Wednesday, April 14, 2010

Ustazah Minah



Dia adalah Ustazah Minah. Ustazah yang paling banyak memberi tazkirah yang sangat di luar yang aku fikir, dan selalu mengigatkan aku (bukan akula, satu kelas) tentang hal-hal duniawi, hal-hal yang aku benci. Ya, dia la orangnya.

Hari ni hari terakhir jumpa dia. Eh, jap, sem depan pun boleh je jumpa, maksud aku, masuk kelas dia. AH, sedih ! Ye, aku sangat suka masuk kelas dia. Tak bermaksud aku nak masuk lagi kelas dia sem depan, kalau tu maksudnya, aku repeat paper ar ! tak nak aku. Dijauhkan, tuhan.

Dia la yang mengigatkan aku tentang " jangan membenci bapa". Ia sangat terkesan, serius.

/
/
/

Hari terakhir dia mengigatkan kami tentang Nabi. Ustazah cerita pasal Shamimi (tak tau ejaan nama dia) yang bermimpi jumpa nabi dan 4 para sahabat nabi. Dia ada sakit teruk yang tuhan uji dia. Walaupun dia di uji, dia tetap tak meninggalkan suruhan Allah. Malah, setiap malam sembahyang sunat.

Dia anak yang baik. - Ustazah cerita.

Satu hari sakit dia sangat teruk. Sehingga, kawan sebilik dah nak telifon ibu bapa dia suruh bawa pulang.

Pada masa tula.Dia tertido, dan tiba-tiba ada seorang lelaki yang jauh tampan dari lelaki yang ada sekarang datang beri salam dan cakap ini Rasulullah. (Ustazah cakap arab la, aku tak ingat dah, bm dia tu la maksudnya).

Dia tersedar, dia macam bercakap-cakap dengan kawan dia, yang dia jumpa Nabi Muhammad. Kemudian, dia tertido balik.

Kali ni die mimpi, 4 orang sahabat nabi. Dan salah seorang nye, beri tahu kat dia, suruh baca ayat Al-Baqarah   ayat____ ( ustazah kata dia lupa).

Dan dia terasa, macam ada tangan mengurut kat belakang badan dia. Dan bila dia tersedar balik, penyakit dia hilang ! Serta merta. Kuasa tuhan.

Habis Ustazah cerita.

/
/
/

Kemudian, Ustazah cakap lagi, " Nabi akan ingat kita jika kita selalu berselawat kepada Nabi, tak pe la tak dapat jumpa Nabi dalam mimpi, sekurang-kurangnya kat sana nanti, dia tolong kita beri shafaat dekat kita" 


" Kalau awak ni tak ingat dia, macam mana Nabi nak beri pertolongan kat kita nanti, sungguh besar shafaat Nabi sebenarnya "

Ustazah cerita juga tentang api neraka. " seringan-ringan azab di api neraka, kaki terbakar sehingga tumit, otak mengelegak, dalaman badan usus usus semua lebur, kemudian tumbuh badan baru, Masyaallah, kamu nak ? "

/
/
/

Kelas tamat. I will miss your tazkirah Ustazah Minah.
post signature

20 comments:

  1. terasa nak belaja kat class nie gak:)

    ReplyDelete
  2. seronok nya ustazah Minah ko kan Qilah

    ReplyDelete
  3. sangat seronok !..tapi dah tak masuk kelas dia dah..:(

    faizal, muka kau kan macam abg dekat depan rumah sewa aku ni ha...heee

    ReplyDelete
  4. api neraka....moga dijauhkan...

    ReplyDelete
  5. yah. moga semua kite di juahkan.

    ReplyDelete
  6. ya...aharap kita d jauhkan ya...n byk kn amal ibadat...;-)

    ReplyDelete
  7. kalu kter msuk klas agama kn?
    kiter rse teng jek an?

    ReplyDelete
  8. aaah. dah terasa sikit. sebab terkene kat diri sendiri.

    ReplyDelete
  9. cerita ustazah ko tu aku ada baca kat entri Jane

    ReplyDelete
  10. leh cntact lg... facebook ade... huhuhu:p

    ReplyDelete