Wednesday, October 31, 2012

Lego

Lego. Bukan lego kismis aku maksudkan. Lego seperti di bawah aku maksudkan. Kemon, (baca: come on) bukan kumon belajar matematik tu. Ini kan salah satu mainan kita masa kecil-kecil ni. Mainan mahal ni yang brand Lego la, rupa sama tapi brand lain tak la mahal. Remember?

Imagination is more important than knowledge - Albert Einstein 

Tanpa imiginasi, tiadalah Legoland. Eh? 
Hahaha
Okla. Last week berkesempatan meredeem voucher menjadi card. Rupa look a like voucher. Tapi sebenarnya ia adalah tiket yang dibeli sejak bulan 3 ke 4 *lupa yang lalu. Beli sebab excited! dan murah =_=" RM190 compared to actual price RM275.
Ticket

Tak pergi opening! Tak pergi masa dia open secara percuma. Tak! semua tak. Sebab I ada ticket annual pass lalala. *sila muntah
Back to the point. 
Aku pergi hari sabtu lepas balik kerja, lepas bersantai-santai di rumah dalam pukul 5 petang. Dengan satu tujuan, nak redeem ticket (baca: nak tahu jalan, so bila Izan sampai tak ler aku ter cari-cari, duh!)

Masa aku pergi. Aku parking di zon 3. Agak jauh jugakla aku menapak nak sampai ke main entrance. Mujur tak panas sangat. Fuuh. Penat berjalan dalam 5 minit, terberhenti, satu je yang terkeluar dari otak ke mulut "WOW" Hahaha.

Kenapa WOW yang terkeluar..
1. Sign Legoland dekat bukit tu, ala-ala Hollywood. 
2. Macam tak percaya, ini dekat Johor ke?
3. Terkejut, ramai gila orang yang bepose pose. Hehehe
4. Sedikit kagum, ini rupanya hasil usaha 3 tahun lalu. Kalau korang ingat, ada keluar cerita dekat majalah 3 pasal Legoland ni. 
5. Teruja nak tengok MINILAND ! 

Buat card tu sangat sekejap. Beratur yang lagi lama. Betul! Adalah dalam 5 minit. Ambil gambar, tunggu jap dah siap card nya! Cepat betul. Terus boleh guna..

Untuk nak masuk kedalam theme park ni, ada satu laluan saja lagi. Mungkin akan datang (baca: 2 3 bulan lagi) akan bukak laluan 2 3? Who knows? 

Lepas card siap je. Aku terus masuk ke dalam theme park. Hehehe dan teruuuuus menuju ke MINILAND. Kemon, ni memang aku teruja sangat. Spend almost 1 hour dekat MINILAND tapi itu pun tak habis (baca: puas) tengok lagi. Sampai camera pun terlupa nak keluarkan. Punya khusuk. Rasa macam nak duduk situ main sekali. Ini jujur dari seorang gadis berumur 23 tahun. 

Bila tengok jam, eh eh dah pukul 6 lebih! Terlupa Ibu tengah tunggu dekat KFC depan Legoland theme park. Dekat belah depan theme park ni ada Medini Mall, kat situ banyak kedai makan. Cakap je nak dari negara mana, Perancis? timur tengah? China? Omputeh, semua ada tapi masih belum semua kedai buka. 2 3 bulan mungkin? 

Ok, tu je nak beritahu. Mahu pergi lagi. Tak puas tengok MINILAND. Hey! aku masih belum explore tempat ni lagi. Lain hari la yer. Nanti nanti aku cerita lagi. 

Byeeeee!

Sneak Peak MINILAND, Legoland Malaysia.

6 comments:

  1. hadiahkan aku pas tahunan! #demand

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Pass tu boleh pinjam ker?? hehehe... nk bawak harraz masuk tgk...

    ReplyDelete
  3. Faizal : Jom! haha beli tiket dulu ya.

    ReplyDelete
  4. Abg Amir : Waalaikumusslam...hee pass ni tak leh pinjam, ada gambar.tapi kalau tipu2 boleh jeee :D

    ReplyDelete