Tadi sempat berchat dengan kawan yang lama tak berapa lama sangat nak terpisah. Bercerita tentang rojak, rojak campur, rojak petis semua ada. Kau mahu yang mana? pilih pilih, hahaha. Gurau saja kau ingat kelakar qila? haha
Dia : Nak makan apa ea tengah hari nanti?
Aku : Nasi ayam.
Tiba-tiba asi ayam yang aku cakap, sebab aku nak makan nasi ayam la sekarang ni, sangat kepingin tidak terkata.
Dia : Tak nak la nasi ayam kat sini tak sedap.
Aku : Oooo tak sedap ea, apa yang sedap? mamak je la..hehehe
Dia : Mamak lagi tak sedap, tak suka !!
Hahaha baikla aku gelak. Sebab teringat pulak dulu kala bila habis part time keje dalam pukul 12 pagi, mesti singgah mamak makan maggi goreng mamak. Buat sendiri tak syok, mamak punya syok. Dan kawan aku pasti akan order, ayam tandori. Kehkeh nostagik betul
Aku : Tak makan kat mamak ea?
Dia : Tak..kalau terdesak je..roti canai okla, nasi kandar..ok tidak .
Aku : Hahaha dulu kan, aku ingat nasi kandar tu macam nasi ayam ke ..sekali rupanya nasi berlauk ..
Dia : Hahaha u ni kelakar la..
Aku : Hahaha mana la tau masa tu..
Dia : Kelakar. Tau tak asal nasi kandar ?
Aku : Asal? Penang..
Dia : Memangla Penang, asal nama tu?
Aku : ohhh asal, nama..entah..nama orang?
Dia : Hahaha bukanla ..
Aku : Dah tuu..
Dia : Nasi tu nasi biasa ja pun. Dulu orang jual kandar, so sampai sekarang orang panggil nasi kandar.
Aku dah pelik dah, jual kandar ?
Aku : Kandar tu ada maksud ea?
Dia : Alaaa kandar...macam jual sate tu..yang kendong keliling kampung, macam dacing tu
Aku : Oooh.
Tak berapa nak faham. Hahaha jual nasi pakai motor ke apa?
Dia : Paham?
Aku : Dia jual nasi guna kandar?
Dia : Yaaa, jalan keliling kampung bawak nasi dan lauk. Dulu-dulu depa memang dok meniaga camtu, dulu mana ada kedai-kedai, semua miskin. Tapi ni dulu-dulu la zaman tak dak letrik, sekarang tak dak dah.
Panjang lebor kawan aku ni ha menerengkan. Baiklah aku dah faham. Siput aku ni.
Tadi aku baru lepas tanya ibu, kandar tu apa..ibu jawab betul ! Dan aku baru tau.. Hahaha bak kata Abang Kirin, kau ni kolot betul, itu pun tak tau, tak urban langsung.
Abang Kirin selalu cakap macam ni bila dia cakap orang tak faham. Hehehe
hai sesiput! hahaha
ReplyDeletealahai~
ReplyDeletetapi dah tahu skang ok la
jadi! sekarang tak sesuai dipanggil nasik kandar sebab dijual dikedai! betol tak?
ReplyDeletemari kita hantar petisyen kepada raja2