Saturday, December 8, 2012

9th Jb Arts Festival


Have you guys ever heard about this cool event?! Me? No? Baru tahun ni aku tahu :P

Event ni berlaku dalam sepanjang bulan 9 dari 1 haribulan sampailah 29 haribulan 9, 2012. Setiap hari ada je yang berlaku, teater la, orkestra la, talk la, concert la dan lain-lain. Bawak buku dan selak selak pilih yang mana berkenan!
Buku kuning, jangan lupa bawa, moga-moga tidak tamat tempoh..lalala~~
 Actually I like their theme..kuning! kan favorite colour warna kuning, its not represent bersih at all ya! Hehehe suka juga dieorang punya slogan “This is more than just a festival. This is who we are”

I never realize this event already started since 2004? Baru-baru ni, maksud aku tahun ni aku baru realize ada nya event ni! Itupun Lea (bukan orang  Johor) yang bagitau. Hahaha masih belum terlambat…

Memandangkan ada je setiap hari yang berlaku aku pula tak adalah free sepanjang masa, aku sempat menghadirkan diri untuk 4 acara sahaja. Walau hanya 4 dari berpuluh-puluh, aku seronok! Sangat merindukan masa-masa lalu. Ewaaah! Hahaha

Eh jap! Most of the event held at Bangunan Sultan Ibrahim. 

Ni la dia, Bangunan Sultan Ibrahim.
4 event yang aku pergi..lets roll no

1. GEGO 2012

Ini kene bayar RM10. Sebab ada concert GEGO. Tapi aku tak tengok pun concert nyer, aku Cuma jalan-jalan cuci mata. And paling best! Ada live painting! Kamu lukis memang cantik, serius. Aku sampai rasa nak duduk situ tengok die  lukis sampai habis. Tapi tak buat la, sebab malu =_=’’ (ada budak main skate sebelah live painting plus ramai betul lelaki duduk tepi-tepi humm. Ok nevermind..

This one!! tapi ada lagi 2 orang lagi...*cilok dari website 9th JB ARTS FESTIVAL


Love, Trust, Respect
2. D'Arte Ensemble

Musical Family! Awsome! plus ni free :P
Ini malam. Start pukul 8.30 sampai 9.30 malam.  Memang tekad habis nak tengok. Sebab ini adalah musical family! Ayah dia main Viola, Isteri main Piano, anak perempuan main Violin, anak lelaki main Cello. Double awsome untuk family ni. Serius.

(Sorry unable to upload the video :(, but will try later and later )
Dengar ni! 

3. Highnotes

Highnotes adalah satu akademi muzik yang berada di Kulai Johor. Jadi persembahan pada malam tu, semua student mereka. Thumbs up! Ini betul-betul dejavu! (^_^)v *Rindu giler nak perform! 

Dejavu! 
Last! 

4. Sounds of The East 

Ini petang! Pukul hurm 4.30 kalau tak silap, aaah lupa! Lama sangat baru nak update :p Ini memang cool! Dapat kenal dengan Sarawak punya Instrument. Aku pernah cuba petik petik Sape, try Sompoton dan macam lagi isntrument traditional Sabah n Sarawak, macam hurm lupa la nama...aah! Abaikan.

Itu pun masa dekat kem muzik sekolah 2007 yang lalu. Hahaha Almost 5 years back. Hari ni (maksud aku hari tu) dapat lagi peluang pegang-pegang instrument, belajar cara pegang dan macam-macam. Tongungan! Ini First time :D

It was fun! Walau Fara dengan Atikah nampak boring. Sorry guys!
Tongungan! Petik macam Sape! - Salah pegang sikit (^_^)"
Aaaa itu je yang aku sempat pergi. Yang lain tak pun. Busssssies busy like a bee. Hahaha

OKla.

Bye! Harap ada lagi next year! Boleh datang and support..

Credit: Fahmi

Sunday, November 25, 2012

Port Dickson - Ostrich Farm

12/06/12
Note: Ini post backdate.
Oldies?
Masa aku pergi ke PD tempoh hari, sempat juga aku melawat Ostrich Farm, even though review kat tripadvisor  sangatla rendah, tapi who cares? Hehehe tak tak, tak salah dah alang-alang pergi sekali ye dak? 

Dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Ostrich Farm ni tak jauh dari tempat aku menginap, adalah dalam 3 minit? Haha begitu dekat. Dan on my way back (Johor Bahru), singgah sini dulu!

Nah! Tengok gambar. Memandangkan nama nya Ostrich Farm, aku hanya teruja nak tahu pasal Ostrich sahaja. Hahaha

Sign
Female Ostrich ?
Male Ostrich?
Selepas dah pergi sini, baru la tahu kenapa review dekat tripadvisor sangat rendah. Tempat ni not well maintained. Maka semuanya nampak begitu sedih, sayang sekali.

Aku ambil masa dalam setengah jam untuk pusing satu tempat ni, sedih. Tapi! Satu yang aku suka ialah concept ostrich farm ni, dia macam nak kita close to the animals sebab kita boleh feed them, touch them and even can play around with them :D Itu best.

Dekat sini pun ada gerai makan daging dan telur ostrich, burger, mee? satay, tapi aku tak cuba pun. (Tak menarik, upps!)
Souvenirs - Shop 
Ostrich Egg Shell
Infomation
Ostrich Skin
Baby

Okla. 2/5 stars

Bye~~

Admission Fee
Adult RM8.00
Child RM4.00

Address
Ostrich Farm PD
Lot 1419, Jln Kemang 13,
Batu 9, 73000 Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Thursday, November 8, 2012

Art and Design - 'Feel It' Painting for Auction/Sale

1st item in QioS!
Dont forget to like us on our facebook, QioS Blog Shop
Follow us in twitter too ! Qiosblogshop
TQ! 

Hello!

This is our first item to be sell. 
For art lovers, or someone who loves to decorate their space with a full of love painting/drawing inspired, this is what you looking for.

Officially Owned by Qios Blog
'Feel It' Painting by NJ.
Love is an art where a thing that we can feel it but can't hold it by hand.
It came by itself with or without your permission.
This is what the artist of this art would like to tell and express it through the painting.

Tuesday, November 6, 2012

Tanjung Piai National Park

16/06/12
Izan!
Kami (Izan and me) pergi ke Tanjung Piai! Dan it was my first time went it there. Setelah berumur 23 tahun ni, barulah menjejaki kaki ke tanah penghujung selatan Asia! Huh, masih belum terlambat.

Kami bertolak dari Johor Bahru dalam pukul 10 pagi dan sampai ke Tanjung Piai National Park dalam 11.30pagi. 

Terik? Naaa 
Senang je! Ada beberapa jalan nak ke sini. Guna jalan kampung (Jalan kampung tak ada signboard dari JB, akan nampak signboard bila dah tiba dekat pekan Pontian) atau highway dan signboard Tanjung Piai dah ada dekat highway. Just follow the signboard.

Masa kami pergi, aku berpandukan GPS handphone sabab takut sesat. Kami lalu jalan kampung, lebih adventure katanya. Dan will not used that road again, seram kiri kanan hutan plus jalan yang sungguh berliku, boleh drift!. =_="

Oklah, sesampai di sana, hembus nafas. Sangat tenang. Admission fee adalah RM5 untuk Dewasa (Malaysian) dan RM3 untuk kanak-kanak(Malaysian). Sila la bawa mycard untuk dapat  harga ni, kalau tidak harga lain.


Nasib ada snap, padahal dah terlupa harga. 
Berjalan dekat sini for almost 4hours! Sampai terlupa nak lunch. Punya sangat seronok melihat keindahan tuhan. 
Laluan utama, sebelum ke tiket kaunter.
Masa kami pergi cuaca agak panas dan terik tapi!! bila jalan dekat sini, tak terasa panas. Rasa panas berjalan, bukan panas matahari. Sebab kat sini dipenuhi pokok hijau.

Hijau

US! 
Berhati-hati bila jalan kat sini, sebab kat sini banyak monyet. Hehehe, seram pun ada. Tapi foreigner siap posing memosing degan monyet, well.

Spend almost 4 hours, dan kami telah lalu kesemua jalan-jalan kat sini, believe it :D Ada banyak signboard kata-kata yang best-best.
Ni salah satunya :)
Rumah pemerhati pertama yang kami jumpa, dan kami naik! Dekat sini dia kata kalau tiba musim burung berhijrah, kau boleh nampak dengan jelas kat sini. 
Dari rumah pemerhati. Unfortunately, tak ada burung berhijrah masa ni. Tapi view dia sangat, SubhanAllah! Cantiknyaaaaaa.
Hehehe mind this ya!
Ni pula, rumah pemerhati yang kedua. LAgi tinggi dari yang pertama. 
;
View dari rumah pemerhati ke 2 :)
Kemudian, kami jalan jalan lagi dan tiba di sini. Dari jauh dah dengar bunyi laut. Kami ingat, ni la dia penghujung Asia, tapi bukan. 

Angin kat sini sangat kuat! Nyaman dan tenang rasanya. Nah, some pictures..
Kanan -> Pulau Kukup, another national park!


Indonesia depan tu..

Tak kenal pun mamat tu siapa hahaha


Banyak juga benda boleh di pelajari dekat sini. Macam mengenali akar jangkang, eh?  Kan seronok masa sekolah ada rombongan sains ke sini. Ini tak, balik-balik pusat sains :P

Siput Berongan


Pencarian kami nak ke selatan tanah besar Asia tak berputus asa. Dari satu jalan ke satu jalan. 

Tempat memancing sebenarnya
Akhirnya!!! Sampai juga! 
Tahniah Aqilah!! Akhirnya.


Memandangkan kami berdua je. Susah untuk kami nak bergambar berdua :P Anyway, congratulations to both of us! 

Kami tamatkan perjalanan kami ke sini pada pukul 3.30 petang. Misi mencari makanan pula! Lapak habak hang..hehe

Bye! 

Wednesday, October 31, 2012

Lego

Lego. Bukan lego kismis aku maksudkan. Lego seperti di bawah aku maksudkan. Kemon, (baca: come on) bukan kumon belajar matematik tu. Ini kan salah satu mainan kita masa kecil-kecil ni. Mainan mahal ni yang brand Lego la, rupa sama tapi brand lain tak la mahal. Remember?

Imagination is more important than knowledge - Albert Einstein 

Tanpa imiginasi, tiadalah Legoland. Eh? 
Hahaha
Okla. Last week berkesempatan meredeem voucher menjadi card. Rupa look a like voucher. Tapi sebenarnya ia adalah tiket yang dibeli sejak bulan 3 ke 4 *lupa yang lalu. Beli sebab excited! dan murah =_=" RM190 compared to actual price RM275.
Ticket

Tak pergi opening! Tak pergi masa dia open secara percuma. Tak! semua tak. Sebab I ada ticket annual pass lalala. *sila muntah
Back to the point. 
Aku pergi hari sabtu lepas balik kerja, lepas bersantai-santai di rumah dalam pukul 5 petang. Dengan satu tujuan, nak redeem ticket (baca: nak tahu jalan, so bila Izan sampai tak ler aku ter cari-cari, duh!)

Masa aku pergi. Aku parking di zon 3. Agak jauh jugakla aku menapak nak sampai ke main entrance. Mujur tak panas sangat. Fuuh. Penat berjalan dalam 5 minit, terberhenti, satu je yang terkeluar dari otak ke mulut "WOW" Hahaha.

Kenapa WOW yang terkeluar..
1. Sign Legoland dekat bukit tu, ala-ala Hollywood. 
2. Macam tak percaya, ini dekat Johor ke?
3. Terkejut, ramai gila orang yang bepose pose. Hehehe
4. Sedikit kagum, ini rupanya hasil usaha 3 tahun lalu. Kalau korang ingat, ada keluar cerita dekat majalah 3 pasal Legoland ni. 
5. Teruja nak tengok MINILAND ! 

Buat card tu sangat sekejap. Beratur yang lagi lama. Betul! Adalah dalam 5 minit. Ambil gambar, tunggu jap dah siap card nya! Cepat betul. Terus boleh guna..

Untuk nak masuk kedalam theme park ni, ada satu laluan saja lagi. Mungkin akan datang (baca: 2 3 bulan lagi) akan bukak laluan 2 3? Who knows? 

Lepas card siap je. Aku terus masuk ke dalam theme park. Hehehe dan teruuuuus menuju ke MINILAND. Kemon, ni memang aku teruja sangat. Spend almost 1 hour dekat MINILAND tapi itu pun tak habis (baca: puas) tengok lagi. Sampai camera pun terlupa nak keluarkan. Punya khusuk. Rasa macam nak duduk situ main sekali. Ini jujur dari seorang gadis berumur 23 tahun. 

Bila tengok jam, eh eh dah pukul 6 lebih! Terlupa Ibu tengah tunggu dekat KFC depan Legoland theme park. Dekat belah depan theme park ni ada Medini Mall, kat situ banyak kedai makan. Cakap je nak dari negara mana, Perancis? timur tengah? China? Omputeh, semua ada tapi masih belum semua kedai buka. 2 3 bulan mungkin? 

Ok, tu je nak beritahu. Mahu pergi lagi. Tak puas tengok MINILAND. Hey! aku masih belum explore tempat ni lagi. Lain hari la yer. Nanti nanti aku cerita lagi. 

Byeeeee!

Sneak Peak MINILAND, Legoland Malaysia.