Friday, December 31, 2010

Pac Man, Mario Kegilaan Hai 2011 :)

Masa dulu dulu masa sekolah, pac man ni macam satu kegilaan sekejap bagi aku. Hahaha sebab macam teruja nak main, nak ke next stage. Kalau dulu sehari tak main pacman macam tak sah.


Yang seronoknya main pac man ni bila kena keja dengan 4 monster comel yang kaler kaler tu. Perasaan macam kene keja betul-betul.Dup dup dup jantung.Itu dulu la. Lepas tu ada version lain nama dia bukan pac man dah tapi macam pac man.

Pac man di mana-mana :D

Selapas kegemilangan pac man, muncul pulak zaman kegemilangan mario, haha ni lagi satu hal. Masa sekolah rendah dulu dalam darjah 4 ke 5 gitu berebut bila time rehat je nak ke bilik komputer sebab nak main mario. Hahaha sebabnya kat rumah tak ada.

Padahal boleh je copy masuk disket.

Mario menjadi kegilaan selepas pac man sebab die berkaler-kaler comel, yang lagi comel dari monster kat pac man tu. Dan macam kene sedikit berfikir untuk lepas dari satu stage ke satu stage. Menacabar, haha kadang-kadang mintak tolong kawan ajarkan macam mane dia boleh lepas stage tu padahal aku tak, ni semua tentang strategy, haha konon.


Papepun, kedua-kedua game ni menjadi sejarah dalam kehidupan aku. Kerana menggilai tahap aneh. Haha.

SELAMAT TAHUN BARU ! 
HAI 2011 



ps: tahniah pasukan bola malaysia !
ps2: isnin ni ke malaka ...aaa rindu pulak rasanya dekat melaka :D
ps3: tak tenteram hati ni sebab kerja sangaaaaaaat banyak tak buat lagi.

Bye.
post signature

Saturday, December 18, 2010

Siapa Pernah ke Angsana? aaa Pasang Surut

Kerja ni pun ada pasang surut. Macam air laut, pagi pasang, petang surut. Kat tempat praktikal ni pun sama, lagi-lagi bagi anak praktikal macam ini.


Kat sana ada bos bahagian marketing, selalu tak ada. Dan kalau dia ADA, hati mesti berdegup degup, terus tak senang duduk, nak dengar lagu pun macam dah tak boleh dengar dah. Antara 3 orang staff tetap, sorang spp(setahun kerja sebelum dapat tetap) dan sorang praktikal (aku la tu) siap sediala akan dipanggil sorang-sorang di beri tugasan. Fiuh hahaha.


Qila ! Ala-ala cikgu yang tegah marah panggil murid dia. Dulu seminggu lalu dia panggil aku Fila, haha tak pela janji macam ada "la" kat belakang.


Dia seorang berbangsa cina dan fasih gila bahasa melayu. Sekali dia bagi kerja, kalau kau tak tulis mesti macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Blur.


Setiap kali keluar dari bilik dia, mesti blur dalam 10 minit ? haha pening. Sekali dia bagi kerja 2 hari pun belum tentu dapat disiapkan. Nampak tak banyak kerja plus aku buat kerja lambat aaa, hahaha.

Bila masa air surut aku tak de kerja, aktiviti aku selalu buat tapi kene buat curi-curi nanti ada kaki report pulak. Aku selalu main ni...

wordsearch ! i LOVE to play it, lagi-lagi bila tengah tiada kerja di ofis :D

Haha hilang jugakla bosan bila tak de kerja.


Sejak 2 hari lalu baru aku ter perasan yang facebook ada benda ni, aaa mengila sekejap, teruje semacam padahal memang ada je website benda ni hahaha dan aku ketagih main ni di facebook. Malam je mesti wajib main. Hish hish.


Lagi satu, yang agak seronok nak main ini adalah kat sini..Tapi jarang main kat sini sebab kat facebook nampak lebih menarik :D hee



ps : terima kasih kak izan belanje pizza :D
pss : akan ke KL hujung minggu ni, eh hari ni la sabtu :)

Bye.
Aaaa survey pasal Angsana..siapa pernah pergi angsana sini ? i need your favor ? :)
post signature

Tuesday, December 14, 2010

Sepetang Bersama

Pada hari itu, perasaan nak nak sangat pergi nusajaya amat memberontak. Dengar kata, kene bayar tol kalau ikut highway ape ntah tapi menuju ke tuas, singapore.

nak sangat pergi sini sini

Dengar kate juga tol tak mahal, dalam 2 atau 3 ringgit sekali masuk highway, nak balik 2 atau 3 ringgit lagi.


Kalau bab-bab berjalan-jalan sekitar johor yang macam pernah dengar, tapi tak tau kat mana ibu la orangnya  yang sanggup layan kepale aneh aku ni. Haha.


Maka pada satu petang yang cerah, kami pun ke Nusajaya berpandukan tanda jalan yang kadang-kadang hilang. Masa hilang tanda jalan, kami pun hilang arah. Tibe-tibe ada nusajaya-nusajaya tup hilang. Hahaha tak ke kau pun sekali hilang arah ?


Ye. Tiket rm2.30. Masa balik tak jumpa tol dah, sebab dah tersalah masuk simpang lalu gelang patah. Hahaha itulah ibu tak patut tanye aku patut ke tak patut masuk sini, sebab pasti salah, kan dah lalu jalan tak suka sebab memang macam patah la.


Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik. Setelah 2 jam berpusing-pusing tengok bangunan apa sebenarnya yang ada kat sana.


Tak banyak bangunan, ada dalam 4 buah? Kan masih lagi dalam pembuatan lagi, aih qila ni.Tapi design nye, menarik !


Buat masa ni, kawasan ni memang jauh dari kesibukkan kota. 5 tahun lagi, pasti kesibukkan terasa seperti di jb. Hehehe

 Ni.. dewan negeri johor

 ni? 

 ermm ni ?


Tak sangke pulak gamba ni ala-ala fotographer gitu, hahaha yang tau atap die tu kan nampak macam tak de atap, cantuk :)

Ok. Sekarang dah puas hati. Bila orang tanye nusajaya yang tempat kerja orang-orang kerajaan tu kat mane ea? Aaaa sekarang boleh la bukak cerite ini. Hehehe. Malu betul kadang-kadang aku ni, orang johor tapi tak tau tempat yang macam-macam ada kat sini :)




ps: aaaa nak kene pergi keje pulak.
post signature

Wednesday, December 8, 2010

Eh Pedas

Orang kata, orang johor suka makan pedas.

Cet. Disebabkan majority suka makan pedas, semua lauk pauk yang di jual kat food court semua pedas pedas pedas ! berapi punya. Argggh.

Tipu ni semua, aku tau la semua ke ape, tapi kat kedai yang makcik hari hari aku beli ni semua pedas. Sebab dah rasa semua jenis lauk pauk die. Hahaha. Ada sebab kenapa hanya makan kat kedai makcik ni, tapi tak nak bitau, shhh :P

Nampak macam dull je kuah, macam tak pedas. Sekali masuk mulut ! Fuuh berapi tak hingat.

Aku tak berape gemar la pedas pedas ni, kalau memang ada pilihan asam pedas dengan ayam kicap, lebih rela amek ayam kicap. Eh, kadang-kadang kana ayam kicap die pun pedas..haha aneh.

Pedas sikit boleh la, buat syarat ada lada merah. Hahaha itu boleh terima, ada rasa pedas tu, ermm fikir 2 kali.

Bila makan pedas, perut aku rasa macam tengah menahan sesuatu. Lepas tu mulala, hingus lutsinar meleleh tak henti-henti, paling dasyat ternangis sekali sambil kaki menghentak, sebab seriously dah tak tahan. 

Plus..

Tak de feel la makan pedas.

Tak nak pedas !

Orang kata, orang johor suka makan pedas. Aku terkecuali hahaha.

Makcik, tak maula asyik masak pedas jeeee, seksa saya makcik. Telur goreng makcik pun pedas. Fuuh.


Kalau bakal suami aku nanti suka pedas? masak sendiri ea bang hahaha


+ makan mamee slurp kari berapi dalam masa 2 jam, itu pun di selang seli minum minuman manis. Aaaah. Tolongla, tak nak pedas. 
  post signature

Sunday, December 5, 2010

Dino Iki Ape Sukak Sukaan

Dino ngahad, dino minggu. Dino iki ape sukak sukaan. Terimo kasih la Farhana kuwe kongsi video iki nang facebook, aku arep jugak kongsi nang blog. Hehehe (Hari ahad, hari minggu. Hari untuk bersuka ria. Terima kasih Farhana kau kongsi video ni kat fb, aku nak juge kongsi dekat blog, hehehe)

Video iki asalle dari Ismail Sairi dan nang kongsi oleh Farhana kemudian aku kongsi untuk kuwe. Sebernere, aku wes lali bohso jowo, aku dungu lagu iki terus aku dak lali bohso jowo. (Video ni asalnye daru Ismail Sairi dan di kongsi oleh Farhana kemudian aku kongsi untuk korang. Sebenarnya aku dah lupe bahasa jawe, tapi bila aku dengar lagi ni terus tak lupa dah)

Sukak sukaan ! Odo lirik e, kuwe bole nyanyi podo-podo. Ayuh ! (Suka suka ! ada lirik ni, korang boleh nyanyi sama-sama. Jom !)

video
klik play untuk berkarok

LAGU JAWA KUMPULAN NURUS SAADAH KG. SIJANGKANG



Ondangan 3x   (jemputan 3)
Nek sinoman ngirisin bawang (bila rewang hiris bawang)
Rajang e kacang ngocek e kentang (potong kacang kopek kentang)
Ngirisin daging ngirisin ayam yo di masak nan jero wajan (hiris daging hiris ayam dan dimasak dalam kuali)

Dino setu kito sinoman dino minggu kito ondangan (hari sabtu kita rewang hari ahad kita jemputan)
Lepas mangan kito pangitan nek salaman orak kosongan (lepas makan kita pulang bila salam jangan tangan kosong)
Ondangan 3x (jemputan 3)

Godong pisang yo di su we e (daun pisang di koyak-koyakkan)
Bungkus leper yo bungkus koci dikukus yo di gene e (bungkus leper dan bungkus kuaci di kukus atas api)
Wes mateng yo di ichi e (dah masak sila rasa)

Dino setu kito sinoman dino minggu kito ondangan 
Lepas mangan kito pangitan nek salaman orak kosongan
Ondangan 3

Penganten di tekung isuk tengahari (pengantin di andam pagi hingga tengahari)
Di arak yo di kompanga nge (di arak dengan kompang)
Nek melaku yo hati-hati (bila jalan hati-hati)
Jurugambare asyik gambarin (jurugambar asyik amek gambar)

Dino setu kito sinoman dino minggu kito ondangan
Lepas mangan kito pangitan nek salaman orak kosongan
Ondangan 3

Bengi senin kira kiraan (malam isnin kira duit)
Dino soloso bayar sang tupat ( hari selasa bayar hutang)
Dino rebu mari bank islam ojo disimpan nang ngisor tilam (hari rabu pergi bank islam jangan di simpan di bawah tilam)

Dino setu kito sinoman dino minggu kito ondangan
Lepas mangan kito pangitan nek salaman orak kosongan
Ondangan 3

Telinga ne ngundang nasitan 
Nurul Saadah se kopi jantan 
Iki dino di pesir mantu (hari ini sambut menantu)
Tahun ngarep momong cucu (tahun depan timang cucu)

\
\
\

Sudah ! blog ni dah jadi bahasa jawe, hahaha ok gak ea karoke sekali sekala lagu macam ni :D Lirik die comel, suka pulak. Ada yang aku tak tau. Gasakla, abaikan..hahaha

Tolong jangan percaya ayat kat atas tu aku buat, tipuje.


ps: nak tau maksud nyer, cube cntrl a :D


TQ Ismail Sairi.
post signature

Saturday, December 4, 2010

Surprise Saya

2 kali En Jun ni mengejutkan aku. En Jun ni aku tak tau jawatan die ape tapi antara yang tertinggi la sebab die duduk dalam satu bilik sorang. Rasanya die bos bahagian operasi kot? Sebab macam terasa macam tu, haha. Bilik die belakang meje aku.

Kali pertama aku terkejut bila tengah syok-syok buat surat sambil selak-selak file, nak tengok ayat la alamat kadang-kadang sambil nyanyi sikit-sikit, maklumla lagu siti memang dah menjadi satu benda wajib dalam ofis ni. Hahaha kalau tak nak rasa muak dengar lagu siti berulang kali dari pagi sampai petang, kita nyayi la sekali, buat-buat enjoy. Hahaha. Kau Qila memang muka plastic tau.

nah korang boleh karoke kejap :D


Pap ! Meje aku kene ketuk.

Aku toleh kiri, ada tangan kat belah kiri sambil die cakap “qila, kau lapa? Nah biskot, makan ea..” pastu En Jun terus blah jalan ke luar. Hahaha tak ke aneh rasenye, tibe-tibe bagi biskot? Tak sempat aku nak jawab, aku nak atau tak nak. Tapi bagus jugak, aku memang lapar pun masa tu, haha

Kali ke 2 terkejut ni semalam. Aku sibuk ber bye-bye yelah seronok jumaat nak balik rumah, sabtu ahad cuti ! tibe-tibe dia panggil “qila !” tibe-tibe ada orang sedikit jerit .. “aku ada diari, kau nak?”..kakak yang aku berbye-bye tadi muke dah senyum senyum kambing..”boleh juga” die terus bagi pastu blah jalan ke luar. Hahaha



En Jun ni penuh kejutan surprise saya di buatnya.

Apa-apa pun terima kasih :) Rejeki jangan ditolak kan kan. Lain hari bagi la lagi hahaha *gelak jahat.


ps: nak tengok movie ape yer? sabtu ni...
post signature