Friday, October 1, 2010

Rumah Zila

Malam selepas majlis makan-makan kat campus, kami (ijan, syaza, ain, yana) pergi beraya lagi rumah kawan kat melaka, zila ! hahaha tak habis-habis qila oi cerita beraya.

rumah zila

Janji dengan zila pukul 4.30 petang nak pergi. Bak orang kata, janji melayu memang begitu, kiteorang pergi rumah zila malam. Hahaha janji melayu katakan. Takla, kami pergi lambat sebab ada sebab munasabab yang boleh diterima akal. Kan zila kan, lagipun zila tak marah :D

kereta sewaan

Kami dihidangkan dengan makanan yang rare kami makan. Bukan makanan exotic tau, makanan bagi kami ni rare la, selalu makan pun nasi dengan sadin, kuew tiaw goreng sendiri, jarang ni dapat makan mee bandung buatan tangan. Aaa cayala mak zila masak, sedap ! kacang tanah dia perghh memang kuat, tak sampai sehari sendi mendi semua tak leh bergerak, sakit teramat. Tapi memang sedap !

aku suka biskot kacang tuu

mee bandung yang sedap sehingga menjilat pinggan sendiri

Terima kasih mak cik kerana begitu sporting masakkan kami. Kami akan merindui masakkan mak cik, eceh...hahaha

Sebagai hadiah dari kami, kami berpakat nak berhadiah dalam rumah zila.Jangan main-main jarang orang datang beraya nak memberi hadiah. Hahaha sakit kau ni qila.  kami bergambar la. Gambar yang memberi banyak makna. Semoga panjang umur jumpa lagi :D


 tuan rumah yang comel


anak buah zila yang menggeramkan aku, baru 18 hari, semoga kamu dah besar menjadi seorang yang cantik. bergaya dan berilmu ..hehe

yana ada gaya-gaya keibuan yang tak berapa nak lama lagi



Naa hadiah dari kami, kenagan gambar di rumah kau zila, 10 tahun lagi tengok balik gambar ni, mesti nostalgik.
 post signature

5 comments:

  1. ahaha.. ada jgk yer orang wat bikt wafels panjang tu bisut ryer///


    Jum Singgah yer
    Latest entry di:

    Pengalaman kena tindih ngan perempuan

    ReplyDelete
  2. waaaa mee bandung..lama tak rasa wehh

    ReplyDelete
  3. pengcahayaan agak kureng cikit... huhuhu

    but, all of you still cute :D

    ReplyDelete
  4. meo thanks ! hp ni bila flash je, aneh rupenya..:D

    ReplyDelete