Sunday, April 18, 2010

Riang Ria Hari Raya

Amaran : Entri sangat berjela. 


Hari ni buat perjanjian pada diri sendiri, tak nak lagi bersuka ria. EXAM KHAMIS NI LA OI ! Baik baik, sebab semalam dari pagi sampai ke malam dah bersuka ria macam kanak-kanak dah.

Dari pagi, menunggu panggilan. Kononnya, nak ke n9. Bersuka ria bersama boncit, tapi tak jadi. Hangit sekejap seluruh badan, sebab jumaat tu dah prepare mental dan fizikal, yes esok ke n9. Last minute call cakap tak jadi, memang buat aku hangin. Hai, tak pe ada cara lain untuk menghiburkan diri selepas di kritik hebat pada hari jumaat tu.

Jumaat? Pusing la kau ni Qila, jumaat adalah presentation untuk marketing communication, kami di arahkan untuk membuat satu iklan. Dan iklan kami is UNCLEAR MESSAGE. Kalau aku rajin, aku upload la ads yang kami buat tuh, kalau ok kalau, aku tak janji. Heee.


Memang dapat kritikan panas dari Pn Zaliha, dia cakap, terlalu banyak scene, viewer akan pening tengok. Hurm, ok Pn. Dan report kami di reject. Ish, penat buat selama berminggu akhirnya direject. Sebab dia kata, ads tak boleh pakai, dia stress on report. Ok, kami buat Pn.

Berbalik cerita bersuka ria. Semalam dapat tamatkan 3 movies ! Wow, hebat dan satu pencapaian bagi aku. Aku tak pernah nak melihat movie dengan begitu focus nyer. Dan yer, semalam aku berjaya ! TAK TIDUR. Aku berjaya tengok cerita :


1. She's on Duty- cerita lama yet baru tengok, laggard.







2. Ice Age 3 - Cerita lama juga tapi terasa nak tengok balik ! heee.







3. Planet 51 - Cerita lama juga, saja tengok balik sebab tak de cerita cartoon baru yang di download. Anybody who feel generous to give me new movie (cartoon)? u you are most welcome, come email me. Hahaha.



Sudah habis masa petang dengan layan 3 movies, pada malam hari bersuka ria di Jonker Walk. Hais, tak habis-habis Jonker Jonker Jonker. Yelah, kami tiada kenderaan, bas pulak malam memang dah tak de, naik teksi mengalahkan tiket aku alik Jb. Giler MAHAL.

Jadi dengan berjalan kaki tak sampai 5 minit, ketiak pun tak sempat berpeluh, pergila dengan housemate ke JOnker dengan satu tujuan utama, JALAN JALAN CARI MAKAN. Hee.

Dan ye, kami jumpa, 3 makanan yang enak di sana. Even, kaum cina yang masak, tapi kita boleh makan. Kalau korang was was tak payah la makan. Aku tak was was, jadi aku makan la. Kawan aku pun sama. Heee.

Kami jumpa :

1. Kentang Tornado - RM 2 untuk 2 biji kentang yang dicucuk di atas lidi dan digoreng. Serius sedap ! Kau patut cuba kalau datang sini.






2. Sweet Candy - RM 2 untuk semua jenis buah. Murah kan kan. Tapi aku rasa ni ada je di mana-mana, buah tu di saluti coklat atau madu ikot suka kau la nak yang mana. Kalau aku, tentula coklat kan.






3. Kuew Tiaw Goreng - ini memang tak dinafikan, sangat sedap wo ! rasa tak sama macam orang kita masak, serius, kedai dia khas jual ni . Memang ramai ar menunggu, termasuk kami. Kan misi mencari makanan.


Harap akan dapat ke JONKER88 untuk menikmati cendol tersedap di Melaka. Rasanya la kan.

Hujan lebat sebenarnya masa kami ke Jonker, lebat sangat. Kami tunggu tiga-tiga makanan tu semua dalam hujan. Tapi tak pe, masih puas. Lagi-lagi bila dapat makan makanan sedap. Yummy.

Masa kami berteduh depan cafe. Tapi cafe dia dah macam pub terbuka la, sebab aku boleh nampak arak kemudian ada seorang penyanyi nyanyi dan aku nampak ramai orang asing kat situ minum arak botol hijau tuh. Sambil menari nari tengah hujan. Aku assume orang tu dah mabuk. Dan ada pulak pasangan couple, duduk sambil bukak payung menikmati hubungan mereka berdua. Macam tak de apa-apa berlaku. Aneh aneh dah sekarang. 

Sampai rumah dalam pukul 11 malam. Masing-masing duduk depan tv sambil makan kew tiaw tadi sambil tengok tv3 cerita RATU KEK . Hahaha funny la cerita tu.

Kami makan sampai muak. Sebab uncle tu letak mee sangaaaaaaat banyak. Uih.

Kemudian, aku tertido lepas makan tuh. Peh buruk perangai, lepas makan terus tido. Hahaha. Dah dah, berhenti menulis dan merepek. Study untuk final.

Good Luck kawan-kawan exam.
post signature

20 comments:

  1. gud luck toOO !!! all da best insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. entry mmg berjela
    uhuk..melihat gambar2 yg dipaparkan membuat sy berasa sgt lapar...
    zasss....
    .
    .
    .
    .
    lari ke dapur~

    ReplyDelete
  3. btw..ol d best,Qilah!
    semoga Allah permudahkan :)

    ReplyDelete
  4. rasa was was lah pulak tengok kueh teaw tu.. tapi gula-gula tu macam best je. :)

    ReplyDelete
  5. ubi kentang tu dah makan xberapa sdplah.. heheh..

    betnyer tgk udang 2..

    ReplyDelete
  6. kueh teow kegemaranku.. sedap2..

    ReplyDelete
  7. kueh teow kegemaranku.. sedap2..

    ReplyDelete
  8. kentang.....char kuew tiau....owh..tidakk...sgt mrnggoda..

    ReplyDelete
  9. hmm nmpk lazat kuey teow itu..hehehe..

    slmt ber'exam'..

    ReplyDelete
  10. betul2 makan..selamat berexam

    ReplyDelete
  11. good luck exam :)

    eh,nak pinajm buku bercinta sampai ke syurga..
    saya ada yang episod ptama jee :P

    ReplyDelete
  12. cendol kat situ sumpah terbaik oh! lepas makan terus ngantuk. fuihhhh

    ReplyDelete
  13. Baru smlm ila makan cendoll..ihii...gd luck aqilah...;-)

    ReplyDelete
  14. ohh memang berjela tpi penuh dgn makan. hehehe :D

    ReplyDelete
  15. sedapnyew makan!!!

    ReplyDelete