Wednesday, November 5, 2014

Puding Kastard Berkuah

Ada jugak orang panggil puding koktel berkuah. Banyak versi, confius mana yang sepatutnya :D.

Fathiyah Kamaludin! Respi ni khas untuk kau. Aku harap menjadi sebab aku macam dah lupa-lupa sikit nak buat dia ^_^"

Bahan-bahan

Puding Kastard
1 cawan tepung kastard
4 cawan air masak
1 cawan susu cair

Cara-cara
Masukkan semua bahan, panaskan dengan api kecil dan kena sentiasa kacau. Sebab kalau jarang-jarang kacau sometimes tak rata. Macam buat lempeng letak air, kalau tak kacau betul-betul kan macam berbiji-biji. So sentiasa kacau k. 

Kacau sampai jadi likat. Tuang kat loyang atau mana-mana acuan yang tahan kepanasan. Sejukkan dan kalau nak best masukkan dalan peti ais semalaman, esok makan :D sebab aku suka makan sejuk-sejuk. Tapi ini tak kesah, asalkan dah sejuk dan boleh dipotong bolehlah dipotong dan makan. Tapi better jangan potong tengah panas-panas sebab nanti dia jadi lembek, bila potong tak berapa cantik. 

Kuah
 1 tin susu cair
2 tin air masak
1 tin fruit koktail
1/3 gula
2 sudu tepung kastard

Cara-cara
Masukkan susu cair seten, 2 tin air masak. ikut sukat tin susu) Air ni boleh sesuka hati, kalau nak cair..boleh tambahkan lagi air. Masukkan fruit koktail buah sahaja, air dia boleh buat minum. Masukkan gula sekucup rasa dan 2 sudu atau 1 sudu tepung kastard, untuk bagi kaler kuning. 

Panaskan dekat api sederhana sampai didih. Lepastu..

Siap!

Dah boleh makan

:D

Selamat mencuba Yah! Aku tak ada photo puding aku sendiri sebab dah lama tak buat.


2 comments:

  1. kau tepati janji kau!!!! sayang kau lebih!! :)

    LOVE YOU.

    Balik ni nak buat.

    ReplyDelete