Monday, March 28, 2011

CD Ke Ni?

Masa tengah jalan-jalan dekat KSL City dengan Bella, sayup-sayup dengar ala-ala alunan hutan. Jalan di shopping mall tapi suasana hutan, haaaah tak ker kau rasa nyaman berbelanja macam tu. Pandang kanan, 80%, pandang kiri 50%, fuuuh berlari setempat tapak kaki ni. Nasib, mereka pasang muzik nyaman tak de tak keruan tu nampak sangat. Hahaha

Bunyi cengkerik.
Bunyi seruling.
Bunyi serunai.
Bunyi bunyian :D Seronok dengar.

Sometimes, I missed my violin.


Ingat management pasang cd, saja nak buar pembaharuan ke hape ke. Sekali, bila jalan jalan lagi..eh eh



Bukan cd la ! Real rupanya. Fiuuuh. Kagum. 



Ps: Tengok world invasion, battle of los angeles, seronok tapi kurang puas.
post signature

Friday, March 18, 2011

Bila Pandang Je Tersenyum

Kadang-kadang benda kecil molek pun boleh buat kita tersenyum. Macam bangun je dari tidur, dapat message good morning. Terus terasa bahagia bangun pagi.

Tak pun, perkara kecil molek macam tiba-tiba ada coklat dalam beg. Unknown sender. Terus tersenyum. 

Malah membuat lagi terseyum lebar, bila terbaca komen komen korang. Terus tersenyum tersenggeh sorang-sorang :D

Bila naik je dari cuti, hari isnin..ternampak ini di white board meja kerja. Sungguh buat aku tersenyum. Bila pandang je tersenyum, bila terjeling je tersenyum. 


Angau. Hehehe perkara kecil molek tapi mempunyai kesan yang sangat deep.

Baikla. Adalah aku simpan contengani seminggu, lepas tu terasa serabut. Terus jadi clean & clear white board.

Senyum ni awet muda ea? Jom senyum.

post signature

Thursday, March 17, 2011

Hujan Pagi Tadi, Kuredahai Juga Demi Tebusan

Breakfast sudah dibeli di McD pagi tadi. Ala itu semua gara-gara baru terperasan yang tarikh coupon purchase minimum RM5.00 you will get free 2 big set for breakfast tamat hari ni. Menggelabah haku. Mana tidaknya adalah satu pembaziran jika tidak digunakan kerana dengan berbelanja RM5.00 kau boleh dapat set yang berharga RM 10.00 ? Haa mau tak aku kelip kelip mata tengok tawaran macam big deal !

Walaupun hujan pagi tadi, kuredahai juga demi tebusan.
Satu set aku ambil, lagi satu set ibu yang ambil. Aku sekarang makan sikit je..heehehe
Kadang-kadang aku ni pemalu. Nak bawak breakfast McD ke ofis rasa janggal. Haha itu pagi tadi la. Baiklah, aku sanggup buang beg kertas mcD dan masukkan ke dalam beg bunga-bunga aku demi untuk tidak mahu orang lain tahu aku bawak McD. Kahkahkah, jangan tanya aku kenapa.
Ibu kata aku ni malu tak bertempat. Tapi memang maluuu nak buat macam mana.
Setiba di ofis, cepat-cepat keluarkan masukkan terus dalam laci bawah meja. selamat ! Tiada siapa yang mengesan.
Baru beberapa minit lega hati “qila awak nak pergi breakfast tak?”
Otak ligat berpusing-pusing, patut ke tidak pergi ikut mereka breakfast. Macam kebiasaan aku tak jawab, soalan tu tergantung-gantung tiada jawapan. Sebab tengah fikir which one is the best choice. Konon
Tapi terfikir, best jugak kalau dapat makan makaroni pepagi ni. McD tadi tu nanti-nanti je la makan. Tamaaaak
Sambil sambil tu bukakla email. Eh,
A Bird In The Hand 
Orang tamak selalu rugi. Jangan jadi tamak. Jadilah yang bersederhanaan. Tak melebih, tak juga mengurang. Itu lebih baik. Interpret sendiri.
Terasa aku dengan email ni. 
Tanpa berlengah lagi “kita tak nak breakfast”
Tak nak tamak, tak mahu. Sambil kening terangkat dua-dua.
post signature

Thursday, March 10, 2011

Aku Dan Dato' Siti ?

6/3/2011
Road Tour Simplysiti

Baikla baikla, bila tengok gambar ni terus teringat lagu Black, Sofea Jane? eh, engkau Aqilah..aaah biarlah rahsia kenapa Kahkah.
Tiada berebut-rebut berpusu-pusu nak jumpa Dato' Siti ni, sebab sebab biarlah rahsia. Hahaha tidakla, Datuk Siti singgah di ofis sebelum ke booth Simplysiti di Angsana.
Ramai sungguh yang eskot. Dan ramai juga yang memerhati. Masa ni Dato' Siti masuk ke ofis. Dengar cerita, sebelum datang, tujuan utama datang ofis untuk berehat rehat. Tetapi aku tengok, tak ada pun rehat. Hahaha sibuk melayan kerenah orang nak ambil gambar. 
Akur. Aku la tu tergolong. 
Majority panggil dia Dato' Siti, tapi masa hari tu, aku terpanggil "kak siti, hi" - senyum sampai telinga. Dan Siti jawab, hi. Terus terbayang gila bayang. 
Dan terus dapat bergambar...
Macam photoshop pun ada bila aku tengok berkali-kali. Kan? kan? 
Baikla, inilah tujuan utama Dato' Siti datang..product nye. For those yang berbelanje RM100 barangan Simplysiti boleh berpeluk cium berkaunseling berborak di atas mini stage ni.
Aku tidak perlula, kahkah nada berlagak.
Orang begitu sumperk ! Fiuh.
Gambar terakhir di mini stage, kan dah kata tidak perlu berbelaja RM100 pun dapat bergambar. Ngeeeh. 

Ok dah. Bye. Nice memory..



Ps : sumperk = penuh sesak
post signature

Tuesday, March 8, 2011

1

1 bulan lagi.
Tidak gembira.


Setiap hari adalah memori.

Jujur,

4 bulan sangat cepat berlalu. Setiap hari berpractical adalah cabaran bagi aku. Kerja yang di bagi, walau mudah tapi tak mudah bagi aku, sebab macam sudoku. Hehehe tak la...

Dia ibarat soalan matematik. Mula-mula kita kena berusaha nak tau penyelesaian, kira la dengan puluh-puluh cara, once kau dah dapat tahu penyelesaian, aaaa senang la untuk soalan yang lebih kurang sama. 

i have learned a lot within 4 months, but still generous to learn more and more.

:) Terima kasih ! satu bulan lagi akan digunakan sebaik mungkin. Ngee

Abang Kirin, Kak Dayah, Kak Ila, Bella, Kak Puteri

post signature