Thursday, April 28, 2011

Jelajah Makan : Sate

Hi. 
Sesi menternak lemak perut iaitu MAKAN kembali.

Baik baik aku remind diri supaya tidak melencong. 

Sebelum ni dah try banyak tempat orang jual sate. 
Tapi mesti ada yang tidak kena, tidak begitu sempurna kalau diibaratkan sempurna hanya 50%. Kadang-kadang kuah nyer tidak rasa seperti kuah kacang, terasa seperti lodeh. Eh? haha tak aku tipu, tidak sangat rasa lemak lemak. Kau faham tak?

Kadang-kadang sate itu sendiri yang bermasalah. Tidak begitu sempurna di bakar jadi tidak begitu sedap di makan. Kadang kala, sate nyer tidak ada rasa, testeless macam makan ayam goreng tanpa garam pun ada. 

Jadi, aku tidak sangatla berpuas hati bila beli sate tidak begitu sempurna, tak cukup sifat. Bukanla nak perfect, at least 70% sedap ! sudah memadai tekak si qila ni.

Baiklah. Aku dah terleter, cis. Ok kali ni aku serius. 

Maka, kalau korang ada di Johor Bahru dan menginginkan sate yang hampir sempurna luar dan dalam. Sila datang ke RESTAURANT WARISAN WAK RADOL. 

Kenapa warisan pulak? sebab ini dikelola oleh anak dia. Err apa yang aku dengar la. Kira ini franchise, tapi tak apa ! Korang tak rugi. Sate yang dihidangkan begitu YUMS !

Harga secocok = 50 sen. 
Buka setiap hari kecuali hari isnin. Dia mula berniaga petang yer..dalam pukul 6 ? aku tak tau exact sebabnya aku selalu pergi pukul 6 dah memang terbuka. 

Jadi, untuk mendapatkan sendikit gambaran, di mana letak nya restaurant ni, nah tengok bawah.. :D




 4/5 bintang.


ps: esok presentation thesis ! dup dap dup dap, doakan yang terbaik untuk aku yer :)

 post signature

2 comments:

  1. aku suka sate
    tp x suka kalau dagingnya manis

    ReplyDelete
  2. bestnye satay....lapa lak tgk.. :)

    ReplyDelete