Wednesday, April 28, 2010

Disenchanted



It's okay being a liar. Tak salah untuk kamu. Mungkin kamu ada reason yang kukuh. Cuba untuk faham walau entah kali ke berapa. Tak pe itu perangai kamu. 


-
-
-
-

But it hurts me.
post signature

Monday, April 26, 2010

Dear Pencuri

Semalam aku tidur dalam pukul 2 lebih. Sedang syok tidur, tiba tiba aku dengar satu suara "adik adik, bangun, rumah kita nak kene masuk pencuri dan bla bla bla"

Satu perkataan aku dengar PENCURI?! Aku terjaga dan terus turun dari katil berdiri di depan pintu rumah utama. " rumah kene masuk pencuri ? " aku tanya.

Kakak Wawa cakap, " bla bla bla kak gigil, ya Allah takut sangat bla bla bla bla bla dia pakai helmet, bla bla bla bla kak wa nampak banyak kunci bla bla bla bla pakai helmet bla bla bla.."

Kakak Gg pun sama sambung cakap, " Gg tengah study, bla bla bla dengar pintu goyang-goyang bla bla bla, cuba tengok kat pintu bla bla bla bla tu yang nampak, takut nyer bla bla bla "

Aku cuma dapat tangkap sedikit perkataan jer dari kakak kakak cakap dengan penuh semangat tu.

Pakai Helmet
Banyak kunci
Takut 
setengah study


" Sekarang pukul berapa? " aku tanya..." 4 pagi "..."melayu ker ?"...."memang sah melayu, kak wa nampak muka dia, jelas "

/
/
/

Dear Pencuri,

Sedih bila dapat tahu kau cuba nak buka pintu rumah kami. Kau pencuri sengal, kau tak nampak ke ada bulat kat pintu, kau buta yer ? Kat situ kami boleh nampak kau lah !

Lagi sedih bila aku dapat tahu, kau adalah seorang remaja melayu, lelaki , berhelmet dan berkulit gelap. Apa kau ni tak de keje lain? Nak memecah masuk rumah kami Bila kau ompel pintu rumah orang, cuba la kau ingat Allah, ingat mak bapak kau. Sedih sebab sebangsa buat macam ni. Ada otak, Allah bagi kau akal kreatif tinggi sebab tu kau boleh terfikir nak duplicate kunci, guna apa apa ntah masa mencungkil rumah kami. Tapi kau tak guna dengan betul, Allah bagi bukan untuk itu ! Kau menyalahgunakan.

Kau dah aim rumah kami. Kau tau kat mana selak pintu kami berada. Rumah kami tingkat 4, mustahil seorang pencuri akan naik.

Dan

 Semoga Allah buka pintu hati kau untuk bertaubat.


Sekian terima kasih.
post signature

Sunday, April 25, 2010

List



Some list of books that i would like to read. 

  • The last song - nicholas sparks
  • The Alchemist - Paulo Coelho
  • Alexandar Adalah Zulqarnain - Muhammad Alexander
  • We Are All Made Of Glue - Marina Lewycka
  • Yakjuj & Makjuj: Sebalik Gunung - Anis Jejen & Dina
  • Twentiest girl - sophie kinsella (ada disisi)
  • Maryamah karpov - andrea hirata (ada disisi)


Di library boleh pinjam max 10 books ! Yay . Harapannya, adalah semua buku ni di library, lets hope, kalau tak, mesti nak beli nanti. Hahaha.

Jap, ada sesiapa yang nak jual buku-buku di atas second hand ? Tell me :)
post signature

Friday, April 23, 2010

Jalan Jalan Cari Cendol

Tadi having fun. Even tengah hari buta. Kami menjadi pelancong sekejap. Hahaha. Sebab tadi kami lihat ramai pelancong, ber bas bas. Wow.

Kami ke JONKER88 untuk menikmati juadah yang enak di tengah hari jumaat ini. Di mana lelaki muslim sibuk ke masjid, kami sibuk ke kedai makan untuk makan. Heee.


4.8 stars for JONKER88 !

Serius sedap gila babas ! Kalau korang datang Melaka, cari kedai ni ok. Then order Nyonya Asam Laksa dan Baba Cendol.

 Nyonya Asam laksa RM3.50



Baba Cendol RM2.00


Harga sangat sangat patut dengan rasa nyer enak sehingga menjilat licin mangkuk. Hee, aku tak buat la sampai jilat mangkuk. Nampak aneh la pulak.  Kalau mahu lihat lebih menu makanan yang ada dan map di mana JONKER88, boleh ke website nyer which is www.jonker88.com.

*jonker street dikenali sebagai jalan hang jebat. Check !



Heee ! Kami la...
Right : Mek Su, Left : Me !!!

Ijan !  Hey guys, she still single ! Usha ma...Heeh

Habis jalan jalan cari makan. Exam pulak. Tadaaa !
 post signature

Thursday, April 22, 2010

Kisah Bubur Chacha

Semalam memang betul-betul aku craving for bubur chacha. Macam ibu mengandung pulak, ibu mengandung pun tak macam aku, mengidam secara tiba-tiba. Lepas tu, perasaan nak makan tu tak boleh menahan. Kalau boleh, tang tu jugak nak. Macam kalau tak dapat air liur sampai kene tadah dekat baldi. Kau nampak tak, betapa aku NAK SANGAT BUBUR CHACHA.

Sanggup telifon ibu cakap semata mata cakap "bu, qila nak makan bubur warna warni tu tak pun yang tepung semata, ahhh sedapnya" Jawapan ibu ringkas je, "buatla"

Err, aku dah tersengeh seorang diri. Buat ? Tak pernah buat. Hahaha sebab sebelum ni, memang anti dengan segala bubur manis-manis ni jadi malas la nak belajar – alasan haha. Kalau aku makan, for sure, aku tambah air punya, jadi macam manis-manis buah. Haaaha, masa raya, mak cik dan nenek dan atuk atuk suka aku buat air sebab tak manis, dieorang cakap aku memang tau la taste mereka. Hahaha padahal aku memang buat air tak manis BUKAN SEBAB MEREKA, sebab aku tak minum/makan manis-manis. Tak pe la mereka perasan, biarkan.  (^_^’)

Pada petang itu juga, aku minta jasa baik Afiq untuk bawa aku ke Mydin sebab nak beli barang-barang buat bubur chacha lah.Mydin pilihan kerana barang dia murah, student ni student mengidam.  Sampai gaduh-gaduh, sebab kat tempat dia hujan, kat tempat aku tak hujan. Apa masalah tak nak datang ni. Hahaha. Kelakar.

Bila bahan semua dah ada. Rasa malas nak masak. Hah, gedik kau gedik. Tadi punya nak sangat makan.Maka, malam tadi tidur sambil mengidam bubur chacha lagi. Tapi ! sebaik sahaja aku bangun pagi ni, aku terus ke dapur dan buat ! - entah mimpi ke apa ntah, tiba-tiba terus ke dapur.

Tak sangka jadi. Hahaha. Tetapi GULA MERAH TERCICIR dan DAUN PANDAN LUPA BELI dan CHACHA NADA aku buat secara manual. Tepung rebus. Yumy !

Sekali tengok, macam aku tengah minum susu sebab yela, tak de gula melaka, aku cuba letak milo, nak nampak warna coklat, tapi tak menjadi. GAGAL.

Hahaha. Ingat, rupa tak penting, yang penting rasa. Sedap juga- puji diri sendiri la, sapa lagi nak puji LOL. 
Gambar diambil setelah bubur hampir habis. 


Begitula. Tamat kisah bubur chacha. Dah tak hingin nak makan lagi dah.
post signature

Sunday, April 18, 2010

Riang Ria Hari Raya

Amaran : Entri sangat berjela. 


Hari ni buat perjanjian pada diri sendiri, tak nak lagi bersuka ria. EXAM KHAMIS NI LA OI ! Baik baik, sebab semalam dari pagi sampai ke malam dah bersuka ria macam kanak-kanak dah.

Dari pagi, menunggu panggilan. Kononnya, nak ke n9. Bersuka ria bersama boncit, tapi tak jadi. Hangit sekejap seluruh badan, sebab jumaat tu dah prepare mental dan fizikal, yes esok ke n9. Last minute call cakap tak jadi, memang buat aku hangin. Hai, tak pe ada cara lain untuk menghiburkan diri selepas di kritik hebat pada hari jumaat tu.

Jumaat? Pusing la kau ni Qila, jumaat adalah presentation untuk marketing communication, kami di arahkan untuk membuat satu iklan. Dan iklan kami is UNCLEAR MESSAGE. Kalau aku rajin, aku upload la ads yang kami buat tuh, kalau ok kalau, aku tak janji. Heee.


Memang dapat kritikan panas dari Pn Zaliha, dia cakap, terlalu banyak scene, viewer akan pening tengok. Hurm, ok Pn. Dan report kami di reject. Ish, penat buat selama berminggu akhirnya direject. Sebab dia kata, ads tak boleh pakai, dia stress on report. Ok, kami buat Pn.

Berbalik cerita bersuka ria. Semalam dapat tamatkan 3 movies ! Wow, hebat dan satu pencapaian bagi aku. Aku tak pernah nak melihat movie dengan begitu focus nyer. Dan yer, semalam aku berjaya ! TAK TIDUR. Aku berjaya tengok cerita :


1. She's on Duty- cerita lama yet baru tengok, laggard.







2. Ice Age 3 - Cerita lama juga tapi terasa nak tengok balik ! heee.







3. Planet 51 - Cerita lama juga, saja tengok balik sebab tak de cerita cartoon baru yang di download. Anybody who feel generous to give me new movie (cartoon)? u you are most welcome, come email me. Hahaha.



Sudah habis masa petang dengan layan 3 movies, pada malam hari bersuka ria di Jonker Walk. Hais, tak habis-habis Jonker Jonker Jonker. Yelah, kami tiada kenderaan, bas pulak malam memang dah tak de, naik teksi mengalahkan tiket aku alik Jb. Giler MAHAL.

Jadi dengan berjalan kaki tak sampai 5 minit, ketiak pun tak sempat berpeluh, pergila dengan housemate ke JOnker dengan satu tujuan utama, JALAN JALAN CARI MAKAN. Hee.

Dan ye, kami jumpa, 3 makanan yang enak di sana. Even, kaum cina yang masak, tapi kita boleh makan. Kalau korang was was tak payah la makan. Aku tak was was, jadi aku makan la. Kawan aku pun sama. Heee.

Kami jumpa :

1. Kentang Tornado - RM 2 untuk 2 biji kentang yang dicucuk di atas lidi dan digoreng. Serius sedap ! Kau patut cuba kalau datang sini.






2. Sweet Candy - RM 2 untuk semua jenis buah. Murah kan kan. Tapi aku rasa ni ada je di mana-mana, buah tu di saluti coklat atau madu ikot suka kau la nak yang mana. Kalau aku, tentula coklat kan.






3. Kuew Tiaw Goreng - ini memang tak dinafikan, sangat sedap wo ! rasa tak sama macam orang kita masak, serius, kedai dia khas jual ni . Memang ramai ar menunggu, termasuk kami. Kan misi mencari makanan.


Harap akan dapat ke JONKER88 untuk menikmati cendol tersedap di Melaka. Rasanya la kan.

Hujan lebat sebenarnya masa kami ke Jonker, lebat sangat. Kami tunggu tiga-tiga makanan tu semua dalam hujan. Tapi tak pe, masih puas. Lagi-lagi bila dapat makan makanan sedap. Yummy.

Masa kami berteduh depan cafe. Tapi cafe dia dah macam pub terbuka la, sebab aku boleh nampak arak kemudian ada seorang penyanyi nyanyi dan aku nampak ramai orang asing kat situ minum arak botol hijau tuh. Sambil menari nari tengah hujan. Aku assume orang tu dah mabuk. Dan ada pulak pasangan couple, duduk sambil bukak payung menikmati hubungan mereka berdua. Macam tak de apa-apa berlaku. Aneh aneh dah sekarang. 

Sampai rumah dalam pukul 11 malam. Masing-masing duduk depan tv sambil makan kew tiaw tadi sambil tengok tv3 cerita RATU KEK . Hahaha funny la cerita tu.

Kami makan sampai muak. Sebab uncle tu letak mee sangaaaaaaat banyak. Uih.

Kemudian, aku tertido lepas makan tuh. Peh buruk perangai, lepas makan terus tido. Hahaha. Dah dah, berhenti menulis dan merepek. Study untuk final.

Good Luck kawan-kawan exam.
post signature

Saturday, April 17, 2010

Ask Me Anything

Aku baru buat acc formspring. Ahaha, entah saja je buat. Aku tengok macam dah ramai je ada benda ni, macam best. Heee Tu yang try.


Sekarang, kau boleh tanya apa je kau nak tau. Aku jawab nanti :) Wehee

post signature

Dah Jawab :)

DIRECTION::
- BOLD the statements that ARE true to you
ITALICIZE the statements that you WISH were true.
- Leave the fibs alone.
- Then, tag 6 people to do the same test

Saya tag orang yang komen on this tag. Heee :P

• 170cm tall
•  I don’t know what I want at the moment.
•  I’m not happy.
•  I hate my friends.
•  I hate my life.
•  I hate my grades.
•  I can drive
•  I’m bored of driving
• I love dancing
•  I go clubbing every week
•  Shopping is bullshit
•  I have a tattoo of a star.
•  I got my navel pierced.
  I have friends that take drugs.
•  90% of my friends smoke.
•  I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty
• I’m studying Fashion
• I have a business running
•  I hate cartoons.
• I hate someone
•  I have 10 Lollipops handbags
• I buy CLEO every month
•  My parents don’t know about my blog
• I have an iPod
  I don’t have faith in the current “one”.
• My school mates know about my FB
• I wanted to be a fashion designer
•  I love rock emo bands.
• I hate it when people cancel last minute meet ups
• My parents have faith in me
• I’ve bought shoes this month
•  A blogger bitched about me before
•  I hate sports
•  I hate Italian food
•  I hate meeting new people
•  I hate nail polish
•  The mother bear gives me hugs.
•  People should start appreciating me
•  High school was the worst time of my life
•  I have red hair
•  I’m a guy.
•  I’m scared of my Biology result exam which I’m going to face someday tomorrow.
•  I hate vacations
•  We’ll last
• I believe in long distance relationships
•  I’m going to get high and smoke weed one day soon.
•  I’ve robbed an old lady.
• I’m starting to like applying make-up
•  I was a tomboy
•  At times I think I still am a tomboy.
•  I love bitching about people behind their backs
• I still have a best friend
  I have a cat
•  I hate surprise parties.
•  I hate planning parties.
• I’m hot
•  I’m a sinner.
•  I’ve got a DS light
• I cant live without music
•  Video games are a waste of time
•  I miss the father bear.
• I love being in love
 I know how to cook
•  Boys are assholes.
•  I hate Math
• I’m happy with what I have
• I love horror films
•  I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid
My old friends keep in touch with me
•  I don’t read newspapers
•  The news is such a waste of time
•  Blogging is a waste of time
•  I hate animals
•  I can’t live without make-up
• I curse like a pirate.
•  I’m happy with my 11 year old car
•  I hate people that are smart
• I love Orange juice
•  I can’t drink for nuts.
•  I believe that everyone in their teens have lost their virginity
 I’ve got a new phone
• I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month
• I love swimming
•  I haven’t worked out since March
•  I think I’m fat
• I love my friends and famil
post signature

Wednesday, April 14, 2010

Ustazah Minah



Dia adalah Ustazah Minah. Ustazah yang paling banyak memberi tazkirah yang sangat di luar yang aku fikir, dan selalu mengigatkan aku (bukan akula, satu kelas) tentang hal-hal duniawi, hal-hal yang aku benci. Ya, dia la orangnya.

Hari ni hari terakhir jumpa dia. Eh, jap, sem depan pun boleh je jumpa, maksud aku, masuk kelas dia. AH, sedih ! Ye, aku sangat suka masuk kelas dia. Tak bermaksud aku nak masuk lagi kelas dia sem depan, kalau tu maksudnya, aku repeat paper ar ! tak nak aku. Dijauhkan, tuhan.

Dia la yang mengigatkan aku tentang " jangan membenci bapa". Ia sangat terkesan, serius.

/
/
/

Hari terakhir dia mengigatkan kami tentang Nabi. Ustazah cerita pasal Shamimi (tak tau ejaan nama dia) yang bermimpi jumpa nabi dan 4 para sahabat nabi. Dia ada sakit teruk yang tuhan uji dia. Walaupun dia di uji, dia tetap tak meninggalkan suruhan Allah. Malah, setiap malam sembahyang sunat.

Dia anak yang baik. - Ustazah cerita.

Satu hari sakit dia sangat teruk. Sehingga, kawan sebilik dah nak telifon ibu bapa dia suruh bawa pulang.

Pada masa tula.Dia tertido, dan tiba-tiba ada seorang lelaki yang jauh tampan dari lelaki yang ada sekarang datang beri salam dan cakap ini Rasulullah. (Ustazah cakap arab la, aku tak ingat dah, bm dia tu la maksudnya).

Dia tersedar, dia macam bercakap-cakap dengan kawan dia, yang dia jumpa Nabi Muhammad. Kemudian, dia tertido balik.

Kali ni die mimpi, 4 orang sahabat nabi. Dan salah seorang nye, beri tahu kat dia, suruh baca ayat Al-Baqarah   ayat____ ( ustazah kata dia lupa).

Dan dia terasa, macam ada tangan mengurut kat belakang badan dia. Dan bila dia tersedar balik, penyakit dia hilang ! Serta merta. Kuasa tuhan.

Habis Ustazah cerita.

/
/
/

Kemudian, Ustazah cakap lagi, " Nabi akan ingat kita jika kita selalu berselawat kepada Nabi, tak pe la tak dapat jumpa Nabi dalam mimpi, sekurang-kurangnya kat sana nanti, dia tolong kita beri shafaat dekat kita" 


" Kalau awak ni tak ingat dia, macam mana Nabi nak beri pertolongan kat kita nanti, sungguh besar shafaat Nabi sebenarnya "

Ustazah cerita juga tentang api neraka. " seringan-ringan azab di api neraka, kaki terbakar sehingga tumit, otak mengelegak, dalaman badan usus usus semua lebur, kemudian tumbuh badan baru, Masyaallah, kamu nak ? "

/
/
/

Kelas tamat. I will miss your tazkirah Ustazah Minah.
post signature

Monday, April 12, 2010

Teka Teki

" Jom kita main teka teki nak? "

Oh tidak, aku malas sikit kalau bab bab berfikir mencari jawapan ni. Ish
" Emmm"

"Jangn malas nak fikir!, fikir ".
" Ok la ok, apa dia? "

" Apa dia tak de kepala tak de badan tapi ada kaki ? "
" Err ? "

" Cepatla jawab ".
" Ok, cacat ? "

"Apa ni. Betol- betol."
Aduh. Sungguh malas nak fikir.
" Err, kucing? "
" Kucing kan ada kepala."

" Oh ye. Ok la surrender ".
Wahaaa, habit. 2 kali atau 3 kali jawab salah, aku surrender.
" Tak boleh !"

" Aik, asal lak, beri tau je la jawapannya ".
" Ok. Kalau dapat jawab bagi 10 ringgit, setiap satu hint tolak singgit ".

Duit ! Ok tak jadi surrender, 10 ringgit untuk jawab soalan ni je ? aku ter attract.
" Hint 1 ".

" Dekat dalam rumah ".
" Ohhh. Hint 2 ? "

" Selalu di gunakan ".
" Kerusi? " - jawapan hanya tiba-tiba

Dia diam.
" Hahahaha." Tiba tiba dia ketawa.

" Betol ea? Kan kan kan. yay ! 8 ringgit.. nak ! "
" Nah, amekla. Tak nak main teka teki lagi. Tido jom ".



Hahahaha. Kamu ni kelakar la. Saya bukan mata duitan kan kan kan.
 post signature

Sunday, April 11, 2010

Pepai Norizan !

Tiba-tiba terasa nak buat entri khas buat Norizan. Dia kata dia tak pernah makan jemput-jemput udang pepai.


“Jan ! aku makan hari ni, tapi aku kecewa, boleh makan satu je, ces “


Nah tengok ni jan, rupa jemput-jemput udang pepai. 100%  pepai + bawang  + daun kunyit. Kau patut cuba, sedaaaaaaaapp.


SAYA SUKA JEMPUT-JEMPUT UDANG PEPAI.


Padahal, asal nama seafood, aku lantak je. Kaki seafood! But please, jangan bagi sipot sedut kat aku. Hingus.


SAYA TAK SUKA SIPOT SEDUT.




Ps : Akan merindui rumah lagi.


post signature

Saturday, April 10, 2010

LOLi

Hari pertama di rumah. Seronok ! Bangun-bangun je ternampak ibu belum bangun tidur lagi. Eh tak seperti hari-hari aku balik yang lain. Tak pela, ibu penat kerja seminggu, faham faham.


Harini, pergi menziarah kucing di rumah tuan jaga kucing. Heee. Loli, nama kucing aku, tapi masih di jaga oleh Cik Senah/ tuan jaga kucing. Akhir bulan ni, Loli 100% akan di jaga oleh keluarga kami dengan penuh gurauan kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi.


SAYA SAYANG KUCING YANG BERNAMA LOLI.


Loli ni lain sikit. Dia kucing berpenyakit. Ibu dah belikan ubat sakit mata, ubat selesema but macam tu la. Badan remeh, sikit-sikit sakit. Tak pe Loli, bulan depan, kau pasti sihat dan gemuk ok.


Satu aku perasan tentang Loli. Dia sangatla slow motion dan tiada suara ! Wahaha. Mungkin si penjaga kucing kurang berkomunikasi dengan Loli. Tidak mengapa Loli, bila kau dibawah jagaan keluarga kami, aku akan pastikan suara kau lebih kuat dari suara aku. Hahaha.


Normally, kucing yang dijaga oleh kami, becok-becok belaka.


Ada mitos mengatakan, kucing megikut tuan. Kalau si tuan itu pendiam, maka pendiam la kucing itu, jika  si tuan itu suka makan, maka pemakanla kucing itu. Heee.


Nah, tengok gambar bakal Loli. Loli merupakan kucing typical di malaysia, tiada kacukkan, dia adalah asli. 







post signature