Thursday, June 30, 2011

Homeplus

(kebendanya tu? heeeh)

Well sebenarnya ni tentang satu rangkaian kedai runcit kat Korea Selatan (Homeplus) yang susun strategy bijak. Dieorang ni cuba nak beat Tesco yang sekarang leading dalam online grocery shopping. Jadi dieorang buat strategy dengan cuba letakkan poster-poster (alah yang macam kita selalu dalam flyers kat rumah tu) di subway (tempat pertama cubaan dieorang).

Poster yang di tampal
Jadi sambil tunggu train datang boleh la shopping sekali, masa tak terbuang banyak. Cara dia sangat mudah, (dalam video tu cakap la). Amek gambar kod, bayar dan done ! (using mobile phone)

Capture the kod
Bila barang sampai?
Bila kita sampai rumah, barang pun dah ada depan pintu. Tak payah terkocoh-kocoh pergi kedai.

Senang la kalau gini kan?
ibu jari tangan kanan terangkat la ! Ada duit, ada segalanya.

Nah, tengok sendiri full video kat bawah ni untuk lebih kefahaman. 
Amacam? cool?
post signature

Wednesday, June 29, 2011

Pandang Laut Kan Tenang

The place that we (Izan and me) went last weekend. 
Saja nak tunjuk kat Izan dan sekarang nak tunjuk kat kamu yang tengah baca blog, ini salah satu tempat yang aku suka pergi. Hahaha berlagak la pulak. 

Baiklah. Tak ada ruginya pergi sini sebab tempat ni sungguh tenang. Pandang laut kan tenang, setenang air di laut jangan di sangka tiada buaya. Eh, tiba-tiba saja hah ! 
 Boleh berbasikal, bayar je..untuk penjimatan optimum, bawakla basikat sendiri..
 Main layang-layang pun boleh, angin agak kuat kat sini
Bot bot bot *macam bunyi kentut pulak, cuba cakap lelaju :P
Dan boleh lihat matahari terbenam, subahanallah cantik nya.

Kalau korang ada di Jb, jangan lupa singah di Teluk Danga, bahagian belakang ea..tak rugi :)

ps: Samsung Galaxy SII ni smart la..

post signature

Tuesday, June 28, 2011

Rasa Tu Yang Penting

I'm craving for this (look at the pic below) ! Kuih keria makcik jual tiap-tiap pagi tapi jalan besar. Tapi sayang, everytime i'm craving gila-gila kuih keria pasti takada. Aku assume makcik tu tak buat atau dah habis. Kecewa. 
Nak beli tempat lain, jiwa dah pergi. Nak juga yang makcik jual tiap-tiap pagi tepi jalan besar. Mengade. 
Aku beritahu ibu yang aku nak sangat makan kuih keria, dan ibu jawab ringkasje "belilah keledek, nanti kita buat" Haaaah sudah. Aku terfikir dua tiga kali nak buat sendiri atau tak. "kalau buat boleh makan banyak" - ibu cakap. Dan aku terus, yelah nanti boleh makan banyak. Tamak. 
I google the recipe. Rasa macam boleh buat. 

Hasil ? (look at the pic above) 
Banyak, hangus, gula tak sekata, bulat yang tak bulat. 
Ahh tak kesahlah, bak kata pepatah dont judge book by its cover. Rasa tu yang penting :p

post signature

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #2




Bila rasa bosan, main dengan buah hati. Hilang bosan.
ps: nak cari bf la macam ni. 
post signature

Tuesday, June 21, 2011

Awi Rafael - I'm Yours

Hi..




Video apa ni ? tiba-tiba jer ? Aaaa saje je. Song of the day. Lagu ni terngiang-ngiang kat telinga kanan dan kiri ni, hehehe.

Awi Rafael - i'm yours dan dalam bebanyak aku pilih video ni sebab ada satu part aku suka, kelakar. Dia cakap..

Berpeluh saya
Masuk mata
Sunggu tak macho

Hahaha really make my day :)
post signature

Sunday, June 12, 2011

Siapa Eric Stanley?

Aku jumpa nama Eric Stanley masa tengah online pagi pagi ni. Aku pun tak tau siapa dia? Eric Stanley ?
sampai aku terjumpa satu video Eminem - Love The Way You Lie (Violin Cover by Eric Stanley) dekat youtube.

Oh wow.
Diala Eric Stanley !

Dan aku terus terasa nak pergi channel dia dan tengok lagi apa lagu yang dia boleh main dengan violin.
Banyak !
Aku dah dengar hampir semua, tak semua tapi hampir la hahaha. Kagum dengan dia. Ini bukan main-main.

Selain violin, dia juga boleh main piano dan sekarang tengah belajar main gitar. 22 april 2011 hari tu dia ada launch satu projek yang mana dia record balik dia main violin dengan better music arrangement.Ibu jari tangan kanan terangkat la !

Naah dengar sendiri. Ini antara video dia yang aku suka.

Nak tau lebih rapat siapa Eric Stanley, nah pergi website dia sendiri http://www.ericstanleyglobal.com

Bye nak dengar lagu-lagu dia ! 
post signature

Tuesday, June 7, 2011

Breaking Dawn Part 1 ; Official Trailer & Poster - Tak Sabar !

Aku baru tengok trailer Breaking Dawn, Part 1. Line internet sangat siput [baca : slow] beberapa hari ni. Aku pun pelik. Tapi aku dapat perasan yang line internet aku akan laju bila pukul 8 ke 9 pagi dan 7 ke 8 malam SAHAJA. Benci. Nak tukar package aku belum mampu, haha. Tak apala lambat pun lambatla, janji boleh online dari tak boleh langsung.
Aku peminat twilight series. Bukan sebab Jacob hensem dengan badan super ketul, muka Edward Cullen yang pucat menarik hati, bukan sebab character Rosaline bukan bukan, tapi aku suka jalan cerita dia. Jalan cerita.
Last aku tengok cerita ala-ala vampire yang seronok aka ketagih ialah buffy the vampire slayer. Masa tu aku rasa sekolah rendah. Lepas tu tak ada cerita ala-ala vampire yang menarik hati aku. Vampire diaries pun tak tengok, haha true blood apatah lagi.
Breaking Dawn adalah di nanti nantikan.
Kalau ikut buku, part-part yang aku rasa nak gila [baca : sangat] tengok  dalam movie, adalah
1. Bella dengan Edward berhoneymoon.
2. Masa bella ngandung.
2. Bella tukar jadi vampire masa lahirkan anak dia, ranessme.
3. Cara dia ajar Bella jadi vampire.
4. Masa dia kumpulkan semua vampire dari seluruh negara.
5. Masa warewolf halang keluarga volturi datang.
5. Nak tengok kuasa anak dia dengan kuasa vampire lain bagi nak protect keluarga Cullen.

Tapi aku rasa untuk part 1 ni no 4,5,6 tak ada lagi. Sebab ni akhir-akhir cerita.

Ditayangkan 18 November 2011 nanti, can't wait !
*mesti banyak kena potong cerita ni. 

Info : Stephen Mayer dapat idea tulis cerita macam ni awalnya dari mimpi. Bila dia bangun dari mimpi, dia terus bukak laptop, tulis balik apa yang dia mimpi sebab dia nak sangat ingat balik apa yang dia mimpi.
Nak baca lebih boleh pergi sini.
Tak sangka dari mimpi boleh jadi kaya !

18 November 2011 
can't wait !

post signature

Friday, June 3, 2011

Jelajah Makan : Roti

1995
Ibu balik dari kerja dengan satu bungkusan. Aku dah mula senyum-senyum. Salam ibu, sambil mata jelling dekat beg plastic yang ibu bawa. Tak sabar la pulak nak tau apa isi dalam. Kepoh perkataan ibu cakap kat aku, Hahaha tapi aku tak kesah pun, memang aku kepoh nak tau.
“ibu bawak rotila..” sambil gosok-gosok kepala aku.
Aku makin tersenyum lebar, hati gembira bukan main. “roti kat kedai tu ea bu?? Ea ea ea?”
Ibu angguk sambil senyum.


Nak tau kedai mana???
bersambung...
Hehehe tak la, aku gurau je.

Aku nak share antara bakery paling tua dan sedap dan menjadi kegemaran aku sampai hari ni. Tempat  kat area Johor Bahru, sebab nyer aku mengecil dan membesar kat sini. 
Kedai roti ni terletak kat Jalan Dhoby, Jb. 
Believe me, bakery ni lagi tua dari umur aku sendiri. Dan memang lagi tua la dari umur korang. Kedai dia antik, hiasan dalaman tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. 

Dah yeah nama kedai dia adalah Salahuddin Bakery
Semalam aku berkesempatan untuk singgah kedai ni, dah lama tak singgah. Padahal hari-hari aku lalu jalan dhobi nak amek ibu kerja. Jadi semalam terpergi, hehe sebenarnya macam teringin nak makan. Rindu pulak dengan roti dia yang ala-ala puff, makan satu pun dah kenyang.

5.45pm aku sampai kedai dia. Sedikit sedih. Roti banyak dah habis, yang ada tinggal 3 tray je. Tapi tak apalah, yang 3 tray tu pun sedap ! Cuma sedih tak nampak roti banyak-banyak dia bakar pakai dapur arang? Dan korang boleh tengok sendiri dieorang buat roti.

Selalunye kat sini penuh dengan roti, tapi semalam kosong dah habis.

Google: Cara dieorang bakar roti tu macam ni la..

Google : Gambar ni aku google je..tapi memang macam ni cara dia bakar roti tu, pakai dapur arang?

Back to the history.

Ibu cakap kedai ni bukak as early as 4am untuk dioerang buat tepung, doh semua dan siap di bakar dalam pukul 11 pagi macam tu orang dah mula beli. Kedai ni tak pernah simpan roti semalam dipanaskan hari ni. Ibu kata roti hari ni, hari ni punya. Semalam, semalam punya la.

Dieorang akan tutup kedai bila roti habis. Oh yeah, yang menariknya kedai ni turun temerun. Aku pun tak tau sekarang dah generasi yang keberapa terajui kedai ni.

(correct me if im wrong, sebab ni pun ibu yang cerita)

Don't worry about variety. Kedai ni banyak pilihan roti, dah patut cuba semua jenis roti yang di jual. Hehehe.

This one is my favorite, roti kacang merah. Should try !
Dia bukan roti yang lembut lembut tu tau, dia macam puff tapi dalam dia ada kacang merah, yums !

Ini pun sedap ! dalam dia inti sadin dan ayam, 2 different combination dan yums !

Jaga-jaga bila bulan puasa. Tak sempat pukul 3 petang roti dah habis dijual.. :)

Jadi kalau dah ada kat Jb, jangan lupa singgah sini, berbaloi tak tipu.


Salahuddin Bakery
post signature

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Hari Susu 2011

1 jun adalah hari susu sedunia.
Minuman pertama kita minum, susu laa, tapi bukan susu formula. Susu ibu, heee.
Kalau masa sekolah dulu pun, aku masih ingat. Datang van susu dutch lady. Bagi free satu kotak susu seorang. Kadang-kadang diorang bawak perisa milo la, strabery la macam macam. Tapi aku tetap suka susu asli warna putih. Rasa dia lemak.

Jadi susu ni penting. Dari pelbagai segi. Aku ada terbaca airtikal ni tentang 22 fakta menarik tentang susu. Satu menarik minat aku #9 – Botol plastik untuk susu hanya mula diperkenalkan mulai tahun 1967. Jadi sebelum dia, guna botol kaca.

Masa aku pergi Cameron – time turnel kot nama tempat dia. *Lupe, haha. Aku dapat tengok depan mata botol susu kaca,comel. Macam-macam bentuk ada, silender, yang macam jongkang jongket. Tapi.. macam bahaya je untuk baby. Kot kot terjatuh ker botol tu, berderai kaca. Ish.  

Kenapa pilih 1 jun ?
Sebab berdasarkan artikal yang aku baca ni la, dia kata supposedly diorang nak tetapkan akhir bulan Mei.  Tapi macam dia kata Negara China cakap dia dah banyak celebration in May jadi di hold kan sampai 1 june.
Jadi !
Apa tunggu lagi, jom minum susu ! Sekarang pun susu dah banyak perisa kann..aaa no excuse !
SELAMAT HARI SUSU



Ps : Tau maksud "tombot" ??? hee

post signature

Wordless Wednesday #1



Ps: Aku tak pernah derma darah because the major freak adalah jarum. Since this year, jarum tu macam dah lali *hehe aku tipu, even kene cucuk banyak kali pun aku masih takut jarum.. Dan terima kasih untuk penderma darah O ! Darah penderma tu ada kat badan aku sekarang :D Tq. Mungkin kalau darah aku cukup hb, aku akan derma darah pula, untuk dieorang yang memerlukan. Insyaallah.

post signature