Friday, June 3, 2011

Jelajah Makan : Roti

1995
Ibu balik dari kerja dengan satu bungkusan. Aku dah mula senyum-senyum. Salam ibu, sambil mata jelling dekat beg plastic yang ibu bawa. Tak sabar la pulak nak tau apa isi dalam. Kepoh perkataan ibu cakap kat aku, Hahaha tapi aku tak kesah pun, memang aku kepoh nak tau.
“ibu bawak rotila..” sambil gosok-gosok kepala aku.
Aku makin tersenyum lebar, hati gembira bukan main. “roti kat kedai tu ea bu?? Ea ea ea?”
Ibu angguk sambil senyum.


Nak tau kedai mana???
bersambung...
Hehehe tak la, aku gurau je.

Aku nak share antara bakery paling tua dan sedap dan menjadi kegemaran aku sampai hari ni. Tempat  kat area Johor Bahru, sebab nyer aku mengecil dan membesar kat sini. 
Kedai roti ni terletak kat Jalan Dhoby, Jb. 
Believe me, bakery ni lagi tua dari umur aku sendiri. Dan memang lagi tua la dari umur korang. Kedai dia antik, hiasan dalaman tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. 

Dah yeah nama kedai dia adalah Salahuddin Bakery
Semalam aku berkesempatan untuk singgah kedai ni, dah lama tak singgah. Padahal hari-hari aku lalu jalan dhobi nak amek ibu kerja. Jadi semalam terpergi, hehe sebenarnya macam teringin nak makan. Rindu pulak dengan roti dia yang ala-ala puff, makan satu pun dah kenyang.

5.45pm aku sampai kedai dia. Sedikit sedih. Roti banyak dah habis, yang ada tinggal 3 tray je. Tapi tak apalah, yang 3 tray tu pun sedap ! Cuma sedih tak nampak roti banyak-banyak dia bakar pakai dapur arang? Dan korang boleh tengok sendiri dieorang buat roti.

Selalunye kat sini penuh dengan roti, tapi semalam kosong dah habis.

Google: Cara dieorang bakar roti tu macam ni la..

Google : Gambar ni aku google je..tapi memang macam ni cara dia bakar roti tu, pakai dapur arang?

Back to the history.

Ibu cakap kedai ni bukak as early as 4am untuk dioerang buat tepung, doh semua dan siap di bakar dalam pukul 11 pagi macam tu orang dah mula beli. Kedai ni tak pernah simpan roti semalam dipanaskan hari ni. Ibu kata roti hari ni, hari ni punya. Semalam, semalam punya la.

Dieorang akan tutup kedai bila roti habis. Oh yeah, yang menariknya kedai ni turun temerun. Aku pun tak tau sekarang dah generasi yang keberapa terajui kedai ni.

(correct me if im wrong, sebab ni pun ibu yang cerita)

Don't worry about variety. Kedai ni banyak pilihan roti, dah patut cuba semua jenis roti yang di jual. Hehehe.

This one is my favorite, roti kacang merah. Should try !
Dia bukan roti yang lembut lembut tu tau, dia macam puff tapi dalam dia ada kacang merah, yums !

Ini pun sedap ! dalam dia inti sadin dan ayam, 2 different combination dan yums !

Jaga-jaga bila bulan puasa. Tak sempat pukul 3 petang roti dah habis dijual.. :)

Jadi kalau dah ada kat Jb, jangan lupa singgah sini, berbaloi tak tipu.


Salahuddin Bakery
post signature

19 comments:

  1. waaa...mcm sangat sedap..
    xpernah tahu pon kewujudan kedai ni

    ReplyDelete
  2. sdapnya roti dia !!
    nnti bwk pika g sne k..
    hehee :P

    ReplyDelete
  3. oh ni la dia kedai roti yg digembar gemburkan itu..wau..sgt antikk

    ReplyDelete
  4. LiyanaAdilla sedaaaaaaaap lain dari yg lain, jgn lupa pergi nnti :)

    ReplyDelete
  5. ea antik la..bukan cantik! hayoo jgn campur adukkan nye..ish2

    ReplyDelete
  6. oooh..baruku tahu...

    sedap tau roti inti ayam n sadin...;-)

    ReplyDelete
  7. ah fatt : tu la, patut bukak..

    ReplyDelete
  8. ah fatt : tu la, patut bukak..

    ReplyDelete
  9. eh antik ea? hahaha tak perasan la muzakkir.

    ReplyDelete
  10. fusyoo tgok entry ni tros lapa.. kompem kalah kedai roti kat supermarket..

    ReplyDelete
  11. perghh bila tengok roti tu ada kesan terbakar skit nampak sedap lak.. bak sket hihi

    ReplyDelete
  12. dah habis dah Fitrihadi...meh le ke kedai ni :)

    ReplyDelete
  13. suka lah kedai mcm ni.. ada long history gitu... signboard nyer pun sgt epik.. hehe

    ReplyDelete
  14. hehe kan kan..walau macam buruk, tapi antik ! :)

    ReplyDelete