Tuesday, October 19, 2010

Berada di Cameron Pada Hujung Minggu, It Was Fun !

Pada hari minggu yang lalu, 16 dan 17 oktober 2010 akan menjadi sejarah, hehehe. Sejarah pergi trip kelas tanpa bayaran ! <3 Terima kasih ajk tertinggi, sebab err dieorang yang buat kertas kerja semua maka kami dapatla pergi ke Cameron dengan goyang kaki.

Ladang teh

Lagipun ni sem akhir sem depan entah jumpe entah tidak kome kome semua ni. It was fun weekend !

Ahh malas cerita panjang, tapi memang panjang pun.

Kami bertolak dari Melaka pukul 7 pagi and we arrived there at 2 pm. Lama tak lama kau, aku duduk dalam bas. Selepas melepasi negeri sembilan, selangor, perak dan akhir sekali pahang dan memang journey yang panjang, dan selepas menahan degungan telinga bila naik atas, satu cabaran. Tapi tak pe !

Ibarat bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Memang berbaloi :D 

Lecturer yang mengiringi adalah Prof Arshad panggilan manje oleh kami pak chard. Heee dan ketua kami Faiz Murat, wooot woot first time dibimbing oleh faiz ni :D
Prof !

Destinasi pertama yang dituju bila kaki di jejeki di tanah Cameron adalah ke Tea Boh Plantation.

suku dari kami

Sangat menarik, banyak info yang berguna dapat dari encik, err lupe nama dia. Tapi dia seorang lelaki india. Yang paling berkesan kata-kata dia adalah 


"kalau you all nak make love untuk buat baby, berhenti minum teh sekejap, at least after 3 month you can continue taking tea"..ada lagi satu..


"kalau kaki you tu macam ada kulat air ke apa ke, daun teh yang kamu dah gunakan buat air boleh kamu sapukan di kaki seminggu sekali" dan banyak lagi nasihat-nasihat berguna untuk sekarang mahupun masa depan yang berguna dari encik ni.

Menghabiskan 43 ringgit dengan membeli teh limited edition. Hahaha membazir tak haku, aih.

Baju putih tu Faiz our leader dan yana :D

Kamudian perjalanan di teruskan ke Time Turnel. Aku suka pergi sini ! tak tipu..dekat sini, boleh nampak perubahan alat-alat dahulu sampai sekarang, err maksudnya barang dahulu kala yang kita tak pernah tengok pun ada. It was fun really, rasa nak spend masa banyak dekat sini, tapi tula..dah nama trip, kenala ikot masa yang di jadualkan kan.

cube tengok kasut paling kanan sekali, tu kan 100% getah :D

Driving licence orang dulu-dulu..macam passport dah kan

Tapi tak pe..at least, dapat jugak nampak "darkie" sekarang dah tukar jadi "darlie" heee plus kereta mainan dulu kala, botol susu, buku-buku zaman 50 an dan macam macam lagi. Sangat teruja.

advertising dulu dulu

kerete ni comel..tak tau la ni replika ke ape..haha tak sempat nak bace

Kemudian kami check in, eh haha check in macam hotel pulak. Tak tak ni homestay rasanya dekat..ermm aaah lupe lagi tapi luar buruk, dalam gila hot kalah hotel, serius ! Hahaha

Pada malam nyer pulak, kami ada dinner, dinner di hotel..ok tak ingat hotel apa..hahaha aaah pelupa betul la qila ni oi. Makan steamboat. Yummy ! Dan adalah persembahan yang menghiburkan hati dari setiap kelas. Best !


meje paling cepat makanan habis..haha


Kemudian kami balik ke homestay dan tidur.

Hari ke2 sangat meletihkan. Tapi sangat memuaskan hati.

Pergi naik gunung brinchang untuk kali pertamanya dan dan aku pancet di pertengahan jalan. Hahaha masih ingat suara kawan "eh ! qila, qila sini sini rehat jap..muka kau dah pucat giler ni, nah amek ni air minum..rehat ok pastu sambung balik"...hahaha muka pucat tak perasan masih nak mendaki. Terima kasih Ecah.

dari homestay tu kene naik landrover ni

 pakai sweater sambil mendaki..haha sejuk lagi ni, pagi..

see yeah, mereka ni akan naik ke gunung brinchang :)

bila dah sampai di cek point, legaaaaa dan kami kene tanam pokok 

nampak encik india belah kiri, dia la jadi tour guide masa naik gunung ni.mekasih encik sathiya? kot la nama die..

Tanam pokok !

Permandangan dari gunung brinchang..berbaloi sempot sempot pucat pucat naik gunung..sangat cantik keindahan tuhan

Dan dalam pukul 2 petang kami keluar dari homestay dan balik ke melaka.

nampak, luar buruk..tapi dalam fiuhh hot hot

Menunggu bas 


Sebelum balik ke Melaka tu sempat la pergi ke pasar dia, mengahabiskan 44 ringgit lagi ! hahaha dengan beli jagung, coklat teh, coklat strawberry dan banyak lagi jenis coklat..dasyat, total aku spend hampir 100 ringgit. Ish ish, ni duit poket je ni..boros boros boros. Ibu selalu cakap, aku pantang nampak makanan boros habis..haha bu, qila beli strawberry kecot yang ibu nak tu, jangan marah  :D

ni kat pasar dia..cube teke sape baju biru tu ??? cepat cepat artis tu..

Strawberry sedap dimakan dengan gula..haha


habis soping kat pasar, duduk tunggu bas :D

Perjalanan panjang lagi, menghadapi simptom telinge dengung sepanjang turun dari cameron tu, tak pening cume dengung, haha. Dan sampai Melaka dalam pukul 11.30 malam. Alhamdulillah. Long and save journey.

Fiuhh.
Akan rindu saat ni.
post signature

19 comments:

  1. dah lama tak pergi cameron. masih sejuk mcm dulu ke dah kurang sikit?

    ReplyDelete
  2. kerek la u =P

    xde la...

    mmg best kan pergi sana??? i pun love cameron highlands.. doakan cameron akan kekal as it is

    nanti ada camping kwn saya buat di sana nak join x???

    ReplyDelete
  3. aduh teringin nk gi sana.. nk mkn strawbery.. hahah..

    ReplyDelete
  4. wah !
    bestnye da la last sem. mesti jadi unforgettable memories ni

    ReplyDelete
  5. wau sgt byk anda menyepend money anda disana..dasat!!

    ReplyDelete
  6. erm... g cameroon nyaman tp skrg dh panas gak... huhuhu

    ReplyDelete
  7. wah...lamanya x pegi cameron...last pegi masa kecik2...18 tahun dulu..

    ReplyDelete
  8. huhu seronok seronok.. strongly suggest to go there..cume kene tahan sket jalan die yang macam ular kene palu tuh ;D
    Encik Parthi name wakil dari Tea Boh Center tu :)

    ReplyDelete
  9. Kalau free..ke london pun aku nak gi.err..

    ReplyDelete
  10. sweetheart...kurang sikit, tapi masih sejuk..mungkin 10 tahun lagi dah tak sejuk..

    ReplyDelete
  11. Secret Drifter...camping? wow menarik ni..bile? kalau free i ikot ea :)

    ReplyDelete
  12. mR.sYaH...hahha kat jusco pun ade straberry :D

    ReplyDelete
  13. MUZAKKIR...common, perempuan la..

    ReplyDelete
  14. meo..yeah betul..tengah hari memang panas

    ReplyDelete
  15. black_mel...waaaaa lamenye..pergi2 :S

    ReplyDelete
  16. Yanana! ...haha an, plus dengung

    ReplyDelete