Aku nampak seorang lelaki tua cina dalam lingkungan 60-an, blur je pilih seluar slack. Dia pegang seluar tu, dia letak balik. Dia diam. Muka dia memang blur sangat. Dia datang sorang ! tak tau mana isteri lelaki tua ni.
Dan aku, memang tugas promoter la. nampak customer je terus nak melulu pergi tanya mahu saiz apa. Hahaha.
“ Uncle, u mau cari seluar yang macam mana? Saiz apa? "
" Tak tau la. Saya dah lama tak beli seluar" (slang cina)
" Oh " aku diam sekejap. Lelaki tua tu pun diam sambil tengok seluar. " Tak pe, kita boleh ukur, tunggu sekejap, saya amek pengukur" dia hanya angguk.
Aku datang kembali bersama pengukur. dia terus angkat baju dia separuh, nampakla perut lelaki itu. Seksi ! Nasib boleh jadi atuk., kalau muda ? ish ish
"31, uncle nak seluar jenis mana? " sambil tangan aku tunjuk-tunjuk pelbagai jenis seluar slack bersama pelbagai warna.
" Ini, biru " dia tunjuk
" Ok, uncle tunggu sekejap, saya cari ". Dengan pantas kilat aku pergi mencari cari cari dan akhirnya jumpa !
" Uncle...ni, u cuba dulu dalam fitting room tengah tu ", tangan tunjuk kearah fitting room.
Dia angguk dan pergi. 5 minit kemudia, dia keluar sambil angguk kepala.
" Macam mana? ok? "
" Ok..tapi panjang sangat la"
" Tak pe, boleh potong...tapi kena bayar dulu".
Dia terus keluakan duit. " kamu bayarkan boleh? " dan bagi 60 ringgit dekat aku.
" Boleh ". aku senyum dan terus bayar.
" uncle..sudah" aku pulang duit baki. " Saya mahu potong "
" Ok ". Aku ukur, tapi bukan aku jahit, Kak Cupit yang jahit.
10 minit. Dia datang balik. " Adik, seluar sudah siap? "
" Sudah sudah " aku cakap, sambil mata melilau cari mana pulak Kak Cupit letak seluar lelaki ni.
Cari cari cari...jumpa !
" Nah uncle, seluar dah siap jahit "
Aku pun senyum. Tiba-tiba, sesuatu luar tabii berlaku. Eh tak la...sesuatu yang tak di jangka oleh aku.
Dia pegang kepala aku. err macam bapak usap kepala anak. Even aku pakai tudung, aku dapat rasa !
Dia cakap "terima kasih", dia senyum dan terus pergi.
Dan aku, SPEECHLESS.
fuyo....ade bapak cina..haha
ReplyDeleteoh sweeettnyeee....
ReplyDeletechumelnye atuk tu.mesti die sgt tharu.ouh2.bez2.^^
ReplyDeletebagusnya klu sume promoter semurni awak.
ReplyDeletehehehehe..
pernah gak jadi promoter seluar jeans.
what you give is what you get back :)
ReplyDeletepuji sikap uncle tu...
ReplyDeletebudi bahasa budaya kita
bagus2;) budi bahasa tu qilah!
ReplyDeletebagus sangat masing2.. budaya yang semakin berkurang dalam masyarakat kita..
ReplyDeleteharap2 lelaki cina tu ada anak yang macam sis 'aqilah and bertuah sungguh parents sis.. (:
tetibe sebak lak rase...
ReplyDelete-->>ahakz ;p mungkin lebih selesa begini kot....
ahakz ;p mungkin lebih selesa begini kot....
terharu baca...
ReplyDeletenak nangis pun ade..
T_T
goodjob!
-tumpang lalu-
huhhhhhh..
ReplyDeletenrves kjp..
ingt die wt ape lh./.
ahahah..
kamoo bdk baik..
hehe..
terharu...hehhee
ReplyDeleteitu salah satu sifat respek yang aku tekankan selama ni.
ReplyDeletesejahat mana kita pown respect pada orng tua tu perlu ada.
tahniah sis.
bapak angkat lu la tu..akilah tatak mintak luit laye ke?
ReplyDeletedpt angpau x?? bgs semangat 1 malaysia.. heheh..
ReplyDeleteerm... org tue rindukan anak2 die...
ReplyDeletesedih siot
mmg 1 malysia
ReplyDeletebgos uncle tuh :)
aku plak yg terharu
ReplyDeletebace post nie utk kali ke dua...
ReplyDeleteerm... cool lah...
mcm cerpen plak dah.
ReplyDeletesemangat ko menaip kali ni yek
huhuhu...biasala..org tua.kalo kite buat baik sket ngn diorg,diorg pon tunjuk rs hormat kat kite..
ReplyDeleteterharu.
ReplyDeletesedih.
glad u've help him :)