Tuesday, January 6, 2015

Family Trip Batu 4 Ijok - Port Dickson

29/11/14 - Sabtu

Kami ke PD! ni first trip bersama kawan-kawan Yun. Im a bit nervous.

Main reason nervous, macam mana nak bercampur gaul dengan mereka o_O

Ada berlaku sedikit drama sebabak, aku insist tak nak pergi dan nak balik rumah. Kasihan, merajuk laki bini. Tapi..pergi jugak akhirnya, setelah laki bini meng-calm kan diri sendiri.

Well sebenarnya, its not bad at all! Aku enjoy ambil gambar, enjoy makan, enjoy bertukar-tukar cerita, enjoy main dengan baby mereka.

:) Tak kenal maka tak cinta kan?

Ada 5 family yang join. Kesemuanya geng Batu 4 Ijok aka kawan sekampung Yun.

- Isam bersama isteri & anak-anak
- Uci bersama isteri & anak-anak
- Andong dengan Kak Ana dan anakanak dan Wak Niah
- Jeli bersama isteri & anak-anak
-  Iwan bersama isteri & anak-anak
- Edi bersama isteri & anak-anak
- Kami laki bini :D

Kami stay di PD Apartment . Apartment 2 bilik 1 bilik air. Dapur lengkap dengan periuk belanga. Tapi dia agak jauh sikit dengan pantai untuk mandi manda. Tapi tak pa, masing masing ada kenderaan sendiri. Why worries..worry hujan sahajala.

Malam sabtu kami buat BBQ. Kami geng isteri duduk dalam rumah makan je sambil tengok drama tv3. Geng suami mithali yang bertungkus lumus ber bbq :p terima kasih. Kambing bakar sangatla sedap! Sukar digambarkan..yang lain pun ok.



INI LAH yang SEDAAAAAAAAAAAP tak ingat
Aku cuma capture yang ada Yun sahaja, maaf yang lain tak ada gambar. Bukan bias cuma malu je tau

Ber bbq sambil tengok drama sambil gosip tentang anak-anak sangat baru untuk aku. Kalau tak, selama ni kalau gosip pun pasal diri sendiri, jiran sebelah rumah ke, tak pun artis, paling obvious berbual tanpa hala tuju. Tapi sekrang tidak lagi. Baik, akur status dah berubah.

Lepas dah makan-makan. sesi penyampaian cenderamata oleh Abang kawasan, Esam dekat semua ketua family.

11 malam. Balik apartment masing-masing. Tido.

Esok paginya seawal 7.30 pagi. Kami laki bini mencari breakfast. 27 bungkus nasi lemak beserta kuih muih.
Pusing punya pusing ada kakak jual nasi lemak tepi jalan. Zaasss! Hehe

Bawa balik ke apartment, hidang-hidang dan makan la kami selambak.



Macam kembar, so cutee both of them
Dalam pukul 10pagi aktiviti mandi manda bermula! Jeles dengan geng suami. Dieorang mandi laut. Geng isteri duduk bawah kemah jaga anak masing-masing. Termasukla aku. Eh tak, aku ambek gambar mereka dan anak-anak. Dalam hati nak jugak main air tapi tak de geng. Yun dah hilang dengan kawan-kawan. Tak apalah, amek gambar pun fun :D





Geng bapa dengan anak-anak
Yun lengang kangkung, tinggalkan isteri di bawah kemah
Siap mandi manda dalam pukul 1petang. Siap-siap untuk balik. 

Sempat ngecek Yun nak naik basikal? 2 roda, teringin :p hikhik

Oh sebelum bersurai dan kembali ke rumah masing-masing, kami bergambar.

Geng Puan

Ewaah, geng suami siap menari, HAHA
Maaf, ini lebih proper :P
Sekian trip PD kami. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan tempat. HEHE

ps: tak berdaya nak upload kesemua gambar, cukup la ini sebagai tanda kenangan.

No comments:

Post a Comment