Cukupla 5. Tak rugi tengok cerita ni. Walau bayar mahal, worth it.

Ps: bila cerita ni dah habis. Duduk lagi tau, jangan bangun…diaorang ada tunjuk kehebatan 3D dieorang. Cunnn. Percayalah.

Despicable-Me-BO.jpg Dispicable Me image by ladyangie94
 scene roller coaster 

noannoyingnoises.gif Despicable Me image by dallass94
haa ni la part tu..tepuk tepuk pipi. Rasa nak tonyoh je pipi budak ni, comel giler !

despicableme.jpg Despicable Me image bigcity6
dalam kereta Gru. Canggih ni, siap ada bom segala.

Sumber gambar dari google. 

Official Trailer


Aku bagi 3.5/5 bintang.  SELAMAT MENONTON !




ps: jadi tak review aku?

post signature

11 comments:

  1. esok gua nak tgk inception..!

    ReplyDelete
  2. sejak keje ni kan..aku tak berpeluang langsung tgk wayang. duit habis jugak.huhu

    ReplyDelete
  3. meo suke tgk cite kartun huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. toi..toy..to..tooto...toi..toy..toy...toi....tot.....toooiii...tooot.....toy2...

    ReplyDelete
  5. tengok kebanyakan review semua kata best tapi tak sempat2 tengok lagi... huhu...

    ReplyDelete
  6. heheh awal awal sem ni la kena layan movie banyak2... nati nak dekat final tergolek golek nak tengok tapi tkde masa. eh yeke? hahaa :)

    ReplyDelete
  7. mcm best jer citer nie! tp x brkesempatan la nk tgk

    ReplyDelete