Hi.
Hari sabtu ini kene berkerja setengah hari. Ahh hari bermalasan kene kerja pula, nasib baik setengah hari je, kalau full, aaa tidak begitu syok la macam ni.
Ini cerita lapuk tapi belum berlapuk lagi. Masa tinggal dengan ibu berdua pada hari itu, mak tok fly ke kl. Eceh. Aku dan ibu memang dah berpakat dah memang sehati la nak berdiet. Tak nak makan berat di malam hari. Kononnya, hari itu hari mula atau turning point untuk berubah tak nak makan malam.
Maka, kami tidak makan. Abruptly, selepas kami menahan diri tidak makan (macam puase pulak) telifon bunyi "jangan lupa datang rumah malam ni, ada makan-makan sikit, informal"..
Sudah !
Perasaan dah berbelah bagi. Baru la tadi berjanji pada diri tak nak makan malam berat nampaknya kami tewas. Hahaha Pergi ke rumah Cik Ijah yang jauh perjalanan macam aku pergi kerja.
Sampai-sampai jee..haa kau tengok makanan atas meja ! Berlebihannn ! Sayang betul kalau tak habis ni kan kan kan. Hahaha.
Baikla, makanan ni semua dimasak oleh suami Cik Ijah, Cik Ayob. Eh, encik?
Ada kerabu pelam, sup ayam, udang goreng tepung, ikan masam manis, sambal belacan, burger del buatan sendirian berhad.
Orang kata, lelaki ni kalau pandai masak lebih sedap dari perempuan, fiuuh yeke?
Keputusan, tidak jadi hari tu menjadi untuk tidak makan malam. Dan sampai hari ni pun tidak berjaya lagi untuk tidak makan malam. TEWAS ! Hahaha Tak tau la bila kami mahu memulakan turning point/hari yang baru. Tengoklaa.
JAP !
Lepas makan, dia pun muncul. Ahh comel sangat rasa nak, rasa nak aih susah nak beritahu.
Bawak balik baru tau.
ps: terjumpe ni --> Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan (ayu cinta)
owhhh bnykny mknan sedap2..~
ReplyDeletesedapnya qi!! aku makin gemok la qi, banyak makan!!!
ReplyDeleteCinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
ReplyDeletenak guna ayat nie pada gadis pujaan hati... huhuhuhu :p