Ps: Post ni sangat panjang. Untuk bacaan diri sendiri bila
dah tua nanti eh takpun untuk suami dan bakal anak-anak.
/
/
Dah kahwin baru tergerak nak update pasal majlis
pertunangan.
Kami bertunang pada 18 Januari 2014. Tarikh dipilih selepas
ada gaduh-gaduh. Ada nak cepat kan, lambatkan. Sedangkan lidah lagi tergigit
:D Last 18 Januari 2014 tetap. Tak ada
kompromi.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
/
/
#throwback #throwbackinaction #aqilahshafirul #engangement #10janbukan11jankubertemu #terimakasih #somethingtoremember #ily
Ogos 2013
31 Ogos, Yun datang seorang untuk jumpa ibu bersama ikan terubuk masin. Favaorite ibu. HEHE.
Paling lawak, aku terbuat the o payau. Neves sikit bakal ehem nak datang sampai buat air payau, kesian Yun.
Mujur ibu tolong buatkan air Nescafe lepas tu.
Dekat bawah ni adalah resepi The O Payau yang jarang-jarang berlaku.
Tuang separuh air panas dalam cawan. Rendam teh kemudian keluarkan, letak gula secukup rasa. Tuang air sejuk dalam piti ais dalam cawan bagi penuh. TADAAA!
:p
Desember 2013
Lagi sebulan nak bertunang. Terfikir nak bagi sesuatu dekat tetamu. Ini semua sebab terpengaruh dengan majalah pengantin yang aku beli sejak bulan 9 lagi.
Fikir punya fikir.
Beli je la beg dekat SSF, 50 pcs. Harga aku tak ingat berapa.
Dalam kotak aku letak coklat-coklat. Sebab me like chocolate soooooooooooo much. Kan, kalau bagi benda yang kita suka tu seronok?
Coklat-coklat aku beli kat kedai borong belakang MASLEE taman Suria, Johor Bahru.
11 January 2014, Sabtu
Balik kerja pukul 1, terus ajak ibu ke wedding expo dekat Danga City Mall. Saja je cuci mata. Kan nak kawen kononnya. Hehe.
Masuk sini serius macam tak tahu nak pergi yang mana. Tengok pelamin semua okay. Dapat phamplet terkejut aku RM8,000 pakej dewan.Offer RM25, 000 pakej lengkap dewan. Semua almost RM10,000 buat aku terkedu kejap.
Kat sini kumpul phamplet kat sini sebab nak tengok pakej bridal mana yang affordable. Lepas kami dah round satu pusingan, kami keluar duduk makan.
Masa ni dah pusing-pusing tengok pelamin. Terus ternekad nak pasang mini pelamin1. Terkencot.
Masuk balik wedding expo dan bayar untuk mini pelamin1 RM500 termasuk makeup.
Senyum.
Puas.
Ps: Padahal tak pilih lagi bridal mana untuk wedding.
17 Januari 2014, Jumaat
Harini cuti. Thaipusam. Kebetulan, tak payah ambil leave :P Orang pelamin janji nak datang setup mini pelamin 1 Taksabar! Excited!
Tunggu punya tunggu, dalam pukul 10 pagi dia pasang. Ya tuhan, half way dia pasang aku masuk bilik dan nangis. Bukan nangis kegembiraan dan keterujaan, tapi nangis besarnya mini pelamin ni! half dari rumah.
Mula menyesal. Mula nak suruh die bukak. Tak senang duduk la, nangis lagi. Moody sepanjang dia pasang pelamin. Risau dan nangis – HAHA bila ingat masa ni sangatla kelakar.
Last-last ibu cakap dan buatkan aku cool down. “ tak apa, nanti kita adjust” Baru la ada sinar cahaya kebahagian dekat mata ni, ngeeeh.
Keluar bilik dengan girang terus test-test duduk. Nak amek mood. “Sabar dik oi, esok je” – Okay, orang pelamin belum balik rupanya, adeeh malu-s muka ni -_-“
Aku senyum je laa terus pergi dapur.
Lepas mereka betul-betul balik. Ini pasti! Tak akan biarkan pisang berbuah 2 3 kali :P Aku dengan ibu adjust. Hasilnya..tadaaa!
Barula puas hati :p Mula excited dan seram sejuk.
Pukul 5 macam tu, atuk-atuk dan pakcik-pakci sampai. Syukor.
Malam nya, kami bincang balik tentang esoknya. Apa nak dibincangkan esok. Basicly dah bincang dah through phone tapi ini lebih formal, jumpa keluar kan. Kami bincang :-
1. Mas kawen3
2. Hantaran4
- Kiteorang decide 5 balas 7. Sama macam tuning. Cumanya tuning banyak kepada manisan.
3. Berapa lama ikat tuning
4. Tarikh majlis nikah + perkahwinan
18 Januari 2014, Sabtu
Rombongan pihak lelaki tiba dalam 11 pagi. Aku dekat dalam
bilik tak keruan rasanya. Bila dalam puku 11.30pagi, sedara mara suruh keluar
bilik dan duduk di mini pelamin 1
.
Hampir tak nak keluar bilik. Neves bak hak.
Tapi keluar bilik jugakla, ada kang kena siku kalau tak
keluar -_-“ dan terus duduk dekat mini
pelamin.
Terasa tinggi kerusi nya semua orang boleh Nampak.
Mujur! Cameraman2 dok psst psst amek gambar suruh
senyum. Baru lega sikit. Debaran tunangan orang,
HAHA
Duduk dekat atas tu adalah dalam 10 minit, baca doa semua
oleh Abang Amir. Masa baca doa, tiba-tiba terasa sebak.
Lepas baca doa dan sebak-sebak. Majlis sarung cincin
bermula. Sebak lagi bila mak (mak mertua) cakap “terima kasih terima anak mak” - speechless
Kemudian dalam 12.30 macam tu majlis sarung cincin selesai. Pihak
lelaki makan. Kami? Amek-amek gambar la..Hehehe sampaila pukul 2petang.
Cameraman balik. Majlis pun selesai.
Farah Aqilah dah jadi tunangan orang. Macam tak percaya :D
/
/
Sebagai penutup, di sajikan dengan beberapa gambar rajah. Terima kasih dekat OP Ismail sebagai main photographer dan Izan unofficial photographer #jasamuakankukenang #inibukantweeter/instagram #harapmaklum #sajasukasuka #maafkansaya
ps: susunan gambar adalah berteraburan.
Nota kaki:
1 – Mini pelamin ni gedik sikit. Mula-mula aku tak nak sebab
nak make it simple. Tapi jauh dari sudut hati teringin nak ada mini pelamin.
Aku rasa semua perempuan rasa yang sama? Kot?? Ke aku je -_-“
Pujuk-pujuk hati tak nak, back to plan simple. Dalam 3
minggu sebelum majlis, pergi pameran pengantin dengan ibu. Konon nak survey
je. At last terkencot. Jadi ada lah mini
pelamin. Hehehe
Masa nak sewa mini pelamin dah risau-risau, patut ke tak.
Tanya ibu berjuta kali. Last-last ibu kata kalau kau nak, ibu okay. So yay!
Green light dah ada, on la.
Mini pelamin aku amek dengan Rozaini Bridal. Kak Zai dengan Ema sangat-sangat membantu. Sampai kawen pun aku amek Rozaini Bridal :D
Untuk lebih kepuasan boleh pergi sendiri dia punya kedai.
2 – Cameraman. Ini memang di rancang. Sebab utama tak ada
orang nak amek gambar. Survey memang kalau boleh nak yang sticky album+murah+puas
hati. HEHE terjumpa OP Photography. Jumpa dekat FB. Tak tau macam mana boleh
jumpa. Rezeki OP .
3 – Mas kawen. Mas kawen ini setiap negeri ada tetapkan
minimum sendiri. Macam Johor, masih paling rendah antara semua negeri RM22.50. Ini terpulang dengan pihak lelaki, berapa yang dia mampu bagi.
4- Hantaran. Kami bincang berapa dulang. Kebiasaannya lelaki
dan perempuan bagi no ganjil. Contoh 3 balas 5, 5 balas 7, 7 balas 9, 11 balas
13 dan seterusnya. Perempuan yang bagi lebih dari lelaki. Sebelum nak tetapkan
baik fikir betul-betul wahai mahluk sejenis ku :D Kalau tak nanti, pening nak pilih barang apa yang nak di bagi.
Sekian :)