Saturday, February 26, 2011

Jumaat !

Jumaat ! Yay, hari yang selalu di tunggu. Dan habit bila dah balik kerja tanya ibu "bu, hari ni hari apa ea?". Bila ibu cakap jumaat, terus happy sendiri. Padahal dah tau, buat-buat tak tau dan bila sebut jumaat, terus lonjak hati riang. Bukan kanak-kanak riang, lonjak hati riang tau.

Baiklah. Straight je la.

Masa hari itu, err 18 haribulan 2 = jumaat, di Angsana ada satu sambutan Maulidurasul ditaja oleh Juz zarith bersama ? Hehehe tak ingatla. Dan semua staff di Uda Angsana diwajibkan menghadirkan diri.

Makanya, kerja pada hari itu macam setengah hari je la...gegegege  Sebab naik je rehat terus kena pergi majlis. Kelam kelibut sedikit tapi seronok !

Kali ni tiada perarakan sambil selawat, tak ada tak ada tak ada. Yang ada sedikit forum dari panel Imam surau di Angsana, en ESQ kehkeh aku tak ingatla siapa nama dia dan yang paling best Datuk Nooh Gadut datang. Frankly, aku tak focus dengan apa yang forum tu cakap sebab aku asyik tengok kakak ni makeup orang sebelah. Hahaha tapi at least aku tau siapa panel dia ok la kan?


Lepas forum, adalah persembahan nasyid dari Kolej Islam Johor. Sungguh, tidak terkata. Suara dieorang :)
Tak ada background music pun dah lunak lunakan, apatah lagi ditambah dengan background music. Tidak terkata.


Paling tidak dilupakan, makanan free untuk tetamu yang hadir, orang yang tengah shopping pun boleh amek, kalau tak malu. 

Sedikit perbezaan tetapi matlamat tetap sama :)

Oh yee, setiap yang datang tu dapat goodies bag ! Dalam dalamye ada phamplet pakej perkahwinan dan surat kabar?


Mula-mula kiteorang ingat apakah bagi surat kabar? rupanya ada ini, haha patutla.


Jadi, sesiapa yang mahu merancang nak buat majlis tunang, nikah ke boleh ke sini ! survey harga, di plaza Angsana sehinnga 28 haribulan 2 sahaja, cepat sebelum tersepat !

Bye.
post signature

2 comments: