Saturday, April 30, 2011

Viva :)

29 April 2011 
Presentation VIVA
Eh, dah habis degree? Kehkeh macam tak percaya. Terasa baru semalam jejak kaki ke Melaka. Dan pada hari pertama aku berangan, macam manakah bila tahun 2011 nanti. Dan sekarang aku di tahun 2011. Macam tak percaya. 

Alhamdullilah. Viva selesai dengan sempurna. Tidak banyak yang perlu diperbetulkan hanya tukar satu perkataan clearing service menjadi cleaning service. 


viva kami mula pukul 3 petang sampai 9 malam. Baiklah begitu lama. Ada 9 orang dan setiap orang diberi masa 30 minit untuk present. 
Cabut undi ! Dan aku orang ke 4. Present pada pukul 6 petang. 

Kami sukarela untuk keluar. Dan Tuan Haji pun memang suruh kami keluar. Jadinya masuk dalam bilik present sorang-sorang depan 2 orang advisor. 

Macam tengah masuk pertandingan apa pulak rasanya. Hahaha. 

Findings aku tidak banyak di tanya sebab ia 3 hypothesis aku telah terjawab dan semua nya mempunyai relationship. Fiuh lega bila tidak ditanya pasal technically regarding SPSS. 

Aku ditanya recommendation. Mereka kata die suka aku punya idea dan dia kata budak marketing perlu penuh idea. Hahaha  

Baikla, aku mahu ucapkan special thanks untuk kawan-kawan yang banyaaaaak sangat membantu. Lin, Syaza, Liyana, Ain, Izan, Tia, Kak Wawa, Ira TERIMA KASIH ! sangat-sangat...





ps: aku dah jadi penganggur la sekarang, kalau ada sesiapa perlukan pekerja, ada ni haa, perempuan, fresh graduate, pengalaman kerja 5 bulan, boleh bekerja secara team work..:P

post signature

Thursday, April 28, 2011

Jelajah Makan : Sate

Hi. 
Sesi menternak lemak perut iaitu MAKAN kembali.

Baik baik aku remind diri supaya tidak melencong. 

Sebelum ni dah try banyak tempat orang jual sate. 
Tapi mesti ada yang tidak kena, tidak begitu sempurna kalau diibaratkan sempurna hanya 50%. Kadang-kadang kuah nyer tidak rasa seperti kuah kacang, terasa seperti lodeh. Eh? haha tak aku tipu, tidak sangat rasa lemak lemak. Kau faham tak?

Kadang-kadang sate itu sendiri yang bermasalah. Tidak begitu sempurna di bakar jadi tidak begitu sedap di makan. Kadang kala, sate nyer tidak ada rasa, testeless macam makan ayam goreng tanpa garam pun ada. 

Jadi, aku tidak sangatla berpuas hati bila beli sate tidak begitu sempurna, tak cukup sifat. Bukanla nak perfect, at least 70% sedap ! sudah memadai tekak si qila ni.

Baiklah. Aku dah terleter, cis. Ok kali ni aku serius. 

Maka, kalau korang ada di Johor Bahru dan menginginkan sate yang hampir sempurna luar dan dalam. Sila datang ke RESTAURANT WARISAN WAK RADOL. 

Kenapa warisan pulak? sebab ini dikelola oleh anak dia. Err apa yang aku dengar la. Kira ini franchise, tapi tak apa ! Korang tak rugi. Sate yang dihidangkan begitu YUMS !

Harga secocok = 50 sen. 
Buka setiap hari kecuali hari isnin. Dia mula berniaga petang yer..dalam pukul 6 ? aku tak tau exact sebabnya aku selalu pergi pukul 6 dah memang terbuka. 

Jadi, untuk mendapatkan sendikit gambaran, di mana letak nya restaurant ni, nah tengok bawah.. :D




 4/5 bintang.


ps: esok presentation thesis ! dup dap dup dap, doakan yang terbaik untuk aku yer :)

 post signature

Tuesday, April 26, 2011

Biskot Klasik


Ini adalah biskot klasik. Biskot klasik yang sekali makan tak boleh berhenti. Tangan ni macam ada orang tolak-tolak amek lagi  lagi makan lagi lagi lagi dan lagi. Hahaha.

Aku suka biskot klasik.
Tapi dulu tak dapat makan selalu kerana dulu pelajar, duit terhad. Eceh, padahal melantak benda lagi mahal, haha. Biskot ni pulak selalu nak main kilo kilo je dalam plastik pack comel-comel tak ada.

Selalunya harga biskot ni, 7 ringgit untuk setengah kilo.
Berat biskot ni.
Setengah kilo tu ahaaaaai (gaya ala M Daud Kilau) 10 minit lesap ! Hahaha gelojoh kau qila makan.

Kedai pun tengok kedai yang ada. Tak semua kedai wujud biskot klasik ni.


Baikla aku nak sambung makan biskot klasik aku ni ha. Eh ada lagi satu biskot klasik ! yang bulat bulat lepas tu ada gula atas biskot tu bentuk bunga. Pernah makan tak? Hahaha klasik sungguh.

Ok, bye.
Nak sambung buat thesis yang tak siap-siap sambil makan biskot klasik. Gamaknye itulah makanan tengahari aku hari ni.
post signature

Sunday, April 24, 2011

Nasi Kandar

Tadi sempat berchat dengan kawan yang lama tak berapa lama sangat nak terpisah. Bercerita tentang rojak, rojak campur, rojak petis semua ada. Kau mahu yang mana? pilih pilih, hahaha. Gurau saja kau ingat kelakar qila? haha

Dia : Nak makan apa ea tengah hari nanti?
Aku : Nasi ayam.
Tiba-tiba asi ayam yang aku cakap, sebab aku nak makan nasi ayam la sekarang ni, sangat kepingin tidak terkata.

Dia : Tak nak la nasi ayam kat sini tak sedap.
Aku : Oooo tak sedap ea, apa yang sedap? mamak je la..hehehe
Dia : Mamak lagi tak sedap, tak suka !!

Hahaha baikla aku gelak. Sebab teringat pulak dulu kala bila habis part time keje dalam pukul 12 pagi, mesti singgah mamak makan maggi goreng mamak. Buat sendiri tak syok, mamak punya syok. Dan kawan aku pasti akan order, ayam tandori. Kehkeh nostagik betul

Aku : Tak makan kat mamak ea?
Dia : Tak..kalau terdesak je..roti canai okla, nasi kandar..ok tidak .
Aku : Hahaha dulu kan, aku ingat nasi kandar tu macam nasi ayam ke ..sekali rupanya nasi berlauk ..
Dia : Hahaha u ni kelakar la..
Aku : Hahaha mana la tau masa tu..

Dia : Kelakar. Tau tak asal nasi kandar ?
Aku : Asal? Penang..
Dia : Memangla Penang, asal nama tu?
Aku : ohhh asal, nama..entah..nama orang?
Dia : Hahaha bukanla ..

Aku : Dah tuu..
Dia : Nasi tu nasi biasa ja pun. Dulu orang jual kandar, so sampai sekarang orang panggil nasi kandar.

Aku dah pelik dah, jual kandar ?

Aku : Kandar tu ada maksud ea?
Dia : Alaaa kandar...macam jual sate tu..yang kendong keliling kampung, macam dacing tu


Aku : Oooh.

Tak berapa nak faham. Hahaha jual nasi pakai motor ke apa?

Dia : Paham?
Aku : Dia jual nasi guna kandar?
Dia : Yaaa, jalan keliling kampung bawak nasi dan lauk. Dulu-dulu depa memang dok meniaga camtu, dulu mana ada kedai-kedai, semua miskin. Tapi ni dulu-dulu la zaman tak dak letrik, sekarang tak dak dah.

Panjang lebor kawan aku ni ha menerengkan. Baiklah aku dah faham. Siput aku ni.

Tadi aku baru lepas tanya ibu, kandar tu apa..ibu jawab betul ! Dan aku baru tau.. Hahaha bak kata Abang Kirin, kau ni kolot betul, itu pun tak tau, tak urban langsung.


Abang Kirin selalu cakap macam ni bila dia cakap orang tak faham. Hehehe

post signature

Saturday, April 16, 2011

Kenapa Hidung Babi Rata & Gajuz Biji Kat Luar?

Bu, kenapa hidung babi rata & gajuz biji kat luar?
         

Masa dulu-dulu, hidung babi tak macam tu sama je macam hidung lain. Tapi ada satu hari ni si babi kena kejar dengan harimau. Harimau tak suka babi.
Kenapa bu?
Sebab babi gemok.
Ooo.
Lepas tu babi pun lari lari lari lari sampai terlanggar satu pokok ni, pokok gajuz dan menkejutkan buah gajuz yang baru nak membesa.
Pastu plup, biji buah gajuz terkeluar sebab terkejut. Nak masukkan balik tak boleh dah.
Dan nak tau, hidung babi pun rata sebab hidung dia terkena pokok. Pep penyek.





Ibu pernah cerita cerita ni. Hahaha !

post signature

Thursday, April 14, 2011

Lagu Memori : (2) Asyik, Amalina


Eh hari ni terdengar pulak lagu ni. Setelah berturun turun lamanya aku tak dengar lagu ni.

Lagu ni ada kenangan ! yah masih ingat lagi. Ibu yang kenakan aku dengan lagu ni. Part "asyik asyik" tukar pada "rashid rashid rashid" 

Hahaha

Siapakah Rashid, siapa siapa??Baiklah aku kasi reveal siapakah Rashid, adalah kawan sekolah rendah yang setiap malam akan kol dalam pukul 8.30 malam dan akan tanya pasal kerja sekolah.

Walaupun dia datang sekolah dan aku nampak dia salin apa kerja sekolah yang perlu di buat. Tapi setiap malam jugaklah dia akan kol. "hello boleh cakap dengan farah, kita nak tanya pasal kerja sekolah" -ayat dia selalu standard je.

Ibu yang selalu angkat fon. Ibu pun perasan, kenapalah budak ni asyik kol anak dia yang tidak bersalah. Bila lagu ni pop masa tahun itu, ibu pun tukar "asyik" jadi "rashid !"

Hahaha tak boleh belah betul.
Baiklah, sekarang aku tak tau la Rashid ni kat mana sekarang.
Tapi bila terdengar lagu ni je, terus teringat Rashid.
Apa kabar Rashid sekarang agaknya.
post signature

Tuesday, April 12, 2011

Caca Marba Conversation 11/4/2011




Hari terakhir berpraktikal sama seperti hari yang lama lama lagi nak expired. kehkeh ayat kak izan, since masa tu aku masih ada seminggu sebelumnya 11/4.


"Kenapa dik tarikh kau habis prack ni pelik je kenapa isnin?"
"adik, kalau evaluation ni fail macam mana?"  "kene extend la 10 hari"  "aku nak suruh en im fail kan kau la dik" kami ketawa. 


Memori.


Bila hampir 5.15 petang, 


"eh dik, dah nak 5.15 ni abang nak cek kau punya stationary, mana tau kau bawak balik ker" - ketawa
Dan En Nazri boleh pula nyanyi lagu 


bertemu dan perpisahan ni adat manusia biasa
hilang di mata 
tapi di hati tidak lupa


Ces, saje je. Masa tu aku tengah busy buat last 3 reminders untuk barrow. Senyum senyum kambing je la aku.

Kerja banyak tidak siap, alah filing jeeee. Eh tak 1st reply tak sempat buat :'( Tak pe! bella ada! Terima kasih.

Selang beberapa jam, "adik ! jangan lupa datang jumaat ni tau, kita ada buat jamuan speciiiiiiiaaaaal punya ! kau jangan tak datang dik !" dan setiap kali terserempak "jangan lupa ea dik, jumaat ni, datang tau tau" haha baiklah baiklah.


"kau nak kfc ke pizza?" - hahaha abg kirin selalu menggelikan hati.

"eh kau pakai baju saiz apa?" "xl?" - hahaha
"kenapa tanya?nak bagi baju ker?" "aah baju yang ada lambang uda kecik kat sini (sambil tangan tunjuk dada kiri) pun jadila tok kau" - ketawa..

Memori

"Qila hari ni last ea? macam mana kita nak contact lagi ? fb akak dah jarang bukak.." "alah kak, phone ada" - ketawa

"adik, kau sambung sebulan dekat sini la nak tak?" well, tak taula ni offer betul-betul atau saje-saje dan aku take it as saja-saja.

Before ni Miss Wong pernah cakap, "hey qila, are you interested with this kind of job, working here like this?" 
Kelu dan aku reply "minat".."haaa u minat haa, why not u applied here as temporary job before u get permanent job?" - Senyum..

Memori.

Bila dah nak balik. Aku salam dengan kak puteri, say thank you. Dan kak puteri said

terima kasih sebab banyak tolong akak dengan kerja kak izan, tapi akak rasa, qila banyak tolong kerja akak. suddently i replied "yeke " 
Yelaa ni haa barrow akak tak followup langsung tau awak yang buat semua.Kalau lepas ni akak nak telifon kau jugak dik kalau ada akak tak tau pasal ni. 

Baikla. Ini touching. Sama-sama. 

Aku tak tau bila masa nak bagi gift, last-last aku bagi masa dierang pergi sebahyang la, duduk tempat orang lain la. Kehkeh.

Dan tadi , "abg tak dapat pun hadiah" 
Alaah mintak maaf, budget tak cukup untuk bagi 1 ofis :) 

Susah la bagi aku nak express keterima kasihan yang tidak terhingga, bagi this kind of opportunities. Walaupun hanya practical student, tapi kau buat kerja as a staff ! Walaupun hanya sedikit membantu, at least kalau sebelum ni aku hanya tau bershopping without knowing the management of shopping mall, sekarang alhamdulillah dah terbuka mata sikit tau macam mana ia beroperasi.

:) 

Apa-apa pun terima kasih  Uda Angsana Sdn. Bhd. !
post signature

Friday, April 8, 2011

Dari Jauh dah Berbalas Senyuman

Kring kring intercom masuk.
“qila, ada orang nak tanya pasal barrow, 2 orang chinese” “ok”
Bila aku menapak naik ke atas, dari jauh dia dah tersenyum senyum. Nasib la comel. Dia senyum, aku pun senyum sekali.


“nak tanya pasal barrow?” – biasanya aku akan ulang untuk kepastian. Tup tup dah attend, eh rupanya dia nak lain, nayoo den.


“sini” bawak masuk bilik ke bilik hehehe tak la masuk ke bilik discussion laa.
Tapi mata tuu tetap aish tetap menggoda la. Aku tak boleh pulak nak bertentang mata dengan dia. Rasa macam, aiih..
“saya mau tanya pasal itu barrow, macam mana harganya?”
Eheem,“macam ni..bla bla blab la…”

Dia ketawa.
Eh eh aku dah pelik, kenapa pulak dia ketawa bila aku terangkan harga. Fine tak kesahla.
“sini mana ada kosong?”
Mmm,  “yang ada kosong dekat level 3 dan 5…blab la bla..”


Dia ketawa makin kuat.  Siap terjerit-jerit sekali.
Kali ni satu bilik discussion tu ketawa. Aku terpinga-pinga. Kenapa kenapa ?
Pelik ke aku terangkan ?

Nenek tu pun ketawa. Mak dia apatah lagi. Aku senyum-senyum je. “dia suka you lah”..ketawa.
“dia suka tengok you” – ketawa.  Aku, senyum sengeh.

Laughing Baby

Nasib baik budak lelaki tak ada gigi tu comel.  Tapi yang aku musykil, kenapa budak tu mesti nampak aku je ketawa, budak tu buat ku rasa maluu sendiri, hish. Agaknya muka aneh, pakai cermin mata.


Tapi.. tetap musykil !

post signature