Hari terakhir berpraktikal sama seperti hari yang lama lama lagi nak expired. kehkeh ayat kak izan, since masa tu aku masih ada seminggu sebelumnya 11/4.
"Kenapa dik tarikh kau habis prack ni pelik je kenapa isnin?"
"adik, kalau evaluation ni fail macam mana?" "kene extend la 10 hari" "aku nak suruh en im fail kan kau la dik" kami ketawa.
Memori.
Bila hampir 5.15 petang,
"eh dik, dah nak 5.15 ni abang nak cek kau punya stationary, mana tau kau bawak balik ker" - ketawa
Dan En Nazri boleh pula nyanyi lagu
bertemu dan perpisahan ni adat manusia biasa
hilang di mata
tapi di hati tidak lupa
Ces, saje je. Masa tu aku tengah busy buat last 3 reminders untuk barrow. Senyum senyum kambing je la aku.
Kerja banyak tidak siap, alah filing jeeee. Eh tak 1st reply tak sempat buat :'( Tak pe! bella ada! Terima kasih.
Selang beberapa jam, "adik ! jangan lupa datang jumaat ni tau, kita ada buat jamuan speciiiiiiiaaaaal punya ! kau jangan tak datang dik !" dan setiap kali terserempak "jangan lupa ea dik, jumaat ni, datang tau tau" haha baiklah baiklah.
"kau nak kfc ke pizza?" - hahaha abg kirin selalu menggelikan hati.
"eh kau pakai baju saiz apa?" "xl?" - hahaha
"kenapa tanya?nak bagi baju ker?" "aah baju yang ada lambang uda kecik kat sini (sambil tangan tunjuk dada kiri) pun jadila tok kau" - ketawa..
Memori
"Qila hari ni last ea? macam mana kita nak contact lagi ? fb akak dah jarang bukak.." "alah kak, phone ada" - ketawa
"adik, kau sambung sebulan dekat sini la nak tak?" well, tak taula ni offer betul-betul atau saje-saje dan aku take it as saja-saja.
Before ni Miss Wong pernah cakap, "hey qila, are you interested with this kind of job, working here like this?"
Kelu dan aku reply "minat".."haaa u minat haa, why not u applied here as temporary job before u get permanent job?" - Senyum..
Memori.
Bila dah nak balik. Aku salam dengan kak puteri, say thank you. Dan kak puteri said
terima kasih sebab banyak tolong akak dengan kerja kak izan, tapi akak rasa, qila banyak tolong kerja akak. suddently i replied "yeke "
Yelaa ni haa barrow akak tak followup langsung tau awak yang buat semua.Kalau lepas ni akak nak telifon kau jugak dik kalau ada akak tak tau pasal ni.
Baikla. Ini touching. Sama-sama.
Aku tak tau bila masa nak bagi gift, last-last aku bagi masa dierang pergi sebahyang la, duduk tempat orang lain la. Kehkeh.
Dan tadi , "abg tak dapat pun hadiah"
Alaah mintak maaf, budget tak cukup untuk bagi 1 ofis :)
Susah la bagi aku nak express keterima kasihan yang tidak terhingga, bagi this kind of opportunities. Walaupun hanya practical student, tapi kau buat kerja as a staff ! Walaupun hanya sedikit membantu, at least kalau sebelum ni aku hanya tau bershopping without knowing the management of shopping mall, sekarang alhamdulillah dah terbuka mata sikit tau macam mana ia beroperasi.
:)
Apa-apa pun terima kasih Uda Angsana Sdn. Bhd. !
teringat masa praktikal dulu..semua lelaki...designer...akak dan sorang member je pompuan..huhuhu..dah lak tu semua lelaki pemalu...boleh..hahaha
ReplyDeletecomel ! practical zaman kenangan kan..
ReplyDelete