Monday, September 27, 2010

Majlis Sambutan Makan Makan Raya :D

Ni kesinambungan dari entri lepas. Aaaa kiteorang pergi campus dalam 11 lebih gitu ..aaa sape kate tak pergi, pergi lepas zohor, antara orang last tu, aaa korang salah, sila cube lagi. :D gurau..


Sampai-sampai je, "uuuh ramai giler !" Makanan usah di cerita, sampai nak amek makanan kene beratur. Gigih tak gigh haku nak makan.

Makanan yang terhidang, biasa ikot kos, tahun ni pun same je, tak de berubah pun.. marketing, hr, insurance, finance, bas, acc, tesl, ib dan ada booth tambahan dari staff uitm.Masing-masing nak mempamerkan dan menjamu juadah yang paling sedap la untuk kami. *menu sedap sikit, sate !

Ada sate, lontong, sup, mee goreng, lemang, laksa, cendol dan ermm tak ingat dan lain lain lah haha. Makan memang memboncet la kat sana, kenyang alhamdulillah. Jangan tanya aku makan yang mana tau..

Tapi sayang tak dapat tapau, makanan habis..haha penat je sape yang bawak tupperware tu.

Seterusnya, macam biasa la..bergambar !
Bergambar dah jadi kewajipan, kenangan la katakan.

Ain ngan Zila depan booth Massa (marketing)

lepas makan satu menu, amek gambar, makan gambar makan gambar. Gituler sepanjang majlis hari raya ni..haha

<3 gambar ni, candit ! separuh dari budak marketing ! Ramai buat iklan colgate nampaknya...

cube teka yang mana bapak ? haha sori abang asraf.


Makan di tepi tepi jalanan. Dah tak hirau, baju cantek raya punya ke tak, asalkan dapat makanan semua dilupakan..tepi jalan pun okay no hal..:D

belah kanan tu peah dan kawan, dia bukan islam..tapi sama2 sambut..:D

Kami

ps: sendi sendi semua dah sakit, makan kacang..huh
post signature

Saturday, September 25, 2010

Perempuan ni kalau bersolek memang lama, Perempuan ni kalau bergambar memang lama jugak.

Perempuan ni kalau bersolek memang lama.
Perempuan ni kalau bergambar memang lama jugak.

Hahaha

Rumah terbuka campus start pukul 9 pagi, memang jumaat tu rancang nak pergi pukul 10 pagi. Malas nak dengar ucapan la apa-apa lagi ..

Misi berjaya..semua orang siap pukul 10 pagi. Aku, Izan, Syaza ngan Mek.

Pastu kami gatai nak ...








Cuba teka pukul berapa kami pergi rumah terbuka campus ? :D

Baru cek folder, ada lebih kurang 100 gambar depan laptop je. Hahaha..
post signature

Pasar Karat

Hari-hari terakhir sebelum aku balik Melaka, aku ada ajak Ibu pergi pasar karat Jb. 


Dan keluar statement "kau ni, tak reti ajak orang lain ker, asyik ibu je..ajakla kawan pergi ker boyfriend ker, ni ibu jugak.." 

"alah bu, malam ni..takkan nak ajak boyfriend kot, bahaya la..ajak ibu best.."

"apa bestnya..kau boleh ketuk duit ibu la tuh.."

hahaha hamek kau, instinct ibu ni kuat tapi tak le sangat, sambil menyelam minum air sikit-sikit boleh apa. 

Aku tanya ibu kenapa panggil pasar karat pulak..nama aneh anehan gitu padahal aku tengok sign dia tulis Jb Bazaar, dan ibu jawab "sebab kat situ banyak barang second hand"..

haaaa ok..karat = second hand

Bukak pukul 10 malam sampai tak tau pukul berapa..2 pagi kot? Lagi malam lagi hot ..haha tak tak, lagi malam lagi meriah..

Kalau kat Melaka ada Jonker Walk..kat Jb ada Pasar Karat :D





Ps: ada jamuan raya kat campus, nak bawak beg besar aa, tapau sikit untuk makan malam..haha
post signature

Monday, September 20, 2010

Domain Free Dari Dunia Dayat!

Terima Kasih kat Hafism untuk tag contest ni :D

Dah lama tak buat tag, malas senanye hahaha tapi yang kali ni nak buat la, yela mana tau, untung-untung dapat pakai domain sendiri ? ye dak..

Mudah je ni, follow rules "Dunia Dayat Domain Giveaway" dan siap ! Nak tau lebih lanjut, boleh pergi sini *klik kat sini tu



Jika, blog ni bertuah dan dapat domain free, aku rasa nak nama www.yellowkuning.com . Hee kuning mesti ada sebab i  <3 kuning ! 

Tag rakan..errrm nak tag Norizan, Fahmi, Syaza dan Fathiyah :)

Ps: Cepat join, tarikh tutup esok..21 sept 2010.
post signature

Saturday, September 18, 2010

Gambar Tradisi

Tidak mengupload gambar raya tahun ni. Rasa macam, eh ramainya dah upload..malasla hahaha. Tapi abang wa (pakcik) ada upload gambar raya yang ada muka aku. Ceh, menumpang jela..

Setiap tahun, memang akan ada bergambar secara begini. Adik beradik nenek bersama anak-anak dan cucu-cucu bergambar. Nenek (mak tok), tok teh, tok ndak ngan tok cu. Ni memang gambar wajib. Memang tradisi, dulu-dulu pun memang ada. Dan HARUS bergambar di rumah papan ini.

Sebahagian dari keluarga, yang lain tak nak bergambo..ceh

Dengar cerita, rumah ni rumah turun termurun. Tapi memang betul..selepas arwah moyang meninggal memang dah wasiatkan rumah ni dekat tok ngah. tok ngah dah meninggal, anak anak dia which is pakcik makcik aku yag jaga rumah ni.

Aaaaa bila dah kumpul ramai-ramai, cerita pun begin.Hahaha entah pape..

Rumah ni 100% papan, kayu ape ntah, aku tak tahu. Kalau jalan kat depan, kau dekat dapur pun boleh dengar bunyi tapak kaki. The best part ialah rumah ni ada ambing eh ke anjung? tak tahula, layan je, itu memang unik. Duduk kat situ kaki tergantung-gantung. Hahaha suka ! 

Tapi sedih aa, baru-baru ni anjung tu dah takde, telah di musnahkan. Err bila datang dapur rumah tu rasa macam tak lengkap, yelah..anjung tu dah ada dari rumah tu di buat ! tibe-tibe emo datang, haha

Lihat, kau boleh goyang kaki dengan lajunya di anjungni..

Sambung cerita, dieorang pun cakap, rumah di buat setahun sebelum merdeka maka 1956, lamanyer. Dulu warna dia memang coklat, sekarang pun warna dia pun coklat. Hahaha walau dah bertahun masih tak karat, eh tak berlumut warna kayu tak luntur, haaa kau, tahan tak tahan rumah dulu. 

Kesimpulan, selagi rumah tu berpenghuni akan terjagala rumah tu. Buat peribahasa sendiri, aaah gasak la kene tak kena :D

Tuesday, September 14, 2010

Merepek : 1

This is how i feel right know.
   

post signature

Thursday, September 9, 2010

Tengok Jangan Tak Tengok

Jumaat raya ! Kan kan kan.

Tengok jangan tak tengok :D Untuk korang..





Ucapan tambahan..

SELAMAT HARI RAYA !

Terutama sekali kepada yang baca dan follow blog aneh ni. Hahaha Maaf zahir dan batin jika ada penulisan aneh di blog yellowkuning89 yang aneh ni mengguris perasaan korang. Maaf yer ~~


Korang dapat duit raya tak? ngeee




Thanks Syaza dan Izan jayakan video ni..jom buat video lagi, kenangan sem akhir :)
post signature

Monday, September 6, 2010

Anyam Ketupat? Err Tak

Aku tidak pandai anyam ketupat ni. Serius, bila ada pertandingan anyam ketupat kat mana-mana, aku macam ape nyer nak anyam? . Haha  Pertandingan anyam paling banyak ? erk ..Blurr 

Walau sitiap tahun memang kami buat ketupat ni, tapi kami tak anyam. Aaa, ibu akan beli keronsong ketupat dah siap anyam kat gerai tepi tepi jalan menuju ke pasar Dahlia, tak pun pergi pasar Tani sebelah stadium tu dua hari sebelum raya. 

Aaaa ketupat yang dah siap dianyam memang seperti hujan lebat turun ke bumi. Hahaha Banyak bersepah-sepah, cuma sediakan duit je, 1 keronsong ketupat dia jual 50 sen. Tahun ni naik lagi rasanya harge die. Tak sure sebab tahun ni ibu decide nak anyam sendiri ?!

Erkk ok. Fine. 

Tadi entah mood apa datang, aku tiba-tiba decide nak google cara-cara anyam ketupat. Hahaha konon nak buat surprise petang nanti ibu balik keje tengok tengok anak dia dah pandai anyam ketupat. Padahal memang sebelum ni jahil gila, belajar setiap tahun tapi tak pernah menjadi, hasilnya aku hanya ditugaskan masukkan beras dalam keronsogn ketupat. Hahaha

Jadi...

Google pertama..aku jumpe ni ..gambar? maaf , gambar ni tak membantu untuk beginner anyam ketupat seperti aku. Err tak faham la, aku lambat sikit bab bab ni. aih..


Teruskan mencari, kali ni terfikir nak cari kat youtube. Anggapan aku, youtube lebih mudah sebab boleh nampak gerak-gerak plus boleh pause kalau tertinggal dan senang-senang reverse ke forward ke bila dah terror. Hahaha 

Aku tengok video ni..


Hasilnya hasilnya ? Taraaaaaa..

eh. macam boleh buat kad raya..kan kan :D lalala~~

Setelah mentelaah video ni selama 2 ke 3 jam tapi aku rasa macam lebih, itu la hasilnya. Buruk ea? Sengget sebelah. Hahaha

Aaa ibu, tengok ni..qila dah reti anyam ketupatwalau senget !  

post signature

Tengok Benda Aku Suka, Kevin Wu ..

Bila dapat tahu hal sebenar tak seperti di jangkakan, amat sedih. Macam tengok movie ending sedih. Perghh keciwa gila.

Aaa rasa macam tu la sekarang ni. Tak pe tak pe mungkin itu yang terbaik untuk aku.

Maka satu hari macam berduka sendirian plus kerja part time buat hal. Sabar aje la. Selalunya kalau aku sedih sendiri. Aku akan berbual, ketawa, tengok benda yang aku suka..

Berbual? - sudah. seharian berbual ngan ibu. Non stop ok
Gelak? - dah jugak. Berbual sambil gelak-gelak, haha entah apa aku berbual sampai geli beno perut aku.
Tengok benda aku suka? - yepee dah juga! Jumpe vlog kevin wu





Aku jumpa vlog Kevin Wu. Kenal? kenal tak? Aaa tak kenal la tu. Haha Dia aku suka.

Channel dia kat youtube "kevjumbo" memang popular. Dia baru 19 tahun, gaa adik la ni. Erm ayah dia orang korean the rest baca sendiri kat sini.

Vlog tak banyak sangat, adalah dalam 57 video. Wow, tak banyak kau kata..
Aku dah khatam semua :D
Sebab aku suka !
Hahaha
Kelakar, ini serius.
Plus, dia comel. Gatal.

Antara vlog dia yang aku suka..

A time for giving
Bila Kevin ni rasa, dia perlu belikan ayah dia hanphone baru.




I love my dad




My dad is Asian
Latest vlog.




Jap..ada lagi satu..

Girl's are like M&M
Different colour, but all same :D




Aaaa sekurang-kurangnya, hati dah ter hibur ! :D Esok masa untuk pasang langsir? sapu minyak kat semua jenis kayu supaya nampak licin, mulus, bersinar lagi baru bergaya.

Yay ! 3 hari lagi nak raya.
Pergi la sedih, tak mau sedih sedih. Shuh shuh.
post signature

Wednesday, September 1, 2010

Terima Kasih Cuma


Terima kasih kepada kamu untuk buku Versus, Hlovate. Saya ingat kamu nak bagi pinjam je tapi :D Rasa malu pula bila tadi kamu tanya dah habis baca belum. Masih tersangkut chapt 5. Bukan tak menarik, menarik Cuma…

  1. Ada test pada minggu nak raya ni. Sunguh seksa. Badan je ada dekat Melaka, fikiran ada di Johor. Belajar tak focus sebab mood balik kampung lebih besar. Aih, kenapa kenapa test mesti minggu ni???
  2. Tunggu makcik khadijah telifon untuk kueh raya. Aaaa saya jadi orang tengah jual kueh raya. Berjinak dengan business. Ceh, padahal dah 2 tahun amek cos business. Risau, makcik tak kol, risau tempahan kueh orang tak sampai, risau pegang duit kueh berates-ratus. Kalau hilang, saya terkedu.
  3. Tak boleh focus baca buku kamu sebab dalam kepala asyik terngiang lagu hari raya. Dah 3 hari teringiang-ngiang. Tak de la lagu lain yang terngiang di kepala sekarang selain lagu hari raya. Aaa
  4. Dengan secara tidak disangka kerja part time online saya masuk lagi minggu ni. Cuma customer yang ini agak leceh sikit. Tak ikut peraturan. Naaa cepat-cepat settle boleh la dapat duit sampingan minggu ni. Yes. Eh, Alhamdulillah, syukur.
  5. Sedikit kecewa bila niat saya nak bela rabbit terhalang. Ibu tak bagi bela rabbit kat rumah. Ibu beri alas an tak kukuh. Sedih.  Aaaa suka rabbit. Walau ada kucing, nak juga bela binatang baru. Rabbit rabbit rabbit. Nak rabbit.
  6. Menahan telinga dari orang menangis, meraung, menghentak. Kamu tau siapa. Sangat tidak selesa.


Tak tau bila boleh kembali focus. Lepas raya mungkin ? 
 post signature