Saturday, June 30, 2012

Port Dickson - Muzium Tentera Darat

Bandar Tentera Darat
Hi Assalamualaikum
Muzium Tentera Darat atau Army Museums adalah salah satu tempat tarikan yang ada di PD.

Sebenarnya tak termasuk dalam schedule trip pada awalnya, tapi bila kami tepusing-pusing cari surau dan terbelok di kawasan jalan tar merah, waalaawei!

Bandar Tentera Darat
It easy to spot dengan tar berwarna merah di main road. #niceview
Muzium ni di buka setiap hari kecuali hari Isnin dan Selasa bagi tujuan maintanence. Dari pukul 9.30pagi sampai 6.00petang.

No admission fee required, it's free and easy ! Haha bila dengar free je mula seronok. =p


Fact : This museums has been honoured a Merit Award in category of "Best Tourist Attraction" with heritage pada tahun 2005/2006 by the Tourism Malaysia.


..Recommended ! #mustvisitplace


Address:
Muzium Tentera Darat
Kem Si Rusa
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, MALAYSIA


Tel : +606-6409481, +606-6409482, +606-6409484, +606-6409486, +606-6409488
Fax : +606-6464263, +606-6462359
email : admin@armymuseumpd.gov.my

Website: www.armymuseumpd.gov.my


Bye.

Thursday, June 28, 2012

Port Dickson - Ancasa Resort & Spa

020612 - Ancasa Resort & Spa
Hi Assalamualaikum

We stayed at Ancasa Resort & Spa during our trip to PD *thanks to Groupun for the best deals.
Tak susah mana nak cari this place and I would say it's likely a Balinese concept *eventhough i never been to Bali, duh! 
Hahaha

Kami tiba disini pada pukul 2.00 petang, dan mengambil masa dalam lebih kurang 30 minit untuk tunggu gilian ke receptionist. I think they should have a proper nice counter instead of using 2 big tables for assisting the customer.#justsaying.

Nasib baik mereka provide satu tong air oren sejuk jadi kite yang menunggu giliran boleh senang lenang amek air free minum duduk tunggu minum duduk tunggu, tak adalah membara sangat tunggu lama. *30minit je pun prufff


Yang bestnya dekat sini, aparment dia menghadap laut (seaview) ada juga yang menghadap jalan raya dan ada juga yang menghadap garden mereka. Dan kami dapat yang menghadap sedikit laut hehe.

View from our apartment
Tempat ni sangat sesuai bagi sebuah keluarga yang betul-betul nak merelaxkan minda, lari jauh dari kesibukkan kota, why i said so kerana kat sini banyak aktiviti untuk family! Ada padang yang boleh main bola, swimming pool, tennis court dan lainlain.

Plus! Apartment dia besaaaaaaaaaar boleh muat ramai orang. 

Kalau nak tahu room rates boleh bersenang lenang ke website dia http://www.ancasaresort.com 

Jap jap nak tambah!

Selepas kami checkout dalam pukul 12 tengahari, aku sempat ke kedai cenderhati buat kenangan kata orang alalala~~ 

Buahtangan

Banyak juga barang di jual tapi aku perasan tak ada satu barang pun brand Ancasa itself, faham tak? macam cawan ada tulis Ancasa Resort & Spa ke, pen tulis Ancasa Resort & Spa ke, towel tulis Ancasa Resort & Spa ke, tiada. Hurmm hurm nasib baik aku cilok pencil dan losyen dalam bathroom, ada la tulis Ancasa =p 


Ok bye.

Wednesday, June 27, 2012

Port Dickson - Schedule Trip

Port Dickson

Hi Assalamualaikum..
Since it was my first time went to PD *tahulaa PD je, ahaks i did a "proper" schedule trip. Hahaha when I said "proper" believe me its proper and feel like a school trip. =p #mblah

2days 1night
cukupla untuk lari dari kesibukkan kota hahaha *ingat kerja adalah satu tanggungjawab hidup, Teheee!


Day 1
9.00am - 2.00pm  = Jb ke Port Dickson *exit Port Dicson, lebuhraya Utara-Selatan harga RM36.50
2.00pm - 2.30pm  = Checkin Ancasa Resort n Spa
2.30pm - 3.00pm  = Late Lunch
3.00pm - 3.45pm  = Muzium Tentera Darat
3.45pm - 5.00pm  = Tanjung Tuan, Lighthouse
5.30pm - 7.00pm  = Pantai ! (ber sidekick boat, watching sunset)
9.00pm -10.00pm = Dinner

Day 2
9.00am - 12.00am = Jalan-jalan tepi pantai, snap snap snap! tawaf satu resort, checkout.
12.00am - 1.30pm = Ostrich Farm
1.30pm - 6.30pm = Port Dickson ke Jb (Jalan Kampung) - Singgah lunch Nasi Arab, Ayer Keroh.
/
/
Eventhough macam banyak lagi tempat yang tak pergi macam Fort Lukut, Eagle Ranch, Kompleks Sejarah P.Kempas tak apala dapat tengok 1% of PD pun dah kira okay lalala~~

2days 1night.


ps: more picture will be uploaded soon, Insyaallah.

Monday, June 25, 2012

Sneak Peak - Port Dickson

020612



Saturday, June 23, 2012

Bisik #bukufixi




Gulp, penulis novel reply tweet aku, yang telah diretweet dan di cc oleh Faizal Sulaiman.

Hi
Entri pertama setelah berumur 23 tahun. *senyum nampak gigi
Novel terakhir yang di baca pada umur 22 tahun adalah Bisik pada 17 Jun 2012.

Aku beli tak ingat bila, sanggup tunggu buku ni di jual kat Popular baru nak beli. Reason sebab nak pegang-pegang dan belek-belek buku seblum beli. #gediks

Aku baca dalam masa sehari, start dari petang dalam pukul 2 petang sampai ke malam 10malam?. Di selangi dengan kerja-keja selingan seperti main dengan kucing, makan, tengok tv, mandi, beron9 dan sebagainya.

Selalu bila aku bace sesuatu novel, aku pasti bayangkan muka watak-watak dalam novel supanya bila baca seronok macam tengah tengok movie ! #gediks no2 ..dan aku bayangkan:
Mikael seperti Chi dalam drama Friday I'm In Love
Nazzman seperti Aqasha  dalam drama Dejavu Kinabalu
Shah seperti Diana Amir dalam filem 321 Cinta
Julia seperti Izarah dalam Vanilla Coklat
Suraya seperti Lana Nordin dalam Dewa Cintaku
Amran seperti Farid Kamil dalam Lagenda Budak Setan
Angie seperti AC Mizal dalam Gerak Khas the movie?
Kak Gai seperti *tak ingat nama
Abang Mail seperti Zizan dalam Mael Lambung

dan beberapa watak lain yang tak terkeluar bayangan macam watak mak Mikael, kakak Mikael, budak-budak dekat busstop, peniaga bawah rumah.
....
 Nah sikit dari novel, nak lebih beli laaa lalala #gediks no3

"Oi, apa yang kau dah buat?"
"Tak sengaja, sial!"
"Habis sekarang macam mana?"
"Bawa dia masuk bilik air. Cari apa-apa yang boleh buat memotong."

Bye.
Serius seronok baca Bisik, seram, keliru, menyampah semua ada :) Teehe !

Thursday, June 14, 2012

Tersepit

Tersepit

Ini bukan tangan ke baju ke kasut ke tersepit celah batu, celah pintu bukan ! Ini tentang diri tersepit oleh situasi.

Nak buat salah, tak buat salah. Bagaimanakah ? Itulah bila hampir berbelas tahun belajar demi segulung ijazah untuk menjadi kuli, inila perasaan nyer.. grrr

Yang dia senang je cakap, "I tahu nak macam ni, dont asked me how and i just want the result".

Akur, apa boleh buat, aku ni tak ubah seperti lembu dicucuk hidung.

Bye

Monday, June 11, 2012

Hari 2 - Batu Pahat (Tamat)


sambungan Hari 1 - Batu Pahat.....

Hari 2
 Kami keluar rumah seawal 8 pagi. Tempat pertama yang Norizan bawa adalah ke Tasik Y. Menang sungguh rajin warga Batu Pahat ni berekriasi di hari ahad ni. Penuh ! 


Penuh !
Nama Tasik Y dicipta kerana dalam Tasik Y ada 2 tasik yang salah satu tasiknya adalah berbentuk y, agaknya? hahaha 

Lepas dah pusing-pusing satu tasik ni, kami bersarapan ! dekat foodcourt berhampiran tasik y ini. Pekena roti canai, teh tarik satu ! (dah lama sebenarnya tak makan roti canai hehehe on diet katanya =p) 

Pukul 9..kami bergerak ke Pantai Minyak Beku !
Haa ni lagi satu attraction dekat Batu Pahat ni, wajib pergi singgah ke sini. Tak rugi, percayalah. 

Mula-mula kami ke Jeti Minyak Beku. Pagi, air surut tapi Subhanallah cantik betul, laut luas terbentang.
Dekat sini juga ada khidmat ke Batam, Indonesia naik Feri. Bukan haram punya yer, wajib ada passport! 

Selepas ke Jeti, kami ke pantai kemudian datang balik ke Jeti untuk ber boat hoping ! Rm10 untuk 45 minit, berbaloi ! :)

Naaah
Beberapa shot pictures sebelum bateri handphone drain to 0% :(                           
                            
Jeti ! Air surut, pagi kan..




Lighthouse 1, masih berfungsi ! 
  
Ini old lighthouse di Pulau Siaru. Gambar di ambil semasa boat hopping.




The BP Well. 



Paya Bakau

 Sunny day :)
 
Batu-batu di Batu Pahat, hehehe


Uncle ! Terkesima tengok dia handle boat, sungguh profesional.

 Pulau Siaru, syurga bagi pemancing.


Dah hampir setengah hari di Pantai Minyak Beku ni, pukul 1 petang kami bergerak balik ke rumah, untuk bersiap-siap ke wedding kawan plus perut pun dah lapar minta di isi hehehe, nasi minyak !

Kak Huda dan Suami, semoga berkekalan hingga akhir hayat :)

Abaikan perempuan yang menginjak gemuk sedang tidur masa bergambar :p 

Tamat. 
290512


Bye..

Sunday, June 10, 2012

Hari 1 - Batu Pahat

Sambungan dari entri ini ! Sneak Peak - Batu Pahat...

Hari 1 
Batu famous dengan nasi beriyani. Memang tak dinafikan memang sedap ah. Tapi ada satu lagi yang patut cuba makan di batu pahat ni, iaitu...
Mee Racun !  Sekali pandang semacam mee bandung, kuah semacam sup, rasa memang racun =p

Memang la tersangat sedap. Unfortunately aku pun tak tau la alamat dia, hanya Noizan yang tahu jalan ke kedai mee racun famous ni.Lain kali datang sini, mintak khidmat Norizan lagi, hehehe. Even kami datang pukul 8 malam dah full house, bayangkanla. Thumbs up 5/5 stars aku bagi ! 

Setelah kami makan Mee Racun yang memang aku teringin sangat nak makan, sebab dari sem 1 asyik dengar Norizan kata, mee racun sedap mee racun sedap kami heading to BP Walk. 

Ingatkan BP Walk macam Jonker Street, Melaka tapi rupanya BP Walk adalah syurga makanan lagi. Eh, BP ni banyak betul makanan ea? 

BP Walk terletak di sepanjang Jalan Rahmat, if Im not mistaken. Banyak kedai, boleh la pilih yang mana suka. 

Dah alang-alang kat sini, duduk juga la kat salah satu kedai pekena kacang rebus dengan fresh orange. Hahaha 2 kombinasi yang aneh. Hampir sejam dekat sini, kami ke Pasar Karat Batu Pahat pula.



Haa ingat JB je ada Pasar Karat? Hahaha tapi dekat JB we call it Bazar bukan Pasar :D Pasar Karat BP terletak di Dataran Batu Pahat. 

Senang je nak spot Dataran Batu Pahat, nampak tugu ni... ni la dia Dataran BP :)
Batu dan Pahat, Batu pahat ! (Gambar google)

Pusing pusing punya pusing, dah pukul 12 malam kami pun balik rumah, rehat..sebab esok nya plan nak ker Pantai Minyak Beku ! Dan tujuan utama nak attend wedding kawan se uni ! :) #exited

...bersambung