Thursday, March 25, 2010

Benci Berharap

Agak tersentap mendengar sedikit macam tazkirah dari ustazah Minah hari ni. Tak de la tersentap sangat, cuma terasa saja la. terfikir pula, ada betulnya apa yang ustazah cakap.


"walaupun dia tidak jaga kita, dia tetap bapa kita, kita sebagai anak kena jaga taggungjawab atas dia "


Ya. Perasaan bapa meninggal dengan bapa meninggalkan sangat lain. tak mungkin orang normal yang ada satu keluarga lengkap faham apa perasaan seorang anak bapa meninggalkan. Dia ibarat macam, eh bapak aku ni hidup lagi ke tak, asal tak muncul-muncul.

Bila aku pergi ke rumah Seri Kenangan, rumah orang tua-tua salah seorang penjaga sana beri tau, yang ada orang tua kat sana yang dulu masa muda tak jaga anak, lepas tudah tua baru cari. Kasih sayang anak tiada, tu yang mereka hantar ke ruah Seri Kenangan ni.

Oh..Aku setuju dengan ni. Kau tak pernah ambil tahu pasal anak kau, tiba-tiba bila time hari susah terkedek-kedek datang mintak tolong. Ada 2 kemungkinan tolong atau tak. Kalau ikut aku, aku tak kan tolong sebab dia tak pernah tolong aku. Kejam


“ awak ingat, sejahat-jahat dia, tanpa dia awak tak lahir di dunia”


Mungkin aku akan ubah persepsi dekat dia. Aku cuma nak jalankan tanggungjawab aku sebagai anak.


“ dia tidak bagi nafkah ke apa ke, biar Allah yang balas, bukan awak yang balas “ .


Baik. Aku akur. Sejahat dia sebenci aku dengan dia, aku terima dan aku akan cuba untuk berbaik, bukan aku yang adili dia.


“ walau awak rasa dia macam tak ingat awak, tapi dalam hati dia, dia ingat awak”


Yeah. I hope so. Aku benci berharap tapi yeah, sedapkan hati saja la.
post signature

12 comments:

  1. tu dugaan yang berat utk anak2 kan... dahla kena ditch pastu bila dah tua, kena amik tanggungjawab ke atas dia pulak.

    tapi sebab Allah dah kata, dia akan bagi kita balaan akhirat nanti.
    Cukuplah Allah jadi penyebab kita buat benda2 yang kita ras atak termampu nak buat.

    :D

    ReplyDelete
  2. yay! mujur ustazah cakap cakap, kan?
    kalau tak kau mesti still memtidak sukai dia.

    betul tu perasaan bapa meninggal dengan tinggalkan lain.

    kalau org yang meninggal tu kita sedih rindu sayang, bagi yang meninggalkan tu, kita sedih benci dendam..

    tanpa dia tiadalah kau.
    kita berhutang dengan mereka.
    dengan dia.

    oleh itu, kurang perasaan negative,
    semaikan yang positive.

    ReplyDelete
  3. jalankan tugas seorang anak. perbuatan lampau, biar Allah yang tentukan;)

    ReplyDelete
  4. hahahaha...
    slalu pun mcm 2...
    kitorg mggu lps nak presnt utk HR!
    dh prepare evrything n time nak g prensnttn lec kitorg marah coz ada classmates wat keje lain n lec 2 trus kuar kelas!
    hampeh btul, dh smgt dah tp mlaptka jd!

    ReplyDelete
  5. lilacfla..yea. macam aku je tu nanti. selagi dia hidup.

    ReplyDelete
  6. tia...i will, tengokla macam mana nanti, nak berbaik dengan adik2 tiri dulu. huh

    ReplyDelete
  7. FaizalSulaiman :) ayat ustazah

    ReplyDelete
  8. Mohamad Izham Jalaludin ,,,,tersalah komen ea...hehehe yelah, lecturer tu bias gila2,kalau dia tak suka c la jawapnye

    ReplyDelete