Monday, September 6, 2010

Anyam Ketupat? Err Tak

Aku tidak pandai anyam ketupat ni. Serius, bila ada pertandingan anyam ketupat kat mana-mana, aku macam ape nyer nak anyam? . Haha  Pertandingan anyam paling banyak ? erk ..Blurr 

Walau sitiap tahun memang kami buat ketupat ni, tapi kami tak anyam. Aaa, ibu akan beli keronsong ketupat dah siap anyam kat gerai tepi tepi jalan menuju ke pasar Dahlia, tak pun pergi pasar Tani sebelah stadium tu dua hari sebelum raya. 

Aaaa ketupat yang dah siap dianyam memang seperti hujan lebat turun ke bumi. Hahaha Banyak bersepah-sepah, cuma sediakan duit je, 1 keronsong ketupat dia jual 50 sen. Tahun ni naik lagi rasanya harge die. Tak sure sebab tahun ni ibu decide nak anyam sendiri ?!

Erkk ok. Fine. 

Tadi entah mood apa datang, aku tiba-tiba decide nak google cara-cara anyam ketupat. Hahaha konon nak buat surprise petang nanti ibu balik keje tengok tengok anak dia dah pandai anyam ketupat. Padahal memang sebelum ni jahil gila, belajar setiap tahun tapi tak pernah menjadi, hasilnya aku hanya ditugaskan masukkan beras dalam keronsogn ketupat. Hahaha

Jadi...

Google pertama..aku jumpe ni ..gambar? maaf , gambar ni tak membantu untuk beginner anyam ketupat seperti aku. Err tak faham la, aku lambat sikit bab bab ni. aih..


Teruskan mencari, kali ni terfikir nak cari kat youtube. Anggapan aku, youtube lebih mudah sebab boleh nampak gerak-gerak plus boleh pause kalau tertinggal dan senang-senang reverse ke forward ke bila dah terror. Hahaha 

Aku tengok video ni..


Hasilnya hasilnya ? Taraaaaaa..

eh. macam boleh buat kad raya..kan kan :D lalala~~

Setelah mentelaah video ni selama 2 ke 3 jam tapi aku rasa macam lebih, itu la hasilnya. Buruk ea? Sengget sebelah. Hahaha

Aaa ibu, tengok ni..qila dah reti anyam ketupatwalau senget !  

post signature

22 comments:

  1. haha lepas ni takde alasanlah anak dara tak pandai nak anyam ketupat. sebab semuanya dah boleh google dah.

    ehe bolehlah tu aqilah, amatur lagi kan? hahaha.

    ReplyDelete
  2. haha...xpe..janji makan sedap...

    ReplyDelete
  3. senang je ni..
    kiri kanan, atas bawah, depan belakang.
    siapp..
    :D

    ReplyDelete
  4. gila ar ko! ahahaha! t bwk blk ketupat, sgkut kt pintu..so, stiap kli msuk bilik ko, mcm snggh beraya..

    ReplyDelete
  5. kite lagi teruk, tak pernah jumpe dan makan ketupat yg kene anyam2 nih sebab jarang-jarang kadang-kdang jumpe kat perak..huhu..selalu yg jumpe yg ade kat shopping complex yg buat dari reben klaer2 tuh..huhu

    ReplyDelete
  6. jadi la tu anyam ketupat..meh ila nak cuba pulak..he2

    ReplyDelete
  7. silap2 aku anyam jadik tikar mengkuang!lol

    ps:tak pandai anyamn.pandai makan je.haha

    ReplyDelete
  8. wah... bestnye wat ketupat!!

    tapi.. makan lagi best kan?? ekeke

    ReplyDelete
  9. bagus2 dah reti!
    pasni bleh bawak balik rumah sewa

    ReplyDelete
  10. hihihi congrats akak
    at least da bule buat jugak !

    ReplyDelete
  11. baguslah.. ada usaha utk membantu ibu.. :D

    ReplyDelete
  12. halluu cik aqilah yg comelote...sufy pown x pndai anyam ketupat tpi bila tgk video utube ni teringin lak buat raya kali nih...huhu

    ReplyDelete
  13. seriusly itu ketupatnye???
    comel sgt...tpi cm tersenget sket..hehe...tpi syg da dibuang..sedih..cpat buat yg baru lg..

    ReplyDelete
  14. Pndai la skit2, bile da siap x mcm ketupat pun hehe

    ReplyDelete
  15. waa ktupat la..

    slamat hari taye taw..

    ReplyDelete
  16. ooohh..mcm ni rupanyaaa.. tp klau takde org assist still susah la.huhu..

    ReplyDelete