Monday, February 28, 2011

Kalau Ada Bau, Dian-Diam je..

Lampu bilik, ruang tamu, dapur, bilik air semua dah selamat ditutup. Kalau tak tutup membazir, jadi tutupla. Gelap menemani aku. Bukan la gelap gelita, cahaya laptop ni menyinari malap-malap.

Macam biasa, aku memang selalu tidur lewat sikit. Belajar, hehehe. Tipu, ber online la kerja aku. Klik sana klik sini, baca sini, baca situ. Tengok gambar sana, tengok gambar sini.

Eeerrk terklik gambar tak sepatutnya aku tengok. Ces, dah la sorang je berjaga, malap pulak tu. Ewww gelimat aku sendirian tengok gambar tu.

Selang beberapa minit. Eh bau ni? Tak mungkin la, baru tengok gambar dah ada bau? Terus teringat kawan aku pernah cakap, kalau ada bau bau ni bila kita sorang-sorang jangan tegur, takut takut .... Baikla aku diam je tak jadi nak peramah.


Tapi ?! 


Urrgggh mana boleh tahan beb ! Bau dia makin lama makin menusuk. Kembang kuncup hidung aku nak menahan. Kawan aku pernah cakap juga, kalau bau dia kuat. dekat dengan kita maksudnya benda tu jauh. Maknanya ni jauhla.

Nak je aku keluar rumah, tengok apa punya bau la ni. Hati macam berani, sekali tengok jam, eh dah pukul 12 la. Tak jadi. Duduk diam-diam.

Segera offline. Shutdown laptop. Tarik selimut sampai hidung tidur. Besok je la aku tengok.

Dalam hati dah menyumpah-yumpah






Siap kau kucing. Aku baru lepas tengok tahi, terus kau membuang tahi yer, shit bau dia sangat tidak terkata. Cis, Terganggu konsentrasi ber online. 


post signature

Sunday, February 27, 2011

Hehehe Maktokmaktok

Aku dah perasan perubahan maktok.Kalau semalam dia cakap, hari ni sure lupa. Macam semalam, dia ada beli sesuatu.


"cuba kau teka, berapa harga dia?" 

"harga apa?"sebab aku tak faham benda apa dia suruh aku teka tibe-tibe je, jadi maktok tunjuk la dekat barang dia beli.

"aaaa 30 ! " Aku hentam jee

"yeke? " Dia diam. Geleng-geleng kepala. "kau salah darab 2 la"

"60?" Dia ketawa. Ces, maktok suka beno bila aku salah teka. Meleret-leret  dia ketawa.


Tadi. Maktok tanya lagi.


"cuba kau teka berapa harga dia?" tangan terus tunjuk kat barang tu.

"mmm 60 !" kehkeh, padahal aku dah tau dah harga dia semalam baru tanya.

"yeke?" Dia diam, "bukan laa salah..harga dia nak dekat seratus."

"eh? yeke mahal no?" aneh je, semalam cakap 6o tibe-tibe hari ni 100 pulak. Nak menang la tuu.

Maktok pun belek barang dia beli tu. "Eh bukan seratus, pandai kau teka?! kau mesti tengok harga dia kat sini kan? eleh" 


Aku pulak yang ketawa meleret-leret.
Hehehe maktok maktok.
post signature

Saturday, February 26, 2011

Jumaat !

Jumaat ! Yay, hari yang selalu di tunggu. Dan habit bila dah balik kerja tanya ibu "bu, hari ni hari apa ea?". Bila ibu cakap jumaat, terus happy sendiri. Padahal dah tau, buat-buat tak tau dan bila sebut jumaat, terus lonjak hati riang. Bukan kanak-kanak riang, lonjak hati riang tau.

Baiklah. Straight je la.

Masa hari itu, err 18 haribulan 2 = jumaat, di Angsana ada satu sambutan Maulidurasul ditaja oleh Juz zarith bersama ? Hehehe tak ingatla. Dan semua staff di Uda Angsana diwajibkan menghadirkan diri.

Makanya, kerja pada hari itu macam setengah hari je la...gegegege  Sebab naik je rehat terus kena pergi majlis. Kelam kelibut sedikit tapi seronok !

Kali ni tiada perarakan sambil selawat, tak ada tak ada tak ada. Yang ada sedikit forum dari panel Imam surau di Angsana, en ESQ kehkeh aku tak ingatla siapa nama dia dan yang paling best Datuk Nooh Gadut datang. Frankly, aku tak focus dengan apa yang forum tu cakap sebab aku asyik tengok kakak ni makeup orang sebelah. Hahaha tapi at least aku tau siapa panel dia ok la kan?


Lepas forum, adalah persembahan nasyid dari Kolej Islam Johor. Sungguh, tidak terkata. Suara dieorang :)
Tak ada background music pun dah lunak lunakan, apatah lagi ditambah dengan background music. Tidak terkata.


Paling tidak dilupakan, makanan free untuk tetamu yang hadir, orang yang tengah shopping pun boleh amek, kalau tak malu. 

Sedikit perbezaan tetapi matlamat tetap sama :)

Oh yee, setiap yang datang tu dapat goodies bag ! Dalam dalamye ada phamplet pakej perkahwinan dan surat kabar?


Mula-mula kiteorang ingat apakah bagi surat kabar? rupanya ada ini, haha patutla.


Jadi, sesiapa yang mahu merancang nak buat majlis tunang, nikah ke boleh ke sini ! survey harga, di plaza Angsana sehinnga 28 haribulan 2 sahaja, cepat sebelum tersepat !

Bye.
post signature

Sunday, February 13, 2011

Miniature Comel !

Miniature ni comel sungguh kan ?

Teringat pula masa kecik-kecik ada barbie kecil siap dengan rumah, comel sungguh.





Nak nak nak ni. Anyone? who feel generous to give it to me? haha main-main je :)

Berminat? sini
post signature

Buah Hati Yang Tiada Pengganti

Hi. Hari ahad dah tiba ! Seperti hari ahad-ahad yang sebelumnya, hari ahad mestilah membuat sesuatu yang seronok sebab hari ahad hanya sekali dalam seminggu. Kalau di bazirkan dengan benda yang tidak menyeronok sangat tidak seronok la. Hahaha.

Baiklah. Hari ni, mood kucing-kucing dan tuan punya kucing baik. Jadi terhasil la beberapa fotoshoot. Hehehe ingat orang saja je ke boleh, kucing pun boleh.

Walau tidak secantik mana, tetapi sambil dengar lagu Mirai-E melihat gambar ni pasti emosi, pasti aku cakap. Cube kamu buat, buatla kalau tidak percaya.

Putih tu koko, hitam tu kiki. Both adalah buah hati yang tiada pengganti.

Kau ambil gambar curi aku ea, ingat tak nampak..

This is my hobby tuan punya kucing, i love height..

My second hobby, watching television ! 

Aww, seksi tau

 Koko sangat tidak berapa nak aktif tetapi dia adalah pemerhati !

Miu miu 

Dia dah pandai sekarang, nampak kamera je dah tau orang nak ambil gambar dia. Terus pose static macam ni. Eceh, ingat comel ?!

The last 2 pictures is my favorite one.
Kiki macam ahli gimnas, lalu tepi tv yang sempit.



I love both of you. 
post signature

Saturday, February 12, 2011

Toi Toi Makan Lagi

Hi. 
Hari sabtu ini kene berkerja setengah hari. Ahh hari bermalasan kene kerja pula, nasib baik setengah hari je, kalau full, aaa tidak begitu syok la macam ni. 

Ini cerita lapuk tapi belum berlapuk lagi. Masa tinggal dengan ibu berdua pada hari itu, mak tok fly ke kl. Eceh. Aku dan ibu memang dah berpakat dah memang sehati la nak berdiet. Tak nak makan berat di malam hari. Kononnya, hari itu hari mula atau turning point untuk berubah tak nak makan malam.
Maka, kami tidak makan. Abruptly, selepas kami menahan diri tidak makan (macam puase pulak) telifon bunyi "jangan lupa datang rumah malam ni, ada makan-makan sikit, informal"..

Sudah ! 
Perasaan dah berbelah bagi. Baru la tadi berjanji pada diri tak nak makan malam berat nampaknya kami tewas. Hahaha Pergi ke rumah Cik Ijah yang jauh perjalanan macam aku pergi kerja. 
Sampai-sampai jee..haa kau tengok makanan atas meja ! Berlebihannn ! Sayang betul kalau tak habis ni kan kan kan. Hahaha. 

Baikla, makanan ni semua dimasak oleh suami Cik Ijah, Cik Ayob. Eh, encik? 
Ada kerabu pelam, sup ayam, udang goreng tepung, ikan masam manis, sambal belacan, burger del buatan sendirian berhad.

Orang kata, lelaki ni kalau pandai masak lebih sedap dari perempuan, fiuuh yeke?  
Keputusan, tidak jadi hari tu menjadi untuk tidak makan malam. Dan sampai hari ni pun tidak berjaya lagi untuk tidak makan malam. TEWAS ! Hahaha Tak tau la bila kami mahu memulakan turning point/hari yang baru. Tengoklaa.

JAP ! 



Lepas makan, dia pun muncul. Ahh comel sangat rasa nak, rasa nak aih susah nak beritahu. 

Bawak balik baru tau.



ps: terjumpe ni --> Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan (ayu cinta)
post signature

Thursday, February 3, 2011

Jelajah Makan : Noodle Station

Semenjak menjak kat Angsana ni ada tenant baru jual makanan, dah tekak ni mengade setiap hari nak lunch kat sana.

Kalau tak dapat makan lalu kedai pun jadi, hilang mengade tekak, hehehe.

Takla, tak de la sampai macam tu, exaggerate lebih. Noodle Station, comel kedai yer, malap lampunya. Betul, kalau pasangan couple mahu makan kat sini lampu nyer cukup sesuai, kadang-kadang apa yang di makan pun tak nampak, memang romantik kan.



Fine, tak suka lampu malap sangat sebab tak berapa nak feel bila kita tak berapa nak nampak kecantikan warna warni makanan tu, ye tak? ye ye. Kalau nampak warna warni baru semagat nak makan !

Outlet terbaru dia adalah di Angsana, sebab memang baru bukak dalam seminggu. Masa ternampak plan kedai dia dekat ofis hari tu, hati memberontak tak sabar nak makan kat sana, bila dah bukak lagi memberontak nak pergi sana. Hahaha.


Baiklah. Tadi terbuka website die, dia kata harga yang di tawarkan adalah berpatutan. Ohh yeeah, most of the food priced 7.90, oklaa kot untuk makan sekali sekala. Hari-hari makan sana cukup 15 hari dapat gaji, tengok wallet kosong je kang. Hahaha.

Honey tea 

tak pedas !

Secara bersih, Noodle Station adalah di syorkan untuk singgah. Jangan lupa order tomyam dia, sedap, pergi website dia untuk dapatkan gambaran :D

Bye.

Rai, bella & me :)



* Noodle Station ni kat level 1, plaza angsana sebelah kedai emas depan kedai cd.


post signature