Bila badan terasa panas lepas tu baik lepas tu panas lepas sejuk tak boleh menahan. Itu macam petanda badan sakit la.
Seminggu macam ni. Baik bila makan panadol, jadi balik lepas panadol tu dah habis kot. Mulala menjadi.
Ni semua berpunca keengganan aku nak minum air yang dimasak sendiri kat rumah. Hah, macam berlagak la . Bukan tak nak minum air kat sini, even aku dah masak air tu 2 3 4 kali, dia tetap ada rasa klorin.
Semua air paip ada klorin, tapi bila dah masak dia akan hilang kan, tapi kat sini tak. Atau mungkin aku je menggedik kot. Entah. Aku tak minum, aku lebih rela beli air mineral seringgit kat kedai tak pun topup air kat peti air sukida. Baru 20sen.
Hasilnya inilah, tekak sangat sakit. Kurang air mungkin.
Demam, aku tak pasti punca apa. Dalam sem ni, banyak kali aku demam, selesema, batuk. Kalau tak selalunya sangat payah aku nak kene sakit macam ni. Walau tak teruk, tapi still ia adalah sakit.
Mula-miula tak nak beritahu ibu pasal demam baik demam baik ni. Tapi aku rasa tak sedap hati bila tak bagi tau ibu perkara sebenar. Jadi kol dia dan beritau, "ibu qila demam, sakit tekak"
Ibu mula la dah risau. Aku tau. Ibu mana tak risau kalau tiba-tiba anak cakap macam tu. Ibu beriya suruh aku pergi klinik. Nak pergi klinik swasta jauh + mahal. Aku pelajar, tiba-tiba terbang duit 80 semata untuk pandaol, ubat batuk, ubat sakit tekak aku rasa macam tak berbaloi.
Disebabkan, desakan ibu. Jap, aku kol ibu hari Khamis, start Jumaat sampai la ahad, asyik cakap "pergila klinik uitm sana, cek, mana tau ade sakit lain ke, kan sekarang musin h1n1, pergi klinik, cuba jangan degil, kalau sakit teruk nanti siapa yang susah, jaga diri sikit"
Lebih kurang macam ni dia akan cakap dengan aku setiap hari. Yelah, aku pun lemah jugak, kalau ibu dah strat macam ni.
Aku pergi klinik hari isnin.
Hasilnya. Doktor kata aku punya tonsel sedang membengkak.
Tu je. Punca demam.Dan dapat ubat kurang bengkak tonsel, ubat batuk, ubat kumur2 dan panadol
Ibu jangan risau. Tak de pape. Tunggu qila balik jumaat ni, bukan tonsel la bu, demam rindu ibu ni. Heee.
get well soon!
ReplyDeleteselamat pulang rumah juga!
=D
kalo xcukup panadol, inform la..
ReplyDeletennty anta ikot emel..
haha.
semoga kembali sembuh..
nasib baek pegy cek . kalau tak cek nanti lagi teruk . get well soon yeah ! (:
ReplyDeletehye,
ReplyDeletela ptut la dmm xkebah2..
erm sakit tonsil upenya..
ok sis..
bnyakn minum air suam,
elak makan mknnn beminyak, pedas, air bergas n air sjuk..
abizkan antibiotik..
p/s: sakit kita sama la..
if nk sembuh t g la pusat perubatan Az-Zahrah kt bangi.
insyaAllah sembuh.. jgn lupe jaga pemakanan.. ikot nasihat doc..
semoga cepat sembuh..
zaradgreat....terima kasih...dah balik melaka balik dah :)
ReplyDeletesaya_arief ...hahaha thanks kerana membantu :P
ReplyDeleteSyida Shukor...saya ok...dont worry...tq yea :)
ReplyDeleteakudandia ...itula...sekarang saya dah ok..alhamdulillah...saya guna tips kmu ! terima kasih !
ReplyDelete