Tuesday, October 13, 2015

12am

Lonely

Baby cepat keluar jadi teman mak okay.
ILU

Tuesday, October 6, 2015

Battle


I'm ready for the battle.
InsyaAllah


(-_-)"

Saturday, August 1, 2015

Checklist Baby Newborn & Mommy

Bila dah masuk 27 minggu ni. Mula la aku start menggelaba. Menggelaba ibarat macam esok nak exam tapi satu persiapan hapa pun kau tak buat lagi.

Hari-hari baca (okay tipu hari-hari, ada hari-hari aku bermalasan main game sepanjang hari hahaha) tips, pengalaman orang tapi itu pun rasa arghhh banyak lagi ilmu parenting yang perlu aku hadam. Ok, sekarang aku dah start menggelaba lagi.

Ini memang simtom new mummy ker? Ok aku normal.

Beberapa hari lepas aku baru siapkan checklist keperluan baby dan diri sendiri. Cedok dari perlbagai sumber. Sedikit sebanyak hilang sikit perasaan menggelaba ni. Tapi tapi tapi aku confius pula, berapa banyak nak beli barang barang ni semua (-_-)"

Ok ni checklist yang aku buat...
Kuantiti tu cuma estimate sahaja. Tak tahulah perlu sebegitu banyak atau tidak.


Checklist untuk mommy ni ini sahaja ke? Kuantiti blur sekejap hurm....



Ok itu je. Mommy - mommy yang berpengalaman marila berkongsi-kongsi. Boleh PM dekat Facebook :)

Bye.

Hari Raya

Selamat hari raya! Masih belum terlambat rasanya.

Raya tahun ni giliran rumah aku. InsyaAllah next year giliran rumah Yun. Sama semacam raya yang lepas bezanya Cuma ada pertambahan ahli keluarga! Yun la tu hehe.

Pertama kali raya sebagai isteri orang dan berbadan dua. Cliché giler ayat, haha.

Perasaan? Cliché lagi..
Excited  + Kepenatan = seronok

Kami tak banyak bergambar. Bila beraya betul-betul beraya sampaikan handphone masing-masing tak berusik. Bawak camera tapi statue di dalam beg.

Aktiviti raya: Berbual-bual bual bual lepastu makan lepastu salam lepastu balik.


Ok. Itu je.
Bye.

Thursday, March 19, 2015

Saje Je - Share

Aku tengah rasa mual sekarang ni.
Menghadap benda baru dekat ofis walaupun lagi 5 hari aku officially h-o-u-s-e-w-i-f-e.

Setiap kali menghadap benda ni.
Aku mengantuk.
Mual dan melayan mual yang bagai nak tak nak je keluar. Tapi aku okay.
Ini bukan merungut. Ini satu proses yang baru.
Im fine with it.

/

Ok. Aku baru nak sedikit sembunyi tentang ini.
Excited!
Melalui benda baru. (bukan benda baru kat ofis ni)

Orang pertama yang perasan adalah
ECHA - dia baru kawen, dan dia dah perasaan

Orang kedua perasan adalah
BOS aku. Dush, baru nak keep secret kononnya. Tapi yaa dia dah tahu.

Orang ketiga perasan adalah
Kakak kerja depan ofis. Siap pegang perut. Auw, malu.

Orang keempat perasan adalah
Jiran India aku. Hahaha iaitu semalam. Aku senyum meleret je memanjang sampai masuk rumah.

Orang kelima perasaan adalah
TEACHER Jamuna. "Are you expecting Farah?" - Ahh merah muka walau tak nampak merah. Hiihi

Orang keenam perasan adalah
SUSAN! I perasaan, tapi sometimes its too early to share with others.

Ya too early.
Dia pun masih lagi beberapa cm.
Tapi
Perut mummy dia dah membulat.
Dan dah ramai yang notice.

Dengan ini,
Aku istiharkan aku sebagai mummy to be.
Due bulan 10. Aku nervous.

Semoga awak membesar dengan sihat dan sempurna.
Kami tunggu awak walau mummy nervous.

Bye.

Saturday, February 28, 2015

Tamat Riwayat

Hari khamis 26/02/15 berakhir sudah riwayat s2.
Sempat main-main dengan dia sebelum pergi kerja.
On the way ke kerja, panas semacam terus tak boleh on.

Balik kerja tanya kedai kot-kot bateri rosak.
Pergi 5 kedai, semua cakap IC rosak.

Hurm.

/
/

"tahun kambing, tahun untuk move or change to be better" - bos aku kata
"syg jangan percaya sangat benda alah ni" - Yun kata

"Tapi, aku percaya mesti dapat handphone baru, hewhewhew =p " - bisik dalam hati



Dalam kenangan, Januari 2012 - Februari 2015

Saturday, February 14, 2015

#Rawak 12 - M ke XL

Lately ni aku jarang sangat beli seluar. Apa yang aku perasan semua seluar aku mengecut. Aku tak faham kenapa kecut. Maka, aku cuma ada 3 seluar yang aku guna dan rasa penuh keselesaan tapi dah lusuh.

2 seluar slack hitam dan coklat
1 seluar jin

Masa 3 hari lalu ibu dan aku pergi kedai menjual baju di BBU. Tagline kedai terbaik, "kami menjual baju dari size xs ke xxxxl"

Ibu mula la menjelajah satu kedai. Termasuk aku cuma haluan berbeza. Ibu menjelajah kedai dari pusingan jam, aku berlawanan jam dan akhirnya bertemu di satu tempat.  Mana kalau tak tumpah kuah kalau tak ke nasi haha.

"eh, ni ada jual seluar. Kain sedap, kau try la..kau pakai size apa?"

"m!" - dengan confident aku jawab

"pergi try sana m"
"macam mana, tengok sini"

"nak L pulak"

Ibu hulur seluar size L. "macam mana, tengok sini"

"tak muat la, hurm xl please"

"Kau dah gemuk Qil"

Hmm
Aku ingat seluar mengecut rupanya..hmm hmm hmm

/
/

Kemudian semalam ada bergambar dengan semua staff. Bila tengok gambar aku, hmm hmm ok aku faham.

Aku yang pakai tudung purple

hmm

Wednesday, February 11, 2015

#Rawak 11

Selepas kami balik dari Pesta Buku Selangor minggu lalu. Aku ada cakap dengan Yun, aku suka dan kagum dengan penulis buku indie ni, dieorang boleh menulis dan hasilkan buku dari pengalaman dan blog mereka. 

Yun balas, "sayang pun boleh" 

Erm buat aku terfikir, aku pun boleh. Selang beberapa minit Yun sambung "tapi blog sayang terlalu peribadi" 

Oh

(senyap)

Mungkin ada betul. Aku saja je tak ada niat pun nak jadi seperti mereka. Cuma kagum. 


Sunday, February 1, 2015

#Rawak 10

Jatuh lagi setitik dua air mata.
Tak pasti marah, kecewa, bersalah atau apa.

Kalaulah boleh disukat air mata ni,
Aku yakin ia lebih dari apa yang disangka, lebih-lebih hari ni.

Tuesday, January 27, 2015

Picnic

24/01/2015  -Sabtu
Us!

Picnic bersama keluarga in law. Syukur semua berjalan dengan lancar. Tak ada lagi drama sebabak semacam sebelum ni, haha. Maafkan saya, my bad terlalu nerves sampai hentak-hentak kaki tak nak pergi. This time tak ada kan?

/

Kali ini punya beriya nak pergi sampai, terlupa nak cas camera DAN telifon DAAAAAN power bank. Hurm best kan, semua terlupa. Penuh ikhsan, menempel di mana-mana camera yang ada nak menyelitkan muka yang tak seberapa sebagai kenangan ^^”

Kami datang terlewat  sikit. Merempit dari Puncak Alam ke Tasik Shah Alam. Kebas juga pinggul I, tapi buat-buat tidak, eksited. First time ni join berkumpul ramai-ramai. Ya admit, keluarga aku tak besar. Ada Ibu dan maktok. Kemana-mana bertiga je, nak juga rasa family besar :D

Sampai-sampai semua orang dah sampai. Ada super duper banyak makanan, you name it? Hehe tak la ada:

Pizza
Kek
KFC
Ice cream
Pisang goring
Donut
Biskot
Buah papaya
Lontong
&
Sandwich

-          Tak pasti siapa bawak apa, yang kami tahu, kami bawa sandwich :P

Sandwich - rasanya itulah terpaling mudah nak dibuat. Beli roti gardiner besar sebungkus, tuna se-tin dan carrot 1 batang. Carrot di sagat, digaul dengan mayonis+tuna. Selet mayonis+tuna ke roti. Potong ikut suka. SIAP :P

Aktiviti kami dekat sana, makan sampai kekenyangan, berbual, ambil gambar dan tengok anak-anak buah main.  













Pukul 4 kami pulang ke rumah masing-masing.
Habis :( 





Bye! 

ps: gambar diambil dari kakak-kakak dan abang-abang in law :) Terima kasih amek gambar.

Sunday, January 18, 2015

Something to Remember - 18 Januari

Ps: Post ni sangat panjang. Untuk bacaan diri sendiri bila dah tua nanti eh takpun untuk suami dan bakal anak-anak. 

/
/
Dah kahwin baru tergerak nak update pasal majlis pertunangan.

Kami bertunang pada 18 Januari 2014. Tarikh dipilih selepas ada gaduh-gaduh. Ada nak cepat kan, lambatkan. Sedangkan lidah lagi tergigit :D  Last 18 Januari 2014 tetap. Tak ada kompromi.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
/
/
#throwback #throwbackinaction #aqilahshafirul #engangement #10janbukan11jankubertemu #terimakasih #somethingtoremember #ily

Ogos 2013

31 Ogos, Yun datang seorang untuk jumpa ibu bersama ikan terubuk masin. Favaorite ibu. HEHE.

Paling lawak, aku terbuat the o payau. Neves sikit bakal ehem nak datang sampai buat air payau, kesian Yun.

Mujur ibu tolong buatkan air Nescafe lepas tu.

Dekat bawah ni adalah resepi The O Payau yang jarang-jarang berlaku.
Tuang separuh air panas dalam cawan. Rendam teh kemudian keluarkan, letak gula secukup rasa. Tuang air sejuk dalam piti ais dalam cawan bagi penuh. TADAAA!
:p

Desember 2013

Lagi sebulan nak bertunang. Terfikir nak bagi sesuatu dekat tetamu. Ini semua sebab terpengaruh dengan majalah pengantin yang aku beli sejak bulan 9 lagi.

Fikir punya  fikir.
Beli je la beg dekat SSF, 50 pcs. Harga aku tak ingat berapa.

Dalam kotak aku letak coklat-coklat. Sebab me like chocolate soooooooooooo much. Kan, kalau bagi benda yang kita suka tu seronok?

Coklat-coklat aku beli kat kedai borong belakang MASLEE taman Suria, Johor Bahru.

11 January 2014, Sabtu

Balik kerja pukul 1, terus ajak ibu ke wedding expo dekat Danga City Mall. Saja je cuci mata. Kan nak kawen kononnya. Hehe.

Masuk sini serius macam tak tahu nak pergi yang mana. Tengok pelamin semua okay. Dapat phamplet terkejut aku RM8,000 pakej dewan.Offer  RM25, 000 pakej lengkap dewan. Semua almost RM10,000 buat aku terkedu kejap.

Kat sini kumpul phamplet kat sini sebab nak tengok pakej bridal mana yang affordable. Lepas kami dah round satu pusingan, kami keluar duduk makan.

Masa ni dah pusing-pusing tengok pelamin. Terus ternekad nak pasang mini pelamin1. Terkencot. 

Masuk balik wedding expo dan bayar untuk mini pelamin1 RM500 termasuk makeup.

Senyum.
Puas.

Ps: Padahal tak pilih lagi bridal mana untuk wedding.

17 Januari 2014, Jumaat

Harini cuti. Thaipusam. Kebetulan, tak payah ambil leave :P Orang pelamin janji nak datang setup mini pelamin 1 Taksabar! Excited!

Tunggu punya tunggu, dalam pukul 10 pagi dia pasang. Ya tuhan, half way dia pasang aku masuk bilik dan nangis. Bukan nangis kegembiraan dan keterujaan, tapi nangis besarnya mini pelamin ni! half dari rumah.

Mula menyesal. Mula nak suruh die bukak. Tak senang duduk la, nangis lagi. Moody sepanjang dia pasang pelamin. Risau dan nangis – HAHA bila ingat masa ni sangatla kelakar.  

Last-last ibu cakap dan buatkan aku cool down. “ tak apa, nanti kita adjust”  Baru la ada sinar cahaya kebahagian dekat mata ni, ngeeeh.

Keluar bilik dengan girang terus test-test duduk. Nak amek mood.  “Sabar dik oi, esok je” – Okay, orang pelamin belum balik rupanya, adeeh malu-s muka ni -_-“

Aku senyum je laa terus pergi dapur.

Lepas mereka betul-betul balik. Ini pasti! Tak akan biarkan pisang berbuah 2 3 kali :P Aku dengan ibu adjust. Hasilnya..tadaaa!

Barula puas hati :p Mula excited dan seram sejuk.

Pukul 5 macam tu, atuk-atuk dan pakcik-pakci sampai. Syukor.

Malam nya, kami bincang balik tentang esoknya. Apa nak dibincangkan esok. Basicly dah bincang dah through phone tapi ini lebih formal, jumpa keluar kan. Kami bincang :-
1. Mas kawen3
2. Hantaran4   
      - Kiteorang decide 5 balas 7. Sama macam tuning. Cumanya tuning banyak kepada manisan.
3. Berapa lama ikat tuning
4. Tarikh majlis nikah + perkahwinan
  
18 Januari 2014, Sabtu

Rombongan pihak lelaki tiba dalam 11 pagi. Aku dekat dalam bilik tak keruan rasanya. Bila dalam puku 11.30pagi, sedara mara suruh keluar bilik dan duduk di mini pelamin 1  .

Hampir tak nak keluar bilik. Neves bak hak. 

Tapi keluar bilik jugakla, ada kang kena siku kalau tak keluar -_-“  dan terus duduk dekat mini pelamin. 
Terasa tinggi kerusi nya semua orang boleh Nampak.

Mujur! Cameraman2 dok psst psst amek gambar suruh senyum. Baru lega sikit. Debaran tunangan orang, 

HAHA
Duduk dekat atas tu adalah dalam 10 minit, baca doa semua oleh Abang Amir. Masa baca doa, tiba-tiba terasa sebak.

Lepas baca doa dan sebak-sebak. Majlis sarung cincin bermula. Sebak lagi bila mak (mak mertua) cakap “terima kasih terima anak mak”  - speechless

Kemudian dalam 12.30 macam tu majlis sarung cincin selesai. Pihak lelaki makan. Kami? Amek-amek gambar la..Hehehe sampaila pukul 2petang. Cameraman balik. Majlis pun selesai.
Farah Aqilah dah jadi tunangan orang. Macam tak percaya :D

/
/

Sebagai penutup, di sajikan dengan beberapa gambar rajah. Terima kasih dekat OP Ismail sebagai main photographer dan Izan unofficial photographer #jasamuakankukenang #inibukantweeter/instagram #harapmaklum #sajasukasuka #maafkansaya









































ps: susunan gambar adalah berteraburan.

Nota kaki: 

1 – Mini pelamin ni gedik sikit. Mula-mula aku tak nak sebab nak make it simple. Tapi jauh dari sudut hati teringin nak ada mini pelamin. Aku rasa semua perempuan rasa yang sama? Kot?? Ke aku je -_-“
Pujuk-pujuk hati tak nak, back to plan simple. Dalam 3 minggu sebelum majlis, pergi pameran pengantin dengan ibu. Konon nak survey je.  At last terkencot. Jadi ada lah mini pelamin. Hehehe
Masa nak sewa mini pelamin dah risau-risau, patut ke tak. Tanya ibu berjuta kali. Last-last ibu kata kalau kau nak, ibu okay. So yay! Green light dah ada, on la.

Mini pelamin aku amek dengan Rozaini Bridal. Kak Zai dengan Ema sangat-sangat membantu. Sampai kawen pun aku amek Rozaini Bridal :D

SINI untuk ke Fb
Untuk lebih kepuasan boleh pergi sendiri dia punya kedai.

2 – Cameraman. Ini memang di rancang. Sebab utama tak ada orang nak amek gambar. Survey memang kalau boleh nak yang sticky album+murah+puas hati. HEHE terjumpa OP Photography. Jumpa dekat FB. Tak tau macam mana boleh jumpa. Rezeki OP .

SINI untuk ke FB

3 – Mas kawen. Mas kawen ini setiap negeri ada tetapkan minimum sendiri. Macam Johor, masih paling rendah antara semua negeri RM22.50. Ini terpulang dengan pihak lelaki, berapa yang dia mampu bagi. 

4- Hantaran. Kami bincang berapa dulang. Kebiasaannya lelaki dan perempuan bagi no ganjil. Contoh 3 balas 5, 5 balas 7, 7 balas 9, 11 balas 13 dan seterusnya. Perempuan yang bagi lebih dari lelaki. Sebelum nak tetapkan baik fikir betul-betul wahai mahluk sejenis ku :D Kalau tak nanti, pening nak pilih barang apa yang nak di bagi.


Sekian :)