Hari 1
Batu famous dengan nasi beriyani. Memang tak dinafikan memang sedap ah. Tapi ada satu lagi yang patut cuba makan di batu pahat ni, iaitu...
Mee Racun ! Sekali pandang semacam mee bandung, kuah semacam sup, rasa memang racun =p
Memang la tersangat sedap. Unfortunately aku pun tak tau la alamat dia, hanya Noizan yang tahu jalan ke kedai mee racun famous ni.Lain kali datang sini, mintak khidmat Norizan lagi, hehehe. Even kami datang pukul 8 malam dah full house, bayangkanla. Thumbs up 5/5 stars aku bagi !
Setelah kami makan Mee Racun yang memang aku teringin sangat nak makan, sebab dari sem 1 asyik dengar Norizan kata, mee racun sedap mee racun sedap kami heading to BP Walk.
Ingatkan BP Walk macam Jonker Street, Melaka tapi rupanya BP Walk adalah syurga makanan lagi. Eh, BP ni banyak betul makanan ea?
BP Walk terletak di sepanjang Jalan Rahmat, if Im not mistaken. Banyak kedai, boleh la pilih yang mana suka.
Dah alang-alang kat sini, duduk juga la kat salah satu kedai pekena kacang rebus dengan fresh orange. Hahaha 2 kombinasi yang aneh. Hampir sejam dekat sini, kami ke Pasar Karat Batu Pahat pula.
Haa ingat JB je ada Pasar Karat? Hahaha tapi dekat JB we call it Bazar bukan Pasar :D Pasar Karat BP terletak di Dataran Batu Pahat.
Senang je nak spot Dataran Batu Pahat, nampak tugu ni... ni la dia Dataran BP :)
Batu dan Pahat, Batu pahat ! (Gambar google)
Pusing pusing punya pusing, dah pukul 12 malam kami pun balik rumah, rehat..sebab esok nya plan nak ker Pantai Minyak Beku ! Dan tujuan utama nak attend wedding kawan se uni ! :) #exited
...bersambung
wah..ada ek mee racun? nak try lah :-)
ReplyDelete