Semalam memang betul-betul aku craving for bubur chacha. Macam ibu mengandung pulak, ibu mengandung pun tak macam aku, mengidam secara tiba-tiba. Lepas tu, perasaan nak makan tu tak boleh menahan. Kalau boleh, tang tu jugak nak. Macam kalau tak dapat air liur sampai kene tadah dekat baldi. Kau nampak tak, betapa aku NAK SANGAT BUBUR CHACHA.
Sanggup telifon ibu cakap semata mata cakap "bu, qila nak makan bubur warna warni tu tak pun yang tepung semata, ahhh sedapnya" Jawapan ibu ringkas je, "buatla"
Err, aku dah tersengeh seorang diri. Buat ? Tak pernah buat. Hahaha sebab sebelum ni, memang anti dengan segala bubur manis-manis ni jadi malas la nak belajar – alasan haha. Kalau aku makan, for sure, aku tambah air punya, jadi macam manis-manis buah. Haaaha, masa raya, mak cik dan nenek dan atuk atuk suka aku buat air sebab tak manis, dieorang cakap aku memang tau la taste mereka. Hahaha padahal aku memang buat air tak manis BUKAN SEBAB MEREKA, sebab aku tak minum/makan manis-manis. Tak pe la mereka perasan, biarkan. (^_^’)
Pada petang itu juga, aku minta jasa baik Afiq untuk bawa aku ke Mydin sebab nak beli barang-barang buat bubur chacha lah.Mydin pilihan kerana barang dia murah, student ni student mengidam. Sampai gaduh-gaduh, sebab kat tempat dia hujan, kat tempat aku tak hujan. Apa masalah tak nak datang ni. Hahaha. Kelakar.
Bila bahan semua dah ada. Rasa malas nak masak. Hah, gedik kau gedik. Tadi punya nak sangat makan.Maka, malam tadi tidur sambil mengidam bubur chacha lagi. Tapi ! sebaik sahaja aku bangun pagi ni, aku terus ke dapur dan buat ! - entah mimpi ke apa ntah, tiba-tiba terus ke dapur.
Tak sangka jadi. Hahaha. Tetapi GULA MERAH TERCICIR dan DAUN PANDAN LUPA BELI dan CHACHA NADA aku buat secara manual. Tepung rebus. Yumy !
Sekali tengok, macam aku tengah minum susu sebab yela, tak de gula melaka, aku cuba letak milo, nak nampak warna coklat, tapi tak menjadi. GAGAL.
Hahaha. Ingat, rupa tak penting, yang penting rasa. Sedap juga- puji diri sendiri la, sapa lagi nak puji LOL.
Gambar diambil setelah bubur hampir habis.
Begitula. Tamat kisah bubur chacha. Dah tak hingin nak makan lagi dah.
arghh rasa lapaq bubuq caca. aku ska sebab dia kalerful ja kot. :P
ReplyDeletehuhuhb bestnye lama tk makan bubur caca.. kurangtkan manis, baik utk kesihatan, mengihdari kencing manis..huhuh..
ReplyDeletepenangan bubur caca sgt dasyat..
ReplyDeletelama tak makan...dah bertahun2 rasanya....
ReplyDeletebak sikit... nak rasa masakan awek
ReplyDeletehaha
ko buat qilah.bagi aku try rasa.boleh?hehehe..bubur ni kaler2 kan?tak pena makan lagi rasanya.
ReplyDelete