Wednesday, October 31, 2012

Lego

Lego. Bukan lego kismis aku maksudkan. Lego seperti di bawah aku maksudkan. Kemon, (baca: come on) bukan kumon belajar matematik tu. Ini kan salah satu mainan kita masa kecil-kecil ni. Mainan mahal ni yang brand Lego la, rupa sama tapi brand lain tak la mahal. Remember?

Imagination is more important than knowledge - Albert Einstein 

Tanpa imiginasi, tiadalah Legoland. Eh? 
Hahaha
Okla. Last week berkesempatan meredeem voucher menjadi card. Rupa look a like voucher. Tapi sebenarnya ia adalah tiket yang dibeli sejak bulan 3 ke 4 *lupa yang lalu. Beli sebab excited! dan murah =_=" RM190 compared to actual price RM275.
Ticket

Tak pergi opening! Tak pergi masa dia open secara percuma. Tak! semua tak. Sebab I ada ticket annual pass lalala. *sila muntah
Back to the point. 
Aku pergi hari sabtu lepas balik kerja, lepas bersantai-santai di rumah dalam pukul 5 petang. Dengan satu tujuan, nak redeem ticket (baca: nak tahu jalan, so bila Izan sampai tak ler aku ter cari-cari, duh!)

Masa aku pergi. Aku parking di zon 3. Agak jauh jugakla aku menapak nak sampai ke main entrance. Mujur tak panas sangat. Fuuh. Penat berjalan dalam 5 minit, terberhenti, satu je yang terkeluar dari otak ke mulut "WOW" Hahaha.

Kenapa WOW yang terkeluar..
1. Sign Legoland dekat bukit tu, ala-ala Hollywood. 
2. Macam tak percaya, ini dekat Johor ke?
3. Terkejut, ramai gila orang yang bepose pose. Hehehe
4. Sedikit kagum, ini rupanya hasil usaha 3 tahun lalu. Kalau korang ingat, ada keluar cerita dekat majalah 3 pasal Legoland ni. 
5. Teruja nak tengok MINILAND ! 

Buat card tu sangat sekejap. Beratur yang lagi lama. Betul! Adalah dalam 5 minit. Ambil gambar, tunggu jap dah siap card nya! Cepat betul. Terus boleh guna..

Untuk nak masuk kedalam theme park ni, ada satu laluan saja lagi. Mungkin akan datang (baca: 2 3 bulan lagi) akan bukak laluan 2 3? Who knows? 

Lepas card siap je. Aku terus masuk ke dalam theme park. Hehehe dan teruuuuus menuju ke MINILAND. Kemon, ni memang aku teruja sangat. Spend almost 1 hour dekat MINILAND tapi itu pun tak habis (baca: puas) tengok lagi. Sampai camera pun terlupa nak keluarkan. Punya khusuk. Rasa macam nak duduk situ main sekali. Ini jujur dari seorang gadis berumur 23 tahun. 

Bila tengok jam, eh eh dah pukul 6 lebih! Terlupa Ibu tengah tunggu dekat KFC depan Legoland theme park. Dekat belah depan theme park ni ada Medini Mall, kat situ banyak kedai makan. Cakap je nak dari negara mana, Perancis? timur tengah? China? Omputeh, semua ada tapi masih belum semua kedai buka. 2 3 bulan mungkin? 

Ok, tu je nak beritahu. Mahu pergi lagi. Tak puas tengok MINILAND. Hey! aku masih belum explore tempat ni lagi. Lain hari la yer. Nanti nanti aku cerita lagi. 

Byeeeee!

Sneak Peak MINILAND, Legoland Malaysia.

Monday, October 15, 2012

Singapore - Singapore Zoo (Gambar)

...sambungan (kalau nak tahu route/jalan ke sini boleh ke post sebelum ni) 

Thanks to Candy. Sebab Candy la kami semua ber iya mahu ke zoo, cari orang cukupkan quata 10 orang. Call Izan, paksa Izan ikut sama. Hahaha Mujur Izan sporting. Kenapa beriya ni ? Why? 
Sebab, Candy ada dapat ticket half price untuk ke zoo! Instead of 20$ per admission, we only pay 10$. Banyak ni save, cuba kalikan 2.5. Hihihi

Kami sampai pukul 10 dan sampaila 3petang. Tapi itu pun tak berapa nak puas. Grrr! 
Tak perlu banyak cakap, ayuh ke gambar. 
Picture can tell thousands workds kan. 
Lets! 
Bersedia untuk lambakkan gambar? 
Ahh, sedia tak sedia, apa aku peduli nak letak jugak. =p
Ticket counter. Tak ramai orang, mungkin sebab kami pergi hari jumaat? Mungkinla.
Us ! 10 orang, rombongan cik kiyah.
Our journey begins..
First pit stop,  "hello, hello"
White Tiger

Orang Utan
Comel kan?
Snake, lupa la nama dia apa :(
I didnt experience it, ooh walah.
Giant enough huh?



Blurry! :( Tapi takpe !! We enjoyed the ride..even it only take about 3 to 5 minutes? hehe Try it yeah, only cost you 8$.



Show time !! The only show we managed to see. *Poor time management haha

1st: the stage, 2nd: during the show (6paxs yaw), 3rd: camewhoreeeeeeeeeee! 

Izan and me :)
Zebra









First Orang Utan in Singapore Zoo. Dedicate to Ah Meng.

Sourvenir 


Ok Tamat. Suku gambar dari beratus gambar :) We did enjoyed our day, serioooously. Walau penat. Hehehe rasa nak datang lagi..*thinking

weeehuu!


Bye!

*If you need more information about the ticketing, the package or whatever, do check their website at http://www.zoo.com.sg/ !

Credit to Candy.

Sunday, October 14, 2012

Singapore - Singapore Zoo (Jalan/Route)

Date : 31/08/12 
Pilih 31/08/12 adalah sebab kami semua cuti! Maka bolehla kami rakan seofis pergi sama-sama ke sini. 

Kami pergi seawal 8 pagi. Berkumpul di CIQ (Custom & Immigration Quarantine Complex) Johor Bahru . Tunggu Candy, Farizah dan kakak-kakak. 

Pergi kat sana naik public transport sahaja. Mungkin lagi mudah kot? tak perlu risau harga parking, nak parking kat mana. Hehehe. 

Here is the route dari Johor Bahru ke Singapore Zoo (Harap-harap membantu korang yang nak pergi :) ) 

Dari CIQ, ambil bas 160/170 
Biasa nya bas akan berhenti dekat Kranji Station, so dekat sini boleh naik MRT, tapi untuk ke Mandai,    Singapore Zoo tak perlu nak naik MRT sebab perjalanan dari Kranji ke Singapore Zoo lebih kurang 10 minit by taxi, dan akan cost you dalam 5$ ? If im not mistaken. Tapi kami tak naik teksi, kami naik bas. *Nak experience katanya.

Kami ambil bas 160/170 dari CIQ kemudian turun dekat Kranji Station untuk beli kad ni. Ez-Link Express Card.
Tips: Do buy this, sebab sangat senang lagi-lagi yang naik public transport just touch n go. Untuk first time beli nak dapat kad ni bayar 12$ ada 5$ dalam dia, expired date adalah 5 tahun rom date purchased. Kalau korang nak topup, setiap MRT station dia ada machine to topup this card. Maka, tak perlu risau dekat mana nak topup. 
                
Kemudian naik balik bas 160/170 dari Kranji station turun ke Aft Jalan Bumbong station. Tips: Kalau tak sure nak turun mana, susah sangat nak tengok signboard pergi beritahu driver bas where do you want to go dan dia akan berhenti dekat station yang sepatutnya. 

Kemudian dari sini, kami terpaksa jalan sikit lebih kurang 5 minit. Align to another bus station which is Choa Chu Kang Bus Station. 

Dari Choa Chu Kang ambil bas 927 
Bas ni dia akan terus ke Singapore Zoo, Mandai Lke.  

Untuk perjalanan balik pun sama. 
Naik bas 927 (dari Zoo) turun dekat Aft Jln Bumbong station. Kemudian naik bas 160/170 ke CIQ.

Jika nak tahu lebih lanjut, sila la ke http://www.zoo.com.sg/ ! 

Bye.

Wednesday, October 10, 2012

Kitab Terfaktab


Baru habis baca buku ini. Seriusly, dah lama betul tak membaca I mean, spend at least half an hour to read "book" memang sangat la jarang. Bukan jarang tapi memang takada langsung. 

Ahh. I missed my uni life. Dalam seminggu boleh habis baca 2 3 buah novel/buku. Berlumba-lumba nak pinjam buku/novel. Sekang tidak lagi. 

Online pun through phone, kalau datang angin pus pus rajin bukak la laptop, online through laptop :D Time change, people change, eewaah! Hahaha

Stop merapu Aqilah. Okokokok.

Seronok baca buku di atas. Lagi-lagi kalau sedang di lamun cinton, putus cinton yes do read this book. Sebab, dalam Kitab Tefaktab 1 ada satu artikal yang sampai sekarang memang terkesan, iaitu artikel "Rebound Relationship" 

Bila baca artikal tu, diri yang terasa sedih pilu, terus terasa nak move on. Dan paling buat KT1 hidup, dengan adanya selingan komek, kelakar! Lagi-lagi komek dekat page 30. 

Dalam Kitab Terfaktab 2, hampir semua aku suka. Tapi most favourite cerpen "Kawan Baik Menjadi Kekasih" dengan artikel, eh die macam kuiz "Should you dump your Teman Lelaki". Yang kuiz tu, teringat pula zaman-zaman gila gila beli majalah remaja, ada satu page quiz, mestila harus jawab. Hihihi. 

Okla secara jujur aku lebih prefer/suka KT2. Sempoi, best, terkesan everything la. Malas nak bagi bintang, nah amek bulan 5 bulan aku bagi kat hang KT2. =p 

Beli la untuk kepuasan maksimum. 

Bye! 

Tuesday, October 9, 2012

Kerja, Survey, 78%, Happy, Unhappy, Click Bla Bla Bla


Mei Mei, Ms Chong, Candy, Izan, Kembar, Farizah, Kakak-kakak Farizah - Singapore Zoo, 31/08/12 

Tengok jam 5.30. Cepat cepat balik kemas barang, ini jela peluang yang ada boleh balik awal, kalau tidak jangan harap la. *bos on leave 3 hari, hehehe

Gosip punya gosip dengan Farizah terkeluar conclusion ni. *Conclusion la sangat =P

Kalau 
gaji besar, kerja tak happy pun tak best jugak 
gaji kecil, kerja tak happy lagi la tak best
gaji besar, kerja happy sangaaat best
gaji kecil, kerja happy pun best
gaji sederhana, kerja sederhana happy adalah natural. 

Ok sekian. 
Terima kasih. 

=p

Happy kerja ada banyak maksud, seperti kita happy dengan apa yang kita buat, happy atau suka dengan environment kerja kita, happy dengan our clicks, happy dengan bos?, happy dengan gaji ke and happy because you memang happy go lucky person perhaps. 

Baiklah. Semalam ke tadi, aku pun terlupa. Ada terdengar berita lagi satu lupa samada berita dekat radio atau tv yang mengatakan about 78% Malaysians are unhappy with current job, lagi 22% suka. 

Wah. (Update) 
Aku baru google. Ini survey dari Jobstreet rupanya. Dia kata, Jobstreet said, yang primary reason/punca utama Malaysian tak suka kerja sebab tak puas hati dengan scope of work. Aku rasa ni kes kene buat banyaaaaaak kerja. Contoh kau la marketing executive dalam masa yang sama kau la juga technician, malah kau juga seorang caunsellor, malah kau juga seorang pereka graphic, eeewah bunyak "cums". 

Next point. Lagi tak puas hati sebab poor relationship with immediate supervisor/ bos. Ini tak perlu dihuraikan. Memang la kalau dah tak sehaluan dengan orang atasan kita, payah payah. Please sila hindarkan bodek ye. Keji tahu. 

Last point, dia kata gaji sikit. Baiklah, fair enough. Kalau gaji 200 sebulan, tetiba dapat offer 500 sebulan mestila pilih 500 kan. Tapi tu tak penting asalkan 2 point lagi happy. Now i can see the relationship between money and happiness. 
Quote "money can't buy happiness" it is true!

Lagi 22% yang suka ni dia kata:
1. Kerja yang mencabar
2. Gembira dengan bos yang pandai menghargai dia as worker.
3. Good relationship with colleagues.

- Aku harap satu harini nanti aku tergolong dalam 22% ni.

Bye!
ps: selalu ada problem nak pilih tajuk blog. Haip.

Monday, October 1, 2012

Looper



Looper. Mengelirukan kepala. Semacam tengok Inception. Tapi itula buat filem ni menarik.

Cerita bermula pada era 2044 yang mana Joe (watak utama) menjadi seorang looper. Looper ni kerja dia bunuh orang yang berhooded and anonymous dari 30 akan datang. Kiranya dalam tahun 2074 kembali balik zaman 2044. Seorang looper hidup mewah, kaya tapi tak ada roti eh?

Joseph Gordon-Levitt as Young Joe in 'Looper'

 Kemudian to close the loop...
Aaaa malas la nak cerita lagi. Pergila tengok sendiri. Hahaha.

Tak-tak aku bukan kejam sangat tak mau cerita cuma agak rumit nak cerita. Kalau nak tau juga boleh la baca link ni ---> Looper Spoiler Memang spoil habis.

Aku bagi 4.7 stars. Tak dapat 5 stars sebab....

1. Tak dapat concentrate setengah jam pertama kerana perut berorchestra. 
2. Ayam XXL memang mengiurkan, rugi je aku pilih seafood, padahal dalam hati memang nak ayam. Mujur Fara pilih ayam, selang 10 minit hulur tangan nak sikit, ;p

Bye.
Jangan lupa ea, cerita ni selitkan dalam salah satu movie list.

Eh, lagi satu Dredd sekali! Awesome!

Byeeeee.