Saturday, February 28, 2015

Tamat Riwayat

Hari khamis 26/02/15 berakhir sudah riwayat s2.
Sempat main-main dengan dia sebelum pergi kerja.
On the way ke kerja, panas semacam terus tak boleh on.

Balik kerja tanya kedai kot-kot bateri rosak.
Pergi 5 kedai, semua cakap IC rosak.

Hurm.

/
/

"tahun kambing, tahun untuk move or change to be better" - bos aku kata
"syg jangan percaya sangat benda alah ni" - Yun kata

"Tapi, aku percaya mesti dapat handphone baru, hewhewhew =p " - bisik dalam hati



Dalam kenangan, Januari 2012 - Februari 2015

Saturday, February 14, 2015

#Rawak 12 - M ke XL

Lately ni aku jarang sangat beli seluar. Apa yang aku perasan semua seluar aku mengecut. Aku tak faham kenapa kecut. Maka, aku cuma ada 3 seluar yang aku guna dan rasa penuh keselesaan tapi dah lusuh.

2 seluar slack hitam dan coklat
1 seluar jin

Masa 3 hari lalu ibu dan aku pergi kedai menjual baju di BBU. Tagline kedai terbaik, "kami menjual baju dari size xs ke xxxxl"

Ibu mula la menjelajah satu kedai. Termasuk aku cuma haluan berbeza. Ibu menjelajah kedai dari pusingan jam, aku berlawanan jam dan akhirnya bertemu di satu tempat.  Mana kalau tak tumpah kuah kalau tak ke nasi haha.

"eh, ni ada jual seluar. Kain sedap, kau try la..kau pakai size apa?"

"m!" - dengan confident aku jawab

"pergi try sana m"
"macam mana, tengok sini"

"nak L pulak"

Ibu hulur seluar size L. "macam mana, tengok sini"

"tak muat la, hurm xl please"

"Kau dah gemuk Qil"

Hmm
Aku ingat seluar mengecut rupanya..hmm hmm hmm

/
/

Kemudian semalam ada bergambar dengan semua staff. Bila tengok gambar aku, hmm hmm ok aku faham.

Aku yang pakai tudung purple

hmm

Wednesday, February 11, 2015

#Rawak 11

Selepas kami balik dari Pesta Buku Selangor minggu lalu. Aku ada cakap dengan Yun, aku suka dan kagum dengan penulis buku indie ni, dieorang boleh menulis dan hasilkan buku dari pengalaman dan blog mereka. 

Yun balas, "sayang pun boleh" 

Erm buat aku terfikir, aku pun boleh. Selang beberapa minit Yun sambung "tapi blog sayang terlalu peribadi" 

Oh

(senyap)

Mungkin ada betul. Aku saja je tak ada niat pun nak jadi seperti mereka. Cuma kagum. 


Sunday, February 1, 2015

#Rawak 10

Jatuh lagi setitik dua air mata.
Tak pasti marah, kecewa, bersalah atau apa.

Kalaulah boleh disukat air mata ni,
Aku yakin ia lebih dari apa yang disangka, lebih-lebih hari ni.