Sunday, February 21, 2010

Kalau La

Kalaula satu Malaysia aware bila tak guna broadband , offline kan broadband mereka. Pasti line akan laju walau guna package paling murah RM50 sebulan.






Itu semua kalau. Di rumah sewa aku, aku dan Ijan memakai broadband. Mereka yang lain menggunakan streamyx. Macam ketinggalan la aku still pakai broadband even boleh curi line stremyx kan. Tapi tu bukan cerita nya.



Pada suatu pagi. Aku bangun awal. Dan aku menggunakan kesempatan bangun awal untuk mendownload movie.


Cuba bayangkan, broadband yang macam korang kata berukband student package download movie? Macam mustahil untuk masa-masa macam pukul 10 pagi, 12 tengahhari, 3 petang, 8 malam, 12 malam. Tapi, hari itu, boleh !



Jadi aku download la. agak lama la tunggu lebih 6 jam. Baru siap download satu movie.



Pada masa yang sama Ijan pun menggunakan broadband. Dan dia asyik kata, “ asal ni, asyik kena refresh banyak kali je, hey “


“aku punya ok je”- aku still on walau aku sedang tengok movie yang aku download tadi.



END STORY







Nampak tak? Dia ibarat, bila dah offline, dia memberi jalan kat orang lain untuk guna. Macam dekat jalan raya, kalau terlalu banyak kereta mengunakan jalan yang sama, jalan tu akan sesak.


Jadi. Apakata. OFFLINE BROADBAND ANDA JIKA TIDAK DIGUNAKAN. Barulah tak sesak. Barulah laju sikit J


post signature

Saturday, February 20, 2010

Meninggalkan Yang Lama, Cedok Yang Baru.

Cita rasa kita berubah dari masa ke semasa. Sebenarnya bukan berubah, Cuma meninggalkan yang lama, cedok yang baru.





Kalau dulu aku suka letak wallpaper handphone, malah laptop sekalipun terpanpang besarrrr muka aku. Ok motif aku tengok muka sendiri lama-lama pun macam tak berapa nak masuk akal. " aku cantik juga rupanya " ahahaha memuji diri sendiri. Kalau nak tunggu orang lain puji macam tak mungkin la kan.




Tapi, memuji diri sendiri ni bagus. Aku pernah attend satu ceramah kemudian dia kata " pagi-pagi sebelum ke kelas tengok muka dekat cermin, cakap, aku cantik hari ni, belajar elok-elok tak mau tidur " -lebih kurang macam ni la dia cakap.





Kira macam motivasi diri sendiri. Jadi, keputusan aku untuk letak muka sendiri di wallpaper tak salah tak salah kan.





Itu dulu, semasa aku sem 2 dan kebawah. Sangat gila mengambil gambar sendiri kemudian edit edit bagi cun letak kat wallpaper. Asal nama wallpaper, ada je muka aku. Malah header blog sekali. Aku nak tukar header, terlalu banyak aku.




Sekarang

Aku lebih gemar letak gambar permandangan, 1 cartoon comel. Gambar yang besifat menenangkan jiwa aku sekarang.  Bukan jenis serabut.




Bila aku cuba letak muka aku, aku tak rasa se bahagia dulu. Rasa macam, aw kenapa ada muka I ni, tak mau la. OK macam tu la perasaannya.





Gambar pakwe ? ok jujur, aku tidak pernah meletak gambar pakwe di handphone yang screen kecik apatah lagi di laptop yang screen nyer besar gila. Bukan tak mau show off, Cuma ku rasa macam  " tak perlu la, nak buat apa ? " haha, itu aku la. Aku nampak ada je kawan-kawan aku letak gambar pakwe makwe mereka. Bahagia nyer ! sweet patato. Tapi sukar untuk aku nak lakukan.





Gambar ibu dan mak tok ? ada-ada, tapi itu pun aku tak jadikan wallpaper, macam seram pulak. Macam mereka sedang memerhatikan aku. Jadi, keputusan aku ambil simpan gambar mereka dalam folder baik-baik.  Ibu dan Mak tok di hati J




Teheee ! Kamu pula bagaimana ??
post signature

Friday, February 19, 2010

Cuma Teringat

Aku masih ingat kata-kata ni,

" kawan-kawan kita merupakan secebis perangai, hati, sifat dari diri kita "





Maksudnya kalau aku ni kaki blogging, kawan-kawan aku adalah kau la yang kaki blogging juga. Secebis diri aku.





Kesasihan kata-kata ni aku tidak dapat buktikan lagi. Aku tidak begitu rajin nak buat research. Kalau aku rajin, tak segan silu tunjuk statistik yang ku dapat. 




Tapi apa yang aku perhatikan, kawan-kawan kita biasanya yang jenis (1) sekepala dengan kita. Am I right? Kalau tak pun, majority, more than half akan agree atau lebih selesa berkawan  dengan (2) perangai seakan-akan tak pun macam dah nak sama dengan kita.




Tapi tak semua. Kan aku dah cakap, belum sahih . Aish..


Aku cuma teringat kata-kata tu je. 
post signature

Thursday, February 18, 2010

Aneh - Aneh

Hari ni sangat di luar jangkaan. Hahaha hari-hari pun aku akan cakap, luar jangkaan. Yelah, siapa yang boleh predict hari esok malah satu jam mahupun seminit dari sekarang. Siapa siapa? Kalau bukan Dia kan.



Akibat tiada customer yang mahu datang beli baju Dapper Club. Kami-kami ni bermulut kepoh sesama sendiri. Berkeliaran ke brand lain ke brand lain. Macam aku Dapper ke Antioni, Antioni ke Buntton, Dapper ke Bum dan sebagainya.



Dan,



" I suka la tengok u senyum ", promoter bahagian brief. Brand apa pun aku lupa, dan berumur 18 tahun. Kurang fasih berbahasa melayu.

" kenapa ? "

" muka u ada bentuk sembilan la "


" sembilan ?! " aku dah mula curiga, apa kebendanya muka aku ada bentuk sembilan .

" u tau maksudnya ?"..." u pandai minum arak "


" what ?! " Hahaha aneh aneh.

" U ni boleh telek nasib ea "




Dia hanya senyum. Aku rasa dia dah mati kata nak cakap apa. Hahaha. Papepun memang aneh - aneh .
post signature

Tuesday, February 16, 2010

Prince Dan Aku (Perasan)



Movie pertama dalam bulan ni yang aku tengok ! Aku tau, aku macam ketinggalan la nak tengok cerita karton macam ni...Shh AAK ? hahaha


Siapa yang menghadapi sedikit jiwa kacau, otak serabut, jiwa celaru, putus cinta kata dan apa-apa. Boleh tengok cerita ni .


Cerita yang berat. Tak comel langsung, disgusting ok. Aku tak suka cerita begini, cerita tak berwarna, cerita tak comel, cerita tak mempunyai makna di sebalik dan tak membuat aku HAPPY. Hahahaa sila vise versa kan pembacaan ok ! Teheeee 


3.5 over 5.


AAK - ada aku kesah
post signature

Monday, February 15, 2010

Malam Masih Muda

Balik kerja hari sabtu dalam pukul 10 malam. Tapi terasa macam MALAM MASIH MUDA la. Setiap kali tamat kerja, kami kami dan kami akan bercerita tentang kerenah customer yang lucu-lucu, yang menyakitkan hati, yang terharu dan macam-macam lah. 



Lepas tu kalau kami lapar, kami akan singgah di kedai mamak dan menu antara kami tetap sama, aku = maggi goreng tak nak sayur, ijan = maggi goreng plus sayur dan mek su = ayam tandori. Walah ! Kadang-kadang makan sampai satu jam termasuk minit berjalan kaki 10 minit dari mamak tu. 



Hari sabtu. Habis kerja pukul 10 malam, kebetulan hanya aku dan mek saja yang balik malam, ijan kerja shif morning, dah balik pukul 7 malam. Tapi dia balik pukul 8 malam. Apakah norizan ! Hahaha



" qila, mek nak pergi jonker la "

" buat ape? "

" nak carikan mak mek kotak tisu "

" ahh..boleh - boleh "

" MALAM MASIH MUDA"



Dan kami sangat terkejut ! Rupanya ada sambutan CNY kat situ. Dari jauh dah nampak naga besarrr punya ! Kira macam kami memang JAKUN. Tapi kami tak kesah. Dapat la pegang-pegang bulu naga tu...main-main mata dengan pe main naga tu. Hahaha 


Bukti..balik kerja terus ke Jonker bersama mek.


Even itu Chinese punya, tapi yang mainnya adalah orang INDIA. Wuhuuu 1 Malaysia betul.



Ok dah. Kami teruskan perjalanan, masuk ke Jonker itu, cari mek punya barang. Dan, kan aku pernah mention sebelum ni, kalau pergi Jonker, jangan lupa Kedai Ais Krim Celup. Hoyeeeh, kami makan 2 batang ais krim tuh. SEDAP ! Patut cuba. 


Kali ni aku amek gambar rupa asi krim celup tuh.

Nah ni dia ! Cari-cari ok ?!

Lepas tuh, terasa macam terlampau bising kat belah depan. Alah yang ada naga besar ! Banyak polis kepung-kepung. Rupa-rupanya mentrri besar Melaka datang lah ! Hahahaha.



Sejak sem ini, asyik berjumpa orang besar saja. Perdana Menteri la, Vc Uitm la, Pengarah Uitm la macam-macam lah.


Kualiti gambar sangat buruk, tapi macam boleh nampak je lagi menteri yang mana, tuuu !!!


Pukul 12 tengah malam. Selepas bunyi mercun, tengok persembahan naga kami menapak balik rumah. Tak jauh. Hanya 5 minit. 



Bila dah sampai rumah. Terasa semuanya macam MALAM MASIH MUDA. Walau kami berjalan bertapak-tapak tapi tak terasa penat ! Serius ! 


Tak sangka, kami tersambut CNY sekali
post signature


Sunday, February 14, 2010

Peribahasa Baru

" Adik, ini baju ada size XL tak? Ini saiz M " (Slang cina)




" Sekejap, saya cari "


" emm, tak de. Ini last " 




" oh tak pe la, amik saja yang M ni " (Slang cina)




" Mahu? tapi..."


" Tak apalah, tak dapat ketam, udang pun jadila(Slang cina)



hahahaha. Peribahasa baru la !

Aku dapat angpau dari Bee (supervisor aku) Lalalalalala ~~~
post signature

Saturday, February 13, 2010

SPEECHLESS

Aku nampak seorang lelaki tua  cina dalam lingkungan 60-an, blur je pilih seluar slack. Dia pegang seluar tu, dia letak balik. Dia diam. Muka dia memang blur sangat. Dia datang sorang ! tak tau mana isteri lelaki tua ni.



Dan aku, memang tugas promoter la. nampak customer je terus nak melulu pergi tanya mahu saiz apa. Hahaha.



“ Uncle, u mau cari seluar yang macam mana? Saiz apa? " 

" Tak tau la. Saya dah lama tak beli seluar" (slang cina)

" Oh " aku diam sekejap. Lelaki tua tu pun diam sambil tengok seluar. " Tak pe, kita boleh ukur, tunggu sekejap, saya amek pengukur" dia hanya angguk.



Aku datang kembali bersama pengukur. dia terus angkat baju dia separuh, nampakla perut lelaki itu. Seksi ! Nasib boleh jadi atuk., kalau muda ? ish ish



"31, uncle nak seluar jenis mana? " sambil tangan aku tunjuk-tunjuk pelbagai jenis seluar slack bersama pelbagai warna.

" Ini, biru " dia tunjuk

" Ok, uncle tunggu sekejap, saya cari ". Dengan pantas kilat aku pergi mencari cari cari dan akhirnya jumpa !

" Uncle...ni, u cuba dulu dalam fitting room tengah tu ", tangan tunjuk kearah fitting room.



Dia angguk dan pergi. 5 minit kemudia, dia keluar sambil angguk kepala.



" Macam mana? ok? "

" Ok..tapi panjang sangat la"

" Tak pe, boleh potong...tapi kena bayar dulu"



Dia terus keluakan duit. " kamu bayarkan boleh? " dan bagi 60 ringgit dekat aku. 



" Boleh ". aku senyum dan terus bayar. 

" uncle..sudah" aku pulang duit baki. " Saya mahu potong " 

" Ok ". Aku ukur, tapi bukan aku jahit, Kak Cupit yang jahit.



10 minit. Dia datang balik. " Adik, seluar sudah siap? "



" Sudah sudah " aku cakap, sambil mata melilau cari mana pulak Kak Cupit letak seluar lelaki ni.



Cari cari cari...jumpa ! 



" Nah uncle, seluar dah siap jahit "



Aku pun senyum. Tiba-tiba, sesuatu luar tabii berlaku. Eh tak la...sesuatu yang tak di jangka oleh aku. 


Dia pegang kepala aku. err macam bapak usap kepala anak. Even aku pakai tudung, aku dapat rasa ! 


Dia cakap "terima kasih", dia senyum dan terus pergi.



Dan aku, SPEECHLESS.

post signature

Friday, February 12, 2010

Truuut Truuut Truuut



Kenangan pertama yang membawa kenangan ke dua dan ke tiga dan ke empat dan ke lima dan ke enam dan ke tujuh dan bla bla bla. Ini kenangan PERTAMA.

Saipa yang mahu lupakan kenangan tak kira la baik atau buruk, dia orang paling rugi bagi aku. JANGAN LUPAKAN KENANGAN.





“assalamualaikum” – message yang pertama aku dari nombor yang tidak aku kenali. 019-7667676 itu bukan nombor telifon nyer. Aku dah lupa la nombor telifon tuh.


Puas aku bertanya dengan rakan sekelas. “kau tau no ni no sapa?” tapi semua jawapan hampa. Tak tau. Proses pencarian selama seminggu waktu sekolah.


Aku cuba untuk buat-buat tak nak tau sapa yang hantar message tu. Tapi, TAK BOLEH ! perasaan curiosity aku sangatlah tinggi !


Pergi topup, dan balas “waalaikumussalam”. Message di balas seminggu selepas message pertama.


Dan 



Kami memakai spect mata yang sama, bingkai lutsinar. Patern hampir sama. Bingkai lutsinar merupakan cermin mata baru aku. “saya pun baru buat” katanya..HEEEE
post signature

Wednesday, February 10, 2010

Dera Emosi

Dalam kelas Ustazah Minah.


" baca issue terkini sekarang? "


" takkkkk "


" penderaan sudah diluaskan scopenya, bukan saja penderaan fizikal yang boleh buat laporan, sekarang penderaan mental dan jiwa pun boleh buat report "


" oh " sambil angguk-angguk kepala.

" lelaki pun boleh buat report, dan insyaallah akan di ambil tindakan "


" lelaki pun? " angguk-angguk kepala lagi.



Dan ! Kalau aku dah kawen sekarang dengan dia, dia pasti dah buat report. Aku kaki dera emosi ! Syukur aku masih belum kawen.
post signature

Monday, February 8, 2010

Fact

Hari ni aku sungguh tidak berada dalam mood gembira. Walhal, masa kerja main-main hanger dengan kawan sekerja. Comel kan. Tak, kalau aku penat, aku lebih suka berdiam saje. Malas nak bercakap. Fact satu tentang aku. 



Hari ni customer ramai membeli jeans. Ada yang beli jeans 5 sekali ! Bukan pattern yang berbeza, pattern yang sama ?! nak buat apa tuh sekali lima. Oh, munkin mereka ada kembar. Tak pun, bontot mereka tajam dan selalu koyak.




Tak kurangnya yang membeli kemeja. Ada tu siap nak baju dekat patung jugak. Puas sudah ku cakap, ada yang baru, eh tak mau… “ saya mahu yang kat patung itu baju”.




Progress diri aku adalah aku sudah mula ingat setiap kod-kod yang ada pada jeans. Jeans je, sebab hari ni banyak beli jeans ma. Hahaha. Baju-baju lain, aku masih memerlukan kertas keras untuk melihat di mana letaknya stok baju tuh.




Kaki sakit. Kalau ada ibu, mesti ibu picitkan. Ni ibu tak de…ibu jauh. Terpaksala picit sendiri sebelum tidur. Fact kedua - manja terlebih, konon-konon. 






Ini cerita 7 februari. Ditaip pada 12 malam selepas balik kerja. Untuk simpanan dan tatapan sendiri, anak-anak yang bakal lahir, dan cucu-cucu sekalian. 
post signature

Sunday, February 7, 2010

Senyum Depan Laptop

Kerja sangat penat. Kerja aku memerlukan skill yang pantas. Lambat sikit customer dah membebel, eleh ingat aku tak taula dia ngumpat aku dalam mandarin. Cittt. Aku bukan robot, yang boleh lajukan speed bila perlu.



Mata aku juga buka kamera, yang boleh zoom in, zoom out ngan autofocus. Kadang-kadang nak mencari barang yang bertimbun banyaknya memerlukan sedikit masa.



Rakan-rakan di sana sangat happening, walaupun mereka tu lain bangsa. Bahagian aku kerja aku sorang je melayu. Lain Cina. Best !!! Bila terlalu ramai customer, muka-muka kami macam nak kena sumbat dalam bin. ini kata supervisor aku. Hahaha



Dan akan terkeluar "waa customer banyak macam lembu wooo"


Hahaha.



Dan malam tadi bila ku buka facebook. Aku tersenyum lebar....

meo188 lukis gambar karton aku. (klik-klik untuk kenal meo188 dengan lebih dekat lagi) Yay ! Sungguh comel. Ada sebab kenapa dia lukis sebenanya. Tak nak beritahu pun.


Ok, tengok ni



Cantikkan, cantikkan. Terima Kasih :)
post signature

Saturday, February 6, 2010

Part Time Hari 1

Hari ni sepatutnya aku bergembira dekat Jusco baru tu. Tapi semua berubah bila aku, ijan, mek su pergi The Store untuk cari part time kerja. Arghh ! Bukan selamanya part time tapi, cuma 2 minggu saja. Hahaha, cukupla dapat menambah duit sikit-sikit.



Takut tak cukup je duit untuk sem depan. Hahaha gila forecast aku.

Lelaki comel 


Aku di tempatkan dekat department gents brand Dapper Club. Walah, aku dah bayangkan yang aku akan menghadap sepender lelaki berjan-jam. Malu la aku.



Tapi jangkaan meleset. Aku kena jaga baju, seluar dalam  jeans, slack contton saja.



Aku masuk pukul 5 petang dan balik 11 malam. Dan hari ni customer aku 10 orang, 14 item. Sales keseluruhan, RM 748.40.



Aku suka berurusan dengan orang awam. Lagi-lagi yang dah berumur. Comel la mereka. Teringat kat atok.
post signature

Friday, February 5, 2010

PM Najib

PM Najib datang ! 




Seminggu sebelum PM datang. Kemah dipasang. Dijangka 3000 ribu akan berkumpul kat situ, kalau aku tak datang, 2999.




Sebelum PM datang, kami di hiburkan dengan kumpulan ni. Lupa la nama kumpulan ni apa. Dia nyayi sampaila PM datang setelah 2 jam menunggu. 




Polis - polis yang tidak betimbang rasa, "beri laluan beri laluan" lepas tu terus tolak orang kat tepi. Citt !




PM Najib. Ni bukan gambar google, ni gambar di tangkap oleh aku sendiri ! 




Ni pun aku amek. Sesi bersalam bermula. 




Lepas dah jalan-jalan salam-salam semua, PM naik atas pentas. Ada la cakap-cakap pasal Uitm, tapi yang aku ingat bila dia cakap "satuu !!!!!" .."malaysia !!!" 

Aku pun terjerit sekali. 




Ni pulak lepas PM dah balik. Tak sampai 20 minit pun dia datang. Huhu. Tu, Pengarah kampus Uitm Melaka, belakang tu yang terselindung dengan baju biru cair tu VC Uitm yang baru.





Sangat sesak !



Ni adalah bangunan Uitm aku. Aku belajar kat sini la. Hanya satu bangunan saja yang ada 4 lif dengan jumlah pelajar lebih kurang 3000. Ada 16 tingkat. 

Aku pernah naik tangga sampai tingkat 10 gara-gara lambat datang kelas, lif sesak gila-gila.




Hahaha...ni Aku, Fara dan Ijan. 


Habis.
Aku suka sertai apa-apa aktiviti di U aku sekarang. Setiap aktiviti sangat bermakna bagi aku.
post signature

Thursday, February 4, 2010

Selamat Hari Lahir bu !

"kau tau mak tok  pagi-pagi lepas sembahyang subuh terus peluk dan cium ibu. Nak buat surprise la tu"

"hahaha" sweet sebenarnya, Aku terketawa. 


 


Selamat Hari Lahir bu ! 


post signature

Wednesday, February 3, 2010

Suara Jantan

Ni kali 1 aku berhadapan dengan situasi ni. Takut..tipu kalau aku tak takut. Sedikit mengigil di kaki, jari, jantung.




Suara yang kuat. Membuat aku rasa wow macam drama tv sey. Bersyukur, hanya perang mulut. Biasala perempuan, kalau dah gila gila babas marah, seram aku tengok.




Tiba-tiba suara yang comel, manja malah gedik-gedik hilang ! Keluar suara jantan. wow ! Kalah lelaki you.




Pisau dan gunting telah disenbunyikan terlebih dahulu. Ini cerita benar.






Api lawannya air, diam lebih baik dari melawan. - tips gadoh




Kalau mahu melawan marah, baca la Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) sebab marah itu datangnya daripada syaitan. Tak pun ambil wudhuk. 


Tak maula marah-marah, nanti cepat tua. Kata nak nampak awet muda, senyum la selalu :)


post signature

Tuesday, February 2, 2010

Buka / Belum



Jusco Melaka yang meletup hari tu dah nak buka. Ura-ura kata 5 hari bulan ni = jumaat ni. 


Sukar untuk aku men describe samada aku happy jusco paling besar kat asia tenggara dah bukak atau tak. Makin senang la, tak payah pergi Jusco Air Keroh yang jauh tu dari rumah aku. Bila ni dah bukak, 60sen tambang bas dah sampai. 


Yay ! Ok aku suka dia bukak. Shopping !!!!!


Jom pergi ?
post signature

Monday, February 1, 2010

Ini Wajib

Soalan
Betul ke perempuan yang pakai seksi gila-gila babas tidak pernah lakukan “itu” even ringan-ringan ?




Sejak aku mula berjalan kaki ke uitm, dalam beg aku warna kuning yang tidak bezip, sarat dengan barang-barang yang bukan untuk belajar.



Ijan kata beg aku macam beg balik kampung. Besar. Hahaha. Aku suka bawa beg besar, sebab barang aku banyak.



Dalam beg aku pasti ada 3 kantung jeans, ingat entri ni? Ha tu la. satu, aku jadikan beg duit, satu lagi beg bedak, minyak wangi barang-barang perempuan dan lagi satu aku jadikan pensel case.



Lagi, yang pasti ada adalah botol mineral water yang di isi oleh aku setiap pagi. Tanpa air masak, aku rasa tak lengkap la sehari tuh. Air penting untuk bekalkan oksigen. Aku rasa macam pembaziran beli air, even seringgit.



Ni paling penting ! kalau tak bawa, jiwa aku akan rasa tak tenang. Payung ! aku akan gunakan bila hujan mahupun panas. Kelas aku banyak yang habis tengah hari. Panas la biasanya. Dari u ke rumah sewa aku 10 minit berjalan kaki. Tanpa payung, aku akan rasa aku di panggang hidup-hidup. Perit giler !



Payung aku dah lama, sejak aku form 4. Aku nak tukar payung, kata hati..tak perlu membazir beli baru, guna selagi boleh.



Aku kalah dengan sendiri. Cittt





Jawapan
Tak. Pendapat korang pulak ?
post signature